Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin

Posted by Kerah Lekung on Monday 30 April 2018

Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin.

JASIN: Faktor Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai penceramah utama pakatan pembangkang dilihat gagal menarik minat orang ramai apabila hanya kira-kira 200 penduduk hadir pada ceramah pembangkang di Nyalas di sini malam tadi.
 
Sebelum ketibaan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu kira-kira jam 9.30 malam, penganjur beberapa kali merayu orang ramai melalui pembesar suara supaya memenuhkan kerusi yang disediakan.
 
Malah, kelibat Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, yang juga calon Parlimen Hang Tuah Jaya dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim yang sebelum itu disebut-sebut hadir, bagaimanapun tidak muncul.
 
Dalam ucapannya, Muhyiddin tidak membuang masa membuka gelanggang untuk terus menyerang kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, lapor BH Online.
 
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga seolah-olah mempunyai dendam peribadi terhadap kepemimpinan Najib apabila cuba menyemai kebencian rakyat, selain cuba menidakkan pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pengurangan subsidi dan biasiswa serta bekalan ubat yang didakwa berkurangan di hospital.
 
Dalam banyak janji manisnya, Muhyiddin yang juga calon PKR Parlimen Pagoh dan kerusi DUN Gambir, berjanji pakatan pembangkang akan meneruskan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya selepas PRU-14.
 
"Saya ditanya orang ramai, apabila kita bentuk kerajaan nanti adakah BR1M akan diteruskan, jawapan saya teruskan.
 
"BR1M kita berbeza kerana kita akan memastikan ia digantikan melalui program bantuan bersasar, sebab itu, PRU-14 ini orang kata ibu segala pilihan raya untuk kita menumbangkan kerajaan Umno-BN," katanya.

Sumber asal: Penganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin
More aboutPenganjur rayu penuhkan kerusi saksi ceramah Muhyiddin

754 ahli Warisan sertai Umno

Posted by Kerah Lekung

754 ahli Warisan sertai Umno.
SANDAKAN: Parti Warisan Sabah (Warisan) cawangan Batu Sapi hanya menunggu masa untuk dibubarkan selepas 754 ahlinya mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Umno serta Barisan Nasional (BN) dengan serta-merta.
 
Bekas setiausahanya, Abdullah Madin mengetuai kumpulan berkenaan menyerahkan borang keahlian Umno kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Majlis Perasmian Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia, Batu Sapi, Sandakan.
 
Abdullah ketika ditemui berkata, tindakan mereka itu dibuat selepas menyedari warisan bukan lah parti yang memperjuangkan rakyat sebaliknya hanya ditubuhkan untuk menengakkan agenda peribadi ketuanya.
 
“Sejak kami menjadi ahli warisan tiada apa-apa bantuan yang diberikan kepada semua ahli di cawangan itu, sebaliknya mempimpin tertinggi hanya melaung-laungkan slogan mahu mendapat kuasa.”
 
“Atas sebab itulah kami berasa insaf selepas menyedari penyertaan kami ke dalam warisan hanya sia-sia, maka hari ini kami membuat keputusan untuk menyertai UMNO, katanya.”
 
Yang turut hadir menerima borang keahlian mereka ialah Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman dan pemimpin-pemimpin BN Parlimen Batu Sapi.

Sumber asal: 754 ahli Warisan sertai Umno
More about754 ahli Warisan sertai Umno

“Saya akan ambil tindakan terhadap Rafizi” - Khairy

Posted by Kerah Lekung

“Saya akan ambil tindakan terhadap Rafizi” - Khairy.
SEREMBAN: "Saya akan mengambil tindakan (undang-undang) terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli atas tuduhan beliau bahawa saya bersekongkol dan bertanggungjawab atas tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menghalang calon PKR, Dr S. Streram masuk ke pusat penamaan calon semalam," kata Pengerusi Pemuda Barisan Nasionai (BN), Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, sebelum ini macam-macam Rafizi cakap tidak baik tentang dirinya dan beliau boleh 'lepaskan' namun pada kali ini tidak boleh diterimanya kerana ia membabitkan integriti Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno dan calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Parlimen Rembau pada PRU14 ini berkata, tindakan Rafizi yang menyebarkan tuduhan dan berita palsu itu dalam Facebook dan Twitternya itu adalah satu kesalahan mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018.
Pada Sabtu, Pemuda Umno telah membuat laporan polis  terhadap Rafizi bagi disiasat dan diambil tindakan kerana memfitnah, kata Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan kepada pemberita pada Hari Sukan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua di Rantau dekat sini, Ahad.
“Perkara ini serius. Saya sebagai calon pilihan raya, jangan main-main. Ini adalah berkenaan dengan kewibawaan pilihan raya di Rembau dan saya akan bawa dia ke mahkamah. Saya mahu Rafizi dibawa ke muka pengadilan sebab dia sudah ada banyak kes fitnah dan yang terbaru berkenaan dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau … biar mahkamah putuskan," katanya.
Khairy berkata, peguam mewakilinya akan kemukakan surat tuntutan kepada Rafizi dalam masa terdekat untuk naib presiden PKR itu menarik balik perkataan fitnah itu.
"Kalau Rafizi tidak tarik balik perkataan fitnah terhadap saya maka saya akan kemukakan saman fitnah terhadap beliau,” katanya dan menurutnya perkara itu sepatutnya dijawab oleh SPR dan bukannya oleh calon BN.
Katanya, Rafizi pada Sabtu turut membangkitkan semangat perkauman dalam kalangan pengundi India di negeri ini dan Parlimen Rembau berhubung penolakan calon PKR itu dengan  telah menghasut pengundi India untuk kononnya 'membalas dendam' terhadap BN.
"Ini tindakan yang sangat-sangat tidak bertanggungjawab… main dengan sentimen perkauman. PKR ini, kononnya parti berbilang kaum tetapi semalam Rafizi telah buktikan bahawa beliau adalah seorang anggota politik yang tergamak untuk main dengan sentimen perkauman.
"Jadi, saya harap masyarakat India tidak 'termakan' dengan permainan perkauman daripada PKR (pembangkang) dan akan terus memberi sokongan kepada saya dan calon BN lain di negeri ini dan Parlimen Rembau atas rekod khidmat saya memajukan semua masyarakat di sini,” katanya.
Pada hari penamaan calon di Dewan Seri Rembau pada Sabtu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan diumumkan menang tanpa bertanding di DUN Rantau selepas Streram tidak  dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon. - Bernama

Sumber asal: “Saya akan ambil tindakan terhadap Rafizi” - Khairy
More about“Saya akan ambil tindakan terhadap Rafizi” - Khairy

ADAKAH TAKTIK FITNAH JIJIK SERANG PERIBADI BAKAL DIGUNAKAN DI PERMATANG PAUH ?

Posted by Kerah Lekung

ADAKAH TAKTIK FITNAH JIJIK SERANG PERIBADI BAKAL DIGUNAKAN DI PERMATANG PAUH ?.


Calon-calon Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh perlu berhati-hati dengan taktik licik calon PKR bagi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang mempunyai rekod memfitnah dan menang di Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Datuk Raja Nong Chik.
Calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, jentera BN perlu bersedia dengan Nurul Izzah yang berkemungkinan akan menggunakan taktik yang sama untuk mewujudkan suasana yang tidak sihat dan menimbulkan cerita yang kurang pasti untuk menghilangkan keyakinan pengundi kepada calon-calon BN.
“Sejarah Nurul Izzah di Lembah Pantai, dulu beliau menang dengan menggunakan taktik menerusi serangan peribadi terhadap Raja Nong Chik tentang isu pembelian tanah sehingga menyebabkan rakyat Lembah Pantai terpengaruh.
“Itulah saya meminta calon-calon BN agar sentiasa bersedia dengan taktik calon PKR itu gunakan sebelum ini,” kata beliau.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai taktik Nurul Izzah yang mempunyai rekod memfitnah calon BN di Lembah Pantai pada pilihan raya lalu.
Dalam pada itu, Mohd Zaidi, berkata pengundi Permatang Pauh akan menyokong BN dalam pilihan raya kali ini.
“InsyaAllah.. dengan apa yang BN Permatang Pauh ada pada hari ini adalah rekod perkhidmatan yang kita buat selama ini.
“Kita yakin dengan rekod ini, tidak akan mudah dilupakan oleh rakyat Permatang Pauh berbanding dengan kegagalan Nurul Izzah di Lembah Pantai,” tambah beliau.
Sehari sebelum hari pembuangan undi pada PRU ke-13 yang lalu,  Nurul Izzah telah mengadakan sidang akhbar termasuk menjemput media antarabangsa dan mengeluarkan kenyataan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara. –Utaranews.com


Sumber asal: ADAKAH TAKTIK FITNAH JIJIK SERANG PERIBADI BAKAL DIGUNAKAN DI PERMATANG PAUH ?
More aboutADAKAH TAKTIK FITNAH JIJIK SERANG PERIBADI BAKAL DIGUNAKAN DI PERMATANG PAUH ?

DAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit

Posted by Kerah Lekung

DAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit.


Akhirnya, Zaid Ibrahim membuka mulut mengenai kritikannya terhadap DAP baru-baru ini. Kata Zaid, dia bukan marah kerana DAP tidak memberikannya satu kerusi untuk ditandingi pada PRU14, tapi yang paling membuatkannya 'bengang' adalah sikap angkuh pemimpin parti itu.

Dedah Zaid, pada awalnya DAP menjanjikan beliau kerusi Gelang Patah, namun tiga bulan kemudian, tawaran itu diberikan dengan 'bersyarat'. Tidak lama kemudian, tawaran itu ditarik balik dan beliau ditawarkan pula kerusi Bentong oleh seorang pemimpin DAP.

Bagaimanapun Zaid berkata, isu kerusi itu 'diam' selama enam bulan, sehingga beliau terpaksa menghubungi pemimpin tertinggi DAP untuk 'menagih' kerusi. Dan mengejutkan, pertanyaannya menerusi pesanan teks langsung tidak dibalas. 

Lihatlah permainan DAP. Pada mulanya alu-alukan kemasukan Zaid, tapi sekarang layan Zaid macam 'sampah'! Terbukti, DAP hanya gunakan pemimpin Melayu untuk kaburi mata rakyat saja.

K7L : Hanya yang makan sampah tahu main sampah..
Sumber asal: DAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit
More aboutDAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit

Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti

Posted by Kerah Lekung

Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti.
SEREMBAN: Penceramah motivasi, Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti tetapi sebaliknya menekankan bagaimana beliau boleh berkhidmat kepada rakyat semasa berkempen dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Beliau yang bertanding mewakili Barisan Nasional (BN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat berkata demikian selepas penyandang kerusi DUN tersebut Aminuddin Harun daripada PKR mengeluarkan kenyataan bahawa Syamsul tidak mampu bertahan lama dalam politik.
Syamsul berkata, baginya perkara yang paling diutamakan buat masa ini ialah perkhidmatan yang bagaimana boleh beliau beri kepada pengundi di DUN Sikamat agar masalah setempat dapat diselesaikan, yang antaranya kemudahan awam, peluang menjana ekonomi dan pembangunan.
"Sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan permasalahan rakyat, saya semestinya perlu menjadi seorang yang boleh melaksanakan tanggungjawab itu dengan memberikan perkhidmatan kepada masyarakat sebab itu kita menggunakan slogan “Bukti, Bukan Sekadar Janji”.
"Kita tidak mahu melaksanakan pembangunan ataupun projek-projek yang memberi impak yang kecil kepada rakyat, jika saya diberikan mandat, saya akan menjalankan gerak kerja yang menjadi keutamaan rakyat bukannya menjalankan gerak kerja dengan sesuka hati," katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Program Jualan Sentuhan Rakyat DUN Sikamat di sini, Ahad.
Selain itu, Syamsul juga berjanji untuk membawa kemudahan akses kepada perkhidmatan kerajaan ke DUN Sikamat seperti yang berada di DUN Ampangan iaitu Pusat Transformasi Bandar (UTC) kerana kawasan ini berada di pinggir bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.
"Penawaran akses khidmat kerajaan di DUN Sikamat adalah merupakan tindakan saya untuk masa panjang penduduk di sini, di samping beberapa pembinaan kemudahan asas.
"Selama ini pun jika dilihat pihak pembangkang tidak menjalankan apa-apa pembangunan di Sikamat malah hampir kesemua pembangunan di sini adalah atas usaha Kerajaan BN yang memerintah negeri ini," katanya.
Program Jualan Sentuhan Rakyat atau Pasar Waghih Kito diadakan bagi membantu orang ramai terutama di DUN Sikamat dalam membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.
Program tersebut menawarkan potongan harga sehingga 20 peratus daripada harga pasaran bagi barangan runcit dan basah yang dibuka sejak 8 pagi telah dikunjungi kira-kira 1,500 pengunjung dari dalam dan luar daerah Seremban.
Terdahulu, pada program Majlis Ramah Mesra Bersama Pesara Tentera dan Penduduk DUN Sikamat, di sini, Sabtu malam, Syamsul berkata, beliau akan membuat pendekatan secara sentuhan peribadi bagi mendekati dan memahami masalah yang dihadapi penduduk di kawasan itu.
“Tumpuan saya untuk ke surau-surau setiap waktu untuk bertemu jemaah bagi kariah sekitar DUN Sikamat, ia sebagai salah satu medium cara saya berkempen kerana semua sedia maklum bahawa surau dan masjid sebagai institusi masyarakat," katanya.
Syamsul Amri yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Seremban dicabar oleh Aminuddin Harun daripada PKR, yang merupakan penyandang kerusi itu selama dua penggal sejak 2008, Rahim Yusof daripada PAS dan seorang calon Bebas, Bujang Abu. - Bernama

Sumber asal: Syamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti
More aboutSyamsul Debat tidak terlalu bergantung kepada populariti

PKR Pasir Salak dakwa Azizah diktator, khianat reformasi

Posted by Kerah Lekung

PKR Pasir Salak dakwa Azizah diktator, khianat reformasi.
Dalam minggu ni sahaja, berapa ramai ahli PKR yang luahkan rasa tidak puas hati terhadap pucuk pimpinan kerana meletakkan bukan calon tempatan di kawasan mereka untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14)  akan datang.

Rata-rata mereka yang keluar parti ini adalah kerana semangat reformasi yang telah mereka tanamkan sejak dahulu, dibuang begitu sahaja tanpa suara mereka didengar.

Terbaru, Ketua Cabang PKR Pasir Salak, Noor Azwan Ramli menyifatkan Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai mengkhianati kepercayaan akar umbi
kerana meletakkan calon yang tidak pernah menabur bakti di sesebuah kawasan.

Menurut Noor Azwan, pemilihan yang dilakukan pimpinan parti jelas tidak realistik, sangat tidak adil serta jauh menyimpang daripada semangat reformasi yang bukan sahaja akan merosakkan parti, malah memperlihatkan sikap Wan Azizah yang degil dan kemaruk kuasa.

"Wan Azizah jelas tidak memahami hasrat akar umbi, justeru tindakannya yang langsung tidak membuka ruang perbincangan di peringkat cabang amat salah khususnya kepada se­mua ahli parti yang telah bertungkus-lumus menaikkan nama PKR di merata tempat.

“Jika cabang-cabang PKR di seluruh Malaysia sudah tidak lagi bernilai di mata Presiden PKR dalam soal pemilihan calon, maka sewajarnya dibubarkan sahaja segala bentuk sistem organisasi yang telah diwujudkan.

“Tindakan Presiden PKR ini telah menghina setiap ahli parti di seluruh Malaysia. Politik murahan seperti ini tidak sepatutnya diamalkan oleh mana-mana kepemimpinan gabungan pem­bangkang PKR,” ka­tanya dalam sidang akhbar di pejabat PKR Pasir Salak, pada Khamis.

Tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan kelemahan dan keangkuhan kepemimpinan peringkat Pusat apabila langsung tidak mengkaji populariti calon dalam kalangan masyarakat setempat.

"Tindakan bersifat diktator oleh Wan Azizah dengan meletakkan nama-nama calon pilihannya sendiri menunjukkan seolah-olah demokrasi telah mati dalam PKR.

“Segala masa, tenaga dan wang ringgit yang saya berikan kepada parti ini se­perti sia-sia sahaja. Apabila tiba masanya, segala yang dikorbankan serta sokongan oleh akar umbi telah ‘ditongsampahkan’ oleh pemimpin berhati batu.

“Sedarlah Datin Seri Presiden bahawa ini bukanlah cara politik yang telah diajarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada kami. Presiden PKR telah mengkhianati aspirasi dan semangat reformis Penasihat PKR yang kami hormati,” katanya.

Selasa lalu, bekas Ketua AMK PKR Cabang Kapar mengumumkan keluar parti kerana kepincangan yang berlaku oleh dalam tampuk pimpinan dan akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa atas tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Kemudian, pada Rabukira-kira 90 orang ahli PKR dari Kapar,Selangor berhimpun di depan ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaluing Jaya untuk suarakan bantahan terhadap pemilihan Datuk Abdullah Sani bertanding kerusi parlimen di situ.

Diikuti, Pengarah Lojistik DUN Bukit Melawati, Remy Iskandar yang mengumumkan akan keluar parti dan bertanding atas tiket bebas di DUN Bukit Melawati, atas alasan yang sama, tidak berpuas hati kerana PKR meletakkan  Sivamalar Ganapathy sebagai calon.

Sumber asal: PKR Pasir Salak dakwa Azizah diktator, khianat reformasi
More aboutPKR Pasir Salak dakwa Azizah diktator, khianat reformasi

ORANG KAMPUNG NIBONG TEBAL TAHU NAMA MANSOR OTHMAN TAPI TAK MUNCUL

Posted by Kerah Lekung

ORANG KAMPUNG NIBONG TEBAL TAHU NAMA MANSOR OTHMAN TAPI TAK MUNCUL .



Orang Kampung setakat tahu nama Mansor Othman sahaja, orangnya tidak pernah muncul & ambik peduli segala kesusahan serta kesulita n yang dialami penduduk NIbongTebal . Sesungguhnya masih terdapat golongan yang amat memerlukan pertolongan dan perhatian.

Ayuhhh para pengundi di Parlimen NibongTebal P047 ..cukuplah 10 tahun parlimen ini dibawah PKR ..

9 Mei undilah Barisan Nasional ..........





Sumber asal: ORANG KAMPUNG NIBONG TEBAL TAHU NAMA MANSOR OTHMAN TAPI TAK MUNCUL
More aboutORANG KAMPUNG NIBONG TEBAL TAHU NAMA MANSOR OTHMAN TAPI TAK MUNCUL

CALON DAPigs BENTONG PEMBOHONG BESAR!!!

Posted by Kerah Lekung

CALON DAPigs BENTONG PEMBOHONG BESAR!!!.
Disebalik rentetan dakwaan kononnya berlaku pembohongan sewaktu penamaan calon tempoh hari, ternyata calon DAPigs bagi Parlimen Bentong ni terlebih awal dah menipu rakyat.


Malah pembohongan yang dilakukan oleh calon DAPigs itu dilakukan secara terbuka, tetapi sengaja tidak dijelaskan kepada rakyat secara umum agar rakyat dapat terus diperbodohkan.


Tapi, seperti mana yang telah dijelaskan bahawa rakyat Malaysia ini tidaklah sebodoh seperti mana yang mereka sangka. Rakyat di Pahang khususnya, sudah tentu tidak akan lupa pembohongan calon DAPigs itu.


Sebelum ini, calon DAPigs itu pernah mendakwa kononnya Kerajaan Barisan Nasional sengaja membuka kilang radiasi di Kuantan dan membenarkan penggunaan bahan radioaktif di Raub.


Namun malangnya, pembohongan yang dilakukan calon DAPigs di Bentong itu tidak dapat dibuktikan sehingga menyebabkan dia telah dikenakan tindakan mahkamah oleh pihak syarikat Lynas.


Bahkan, sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang laporan yang mendakwa ada penduduk disekitar Kuantan yang terdedah kepada radiasi ataupun orang di Raub mati kerana bahan radioaktif.


Tidakkah itu merupakan satu PEMBOHONGAN BESAR yang sengaja dilakukan oleh calon DAPigs Parlimen Bentong itu untuk mendapatkan sokongan dari kalangan rakyat secara terbuka?


Pokok pangkalnya, tak perlu la puak penyokong DAPigs tu nak anggap calon mereka bagi Parlimen Bentong ni 'Maksum' dan 'Suci' sangat dari sebarang dosa sedangkan realitinya, dia terlebih dahulu pernah membohongi rakyat tanpa rasa bersalah!!!

Sumber asal: CALON DAPigs BENTONG PEMBOHONG BESAR!!!
More aboutCALON DAPigs BENTONG PEMBOHONG BESAR!!!

CAMM nafi dakwaan Dr Mahathir pesawat disabotaj

Posted by Kerah Lekung

CAMM nafi dakwaan Dr Mahathir pesawat disabotaj.
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) menolak dakwaan sabotaj terhadap pesawat yang sepatutnya menerbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad dari Subang ke Langkawi Jumaat lalu.

Pengerusinya, Datuk Azharuddin A. Rahman berkata, pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.

"Hari ini kami telah melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk pengesahan dokumentasi, pemeriksaan fizikal terhadap pesawat, dan menemubual juruterbang serta petugas penyelenggaraan pesawat persendirian itu," katanya dalam satu kenyataan.
Pemeriksaan terhadap dokumentasi pesawat itu tidak menunjukkan sebarang kecacatan kecuali kebocoran udara di roda kiri yang dicatatkan oleh petugas penyelenggaraan pada 27 April.
Tekanan pada roda itu adalah rendah dan setelah diisi udara paras tekanan tetap menurun pada 2psi setiap minit, katanya sambil menambah bahawa tayar simpanan pula tidak ada untuk menggantikanya.

"Dakwaan sabotaj terhadap sesebuah pesawat adalah serius dan boleh menjejaskan reputasi penerbangan Malaysia serta negara secara keseluruhan," katanya.
Malam tadi, CAAM telah diarahkan menyiasat dakwaan Dr Mahathir bahawa penerbangannya dibatalkan sejurus sebelum berlepas kerana juruterbang mengesan sedikit kerosakan pada pesawat dan pembaikan segera tidak dapat dilakukan.

Bekas perdana menteri itu yang ketika itu hendak menaiki pesawat berkenaan ke Langkawi bagi proses penamaan calon Pilihan Raya ke-14 mendakwa pesawat itu mungkin disabotaj. 

Sumber asal: CAMM nafi dakwaan Dr Mahathir pesawat disabotaj
More aboutCAMM nafi dakwaan Dr Mahathir pesawat disabotaj

Tun M enggan terima kenyataan CAMM

Posted by Kerah Lekung

Tun M enggan terima kenyataan CAMM.
LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamed hari ini menolak hasil penemuan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAMM) yang mengenepikan sebarang unsur sabotaj pada pesawat yang sepatutnya digunakan beliau untuk penerbangan ke Langkawi kelmarin.
 
Calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu berkata, beliau tidak dapat menerima kenyataan dibuat CAMM itu, kerana mendakwa ia dibuat tanpa melalui melalui siasatan yang terperinci ke atas pesawat.
 
"Mereka kata ia bukan sabotaj...bagaimana mereka buat kesimpulan sebegitu sedangkan mereka tak buat apa-apa siasatan," katanya kepada pemberita selepas menemui pengundi di pasar awam Kuah, di sini, hari ini.
 
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi CAMM, Datuk Seri Azharuddin A Rahman, mengenai siasatan terhadap dakwaan sabotaj ke atas jet peribadi yang sepatutnya digunakan beliau untuk penerbangan dari Subang ke sini kelmarin.
 
Semalam, Azharuddin berkata, pesawat jenis Bombardier Challenger CL60 yang dikendalikan oleh Vista Jet Limited tidak dapat diterbangkan ekoran masalah teknikal yang kecil dan rutin iaitu kebocoran udara di roda kiri pada muncung pesawat.
 
"Hari ini kami telah melakukan pemeriksaan menyeluruh, termasuk pengesahan dokumentasi, pemeriksaan fizikal terhadap pesawat, dan menemubual juruterbang serta petugas penyelenggaraan pesawat persendirian itu," katanya dalam satu kenyataan.
 
Pemeriksaan terhadap dokumentasi pesawat itu tidak menunjukkan sebarang kecacatan kecuali kebocoran udara di roda kiri yang dicatatkan oleh petugas penyelenggaraan pada 27 April.
 
Kerusi Parlimen Langkawi menyaksikan saingan tiga penjuru apabila penyandang, Datuk Ir Nawawi Ahmad, dari BN dicabar Dr Mahathir yang menggunakan logo PKR dan calon PAS, Zubir Ahmad.
 
Pada PRU-13, Nawawi menang dengan majoriti 11,861 undi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dan calon Bebas, Marina Hussein.

Sumber asal: Tun M enggan terima kenyataan CAMM
More aboutTun M enggan terima kenyataan CAMM

Malaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia

Posted by Kerah Lekung

Malaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia.


Tulisan asal oleh: Abdul Wahid Omar, Business Insider Singapore, 27 April 2018

Akauntan bertauliah dan bekas menteri selama satu penggal Abdul Wahid Omar berkata Malaysia kini berada di peringkat terakhir untuk digelar sebagai negara maju.

Saya dilahirkan sebagai anak kesembilan dalam sebuah keluarga yang mempunyai sebelas adik beradik pada tahun 1964 dan dibesarkan di Kampung Tarom, sebuah kampung kecil di negeri Johor selatan. Seperti kebanyakan orang Melayu pada zaman saya, keluarga saya miskin. Lagipun, 49.3% isi rumah Malaysia pada 1970 hidup dalam kemiskinan.

Tidak perlu dikatakan, bahasa Inggeris bukan bahasa percakapan saya pada masa itu. Semasa peperiksaan sekolah rendah saya, saya berjaya dapat 4A dan 1C - tiada hadiah jika anda meneka apa yang 'C' itu.

Tetapi saya diberi peluang untuk mendaftar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA kelolaan kerajaan, dan dari sana berjaya memperbaiki kemahiran bahasa saya. Kerajaan pada masa itu, dan bahkan sekarang, percaya bahawa menyediakan pendidikan yang baik adalah kunci untuk mengangkat rakyat keluar dari kemiskinan. Hati saya telah ditakdirkanuntuk menjadi akauntan, sehingga ke peringkat di mana saya berjaya belajar akauntan di UK di bawah biasiswa daripada MARA, agensi yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat Bumiputera yang kurang bernasib baik.

Dan sekarang, saya berada dikedudukan di mana pendapat saya boleh diterima oleh pembaca antarabangsa yang ingin mendengar daripada sumber asli bagaimana Malaysia yang 'sebenarnya', di luar tajuk-tajuk media utama.

Kecuali anda tinggal di negara ini, saya fikir anda tidak akan dapat faham pelbagai cabaran dalam menguruskan sebuah negara kecil yang mempunyai pelbagai bangsa yang mempunyai impak lebih besar kepada dunia berbanding saiznya, dan dibezakan lagi dengan tekanan ekonomi dan sosial yang tak sama.

 kerumitan yang datang dalam menguruskan negara yang beragam jenis rakyat yang agak kecil yang selalu menumbuk di atas berat badannya, dan terus dipengaruhi oleh tekanan ekonomi dan sosial yang berbeza.

MAKMUR DAN MAJU

Malaysia kini berada di peringkat terakhir untuk digelar sebagai negara maju, Malaysia akan menjalani transformasi menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang didefinisikan Bank Dunia.

Izinkan saya berkongsi beberapa fakta mudah:

1. Bank Dunia menyatakan bahawa sejak memperoleh kemerdekaan, Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya dari satu asas pertanian dan berasaskan komoditi berubah menjadi tuan rumah sektor pembuatan dan perkhidmatan yang teguh, menjadikan Malaysia salah satu pengeksport utama peralatan elektrik, bahagian dan komponen elektronik.

2. Dasar-dasar kerajaan telah membantu mengubah Malaysia menjadi salah satu negara dengan ekonomi paling terbuka di dunia, dengan nisbah perdagangan-ke-KDNK lebih dari 140% sejak 2010.

3. Keterbukaan kita dalam perdagangan dan pelaburan telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan pekerjaan dan memacu pertumbuhan pendapatan; 40% daripada pekerjaan kita dikaitkan dengan aktiviti eksport.

4. Sejak krisis kewangan Asia 1997-1998, ekonomi Malaysia telah berada dalam trajektori menaik, purata pertumbuhan sebanyak 5.4% sejak 2010.

5. Pada tahun ini, bank pusat, Bank Negara Malaysia telah menaikkan unjuran pertumbuhannya untuk 2018 kepada 5.5-6.0 peratus, salah satu pertumbuhan terpantas di rantau ini, atas berkat ekonomi kita kuat dan pelbagai, disokong oleh penggunaan domestik dan pelaburan perniagaan yang rancak.

Dan sekarang dengan kurang daripada 1% isi rumah Malaysia hidup dalam kemiskinan yang melampau, tumpuan kerajaan telah beralih ke arah meningkatkan kesejahteraan kepada lebihan 40% populasi penduduk terbawah.

Ia adalah satu kelompok yang saya dan keluarga saya pernah menjadi sebahagian daripadanya dan pada saya sendiri secara peribadi, ia merupakan dasar pembangunan yang sangat penting dari segi merapatkan jurang kekayaan dan memastikan semua rakyat Malaysia dalam semua lapisan masyarakat berjaya dan berjaya bersama.

MUDA, PELBAGAI DAN LAPAR

Saya berusia 37 tahun ketika saya diminta untuk mengetuai Kumpulan UEM-Renong, yang pada masa itu merupakan syarikat infrastruktur terbesar di Malaysia, dengan 11 syarikat yang didagangkan secara terbuka dalam keadaan stabil.

Ramai rakan sebaya saya juga diberikan kedudukan kepimpinan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang besar apabila mereka berusia 30-an dan awal 40-an. Mereka bukan dari keluarga kaya dan mempunyai pertalian dengan orang penting. Mereka diberi peluang yang saksama dan diiktiraf atas kebolehan mereka.

Kepercayaan kepada bakat dan kepelbagaian kami telah membantu menjadikan Malaysia hari ini.

Namun kerana peluang yang negara telah berikan kepada saya, saya hanyalah satu daripada berjuta-juta rakyat Malaysia, yang melalui kerja keras, kekecewaan dan ‘kelaparan’, telah membantu mendorong Malaysia ke kedudukan selesa di dalam kedudukan global 30 teratas dari segi KDNK yang diukur melalui Paritas Kuasa Pembelian (PPP) berdasarkan pangkalan data tahun 2016 Petunjuk Pembangunan Dunia Bank Dunia.

Malaysia sudah tentu tidak sempurna dan terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Tetapi setelah melihat Malaysia melalui mata seorang lelaki kampung yang miskin yang berjaya ke dunia korporat, saya akan mengatakan ini: perniagaan berkembang maju pada landasan yang stabil dan rekod prestasi ekonomi yang terbukti.

Dalam tempoh 61 tahun ia menerajui Malaysia, kerajaan saya telah membawa pembangunan, kemakmuran dan keamanan kepada rakyat negara ini.

Dan jangan lupa dunia, Malaysia masih terus berkembang, dan dengan sangat cepat. Kami masih mendaki, dan dengan sangat cepat.

Saya ingin menamatkan dengan mengatakan:

SAYA ADALAH PENYOKONG

Saya seorang penyokong yang tidak malu dan berani pada dasar-dasar sosial dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Terima kasih kepada dasar-dasar dan kerajaannya, Malaysia berjaya memecahkan apa yang dipanggil ‘sumpahan sumber': paradoks bahawa negara-negara yang mempunyai banyak sumber semula jadi cenderung mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kurang, demokrasi dan hasil pembangunan yang lebih teruk daripada negara kurang berkepentingan. Malaysia percaya kepada pembangunan sumber semula jadi yang mampan dan memastikan bahawa kadar penambahan sumber minyak berada di atas 100% iaitu mengekstrak minyak & gas pada kadar yang lebih rendah berbanding penemuan rizab baru. Itulah sebabnya Bank Dunia memetik Malaysia sebagai "kejayaan dari segi memanfaatkan sumber semula jadi untuk pembangunan".

Ia adalah kerana dasar-dasar pembangunan sosial dan ekonomi yang luas yang akan memastikan Malaysia akan terus kuat menghadapi abad ke-21 yang sangat tidak menentu tetapi sangat menarik ini, yang saya yakin 100% akan membawa faedah yang tidak terhitung kepada semua yang ingin mengambil bahagian bersama.

Atas sebab-sebab yang saya nyatakan di atas, saya minta anda tolong, fikirkan lebih luas daripada tajuk-tajuk utama media dan lihat Malaysia dengan ‘wajah’ sebenarnya; bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang progresif, terbuka dan mesra perdagangan yang telah dipupuk oleh kerajaan yang sama dan dibina lebih dari enam dekad yang lalu.

Melihat kepada masa depan, saya percaya bahawa sebagai ahli pengasas ASEAN, salah satu kawasan ekonomi dunia yang paling pesat berkembang di abad ke-21, Insya Allah, hanya ada satu arah untuk saya dan 30 juta rakyat Malaysia yang lain: Maju ke atas.

* Abdul Wahid Omar, 54, seorang akauntan bertauliah dan bekas menteri sepenggal dalam kerajaan Malaysia, adalah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, syarikat pengurusan dana terbesar Malaysia dengan aset bernilai $ 72 bilion di bawah pengurusan. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, syarikat awam terbesar Malaysia, Telekom Malaysia dan UEM Group.

Link asal artikel: Business Insider
Sumber asal: Malaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia
More aboutMalaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia

PPBM parti huru-hara tanpa asas kukuh - Anina

Posted by Kerah Lekung

PPBM parti huru-hara tanpa asas kukuh - Anina.
SHAH ALAM: Tindakan seorang pemimpin PPBM Melaka bertanding sebagai ahli Bebas di DUN Ayer Molek semalam hanya memperkuatkan tanggapan parti itu huru-hara kata bekas pengasasnya, Anina Saadudin.
 
"Ianya (pertubuhan PPBM) secara huru-hara dan dibentuk secara tidak sengaja selepas Muhyidin dan Mukhriz hilang jawatan maka sebab pertubuhannya juga sudah huru-hara."
 
"Dia juga berhadapan dengan krisis perlembagaan dan gabungan antara PKR, DAP, AMANAH dan PPBM itu juga bukan dibentuk atas satu asas yang kukuh," ujarnya.
 
Anina berkata, isu ahli PPBM bertanding dalam parti Bebas atau parti lain bukan sesuatu yang pelik kerana ianya berlaku di merata-rata tempat di Malaysia.
 
"Isu ini bukan hanya berlaku di Ayer Molek sahaja, perbalahan daripada ahli PPBM berkenaan dengan pembahagian kerusi ini berlaku di merata-rata tempat dan di kawasan saya di Langkawi juga begitu.
 
"Kalau kamu tengok balik apa yang saya terangkan kepada kamu dari awal maka kamu boleh nampak kenapa pada akhirnya semua menjadi kacau bilau," kata beliau lagi
 
Semalam, Naib Ketua Bahagian PPBM Hang Tuah Jaya Prof Madya Dr Kamarolzaman Mohd Jidi disahkan bertanding sebagai calon Bebas di DUN Ayer Molek kerana kecewa tidak dicalonkan di kawasan itu walaupun mendakwa sudah dijanjikan demikian oleh pucuk pimpinan.
 
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan bahawa anggota PPBM yang bertanding sebagai calon Bebas pada PRU14 akan dipecat daripada parti kerana mengkhianati perjuangan parti.

Sumber asal: PPBM parti huru-hara tanpa asas kukuh - Anina
More aboutPPBM parti huru-hara tanpa asas kukuh - Anina

TG Hadi sudah Mimpi Mimpi

Posted by Kerah Lekung

TG Hadi sudah Mimpi Mimpi TG Hadi Awang mulai berkongsi mimpi... In Sya Allah berharap mimpi-mimpi lain akan menyusul hingga tiba PRU14.


More aboutTG Hadi sudah Mimpi Mimpi

DAPigs PARTI "KALIS DOSA"???

Posted by Kerah Lekung

DAPigs PARTI "KALIS DOSA"???.
Memang istimewa sungguh sesiapa yang masuk menjadi ahli DAPigs ni. Walaupun ada kes di mahkamah sama ada di peringkat pertuduhan atau perbicaraan, mereka tetap ‘lepas’ sebagai calon.


Jika sebelum ini, DAPigs sering mendakwa kononnya parti mereka sebuah parti yang mempunyai maruah dan moral yang tinggi jika mahu dibandingkan dengan parti lain dalam Malaysia.


Malah pucuk pimpinan parti itu pernah dengan rasa bongkar mendesak dan mencabar mereka yang didapati sedang berhadapan kes siasatan dimahkamah untuk bercuti serta melepaskan jawatan.


Dari satu sudut, tindakan itu hanya dilakukan untuk menunjukkan kepada rakyat kononnya pemimpin - pemimpin DAPigs ni semuanya 'Suci' dan tidak pernah melakukan sebarang dosa.


Tapi, apabila perkara seperti itu berlaku pada batang hidung mereka sendiri, banyak pulak alasan yang diberikan oleh puak - puak DAPigs ni untuk melepaskan diri mereka dari dipersalahkan.


Antara alasan yang biasa digunakan ialah, 'Semua itu konspirasi Kerajaan', 'Ada pihak sengaja memburukkan imej DAP', 'Kerajaan Zalim menyalahgunakan sistem perundangan dan macam - macam lagi.


Sedangkan semua yang berlaku itu adalah kesalahan yang mereka lakukan sendiri. Tak sapa suruh Si Lim Guan Eng tu beli rumah Terlajak Murah dari orang yang dapat kontrak Rejim pemerintahannya.


Takde siapa pun yang suruh calon DAPigs bagi Parlimen Bentong, Si Wong Tack tu membuat ugutan nak membakar kilang Lynas sehingga menyebabkan dia disaman dimahkamah.


Namun, semua itu tidak pula diceritakan kepada rakyat secara terbuka. Sebaliknya, puak DAPigs tu terus cuba untuk membohongi rakyat secara terang - terangan. Sedangkan rakyat tidak la sebodoh seperti mana yang mereka sangkakan!!!

Sumber asal: DAPigs PARTI "KALIS DOSA"???
More aboutDAPigs PARTI "KALIS DOSA"???

PRU14: 29 ahli PAS masuk BN di Batu Kurau

Posted by Kerah Lekung

PRU14: 29 ahli PAS masuk BN di Batu Kurau.
BATU KURAU:  Seramai 29 ahli PAS di sini mengumumkan keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap parti pembangkang itu dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Jurucakap kepada kumpulan bekas ahli PAS berkenaan, Zulkifli Yunus, 59, berkata, mereka membuat keputusan itu kerana yakin hanya BN yang diterajui Umno mampu membela nasib rakyat di kawasan terbabit.

"Saya sudah bersama PAS hampir 18 tahun, malah seluruh anggota keluarga saya adalah pengikut setia PAS.

"Saya akui, kesedaran mulai wujud selepas melihat bagaimana kawasan Parlimen Larut dibangunkan di bawah kepemimpinan Datuk Seri Hamzah Zainudin sepanjang sepenggal lalu," katanya ketika ditemui selepas menyerahkan borang menyertai Umno kepada Hamzah di sini, hari ini.

Seorang lagi bekas ahli PAS, Razali Silah 75, berkata ketika kampung mereka dilanda ribut sehingga mengakibatkan kerosakan rumah penduduk, pejabat pusat khidmat Ahli Parlimen Larut yang menawarkan pelbagai bantuan kepada mereka.

"Sejak daripada itu, saya melihat corak kepemimpinan Datuk Hamzah yang ikhlas membantu orang kampung tanpa mempersoalkan seseorang itu daripada parti mana," katanya dipetik BH Online.

Sementara itu, Hamzah yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, berkata tindakan 29 bekas ahli PAS itu membuktikan hanya parti BN yang memperjuangkan nasib rakyat.

"Melihat kepada kecelaruan parti pembangkang untuk memilih pucuk kepemimpinan, ia sudah cukup membuktikan mereka memang tidak pernah sepakat.

"Hanya Umno dan BN yang benar-benar menambat hati rakyat dan memperjuangkan nasib rakyat Malaysia," katanya.

Sumber asal: PRU14: 29 ahli PAS masuk BN di Batu Kurau
More aboutPRU14: 29 ahli PAS masuk BN di Batu Kurau

ALAHAI CALON PKR SEBERANG JAYA SUDAH TERDESAK , FITNAH KJ UNTUK POPULARITI

Posted by Kerah Lekung

ALAHAI CALON PKR SEBERANG JAYA SUDAH TERDESAK , FITNAH KJ UNTUK POPULARITI .



Penyandang kerusi DUN Seberang Jaya Dr Afif Bahardin nampak semakin terdesak untuk mempertahankan DUN Seberang Jaya .   

Sampai terpaksa TWEET  memfitnah  penyandang kerusi Parlimen Rembau YB Khairy Jamaluddin konon guna taktik jijik untuk menang di Rembau .

Sebenarnya  dia ni sudah semakin terdesak , kerja tak buat di kawasan Seberang Jaya sebaliknya sibuk tweet setiap hari maki dan kutuk YAB  PM .

Dia jadi wakil rakyat hanya wayang saja lebih walaupun berjawatan Exco Kerajaan Negeri . Banyak isu setempat gagal diselesaikan terutama rakyat tinggal di rumah flat di Seberang Jaya 

Di mana rumah kos rendah dibina di Seberang Jaya sejak 10 tahun DAP memerintah negeri  ? Yang sedia ada itu semua dibina zaman kerajaan BN . 

Calon BN Seberang Jaya Abu Bakar Sidekh semasa bertemu pengundi di Rumah Pangsa Kerajaan Negeri (RPKN) mendedahkan 5 isu setempat gagal diselesaikan wakil rakyat PKR  .




Sumber asal: ALAHAI CALON PKR SEBERANG JAYA SUDAH TERDESAK , FITNAH KJ UNTUK POPULARITI
More aboutALAHAI CALON PKR SEBERANG JAYA SUDAH TERDESAK , FITNAH KJ UNTUK POPULARITI