Dah mula dah…Dr Mahathir main drama tarik simpati…dakwa jet peribadi disabotaj

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 29 April 2018

Dah mula dah…Dr Mahathir main drama tarik simpati…dakwa jet peribadi disabotaj.
Sebagai bekas Perdana Menteri 22 tahun dan orang lama dalam politik… Tun Dr Mahathir Mohamad sepatutnya cukup faham segala aturan peraturan dan risiko termasuk dalam hal membuat kenyataan melulu yang ‘over melampau’.

Ramai yang merasa pelik bila pada Jumaat beliau membuat dakwaan umum yang boleh cetus pelbagai persepsi mengenai keselamatan negara kononnya ada pihak tertentu cuba sabotaj jet peribadinya ketika hendak ke Langkawi.

Beliau dakwa ada kerosakan serius disedari juruterbang ketika bersama isterinya hendak berlepas dari Lapangan Terbang Subang menuju Langkawi.

Dakwanya nasib baik jika ia berlepas mungkin terhempas.

"Saya sepatutnya sampai awal di Langkawi, sebelum solat Jumaat tapi ada kapal terbang yang saya naik rosak, nasib baik juruterbang dapat kesan awal jika tidak mungkin saya meninggal dunia akibat nahas.

"Saya fikir ia dirancang oleh seseorang.Ia tidak pernah berlaku sepanjang masa ini saya naiki jet peribadi,” katanya dalam ucapan di majlis bersama komuniti Cina dan India di Langkawi.

Berikutan itu,katanya beliau terpaksa pinjam jet peribadi lain untuk ke Langkawi.

Pelbagai persoalan timbul bila bekas Perdana Menteri itu membuat dakwaan umum secara terbuka begitu.

Bukankah baik pesawat atau apa jua jenis kenderaan milik siapa saja sentiasa terdedah kepada kemungkinan kerosakan secara tiba-tiba atau tidak.

Bukankah ia menjadi urusan pemilik atau syarikat yang kendali peswat itu sentiasa memeriksa,menyelenggara dan sebagainya.

Apakah boleh main lepas tangan bila rosak saja terus tuduh ada orang nak sabotaj?

Kalau benar-benar serius syak ada orang cuba sabotaj beliau sewajarnya buat laporan polis untuk siasatan menyeluruh.

Membuat dakwaan serius seumpama itu menjelang dekat pilihanraya umum sudah pasti akan cetus pelbagai persepsi.

Andaianya ia seolah ada pihak cuba sekat beliau dari bertanding PRU14 menerusi cubaan membunuh.

Tuduhan seumpama ini sudah tentu akan cetuskan sentimen simpati dan kemarahan dari kalangan orangramai untuk menyebelahinya.

Ini macam satu ‘kempen’ murahan yang sangat tidak bertanggongjawab.

Malaysia telah lalui 14 kali pilihanraya umum tanpa dicemari sebarang insiden babitkan keselamatan awan atau nyawa pemimpin yang bertanding.

Dr Mahathir dikenali sebagai orang yang boleh ‘buat kering’ cakap dan tuduh apa saja kerana menduga semua orang boleh percayai cakapnya.

Begitu halnya semasa beliau membuat pelbagai U-turn termasuk yang tidak masuk akal mengenai pendirian politik serta isu moral Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata orang nak main politik mesti ada batasnya…jangan sekali-kali perjudikan soal keselamatan negara.

Sumber asal: Dah mula dah…Dr Mahathir main drama tarik simpati…dakwa jet peribadi disabotaj

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment