Amaran kepada Zuraida, jangan pandang rendah MCA

Posted by Kerah Lekung on Friday, 27 April 2018

Amaran kepada Zuraida, jangan pandang rendah MCA.
Penyandang kerusi parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin diingatkan tidak berasa selesa susulan BN menamakan calon MCA bertanding di kawasan berkenaan, kata UMNO Ampang.

“PKR ambil mudah bila melihat BN meletakkan calon MCA, dengan memikirkan bahawa pengundi akan seratus peratus menyokong Zuraida.

“Ini kesilapan PKR,” kata Ketua Bahagiannya, Datuk Ismail Kijo kepada BNBBC.my portal.

Tambah beliau, banyak program gagal terlaksana sejak Ketua Wanita PKR itu menjadi wakil rakyat sejak dua penggal lalu sehingga menimbulkan kemarahan rakyat khususnya golongan muda.

“Mana rumah mampu milik yang dijanjikan untuk golongan muda? lihat begini, jika sebulan ada 40 pasangan yang baru berkahwin, kiraannya satu penggal secara purata ada 2,500 pasangan muda yang berkahwin, dua penggal sudah 5,000 pasangan.

“Rumah mampu milik yang dijanjikan untuk kos rendah bernilai RM42,000 ke bawah dan sederhana antara RM90,000 sehingga RM120,000.

“Jadi mana rumah yang dikatakan untuk golongan muda ini? kerana yang lebihnya hanyalah rumah RM200,000 dan ke atas dan saya bercakap ini di Parlimen Ampang, bagaimana dengan kawasan lain?”soalnya.

Menjelang penamaan calon Sabtu ini, pertembungan tiga penjuru bakal menyaksikan Zuraida ditentang calon BN iaitu Leong Kim Soon dan Nurul Islam Mohamed Yusoff (PAS).

Sumber asal: Amaran kepada Zuraida, jangan pandang rendah MCA

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment