No problem…di kawasan PM di Pekan dan TPM di Bagan Datuk

Posted by Kerah Lekung on Monday, 30 April 2018

No problem…di kawasan PM di Pekan dan TPM di Bagan Datuk.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka tidak akan hadapi masalah untuk kekalkan majoti besar beliau di kerusi Parlimen Pekan manakala timbalannya Datuk Sri Dr Zahid Hamidi dijangka akan buat calon yang lawnanya di Bagan Datuk demam tak kebah.
Pada PRU13 Najib menang besar di Pekan dengan majoriti 35,613 menewaskan calon PKR Fariz Musa.
Beliau dapat 51,278 undi manakala Fariz 15,665.
Kali ini Perdana Menteri berdepan tentangan calon PKR Zahid Mat Arip, PAS Kapten (B) Ahiatudin Daud dan calon Bebas Datuk Kadir Sainudin.
Mereka dijangka tidak menjadi saingan yang mencabar bagi beliau.
Zahid yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi PPBM ‘dipayung terjunkan’ ke Pekan dikatakan dihantar untuk ‘kacau daun’ suasana kempen pilihanraya kawasan itu.
Dalam pada itu semua empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Pekan iaitu Chini,Pulau Manis,Peramu Jaya dan Bebar dimenangi dengan majoriti besar semasa PRU13.
Apapun Najib berkata beliau tetap setia dan tidak pernah mengambil mudah terhadap kawasan serta penduduk Parlimen Pekan.
Beliau yang mempertahankan kerusi Parlimen Pekan untuk penggal ke-10 berkata akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif dan bekerja kuat supaya pengundi dapat melihat sendiri apa yang diusahakan dan dicapai, dan membuat keputusan di peti undi berdasarkan pencapaian tersebut.
"Sebagai Ahli Parlimen Pekan, saya menyimpan harapan cukup besar untuk memastikan kebajikan setiap penduduk Pekan terjaga dan untuk Pekan terus membangun maju dan berjaya."
"Hari ini impian dan harapan tersebut telah dapat dicapai, Pekan cukup pesat membangun dalam pelbagai bidang, daripada pendidikan sehinggalah ke pekerjaan," katanya.
Sementara itu Zahid yang merupakan panyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk selama enam penggal sejak 1995 berdepan pertandingan tiga penjuru. 
Pada PRU13, Zahid menewaskan calon PKR, Madhi Hasan dalam pertandingan satu lawan satu dengan majoriti 2,108 undi.
Kali ini yang bertanding mencabarnya ialah calon PKR Pakhrurrazi Arshad dan Ata Abdul Muneim Hasan Adli (PAS).
Raja Bomoh Ibrahim Mat Zain yang gempak kata nak masuk sebagai calon Bebas rupanya muflis dan tidak dapat bertanding.
Sementara itu kalangan pemerhati menilai Zahid dan jentera BN telah melaksanakan gerak kerja yang cukup kemas di sekitar Bagan Datuk sebagai persiapan untuk menghadapi PRU14.
Mereka menilai calon PKR dan PAS jenuh hendak bersaing kali ini.
Malah ada yang kata mereka akan ‘demam tak kebah’.
Selain itu semasa PRU13 dari dua kawasan DUN di Bagan Datuk satu dimenangi BN menerusi Datuk Shahrul Zaman Yahya dan satu lagi Hutan Melintang tewas kepada PKR.
Shahrul Zaman yang dalam misi mempertahkankan DUN Rungkup akan berdepan pertandingan tiga penjuru dengan Hatim Musa (PKR) dan Mohd Mohkheri Jalil (PAS).
Calon DUN Hutan Melintang Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bagan Datuk, Datuk Khairuddin Tarmizi akan ditentang calon PKR, G. Manivannan dan Mohd Misbahul Munir Masduki (PAS).
Pada PRU13, Shahrul Zaman menang kerusi DUN Rungkup dengan majoriti 613 undi, manakala kerusi DUN Hutan Melintang dimenangi calon PKR S. Kesavan, yang kini beralih bertanding kerusi Parlimen Sg Siput, dengan majoriti 1,240 undi.

BN berazam hendak tawan Hutang Melintang kali ini.

Sumber asal: No problem…di kawasan PM di Pekan dan TPM di Bagan Datuk

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment