WAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!

Posted by Kerah Lekung on Sunday 31 December 2017

WAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!.
Mantan PM dan bekas diktator Malaysia telah meminta maaf semasa AGM PBBM yang berlangsung pada hari ini. Ironinya 2 tahun sebelum itu dan selama beliau memerintah Malaysia, tidak sesekali beliau mahu minta maaf dan mengakui kesilapan serta kezaliman beliau.

Hakikatnya, lafaz minta maaf yang diucapkan Mahathir tersangatlah murah di mata rakyat Malaysia. Kenapa? Mudah saja. Bila diri dah tersepit, keperluan semakin terdesak dan terlalu gilakan kuasa, beliau telah menggunakan talian hayat terakhir beliau iaitu untuk pancing simpati dengan meminta maaf.

Sekiranya Mahathir mengakui beliau telah lakukan dosa dan benar-benar zalim seperti yang digebang Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Lim Kit Siang, maka adakah Mahathir sebenarnya benar-benar salah dalam isu liwat dan skandal seks Anwar Ibrahim? Adakah beliau bersalah dalam isu membunuh Ibrahim Libya di Memali? Dan adakah beliau bersalah memperdaya rakyat bahawa DAP dan Lim Kit Siang itu rasis dan chauvinist? Atau adakah ini semua satu lagi sinetron drama dari bekas diktator berusia 92 tahun yang masih gilakan kuasa?

Setelah keluar dari UMNO, jangka hayat politik Mahathir semakin malap dan semakin dekat dengan penghujungnya. Kita semua tahu perjuangan PPBM hanyalah dendam kesumat terhadap UMNO kerana PM Najib Razak telah menolak permintaan-permintaan pelik Mahathir, antaranya untuk mengekalkan kuasa anak beliau Mukhriz. Kita tidak dapat melihat sebarang perjuangan untuk rakyat, yang dijadikan modal ceramah dan di media sosial hanyalah imbauan sejarah #RinduZamanTun atau edisi throwback ketika Mahathir masih berkuasa. Itu sahaja.

Anehnya, Mahathir bersungguh-sungguh meminta maaf atas dosa-dosa beliau sebelum ini namun tidak pula beliau meminta maaf kepada Sultan Selangor dan Johor setelah mengutuk suku kaum Bugis dalam beberapa perjumpaan dengan rakyat sekitar tahun ini. Maka, sangat mudah untuk rakyat menilai betapa retoriknya permohonan maaf dari Mahathir yang tiada nilai keikhlasan.

Sumber asal: WAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!
More aboutWAYANG AIR MATA MAHATHIR KEMBALI LAGI ... BOLEH PERCAYA KER!!!

AGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat.

Posted by Kerah Lekung

AGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat..
SHAH ALAM 30 Dis. – Selepas beberapa kali melanggar peruntukan perlembagaan parti sehingga berdepan kemungkinan dibubarkan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akhirnya berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) di Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam (IDCC) hari ini.

Sebelum ini, parti yang diterajui Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anak Dr. Mahathir, Datuk Seri Mukhriz itu diberikan amaran oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) kerana gagal mengadakan AGM, menangguhkan AGM tanpa peruntukan parti dan menggunakan istilah Armada.

Namun, di sebalik kejayaan PPBM mengadakan AGM selepas pelbagai kontroversi melanda, mesyuarat yang dihadiri seramai 941 perwakilan itu dilihat sekadar menjadi medan untuk menyebar kebencian terhadap UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Paling ketara, Dr. Mahathir sendiri dalam ucapannya selama hampir sejam, telah menyebut nama Najib sebanyak 38 kali sejak dari awal hingga akhir dan menuduh Perdana Menteri dengan pelbagai tohmahan negatif khususnya kleptokrat.

Tidak ketinggalan, Pas yang turut menjadi sasaran kecaman barisan kepemimpinan tertinggi PPBM hanya kerana parti tersebut enggan menyertai Pakatan Harapan dan bersekongkol dengan DAP.

Ternyata perkara tidak digemari perwakilan PPBM sendiri apabila mereka tampil menyuarakan kekecewaan terhadap Dr. Mahathir khususnya kerana tidak menjadikan medan AGM sebagai pentas untuk mengangkat perjuangan bangsa, agama dan tanah air, sebaliknya menjelmakan dendam politik yang kesumat. 

Sumber asal: AGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat.
More aboutAGM PPBM pentas Dr. Mahathir luahkan dendam kesumat.

Duri dalam daging PAS umum ‘angkat kaki’…Tak Hairan ler

Posted by Kerah Lekung

Duri dalam daging PAS umum ‘angkat kaki’…Tak Hairan ler.
Satu dunia tahu kebelakangan ini jiwa dan raga Datuk Mahfuz Omar sudah tidak lagi dengan PAS.Namun Ahli Parlimen Pokok Sena itu terus ‘main dalam’ ikut rentaknya dalam parti itu.

Ibarat orang yang nak sambut tahun baru 2018 dengan wajah baru,duri dalam daging PAS itu umum beliau keluar parti yang dianggotainya selama 34 tahun itu berkuatkuasa tengah malam Ahad.

Dalam pengumuman yang dibuat menerusi siaran live di facebook Parti Amanah (PAN) Mahfuz buat-buat kata beliau perlu masa untuk fikir parti mana nak masuk seleps ini.

Mahfuz menilai tindakan keluar parti itu perl;u tempoh ‘ berkabung’ sebelum ambil langkah lanjut.

Dakwanya semua parti pembangkang – PKR,DAP,PAN dan PPBM  sedia terima penyertaannya.

PAS Kedah pada Oktober lalu sudah umum Mahfuz tidak akan dicalonkan semula bertanding di Pokok Sena.

Mahfuz tembak balik kata beliau sendiri tidak ingin jadi calon PAS lagi.

Sumber asal: Duri dalam daging PAS umum ‘angkat kaki’…Tak Hairan ler
More aboutDuri dalam daging PAS umum ‘angkat kaki’…Tak Hairan ler

Cakap Besar Pemimpinan PPBM Ni!!!! Tak Perlu Dengan PAS

Posted by Kerah Lekung

Cakap Besar Pemimpinan PPBM Ni!!!! Tak Perlu Dengan PAS.
Selepas diumumkan sebagai calon perdana menteri sementara, Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad terus menimbang hasrat untuk bertanding dalam PRU ke-14.

“Mereka beritahu saya, saya mempunyai peluang cerah untuk menang di Langkawi, Kubang Pasu atau Putrajaya.

Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) semasa sidang media selepas selesai Perhimpunan Agung Tahunan parti di Shah Alam

“Saya sedia bertanding. Saya sedia bertanding disalah satu daripada tiga kerusi itu,” katanya sebaik sahaja selesai Perhimpunan Agung Tahunan PPBM di Shah Alam, pada Sabtu.

Ditanya sama ada jawapan itu mengesahkan beliau akan bertanding, Dr Mahathir hanya memberi reaksi: “nampaknya macam tulah”.

Kesediaan bekas presiden UMNO itu seolah-olah menepati desas-desus bahawa beliau terpilih sebagai Perdana Menteri sementara jika Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya.

Namun, beliau enggan mengulas lanjut berkenaan syarat dikenakan PKR iaitu perlu membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menjadi ketua negara selepas PRU-14.

Sementara itu, Dr Mahathir mengumumkan bahawa PPBM tidak akan melakukan perbincangan dan rundingan dengan PAS mengenai kerusi pada PRU ke-14 ini.

Malah katanya, PPBM dan PH sudah bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam pilihanraya umum.

“Siapa peduli dengan PAS,” katanya lagi.

Sumber asal: Cakap Besar Pemimpinan PPBM Ni!!!! Tak Perlu Dengan PAS
More aboutCakap Besar Pemimpinan PPBM Ni!!!! Tak Perlu Dengan PAS

Ooo..patutler, kes dadah rupanya!

Posted by Kerah Lekung

Ooo..patutler, kes dadah rupanya!.
Kes tikam, langgar: Berpunca akibat dadah
Astro Awani - Disember 22, 2017 14:04 MYT
Kes tikam, langgar: Berpunca akibat dadah
Wan Ahmad Najmuddin berkata, polis masih belum menemui kereta BMW yang digunakan dalam jenayah terbabit dan pemeriksaan mendapati ia menggunakan nombor pendaftaran palsu. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Insiden pembunuhan seorang lelaki di Stesen Minyak di Taman Pelangi Johor Bahru Ahad lalu dipercayai akibat hutang peredaran dadah antara individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman , Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan awal terhadap kesemua suspek yang ditahan.

Menurutnya, setakat ini, polis telah menahan 14 suspek iaitu 10 lelaki dan empat wanita berusia lingkungan 16 hingga 26 tahun termasuk yang terbaharu seorang lelaki berusia 22 tahun petang semalam di Johor Bahru.

Malah, polis turut memberi jaminan lebih ramai lagi suspek akan ditahan untuk membantu siasatan.
“Polis juga mengesan saki baki yang dipercayai terlibat dan telah dikenal pasti,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di Johor Bahru.

Tambah Wan Ahmad Najmuddin berkata, setakat ini seramai lapan individu termasuk saksi telah dipanggil polis bagi merekod percakapan serta membantu siasatan.

Pada 20 disember, polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki di pulau pinang, manakala tujuh lagi individu termasuk tiga wanita di tahan di singapura dengan bantuan singapore police force, manakala semalam, polis menahan lagi lima suspek.

Enam daripada 14 suspek telah direman tujuh hari sehingga 27 disember bagi membantu siastan mengikut seksyen 302 kanun keseksaan.

BACA: Pasukan khas tangani kes bunuh di stesen minyak

BACA: Kes tikam dan gilis: Polis Johor tahan 2 suspek

BACA: Enam termasuk wanita ditahan reman bantu siasat kes tikam, langgar Johor Bahru 

Sumber asal: Ooo..patutler, kes dadah rupanya!
More aboutOoo..patutler, kes dadah rupanya!

Sampai perwakilan parti sendiri pun boring dan meluat. ...

Posted by Kerah Lekung

Sampai perwakilan parti sendiri pun boring dan meluat. ....
Satu hari bersidang, dari pagi sampai petang hanya sebut nak jatuhkan Najib.
Langsung takde agenda Melayu dan Islam. Mengumpat Najib je memanjang. 

Sumber asal: Sampai perwakilan parti sendiri pun boring dan meluat. ...
More aboutSampai perwakilan parti sendiri pun boring dan meluat. ...

Mahfuz keluar PAS tengah malam ini...Keluar Lah Tak Hairan Pun

Posted by Kerah Lekung

Mahfuz keluar PAS tengah malam ini...Keluar Lah Tak Hairan Pun.
ALOR SETAR: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membuat keputusan meninggalkan PAS selepas lebih 20 tahun berada dalam parti itu.

Mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di Kedah, keputusan itu berkuat kuasa tengah malam ini.

"Hari ini saya akan hantar surat kepada Setiausaha Agung PAS (Datuk) Takiyuddin Hasan.

"Berdasarkan perlembagaan PAS 15(2) maka ini saya zahir pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam 31/12/2017.

"Kenapa saya tak buat pada 12 tengah malam? Kerana 1 minit untuk tarik nafas untuk langkahi 2018," katanya berseloroh.

Sidang akhbar itu disiarkan secara langsung di Facebook Amanah negeri Kedah.

Bagaimanapun, Mahfuz berkata beliau belum memutuskan parti mana yang akan disertainya.

Mahfuz sebelum ini dilihat cenderung kepada Amanah apabila kerap kali hadir menyokong program yang dianjurkan parti itu bersama Pakatan Harapan (PH).

Malah Mahfuz pernah menyatakan kesediaan mewakili PH berbanding kekal bersama PAS pada PRU14.

Katanya, keputusan mengubah haluan politik dibuat secara rasional berdasarkan kepada kemampuan gabungan parti dalam PH untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya pada PRU14.

Malah Mahfuz turut mengesahkan akan menolak sekiranya PAS menawarkan beliau untuk bertanding di mana-mana kerusi pada PRU14 yang akan diadakan tidak lama lagi.

Sumber asal: Mahfuz keluar PAS tengah malam ini...Keluar Lah Tak Hairan Pun
More aboutMahfuz keluar PAS tengah malam ini...Keluar Lah Tak Hairan Pun

'Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu'

Posted by Kerah Lekung

'Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu' .
mk      Hari ini, 11:48 am
Permohonan maaf Tun Dr Mahathir Mohamad semalam tidak membersihkan kesalahan yang berlaku di masa lalu dalam pentadbirannya, kata pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

"Hanya kerana Mahathir, selaku bekas perdana menteri, telah memohon maaf atas apa yang telah berlaku semasa pentadbirannya, tidak bermakna ia telah membersihkan semua kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun itu," kata Aziz dalam satu kenyataan semalam.

Beliau menambah bahawa permohonan maaf juga tidak melindungi  sesiapa daripada bertanggungjawab terhadap isu penyalahgunaan kuasa.

"Sekiranya terdapat isu-isu penyalahgunaan kuasa - misalnya dalam hal penahanan di bawah ISA - atau salah laku jenayah, ini harus dibawa kepada para mangsa dan pelaku harus bertanggungjawab atas atas kapasiti pribadi.

"Mereka tidak boleh berlindung atau menggunakan permohonan maaf itu sebagai perisai untuk melindungi mereka daripada tanggungjawab," katanya.

Mahathir dalam ucapannya pada Perhimpunan Agung BERSATU yang pertama semalam memohon maaf atas kesalahan yang pernah dilakukannya semasa berkhidmat sebagai perdana menteri.

Beberapa jam kemudian di sidang akhbar selepas perhimpunan itu, Mahathir berkata permohonan maaf  adalah sebahagian daripada adat dalam budaya Melayu.

'Najib juga bersalah'

Aziz berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak juga harus bertanggungjawab atas kesilapan semasa pentadbiran pendahulunya.

"Najib sebagai sebahagian daripada kabinet Mahathir pada masa itu juga perlu dipersalahkan. Najib tidak boleh memanfaatkan isu-isu ini untuk kelebihan politiknya," katanya.

Mahathir mohon maaf atas 'dosa' silamnya
mk      30 Dec 2017, 1:59 pm
Mengakui dirinya cuma manusia biasa, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat permohonan maaf secara terbuka di hujung ucapan yang disampaikannya di Shah Alam.

Bekas perdana menteri selama 22 tahun itu berkata beliau memohon maaf sekiranya pernah membuat sebarang kesilapan sepanjang tempoh terbabit dalam politik tanah air.

Katanya sebagai manusia biasa beliau tidak pernah terlelas daripada melakukan kesilapan dari semasa ke semasa.

"Saya seperti manusia lain, tidak mungkin sunyi daripada berkata dan melaku kesalahan. Bukan sahaja hari ini tetapi juga selama saya berkecimpung dalam politik negara.

"Saya pohon maaf terhadap apa juga kesalahan saya selama itu," katanya sebelum mengakhiri ucapannya di IDCC Shah Alam hari ini.

Turut hadir pemimpin kanan parti gabungan Pakatan Harapan, termasuk Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu serta Pengerusi DAP Tan Kok Wai.

Dr Mahathir kemudian merasmikan mesyuarat agung tahunan pertama parti itu disambut dengan sorakan perwakilan serta pemerhati.

Sementara itu ditemui media selepas menyampaikan ucapan itu, Dr Mahathir - seperti selalu - terus bersikap bersahaja.

Pengkritik utama PM

Ditanya apakah permohonan maaf itu termasuk atas peranannya dalam kes dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Operasi Lalang, Dr Mahathir sekadar menjawab: "You can translate anything you want (Kamu boleh tafsirkannya mengikut apa yang kamu mahu)."

Dr Mahathir menjadi perdana menteri dan presiden Umno selama 22 tahun.

Sepanjang tempoh itu pelbagai peristiwa penting berlaku membabitkan pergolakan dalaman atau luaran kerajaan dan parti.

Satu daripada insiden penting dalam politik negara ialah pemecatan Anwar sebagai timbalan perdana menteri serta timbalan presiden Umno pada 1998.

Pemecatan itu mencetuskan gelombang reformasi yang kemudian memberi kesan besar kepada Umno serta BN. Pada pilihan raya umum (PRU) ke-10 pembangkang berjaya menguasai banyak kerusi parlimen dan dewan undangan negeri.

Terengganu juga jatuh kepada pembangkang yang dibentuk oleh PAS dan PKR. Bagaimanapun kerajaan pimpinan PAS itu hanya bertahan selama sepenggal.

Untuk rekod Dr Mahathir kini menjadi salah seorang tokoh paling lantang mengkritik kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Najib pula dipermudahkan menjadi perdana menteri melalui lobi agresif diusahakan Dr Mahathir bagi menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan beliau pada akhir Okt 2003.

Dalam usaha pembangkang menghadapi BN pada PRU ke-14 Dr Mahathir dan Anwar kembali bekerjasama selepas hampir 20 tahun menjadi seteru.

Pengkritik Dr Mahathir sudah beberapa kali mendesak supaya beliau memohon maaf atas tindakannya selama ini, terutama selepas beliau aktif bersama BERSATU cuba menyatukan parti pembangkan untuk berdepan dengan BN dalam PRU akan datang.

Sumber asal: 'Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu'
More about'Permohonan maaf Dr M tak bersihkan kesalahan lalu'

Jangan sesekali percaya dengan pencipta melayu mudah lupa.

Posted by Kerah Lekung

Jangan sesekali percaya dengan pencipta melayu mudah lupa..
Bila-bila masa sahaja dia akan kianati orang lain pula bila apa yg dihajati tidak tercapai?Bila dah buat salah kat orang kemudian cuma mintak maap tanpa perbetolkan kesalahan itu namanya Nak Lepas Tengkok.

Sumber asal: Jangan sesekali percaya dengan pencipta melayu mudah lupa.
More aboutJangan sesekali percaya dengan pencipta melayu mudah lupa.

Tun Mahathir Memohon Maaf secara Terbuka

Posted by Kerah Lekung

Tun Mahathir Memohon Maaf secara Terbuka Tun sudah melakukan apa yang disarankan agamanya iaitu meminta maaf atas kesalahan umum secara terbuka. Kini giliran kita, terserahlah berdasarkan apa yang diajar dalam agama masing-masing. Tun Mahathir Memohon Maaf secara Terbuka. Untuk beberapa hal yang masih tertangguh keadilannya, rasanya Tun perlu bertanggungjawab bagi menyempurnakan pemohonan maaf tersebut.


More aboutTun Mahathir Memohon Maaf secara Terbuka

MAHATHIR HARI INI VS MAHATHIR SEBELUM INI..ORANG MACAM INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Posted by Kerah Lekung

MAHATHIR HARI INI VS MAHATHIR SEBELUM INI..ORANG MACAM INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI.
Dulu kata tak pernah buat salah masa jadi PM, tiba-tiba hari ini minta maaf dan mengaku ada buat salah.

Makin tua makin pandai berlakon dan berdrama pula ye. Kesian Anwar..dipecat, dimalukan, dihina, disumbat dalam penjara dulu kerana Mahathir.


Sumber asal: MAHATHIR HARI INI VS MAHATHIR SEBELUM INI..ORANG MACAM INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI
More aboutMAHATHIR HARI INI VS MAHATHIR SEBELUM INI..ORANG MACAM INI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI

Benarkah warga Felda sedar?

Posted by Kerah Lekung

Benarkah warga Felda sedar?.
“54 kerusi parlimen, 92 kerusi Dun di Felda tidak lagi selamat buat BN”
MALAYSIA DATELINE  -  December 31, 2017 7:59 am
Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman berkata, berdasarkan situasi semasa di Felda, apatah lagi skandal membabitkan Tanah Felda di Jalan Semarak, Anak berkeyakinan 54 kerusi parlimen dan 92 Dun di Felda, bukan lagi simpanan tetap bagi kerajaan sedia ada.

Kehadiran Tun Dr Mahathir telah menarik sokongan ribuan warga Felda. Ia suatu gelombang yang tidak pernah berlaku sebelum ini melainkan era reformasi pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kata beliau dalam satu kenyataan semalam.

“Kerjasama erat melalui taskforce Anak-PPBM dengan aktiviti utama Jelajah Semarak Kasih Felda telah mendapat sambutan hebat masyarakat Felda.

“Insya-Allah kesedaran warga Felda khususnya Generasi Baru Felda, akan membuka ruang dan peluang pembentukan kerajaan baru yang telus dan beramanah,” kata beliau.

Jelas Mazlan, pelan pemulihan 100 Felda akan memberi keutamaan terhadap isu hutang dan pendapatan peneroka, rumah Generasi Baru Felda, dasar Belia & Wanita, yang tentu sekali diharapkan dapat mengembalikan Felda dilandasan yang betul.

“Pemulihan Felda, FGV, KPF dan Yayasan Felda serta pembangunan sosio ekonomi; melalui kepakaran anak anak peneroka sendiri, yang sedia berbakti, pastinya bakal memberi harapan baru yang dinanti-nantikan,” katanya lagi.

Dalam kenyataan yang sama Mazlan berkata, sebagai mewakili Anak, beliau mengucapkan tahniah dan syabas buat Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM) atas kejayaan Perhimpunan Agung Tahunan kali pertama semalam.

“Terima kasih mengundang Anak,” kata beliau.

Sumber asal: Benarkah warga Felda sedar?
More aboutBenarkah warga Felda sedar?

Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan

Posted by Kerah Lekung

Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan.
KUALA LUMPUR: Pengukuhan ringgit diramal berterusan sehingga 2018, meningkat sekitar 4.00 berbanding dolar, berikutan sokongan daripada sentimen dollar US yang lemah dan pemulihan harga komoditi.

Naib Presiden dan Ketua Penyelidikan Runcit Affin Hwang Investment Bank, Datuk Dr Nazri Khan Adam Khan berkata, unit tempatan yang mengakhiri 2017 dengan kukuh akan diniagakan secara positif minggu depan.

Ia turut disokong perkembangan tempatan yang positif, termasuk pertumbuhan ekonomi yang mampan, aliran masuk dana asing yang mantap serta prestasi pasaran ekuiti yang kukuh.

Menurut beliau, prospek kadar dasar semalaman yang lebih tinggi oleh Bank Negara Malaysia (BNM) akan menyokong sentimen di pasaran.

“Pasaran yang cergas akan berterusan tahun depan. Kita mempunyai banyak pemangkin yang memacu ringgit, dengan rizab kita menunjukkan trend meningkat. Semua ini menjadi petanda baik untuk ringgit,” katanya lapor Bernama.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$102.2 bilion (RM431.6 bilion) setakat 15 Disember 2017 berbanding AS$101.9 bilion (RM430.4 bilion) pada 30 November 2017.

Nazri Khan berkata, paras hutang isi rumah yang lebih baik, yang berkurang kepada 84.6% daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada September 2017 berbanding 88.4% tahun lepas, akan turut memacu momentum ringgit.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit meningkat berbanding dolar AS kepada 4.0440/0500 berbanding 4.0770/0800 pada minggu sebelumnya.

Mata wang tempatan itu diniaga bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0265/0323 daripada 3.0317/0346 Jumaat lalu dan menokok berbanding yen kepada 3.5912/5968 daripada 3.5965/5998 sebelum ini.

Ringgit bagaimanapun susut berbanding pound Britain kepada 5.4602/4687 daripada 5.4587/5639 dan merosot berbanding euro kepada 4.8451/8535 daripada 4.8304/8344.

Sumber asal: Pengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan
More aboutPengukuhan ringgit diramal berterusan hingga tahun depan

Anwar: Walau pun dibebas awal, belum tentu boleh jadi PM

Posted by Kerah Lekung

Anwar: Walau pun dibebas awal, belum tentu boleh jadi PM.
Bebas awal belum tentu dapat jadikan Anwar PM
Amin Iskandar, Looi Sue-Chern · Diterbitkan pada 31 Dec 2017 11:00AM
Peguam berkata sukar untuk Anwar Ibrahim dilantik sebagai perdana menteri kerana perlu jalani lima tahun lagi sebelum memperoleh kelayakannya sebagai ahli Parlimen semula. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

ANWAR Ibrahim tidak dapat menjadi perdana menteri meskipun jika beliau dibebaskan awal dari penjara, kecuali peruntukan perlembagaan yang menghilangkan kelayakannya bertanding pada pilihan raya umum (PRU) dimansuhkan oleh Yang di-Pertuan Agong, kata peguam.

Tidak kira berapa awal pun Anwar dapat dibebaskan dari penjara, beliau masih tidak layak menyertai PRU bagi tempoh lima tahun dari hari pembebasannya  , kata Baljit Singh Sidhu.

Di bawah Artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli Parlimen hilang kelayakan jika disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang setahun, atau denda tidak kurang RM2,000, dan tidak menerima pengampunan.

Baljit yang juga ahli jawatankuasa jenayah undang-undang Majlis Peguam berkata kelayakan individu daripada Parlimen boleh ditarik balik oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika tidak, hilang kelayakan itu akan berakhir dalam tempoh lima tahun, bermula tarikh seseorang itu dibebaskan daripada tahanan.

PKR mendesak Anwar yang juga ketua umum parti itu untuk dilantik sebagai perdana menteri dalam tempoh setahun jika gabungan pembangkang Pakatan Harapan (PH) berjaya merampas kuasa persekutuan pada PRU14.

PRU itu perlu diadakan sebelum Ogos tahun depan. Anwar mungkin dibebaskan pada Jun, mengikut budi bicara ketua pengarah Jabatan Penjara.

Menjadikan Anwar sebagai perdana menteri adalah satu daripada tiga syarat dikenakan PKR kepada PH dan pengerusinya, Dr Mahathir Mohamed. Dua lagi ialah jumlah kerusi persekutuan yang banyak di semenanjung Malaysia dan Dr Mahathir perlu setuju untuk membuat perubahan dalam institusi utama dalam negara.
Tidak kira berapa awal pun Anwar dapat dibebaskan dari penjara, beliau masih tidak layak menyertai PRU bagi tempoh lima tahun dari hari pembebasannya, kata peguam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

Syarat itu yang tidak dinafikan oleh kepimpinan parti itu, diletakkan ketika PH mengumumkan calon perdana menterinya. Kecuali PKR, parti komponen lain, Bersatu, DAP dan Amanah bersetuju untuk mencadangkan nama Dr Mahathir.

Sesetengah penganalisis politik juga berkata menamakan Dr Mahathir sebagai calon adalah strategi untuk menang dengan meyakinkan pengundi Melayu.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada 10 Februari, 2015 selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Cakap-cakap tentang pembebasan awamnya timbul kembali apabila Perdana Menteri Najib Razak, timbalannya Ahmad Zahid Hamidi dan menteri Mohamed Nazri Aziz melawat Anwar di penjara secara berasingan pada November dan ketika beliau mendapat rawatan di hospital.

Baljit berkata semua tahanan layak menerima peringanan hukuman satu pertiga secara automatik.

Katanya, ini bermakna Anwar mungkin keluar penjara pada Jun tahun depan, iaitu 20 bulan lebih awal daripada tempoh lima tahun hukuman.
Koordinator Free Anwar Campaign Yusmadi Yusoff berkata tiga pemimpin negara melawat Anwar Ibrahim dilihat sebagai pengiktirafan dan menunjukkan beliau bukan lagi “musuh negara”. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

Tahanan boleh dibenarkan keluar lebih awal jika berkelakuan baik sepanjang menjalani hukuman.

“Pada asasnya itu bermakna tahanan tidak boleh buat masalah. Sesiapa saja boleh diberikan peringanan hukuman, kecuali jika orang itu timbulkan masalah dalam penjara,” kata Baljit.

Sementara gambar lawatan Najib, Zahid dan Nazri mencetuskan kekecohan di media sosial dengan dakwaan ia kempen pilihan raya oleh BN, sesetengah pihak lain melihatnya sebagai pengiktirafan bahawa Anwar bukan lagi “musuh negara”, kata Koordinator Free Anwar Campaign, Yusmadi Yusoff.

“Malah perdana menteri, timbalan dan menteri kanan melawat Anwar dengan penuh mesra. Najib juga mengakui lawatan tersebut dibuat kerana sifat kemanusiaan,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Nazri juga mengatakan lawatannya atas sebab persahabatan. Bagi saya ini nilai yang sepatutnya digunakan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan kepada Anwar untuk dibebaskan,” kata peguam dan bekas ahli Parlimen Balik Pulau daripada PKR itu.

Yusmadi dan Baljit berkata jika Anwar tidak diberikan peringanan hukuman itu, satu-satunya cara untuk pembebasan awal ialah menerusi pengampunan diraja.

Ia boleh dilakukan apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak untuk mengampunkan seseorang tahanan itu mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

Yusmaidi berkata lawatan tiga pemimpin itu jelas menunjukkan mesej dihantar kepada Lembaga Pengampunan.

“Bagi saya, Lembaga Pengampunan mesti bersikap bertanggungjawab. Ini ‘isyarat’ pimpinan tertinggi negara,” katanya.
PKR mendesak Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan dilantik sebagai perdana menteri dalam tempoh setahun jika PH berjaya merampas kuasa persekutuan pada PRU14. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Disember, 2017

Yusmadi berkata sepanjang ditahan di Penjara Sungai Buloh, Anwar menjadi rujukan kepada tahanan lain, menjadi tempat mengadu nasib dan sering memberikan nasihat kepada mereka mengenai kehidupan.

“Saya dimaklumkan oleh pegawai penjara, di mata tahanan lain, Anwar seorang yang sangat positif dan sentiasa menjadi inspirasi.

“Ramai tahanan yang berjumpa Anwar untuk bertanyakan pandangan, termasuk tahanan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang minta nasihat Anwar dan Anwar ada merujuk kepada saya,” katanya yang juga setiausaha politik kepada isteri Anwar yang juga Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Yusmadi berkata ada beberapa sebab kenapa Anwar perlu dibebaskan serta-merta dan antaranya ialah tuduhan RM9.5 juta yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, dikatakan dibayar kepada peguam Umno Shafee Abdullah, yang juga pendakwa raya dalam perbicaraan Anwar.

Free Anwar Campaign dan pembangkang juga mendakwa kes itu bermotifkan politik dan Anwar dianiaya, dengan pandangan itu turut dikongsi oleh Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan International Parliamentary Union (IPU).

Katanya, terdapat juga tuduhan penghakiman yang berat sebelah dan salah laku pendakwaan ketika perbicaraan. – 31 Disember, 2017.

Sumber asal: Anwar: Walau pun dibebas awal, belum tentu boleh jadi PM
More aboutAnwar: Walau pun dibebas awal, belum tentu boleh jadi PM

FITNAH PEMBANGKANG NEGARA AKAN BANGKRAP BILA PINJAM DUIT BINA ECRL

Posted by Kerah Lekung

FITNAH PEMBANGKANG NEGARA AKAN BANGKRAP BILA PINJAM DUIT BINA ECRL .



Dakyah oleh Pakatan mengenai pembiayaian projek ECRL untuk menakut-nakutkan bahawa pinjaman yang dianggarkan berjumlah RM46.75 bilion (85% daripada RM55 bilion), dengan baki pinjaman sukuk oleh kerajaan akan menyebabkan negara ini jatuh bangkrup dan akhirnya pihak China akan mengambilalih projek ECRL tersebut.
Sungguh tidak munasabah. Biar saya terangkan perkara ini.
Pihak kerajaan dengan mudah boleh membuat pinjaman yang berjumlah RM46.75 bilion tersebut melalui pinjaman dalam negara jika mahu berbuat demikian.
KDNK negara pada hari ini dianggarkan berjumlah RM1.31 trilion untuk tahun 2017.
RM55 bilion tersebut hanya 4.1% daripada KDNK negara kita pada hari ini. Malahan peratusan itu semakin berkurangan dalam tempoh 10 ke 20 tahun akan datang apabila bayaran pinjaman bermula.
Pada waktu ini, Petronas mempunyai pegangan tunai berjumlah RM129 bilion – dengan pembiayaian dari Petronas sahaja sudah boleh menampung bagi dua projek seperti ECRL tersebut.
Setakat suku ketiga 2017, KWSP memiliki nilai aset berjumlah RM771 bilion yang sudah tentu boleh mengambilalih pembiayaian bagi projek ini dan menukar pinjaman dari China jika mahu berbuat demikian.
Keadaan ini sama seperti pembiayaian oleh KWSP untuk mengambilalih dan pegangan di dalam lebuhraya PLUS pada tahun 2011.
Ini belum termasuk lagi lain-lain sumber dana kerajaan seperti Khazanah, Tabung Haji, KWAP, SOCSO, PNB dan lain-lain lagi yang mempunyai pegangan berbilion ringgit setiap satunya.
Sudah pasti Malaysia mampu utuk membiayai projek ECRL dengan mudah jika mahu berbuat demikian tanpa berharap kepada pinjaman dari luar.
Mengapa pula Malaysia membuat pinjaman mudah dari China? Kerana terma pinjamannya adalah yang terbaik.
Bayaran untuk pinjaman asas dikecualikan selama 7 tahun, pinjaman dilindungi dari risiko kadar tukaran asing dan faedah yang diberikan ialah 3% - malahan lebih rendah dari apa yang mampu ditawarkan melalui pembiayaian kerajaan iaitu 4% buat masa kini.
Dengan perbezaan 1% untuk tempoh 20 tahun bagi pinjaman tersebut adalah sungguh bermakna. Malahan dapat menjimat bayaran sebanyak RM9.35 bilion jika jumlah pinjaman sebanyak RM46.75 bilion.
Jumlah hutang Malaysia berbanding dengan KDNK kini ialah 50.7% - lebih rendah daripada zaman Tun Mahathir pada tahun 1985 iaitu 103.4%. Ini bermakna pihak kerajaan boleh membuat pinjaman ratusan bilion lagi jika mahu berbuat demikian.
Malahan, dengan 103.4% itu pun negara ini tidak jatuh bankrup, apa lagi dengan 50.7%?
Satu lagi yang boleh kita lihat ialah kehilangan RM13.5 bilion semasa skandal forex BNM pada tahun 1991. RM31.5 tersebut langsung tidak dapat diperolehi sehingga kini.
Jika kita hilang 24% dari KDNK untuk tahun 2017 yang berjumlah RM1.31 trilion, ini bermakna kita hilang RM315 bilion.
Jika negara ini masih boleh selamat dengan hilang 24% dari KDNK pada awal tahun 1990an tersebut, sudah pasti kita akan tetap selamat dengan projek ECRL yang hanya 4% dari KDNK hari ini.
Bukan setakat membuka peluang keperluan dengan perubahan di dalam infrastruktur pengangkutan dan lonjakan ke negeri-negeri pantai timur, projek ECRL akan menjana pelbagai sumber pendapatan termasuk pengangkutan barangan, penumpang, kenaikan nilai hartanah sepanjang laluan serta juga pendapatan dari aktviti ekonomi yang berkaitan.
Perkara in tidak sama dengan kehilangan RM31.5 bilion di mana tiada seorang pun yang mendapat faedah darinya dan duitnya tidak pernah diperolehi kembali atau tiada peluang langsung untuk mendapatkannya.
Oleh itu, kebimbangan jika negara ini menghadapi masalah di masa hadapan mengenai pinjaman mudah bagi projek ECRL ini dan kemungkinan jatuh ke tangan pihak asing adalah diperbesar-besarkan.
Sebaliknya kemungkinannya lebih besar jika Malaysia diserang dengan senjata nuklear dari negara pengganas di timur jauh berbanding negara asing mengambil ECRL.
Eric See-To

Sumber asal: FITNAH PEMBANGKANG NEGARA AKAN BANGKRAP BILA PINJAM DUIT BINA ECRL
More aboutFITNAH PEMBANGKANG NEGARA AKAN BANGKRAP BILA PINJAM DUIT BINA ECRL

Tunku Aziz gesa Tun M perjelas dakwaan Raja Petra

Posted by Kerah Lekung

Tunku Aziz gesa Tun M perjelas dakwaan Raja Petra.
SHAH ALAM: Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Tunku Aziz yang mengulas laporan Malaysia Today berkata, dakwaan berkenaan menunjukkan betapa mantan perdana menteri itu sanggup melakukan apa saja demi survival anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

"Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket Umno dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri," katanya dalam satu sidang media.

Terdahulu blogger kontroversi, Raja Petra Kamarudin menerusi blognya, Malaysia Today mendakwa Dr Mahathir sedang merundingkan persetujuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Dr Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

"Mahathir tahu Mukhriz hanya boleh menjadi Perdana Menteri jika dia berada di Umno dan bukan jika dia berada dalam PPBM atau Pakatan Harapan (PH)," demikian tulis blogger itu.

Justeru Tunku Aziz yang juga bekas Naib Pengerusi DAP turut menggesa Penasihat DAP, Lim Kit Siang memberikan reaksinya mengenai dakwaan tersebut.

Sumber asal: Tunku Aziz gesa Tun M perjelas dakwaan Raja Petra
More aboutTunku Aziz gesa Tun M perjelas dakwaan Raja Petra

Madey janji kebebasan bersuara jika memerintah?Jangan Nak Pusing dan Berbohong lah

Posted by Kerah Lekung

Madey janji kebebasan bersuara jika memerintah?Jangan Nak Pusing dan Berbohong lah.
Cakap hak kebebasan bersuara...Orang yang baru celik Politik Boleh lah nak kelentong atau nak berbohong kononnya beri "JANJI KEBEBASAN BERSUARA".Lihat saja dalam politik PPBM ini...siapa berani bersuara pada pemimpinan PPBM ni....?

Semasa Madey menjadi PM tiada siapa berani bersuara lantang pasti akan menerima padah...kenapa Madey tubuhkan parti PPBM dan keluar daripada UMNO...Madey yang melantik Pak lah dan Najib tidak mengikut kemahuannya.

Lagi mahu percaya cakapnya...sehingga Musuhnya ANWAR dulu kutuk dan hina boleh menjadi rakan plak...siap puji lagi.Dan kita nak PUJI dan PERCAYA cakap Madey lagi kah?

Orang macam ini kita tidak boleh dipercayai cakapnya.....tiba tiba saja boleh buat U-TURN.
Kawan boleh Makan Kawan..

Sumber asal: Madey janji kebebasan bersuara jika memerintah?Jangan Nak Pusing dan Berbohong lah
More aboutMadey janji kebebasan bersuara jika memerintah?Jangan Nak Pusing dan Berbohong lah

PROPAGANDA HUTANG KERAJAAN MALAYSIA TERUS DIULANG PERBODOHKAN RAKYAT

Posted by Kerah Lekung

PROPAGANDA HUTANG KERAJAAN MALAYSIA TERUS DIULANG PERBODOHKAN RAKYAT .



*Setiap rakyat Malaysia hutang RM29,134 kepada orang asing?*
---
Salah satu propaganda penipuan dan mengelirukan oleh Pakatan yang lebih berjaya ialah mengenai hutang luaran Malaysia.
Mereka menyatakan hutang luaran Malaysia sehingga akhir tahun 2016 mencecah RM908.7 bilion iaitu bersamaan dengan RM29,134 pada nisbah setiap orang rakyat Malaysia yang berjumlah 31.19 juta orang.
Propaganda ini mengatakan perkara ini akan membebankan anak cucu serta generasi akan datang.
Bagaimanapun, apa yang Pakatan tidak nyatakan ialah hutang luaran Singapura sehingga akhir tahun 2016 berjumlah US$1.766 trilion (S$2.518 trilion).
Ini bersamaan dengan RM7.7 trilion - bermakna nilaian tersebut dengan jumlah rakyat Singapura sebagaimana yang digunakan oleh Pakatan ialah RM1.37 juta untuk setiap orang rakyat Singapura.
Begitu juga dengan Hong Kong dengan hutang luaran HK$10.3 trilion sehingga akhir 2016 bersamaan RM734,135 untuk setiap orang rakyat Hong Kong.
http://ift.tt/2Em5oqG

Apa yang Pakatan tidak jelaskan kerana mengambil kesempatan atas kekurangan maklumat oleh rakyat Malaysia ialah hutang oleh kerajaan Malaysia adalah sangat rendah di dalam matawang asing kerana bagagian besar kehutangan luar negara dilakukan oleh bank dan syarikat-syarikat swasta atas sebahagian daripada kaedah perniagaan mereka.
Malahan, sebagai sebuah negara yang mahu terlibat di dalam dagangan luar dan bank-bank kita mempunyai rangkaian serantau atau antarabangsa, kenaikan hutang luaran itu menunjukan tanda kejayaan.
Percaya atau tidak? Sila baca penerangan rasmi oleh Kerajaan Singapura mengapa hutang luarannya amat tinggi yang diterbitkan di dalam akhbar Straits Times:
http://ift.tt/2pZdmmp

Secara fakta, Malaysia tidak berhutang apa-apa pun dengan IMF atau Bank Dunia. Malahan kita berada di kedudukan yang positif.
Hutang luaran sahaja tidak menceritakan kedudukan sebenar. Anda perlu melihat juga pegangan aset dan barulah mendapat berapa lebihannya.

Malahan, pegangan aset luaran Malaysia melebihi dari hutang luaran – bermakna kita mempunyai lebihan di dalam kedudukan pelaburan antarabangsa – bermakna dunia yang berhutang dengan Malaysia lebih daripada apa yang Malaysia berhutang dengan dunia.

Sebab itulah syarikat-syarikat penarafan kredit antarabangsa memberikan Malaysia di kedudukan A bagi penilaian pelaburan.
Malahan Moodys menyatakan: “lebihan yang besar di dalam pelaburan asing bertindak sebagai penampan (kepada Malaysia)”.
http://ift.tt/15F8rTP…/moodys-affirms-malaysia-a3-ra../
Pakatan telah memperbodohkan rakyat Malaysia bertahun-tahun lamanya. Banyak penipuan mereka akhirnya terbongkar. Jangan biarkan mereka terus memperbodohkan anda semua dan membuatkan anda kelihatan kebinggungan apabila mereka terus mengulangi penipuan tersebut.
Eric See-To.


LINK  






Sumber asal: PROPAGANDA HUTANG KERAJAAN MALAYSIA TERUS DIULANG PERBODOHKAN RAKYAT
More aboutPROPAGANDA HUTANG KERAJAAN MALAYSIA TERUS DIULANG PERBODOHKAN RAKYAT

Dr Mahathir kena beri penjelasan

Posted by Kerah Lekung

Dr Mahathir kena beri penjelasan.
KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad diminta memberi penjelasan berhubung dakwaan beliau sedang berunding supaya anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, dapat bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Bekas Naib Presiden Transparency International (IT), Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, berkata Dr Mahathir mesti menjawab dakwaan itu kerana ia jelas menunjukkan beliau tidak percayakan pakatan pembangkang yang diterajuinya.

Katanya, dakwaan itu juga jelas menunjukkan Dr Mahathir tidak percaya Mukhriz boleh memenangi pilihan raya jika bertanding atas tiket pembangkang.

"Saya lihat Dr Mahathir ini sangat obsesi mahukan anaknya jadi Perdana Menteri. Jadi, beliau sanggup buat apa saja, termasuk pusingan U dan buat rundingan dengan BN untuk Mukhriz bertanding mewakili parti itu.

"Apa yang Dr Mahathir buat ini kerana beliau percaya dengan tiket UMNO dan BN saja anaknya berpeluang untuk menjadi Perdana Menteri," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Raja Petra Kamarudin dalam portal Malaysia Today, yang mendakwa Dr Mahathir sedang merundingkan persetujuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi menyelamatkan karier politik Mukhriz.

Antara lain, persetujuan itu memerlukan Najib melantik Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) serta memberinya jawatan Kabinet, sama ada Menteri Kewangan atau Menteri Dalam Negeri.

Sebagai balasan, Dr Mahathir akan berhenti menyerang Najib dan akan beralih kepada BN.

Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas Naib Pengerusi DAP, turut meminta pemimpin 'supremo' DAP, Lim Kit Siang, memberikan reaksinya berhubung dakwaan itu.

"Penjelasan Kit Siang penting untuk pengundi kerana mereka kini keliru dengan pelbagai taktik luar jangka yang dibuat Dr Mahathir, " katanya.

Pembangkang, katanya, memang sudah masak dengan cara Dr Mahathir, yang sentiasa membuat pusingan U dan mereka sebenarnya sangat berhati-hati.

"Dakwaan terhadap Dr Mahathir kali ini serius dan dipercayai beliau akan menggunakan agensi penguatkuasaan bagi membolehkan cita-cita politiknya untuk Mukhriz tercapai," katanya.

Beliau berkata, jika benar dakwaan dalam portal berkenaan, maka pihak berkaitan kena bersedia kerana Dr Mahathir ahli politik licik, yang ada banyak rancangan di luar jangkaan.

Sumber asal: Dr Mahathir kena beri penjelasan
More aboutDr Mahathir kena beri penjelasan

SU Perhubungan Negeri PAS Selangor dipecat, kenapa?

Posted by Kerah Lekung

SU Perhubungan Negeri PAS Selangor dipecat, kenapa?.
SUNDAY, DECEMBER 31, 2017
KENAPA PAS SELANGOR PECAT SETIAUSA PERHUBUNGAN NEGERI?
ADUN Paya Jaras, Mohd Khairuddin Osman kena pecat dari jawatannya sebagai Setiausaha Perhubungan Pas Selangor.

Menurut ceritanya, dia digugurkan kerana gagal beberapa kali menghadiri mesyuarat AJK Perhubungan PAS Selangor.

Khairuddin apabila diberitahu alasan tersebut nampaknya dia tidak berpuas hati dengan alasan tersebut.

“Kalau itu sebagai alasan, saya yakin ramai patut kena pecat,” katanya.

Kesian juga dengar cerita, bekas ADUN yang pernah kecoh dengan pakaian Dewa Cina suatu ketika dulu....

Macam mana tak kesian, Hj Hadi yang lebih terkenal dengan kisah pontengnya tidak pula Pas berani mengambil sebarang tindakan pun!

Sewaktu dalam Pakatan Rakyat dulu, pernah didedahkan Hj Hadi sering tidak hadiri mesyuarat. Ada yang kata sehingga 6 bulan Hj Hadi ponteng mesyuarat Pakatan Rakyat!

Dan apabila beliau didesak supaya hadir mesyuarat PR, Hj Hadi melenting dengan berkata, “Atas sayalah hendak hadir (atau) tidak mahu hadir,”

Sidang parlimen pun Hj Hadi dilaporkan sering ponteng.Kalau tak ponteng, dia tuang...Ha! Ha! Ha! Tugas Hj Hadi sebagai ahli parlimen itulah saja - Sama ada ponteng atau tuang!!

Itu pasalnya kalau Khairuddin dipecat konon kerana sering ponteng mesyuarat tidak berapa menyakinkan sebab perangai Ulama' Kabir mereka pun mengamalkan perilaku yang sama. Tidak mungkin kerana Khairuddin yang  wala' mengikut sunnah Hj Hadi kena hukum!

Tentu ada sebab lain... Yang boleh kita lihar samar-samar ialah adanya 'jemaah dalam jemaah' dalam Pas sekarang ini. Tak lama lagi pecahlah tembelang tu...

Ada apa PAS Selangor ketepi Khairuddin?

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman digugurkan daripada jawatannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) perhubungan PAS Selangor selepas hanya kira-kira tiga atau empat bulan dilantik.

Menurut Khairuddin, beliau digugurkan dari jawatan itu sejak dua bulan lepas.

Ditanya sama ada pengguguran itu disebabkan PAS Selangor membuat rombakan barisan pimpinan negeri, Khairuddin berkata hanya beliau seorang saja yang digugurkan.

“Sekarang saya ahli biasa saja, tapi benda (pengguguran jawatan) ini sudah lebih dua bulan lepas. Cuma baru-baru ini orang mula tanya (alasan pengguguran).

“Sebab kenapa saya digugurkan, itu kena tanya pimpinan,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Khairuddin merupakan seorang pemimpin kanan PAS yang pernah mendapat kepercayaan sekurang-kurangnya daripada tiga pesuruhjaya PAS negeri.

Di bawah pimpinan Datuk Dr Hasan Ali, Dr Abd Rani Osman dan Datuk Iskandar A Samad, Khairuddin diberi kepercayaan sebagai setiausaha perhubungan PAS Selangor.

Jawatan itu biasanya hanya diberikan seseorang pesuruhjaya kepada individu yang diyakininya dan komited kepada parti.

Semasa Pesuruhjaya PAS Sallehen Mukhyi menyusun saf pimpinan PAS Selangor pada 9 Mei lalu, jawatan setiausaha perhubungan diisi oleh Abdul Halim Omar, manakala Khairuddin dilantik sebagai AJK biasa.

Sementara itu, Sallehen yang juga merupakan ADUN Sabak ketika dihubungi berkata pengguguran Khairuddin adalah kerana gagal beberapa kali menghadiri mesyuarat AJK Perhubungan PAS Selangor.

“Dia banyak kali tak datang mesyuarat, jadi kami gantikan dengan orang lain,” kata Sallehin.

Ketika dimaklumkan berkenaan alasan pengguguran yang diberikan Sallehin, Khairuddin sebaliknya berasa alasan itu tidak meyakinkan.

“Kalau itu sebagai alasan, saya yakin ramai patut kena pecat,” katanya.~ sumber

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 8:00 am 

Sumber asal: SU Perhubungan Negeri PAS Selangor dipecat, kenapa?
More aboutSU Perhubungan Negeri PAS Selangor dipecat, kenapa?

Calon PM: Anwar Minta Jangan Gopoh Lantik Tun M!Bahaya Percaya Orang Yang Kuat U-TURN Ni

Posted by Kerah Lekung

Calon PM: Anwar Minta Jangan Gopoh Lantik Tun M!Bahaya Percaya Orang Yang Kuat U-TURN Ni.
KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan laporan portal berita propembangkang kononnya parti itu telah bersetuju bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya meminta pimpinan Pakatan Harapan yang turut dibarisi DAP dan Parti Amanah Negara jangan terburu-buru membuat keputusan seperti itu.

Menurut beliau, Anwar malah mengingatkan pimpinan gabungan parti pembangkang itu bahawa Pakatan Harapan masih memperjuangkan agenda reformasi yang menyeluruh dan bukan hanya mahu mengubah Perdana Menteri..

“Saya mengambil maklum laporan media yang memetik sumber berkaitan pandangan pimpinan PKR terhadap cadangan Perdana Menteri Pakatan Harapan.

“Bagi pihak pimpinan parti, saya ingin menegaskan bahawa PKR hanya meminta ruang untuk membincang dan membina konsensus di dalam isu ini.

“Perlu juga diperjelas bahawa sebelum ini ada dibincang soal calon Perdana Menteri interim. Kini timbul cadangan nama Mahathir untuk dipertimbangkan,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sebuah portal berita malam tadi melaporkan bahawa PKR sudah setuju Mahathir menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti Mahathir (Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menang PRU14.

Bagaimanapun ada tiga syarat diberikan kepada Mahathir iaitu sebaik saja menjadi kerajaan di Putrajaya, Mahathir perlu berusaha membebaskan Anwar dari penjara dan membuka jalan untuk beliau dilantik perdana menteri dalam tempoh antara enam hingga 12 bulan. 

Sumber asal: Calon PM: Anwar Minta Jangan Gopoh Lantik Tun M!Bahaya Percaya Orang Yang Kuat U-TURN Ni
More aboutCalon PM: Anwar Minta Jangan Gopoh Lantik Tun M!Bahaya Percaya Orang Yang Kuat U-TURN Ni

Akhirnya Muhyiddin Nampak Macam Orang Bodoh...Kenapa...?

Posted by Kerah Lekung

Akhirnya Muhyiddin Nampak Macam Orang Bodoh...Kenapa...?.
KASIHAN. Kasihan. Kasihan. Itulah perasaan yang saya ingin kongsikan apabila mengenang nasib bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika negara di ambang PRU14.
Daripada menduduki kerusi TPM tak lama dahulu dan disebut-sebut untuk menjadi PM sekitar hujung tahun lalu, kini nama Muhyiddin terus lenyap begitu sahaja daripada senarai calon di kalangan pembangkang untuk jadi PM.

Yang disebut hanya nama Tun Mahathir Mohamad atau Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja, manakala jawatan TPM sudahpun diisi oleh isteri Anwar atau parti lain dalam pakatan pembangkang.

Kalau setakat nak jadi menteri kanan, tak berbaloilah tindakan Muhyiddin untuk menentang Datuk Seri Najib Razak kerana itu bukan janji Mahathir ketika Muhyiddin bersama menubuhkan parti bunga bersamanya dahulu.

Buat rakyat, renung-renungkan lah nasib negara ini jika pembangkang mendapat undi anda pada PRU14, siapa nak jadi PM pun susah nak tentukan, apatah lagi nak uruskan negara.

Sebelum menang, memang pembangkang boleh janjikan bulan dan bintang, tetapi jika dok sibuk berebut sapa nak jadi PM, siapa pula akan uruskan hal ehwal dalamam dan luaran negara, belum masuk lagi bab ekonomi yang cukup mencabar. –

Rizal Mansor,
Pegawai Khas Perdana Menteri

Sumber asal: Akhirnya Muhyiddin Nampak Macam Orang Bodoh...Kenapa...?
More aboutAkhirnya Muhyiddin Nampak Macam Orang Bodoh...Kenapa...?

Kroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?

Posted by Kerah Lekung

Kroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?.
TERBONGKAR!… Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn. Bhd. (Synergy Promenade), ada hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad, perlu disiasat pihak polis.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi ketika membuat pendedahan itu berkata, siasatan rapi perlu dilakukan apatah lagi jika terdapat unsur hubungan politik antara pihak berkenaan sendiri tanpa diketahui.

Synergy Promenade merupakan syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah Felda di Jalan Semarak di ibu negara untuk pembangunan projek mewah Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Mohd. Puad berkata, pihak terbabit penukaran hak milik tanah Felda di Jalan Semarak dan kewujudan unsur penipuan seperti didakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad, perlu dikenakan tindakan undang-undang.

“Pendedahan itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan liar oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) bahawa konon warga asing mendapat hak pemilikan ke atas tanah Felda.

“Dakwaan Khairuddin ini hanya dibuat berdasarkan andaian nombor kad pengenalan dua beradik berkenaan (Noraini Soltan dan Abd. Rahman Soltan), yang ada angka 71, sehingga satu laporan polis dibuat oleh beliau.

“Walhal, ramai tokoh PKR seperti (Presiden PKR) Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, (Setiausaha Agung PKR) Datuk Saifuddin Nasution dan (Ahli Parlimen Ampang) Zuraida Kamaruddin, juga ada angka 71,” katanya.

Beliau mengulas dakwaan blogger, Lim Sian See, yang dibuat menerusi akaun Facebook miliknya, bahawa pemilik Synergy Promenade, Noraini dan Abd. Rahman, mempunyai hubungan baik dengan keluarga Mahathir.

Sian See mendakwa bahawa Noraini merupakan usahawan berjaya yang menerima pembiayaan dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992 lepas.

Ketika itu, Pengerusi PNB ialah Tun Ismail Mohd Ali, yang juga abang ipar Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan yang belum didaftarkan sah. Ismail kebetulan juga abang kepada isteri Mahathir, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

“Dengan bantuan PNB, syarikat itu berkembang maju menjadikan Noraini dikenali sebagai vendor Proton, malah beliau sering berperanan sebagai pengerusi penganjur beberapa Persatuan Vendor Proton (PVA),” dakwanya.

Mahathir, 92, juga didakwa rapat dengan PVA termasuk menghadiri program mereka dan kerap membincangkan isu persatuan tersebut, malah anak beliau sendiri, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.

Justeru, Mohd. Puad berkata, pihak pembangkang tidak seharusnya cuba mempolitikkan isu tanah Felda berkenaan konon cuba digadai oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pihak luar kerana ia tiada kaitan pun.

“Apa yang penting, Perdana Menteri sendiri sudah mengarahkan audit forensik dibuat terhadap kes berkenaan,” katanya yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa). 

Sumber asal: Kroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?
More aboutKroni Mahathir Jadi Pemaju Tanah Felda Digadai?

Perghhhh!!!! Siasat Hubungan Madey,Synergy Promenade...Tu Diaaa

Posted by Kerah Lekung

Perghhhh!!!! Siasat Hubungan Madey,Synergy Promenade...Tu Diaaa.
KUALA LUMPUR: Dakwaan bahawa pemilik Synergy Promenade Sdn Bhd (Synergy Promenade), mempunyai hubungan rapat dengan keluarga Tun Dr Mahathir Mohamad, perlu disiasat.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata siasatan rapi perlu dilakukan apatah lagi jika terdapat unsur hubungan politik antara pihak berkenaan.

Synergy Promenade adalah syarikat yang terbabit dalam isu pemindahan hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak untuk pembangunan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC).

Mohd Puad berkata, mana-mana pihak yang terbabit dengan penukaran hak milik tanah FELDA di Jalan Semarak dan kewujudan unsur penipuan seperti didakwa Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, perlu dikenakan tindakan undang-undang.

"Pendedahan itu juga secara tidak langsung menafikan dakwaan liar oleh Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan) bahawa warga asing mendapat hak pemilikan ke atas tanah FELDA.

"Dakwaan Khairuddin dibuat berdasarkan nombor kad pengenalan dua beradik berkenaan (Noraini Soltan dan Abd Rahman Soltan), yang ada angka 71, sehingga satu laporan polis dibuat oleh beliau.

"Sedangkan, ramai pemimpin pembangkang seperti (Presiden PKR) Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, (Setiausaha Agung PKR) Datuk Saifuddin Nasution dan (Ahli Parlimen Ampang) Zuraida Kamaruddin, juga memiliki kad pengenalan yang ada angka 71," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan blogger, Lim Sian See, yang dibuat menerusi akaun Facebook miliknya, bahawa pemilik Synergy Promenade, Noraini dan Abd Rahman, mempunyai hubungan baik dengan keluarga Dr Mahathir.

Sian See mendakwa, Noraini adalah usahawan berjaya yang menerima pembiayaan dan latihan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB), untuk membangunkan syarikat Spiro Plastics pada 1992 ketika Tun Ismail Mohd Ali, yang juga abang ipar Dr Mahathir menjadi Pengerusi PNB.

"Dengan bantuan PNB, syarikat itu berkembang maju menjadikan Noraini dikenali sebagai vendor Proton, malah beliau sering berperanan sebagai pengerusi penganjur beberapa Persatuan Vendor Proton (PVA)," dakwanya.

Dr Mahathir juga didakwa rapat dengan PVA dan kerap membincangkan isu persatuan itu, malah anak beliau, Datuk Seri Mukhriz juga didakwa ada kaitan dengan Noraini.

Sehubungan itu, Mohd Puad, yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) berkata, pembangkang tidak seharusnya cuba mempolitikkan isu tanah FELDA di Jalan Semarak.

"Yang penting, Perdana Menteri sudah mengarahkan audit forensik dibuat terhadap kes berkenaan," katanya.

Sumber asal: Perghhhh!!!! Siasat Hubungan Madey,Synergy Promenade...Tu Diaaa
More aboutPerghhhh!!!! Siasat Hubungan Madey,Synergy Promenade...Tu Diaaa

Rapid Rail Lancar Set Empat Gerabak Pertama...Syabas Memang Terbaik Untuk Keselesaan Pengguna

Posted by Kerah Lekung

Rapid Rail Lancar Set Empat Gerabak Pertama...Syabas Memang Terbaik Untuk Keselesaan Pengguna.
KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) melancarkan tren empat gerabak pertamanya, hasil cantuman set dua gerabak menerusi projek Mid-Life Refurbishment (MLR).

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Zohari Sulaiman berkata tren empat gerabak itu akan memastikan keselesaan dan waktu menunggu singkat untuk penumpang bersama ciri-ciri  tambahan.

“Setelah menamatkan sesi ujian 2,000 kilometer dan pentauliahan bagi perkhidmatan dan menampilkan ciri-ciri tambahan baharu, tren empat gerabak memulakan perkhidmatannya beberapa jam selepas percubaan  praoperasi  terakhir dijalankan anggota utama pasukan projek daripada Pengurusan Bersepadu dan Perkhidmatan Kejuruteraan Prasarana,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Zohari dan Datin Norlia Noah bergambar di hadapan skrin infotainment yang menunjukkan ciri baharu gerabak tersebut. - Bernama

Zohari berkata projek itu antaranya melibatkan baik pulih, pembaikan, kerja-kerja menaik taraf dan menggabungkan 34 set tren dua gerabak kepada 17 set tren empat gerabak.

“Kami memotong bahagian depan tren dua gerabak dan mencantumkannya menjadi tren empat gerabak bersama ciri-ciri  baharu dan cantuman kereta api empat gerabak lain akan disiapkan secara berperingkat antara 2018 dan 2020.

“Menjelang 2020, jajaran LRT Kelana Jaya Rapid KL akan menggunakan perkhidmatan tren empat gerabak sepenuhnya,” katanya.

Tren baharu ini juga  dilengkapi sistem pelincir rel yang dipertingkatkan bagi mengurangkan bunyi bising  di antara rel dan juga permukaan roda, pencahayaan LED baharu dan juga sistem maklumat penumpang untuk infotainment, empat unit CCTV dan kawasan berkerusi roda khusus untuk penumpang kelainan upaya dalam setiap gerabak. - Bernama

Sumber asal: Rapid Rail Lancar Set Empat Gerabak Pertama...Syabas Memang Terbaik Untuk Keselesaan Pengguna
More aboutRapid Rail Lancar Set Empat Gerabak Pertama...Syabas Memang Terbaik Untuk Keselesaan Pengguna