Ketua Pemuda PKR Ampang,Adam Rosly kena penjara 6 bulan bagi kenyataan palsu SPRM

Posted by Kerah Lekung on Friday 27 April 2018

Ketua Pemuda PKR Ampang,Adam Rosly kena penjara 6 bulan bagi kenyataan palsu SPRM.
Ingat lagi…kes Datuk Adam Rosly,Ketua Pemuda PKR Ampang yang kekayaannya diragui hingga Ketua Gerakan Merah Datuk Jamal Md Yunus naik pada  helikopter tinjau rumah agamnya di Kampong Melayu Ampang pada 14 November 2016

Pada Khamis Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM30,000 kerana didapati bersalah memberi kenyataan palsu pada SPRM masa siasatan berhubung kekayaannya pada 2017.

Beliau dihadapkan 6 tuduhan melakukan kesalahan itu di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya, antara 9.00 pagi dan 12.15 tengah hari 10 Februari 2017, dan antara 9.00 pagi dan 2.00 petang, 22 Februari.

Pernyataan palsu itu berhubung kerjayanya sebagai ahli perniagaan, pendapatan, kenderaan mewah, rumah banglo bernilai RM1.2 juta di Kampung Melayu Ampang yang dibeli secara tunai, pinjaman wang RM200,000 daripada ibu mertua dan arwah neneknya serta pinjaman wang RM500,000 daripada ah long.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Adam Rosly didakwa memberi pernyataan palsu kepada 2 pegawai penyiasat SPRM ketika percakapannya dirakam mengikut Seksyen 32 (8)(c) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan, Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Bagi pertuduhan ketiga sehingga keenam, Adam dituduh menggunakan dokumen palsu iaitu dua perjanjian persetujuan pinjaman wang daripada dua individu dan dua baucer tunai daripada syarikatnya, Gegas Mentari Holding Sdn Bhd dengan niat untuk memperdaya pegawai penyiasat SPRM mengikut Seksyen 89 akta sama.

Sumber asal: Ketua Pemuda PKR Ampang,Adam Rosly kena penjara 6 bulan bagi kenyataan palsu SPRM

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment