10 TAHUN DIPERINTAH DAP , PENANG A FAILED STATE

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 25 April 2018

10 TAHUN DIPERINTAH DAP , PENANG A FAILED STATE .


Penang adalah sebuah negeri yang gagal ditadbir urus oleh kerajaan DAP sejak 10 tahun yang lalu . 

Kualiti hidup tidak menunjukkan peningkatan, tiada rumah mampu milik, kos sara hidup terus meningkat, gaji tidak berubah, tol sungai nyior tetap masih tidak dimansuhkan seperti yg dijanjikan, dipalit dengan amalan rasuah & korupsi, dan pembaziran dalam projek Terowong Dasar Laut dan lain2.




Sejak 2008, Lim Guan Eng memerintah Pulau Pinang, banyak isu-isu telah dibangkitkan oleh penduduk di negeri berkenaan. Semakin lama, semakin banyak yang terdedah. Sekali gus menunjukkan kegagalan Guan Eng serta DAP memerintah Pulau Pinang.


Kerajaan DAP telah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal. Berikut adalah 10 tanda Pulau Pinang adalah negeri yang gagal.

1 - Ketua Menteri yang terlibat dalam kes rasuah. Guan Eng telah didakwa pada 30 Jun 2016, atas pertuduhan rasuah. Kes rasuah di mahkamah belum selesai tetapi masih tidak malu menjawat jawatan sebagai Ketua Menteri.
2 - Tanah di negeri itu habis digadai. Ada tanah dijual tanpa tender dan kepada syarikat kroni. Laporan Ketua Audit Negara menyatakan perolehan yang Guan Eng dapat menerusi jualan tanah, 2008 hingga 2015 adalah sejumlah RM1.22 billion. Sejak 2008, aset dan tanah yang Guan Eng jual dan gadai sudah bernilai RM37 billion.
3 - Hutang kerajaan negeri melonjak tinggi.
Mana ada kurang hutang sampai 95% seperti yang didakwa Prof Ramasamy, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Hutang kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM655 juta telah diubah kepada bayaran ansuran selama 45 tahun. Hutang tidak kurang 95% tetapi makin bertambah. Tidak cukup dengan itu berhutang lagi dengan China Exim Bank.
4 - Industri Kilang Tutup, Pekerja Dibuang. Beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan bahawa kedudukan Pulau Pinang sebagai Lembah Silikon Timur kini semakin goyah. Ini kerana sembilan kilang dijangka berpindah. Kilang Western Digital & Seagate sahaja telah buang 3,000 orang pekerja. 6,000 lagi dibuang di kilang kilang lain yang ditutup dan berpindah.
5 - Pelaburan makin kurang. Laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, MIDA pada April 2017 menunjukkan penurunan sebanyak 30% pelaburan ke Penang. Pada Januari hingga Ogos 2016, pelaburan ke Penang hanya berjumlah RM3.77 billion berbanding RM5.34 billion pada tahun 2015.
6 - Masalah banjir tidak selesai. Pada 15 Disember 2013, Malaysiakini, Guan Eng kata akan selesaikan masalah banjir dalam tempoh sepenggal sahaja. ADUN DAP Tanjong, Ng Wei Aik pernah cakap mahu selesai masalah banjir dalam masa 9 bulan sahaja pada tahun 2008.
Banjir terus berlaku di Penang sampai tahun 2017. Sejak 2011, sudah RM38 juta dibelanjakan kerajaan DAP Penang untuk atasi banjir. Dalam Bajet 2017 menerusi duit kerajaan pusat, RM150 juta lagi diberikan untuk atasi banjir. Ke mana hilang semua duit ini?
7. Kerajaan Penang berada dalam keadaan defisit. Setiap tahun sejak 2011, Guan Eng membentangkan bajet defisit enam tahun berturut turut. Pada 2011, defisit sejumlah RM108 juta. Pada 2017, defisit bajet berjumlah RM667 juta. Bajet defisit tetapi peruntukan untuk Pejabat Ketua Menteri Guan Eng bertambah setiap tahun.
8. Pertumbuhan ekonomi Penang lembab. Purata gaji pekerja di Penang sejumlah RM2,434 adalah dibawah gaji purata nasional, RM2,463. KDNK Penang adalah ke-4 paling rendah di Malaysia antara tahun 2008-2015. Pendapatan isirumah rakyat Penang adalah yang ke-4 terendah di Malaysia.
9. Pelbagai caj dikenakan kepada rakyat. Surcaj air naik 4 kali sejak DAP memerintah Penang. Sesatunya negeri yang mengenakan caj parking sampai waktu tengah malam adalah di Pulau Pinang. Cukai katil, caj plastik 20 sen, cukai pintu naik 14.29% pada 2015, sewa warung naik dan harga rumah naik. Inilah padah yang rakyat Penang dapat.
10 - 33 Manifesto "Just Change" pada 2008 & 51 projek gagal. Manifesto pada 2008 tidak ditunaikan.51 janji projek pembangunan juga gagal dilaksanakan kerajaan DAP Penang.
Itu belum lagi disentuh soal kroni Guan Eng yang kuasai kerajaan negeri. Isteri Guan Eng iaitu Betty Chew pernah dilantik menjadi Ahli Jawatan Kuasa Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC) serta harta bumiputra dan zakat yang dikebas.
10 perkara ini sudah jelas menunjukkan DAP telah gagal tadbir Pulau Pinang. Guan Eng telah jadikan Pulau Pinang sebagai negeri yang gagal sepenuhnya. Bolasepak pun gagal juga. Rakyat Pulau Pinang kena berubah. Serik seriklah undi DAP di Penang.



Kepada rakyat Pulau Pinang 

Don't give too much power to DAP State Government.




Rakyat Pulau Pinang kena tambah bilangan wakil BN dalam Dewan Undangan Negeri. Kena ada check and balance (timbang tara kuasa) yg tertinggi untuk elak salah laku, penyalahgunaan kuasa, dan korupsi dalam kerajaan negeri & memaksa kerajaan negeri supaya lebih mesra rakyat. 

Hanya dengan mengundi BN rakyat pulau pinang terbela, jangan risau dihukum kerajaan DAP. BN akan majukan Pulau Pinang lebih baik dari kerajaan DAP & dalam masa yg sama menjaga dan berkhidmat untuk semua kawasan terutamanya yg diabaikan oleh kerajaan DAP.
:
#SelamatkanPulauPinang
#PenangFailedState
Sumber asal: 10 TAHUN DIPERINTAH DAP , PENANG A FAILED STATE

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment