SYAMSUL DEBAT BERI KETERANGAN ISU SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG

Posted by Kerah Lekung on Sunday 1 April 2018

SYAMSUL DEBAT BERI KETERANGAN ISU SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG.
Polis semalam merakam percakapan penceramah bebas popular, Syamsul Debat, 41, atau nama sebenarnya Syamsul Amri Ismail berhubung dakwaan mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Ketua Polis negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, penceramah itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan pada pukul 11 pagi dan memberikan kerjasama.

Menurutnya, Syamsul memberi keterangan susulan laporan polis yang dibuat oleh seorang lelaki berusia 51 tahun pada Sabtu lalu.

“Polis sudah melengkapkan keterangan semua pihak iaitu Syamsul, pengadu dan isteri pengadu yang berusia 39 tahun. Setakat ini polis masih meneruskan siasatan,” katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Noor Azam bagaimanapun enggan mengulas apabila ditanya sama ada kes terbabit mempunyai kaitan dengan isu politik kerana Syamsul juga terlibat dalam politik.

“Kita masih menyiasat dan akan merujuk Timbalan Pendakwa Raya sama ada (kes) akan dibawa ke mahkamah atau sebaliknya,” katanya.

Akhbar baru-baru ini melaporkan polis Negeri Sembilan mengesahkan penceramah bebas itu disiasat selepas seorang pengadu membuat laporan polis di Johor mendakwa beliau mempunyai skandal dan mengganggu isteri orang.

Syamsul kemudian mengadakan sidang akhbat menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu tidak tahu motif di sebalik laporan yang dibuat pengadu. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: SYAMSUL DEBAT BERI KETERANGAN ISU SKANDAL DENGAN ISTERI ORANG

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment