Tok Pa jawab rapuan Nik Amar

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 31 January 2018

Tok Pa jawab rapuan Nik Amar.
Umno Kelantan nafi dakwaan kerjasama dengan AMANAH tumpaskan Pas
BERNAMA  -  January 31, 2018 7:19 pm
Umno Kelantan menyifatkan dakwaan wujud kerjasama antara Umno dan Parti Amanah Negara (AMANAH) bagi menjatuhkan kerajaan Pas di Kelantan pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14) hanya spekulasi.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, tuduhan tidak berasas itu sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah pemimpin politik apabila menjelangnya pilihan raya.

“Tidak timbul kita berpakat dengan Pas atau AMANAH untuk menjatuhkan mana-mana parti politik di negeri ini,” katanya kepada pemberita pada program Jualan Sentuhan Rakyat peringkat Parlimen Jeli di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan sebuah portal berita berkaitan Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Abdullah yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai kerjasama antara Amanah dan Umno di Kelantan untuk menjatuhkan Pas pada PRU14.

Sebagai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Mustapa berkata, beliau tidak pernah berjumpa sama ada pemimpin Pas atau Amanah untuk berbincang bagi mewujudkan pakatan untuk tumbangkan mana-mana parti.

“Apa yang penting kita (Umno) tidak berkongsi dengan sesiapa, kita buat kerja dari dulu hingga sekarang, kita akan lawan siapa sahaja yang menentang kita,” katanya.

Sumber asal: Tok Pa jawab rapuan Nik Amar
More aboutTok Pa jawab rapuan Nik Amar

Mahathir Mengkhianati Peneroka FELDA

Posted by Kerah Lekung

Mahathir Mengkhianati Peneroka FELDA.
Kesalahan yang dilakukan oleh Guan Eng dalam mengamalkan dasar kleptokrasi adalah amat berat dan tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Malaysia. Kesalahan yang melibatkan berbillion wang rakyat dirompak secara terancang.

Keluhan hati rakyat dianggap seumpama burung yang berbunyi sahaja, tidak meninggalkan kesan dihati pemimpin chauvanis DAP yang berkuasa di Pulau Pinang dan Selangor secara dasarnya. Sikap perkauman dan politik kebencian terus menjadi amalan seharian.

Menuding jari kepada pihak lain untuk menutup kesalahan yang dilakukan dimana melibatkan wang rakyat disembunyikan serapat mana yang boleh. Namun rakyat bukan lah sebodoh itu untuk mendiamkan diri apabila kepentingan mereka diabaikan sama sekali.

Rakyat semakin sedar bahawa mereka sebenarnya telah tertipu dengan janji manis yang dibisikkan dicuping telinga mereka sebelum kemenangan DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor. Rakyat sedar mereka sudah melakukan kesilapan yang besar dimana  telah memberikan sebuah negeri kepada satu kaum yang berfahaman sosialis yang disangkakan amat baik.

Mungkin dalam pilihanraya akan datang ianya memberikan kesedaran bahawa DAP bukan lah pilihan yang terbaik untuk disokong dan ditambah pula dengan kehadiran Mahathir serta rakan sekutu yang dipecatnya pada tahun 1998 dahulu iaitu Anwar Ibrahim.

Kekuatan ini dipergunakan sepenuhnya oleh DAP untuk memecahbelahkan lagi  kekuatan perpaduan Melayu agar ianya lebih kecil lagi. Kita sedia maklum bahawa  PKR, dan PPBM adalah dari kelompok  pemimpin dan penyokong yang sama iaitu dari parti UMNO.

Oleh kerana  keinginan dan agenda mereka tidak kesampaian dalam politik, maka  perpecahan ini berlaku dan  Melayu UMNO ini terus keluar dan menubuhkan satu pasukan penentang dan beranggapan UMNO adalah musuh politik mereka.

Bukan itu sahaja, dari sudut yang lain pula, pergerakan keluar UMNO adalah untuk menutup setiap kesalahan tingkah laku yang dilakukan iaitu dengan melakukan penyelewengan dana rakyat sehingga ianya melibatkan kepentingan rakyat terabai sama  sekali.

Persengkokolan Mahathir, Anwar dalam politik DAP merupakan satu malapetaka  bagi bangsa Melayu khususnya, Ini adalah kerana  gerakan yang mereka lakukan sekarang bukan sahaja telah memecahkan Melayu malah sehingga sanggup mengkhianat ekonomi Negara sendiri.

Pengkhianatan terhadap Negara bukan baharu ini sahaja dilakukan, malah ianya telah dilakukan tanpa ada satu tindakan sistem perundangan yang ketat dan berat untuk menghalangnya. Pembangkang menggunakan sepenuhnya amalan Hak asasi yang dibawa oeh barat untuk mengubah acuan ketimuran dalam Negara ini.

Sebagaimana yang banyak diperkatakan oleh veteran UMNO bahawa  menghalang tindakan Mahathir adalah malapetaka bagi kerajaan. Ini adalah kerana Mahathir  dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan hasratnya tercapai tanpa mempedulikan nasib rakyat.

Sehingga ada yang mengkiaskan bahawa Mahathir sanggup menukar langit sekali pun jika  dihalang. Ianya bermaksud dalam apa keadaan sekali pun Mahathir mahukan kuasa  yang mampu dia melakukan apa sahaja

Hal ini dapat dibuktikan  dengan tindakannya baru baru ini  dimana Mahathir  dan bersama sama dengan  pemimpin pakatan yang lain telah mengadakan lawatan sokongan politik ke Negara Eropah untuk memberikan tekanan terhadap ekonomi Malaysia.

Pengkhianatan yang dilakukan oleh Mahathir ialah bersepakat dengan Kesatuan Eropah dalam memberikan tekanan terhadap Malaysia iaitu  larangan menggunakan minyak sawit dari Malaysia. Tindakan ini sekali gus menunjukkan betapa terdesaknya Mahathir dalam percaturan politiknya.

Untuk rekod,  Malaysia merupakan negara kedua terbesar pengeluaran minyak kelapa sawit selepas Indonesia dan kedua-dua negara ini menghasilkan hampir 90% output dunia dan 60% eksport minyak kelapa sawit Malaysia adalah ke negara Eropah.

Sebagaimana yang diperkatakan sebelum ini, Mahathir sanggup melakukan apa sahaja demi  kepentingan dirinya dan bukan memikirkan nasib rakyat di Malaysia. Betapa hitamnya hati seorang bekas Perdana Menteri ini.

Secara tidak langsung larangan dan kesepakatan Mahathir dengan kesatuan Eropah ini  sekali gus akan menjejaskan seramai 219,452 peladang sawit persendirian (smallholders) di seluruh negara dan hampir 650,000 peladang sawit secara keseluruhan.

Apakah dengan tindakan  yang dilakukan ini  bersesuaian dengan slogan yang dilaungkan kepada rakyat  luar Bandar dan anak muda dimana untuk “Selamatkan Malaysia”,sedangkan pada masa yang sama Mahathir sedang membakar Negara ini.

Ini lah penyakit yang dihadapi oleh pemimpin pembangkang sekarang, dimana mereka tidak pedulikan semuanya , perkara utama ialah bagaimana untuk kaya dan merompak wang Negara dalam apa cara sekali pun.

Penyakit yang mana  mereka ini sedang ketakutan  apabila jika semua tindakan dan  usaha mereka selama ini akan menemui jalan buntu dan tidak mendapat sokongan rakyat. Fitnah dan mensabotaj ekonomi dilakukan.

Baru baru ini pemimpin pembangkang cuba melakukan hasutan terhadap rakyat berkaitan dengan  proses pembuangan undi dan menyarankan agar undi rosak dilakukan jika  tidak dapat menyokong Pakatan harapan.

Undi rosak ini adalah bertujuan untuk mengurangkan majoriti pihak kerajaan dan memberikan keseimbangan kepada keputusan pilihanraya nanti. Cadangan undi rosak ini telah diciplak dari pemilihan calon Presiden US yang lalu.

Donald Trump telah mengucapkan terima kasih kepada pengundi yang telah membuang undi dan melakukan undi rosak yang mana telah memberikan kemenangan kepada nya. Kaedah ini sedang dipraktikkan oleh pihak pembangkang sekarang.

Sasaran undi rosak  ini bukan disarankan kepada anak muda berbangsa Cina oleh DAP atau Pakatan harapan, tetapi ianya disarankan kepada pengundi Melayu yang amat mudah dihasut dengan  berbagai cerita asalkan tidak mengundi PPBM dalam pilihanraya akan datang.

Salah satu sebab kenapa undi rosak diwujudkan adalah kerana penyokong reformasi ini tidak berpuas hati selepas Mahathir dipilih sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.

Sedangkan semasa zaman reformasi, mereka inilah yang sanggup turun ke jalan raya untuk berdemonstrasi menentang Mahathir, yang telah memecat Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 1998.

Protes terhadap pencalonan Mahathir itu bukan hanya dilakukan oleh penyokong reformasi malah ada pemimpin dalam PH sendiri yang membantah pemilihan pengerusi Pakatan Harapan itu sebagai calon Perdana Menteri.

pru14.tv

Sumber asal: Mahathir Mengkhianati Peneroka FELDA
More aboutMahathir Mengkhianati Peneroka FELDA

Demokarasi Sudah Mati Dalam Pakatan Harapan

Posted by Kerah Lekung

Demokarasi Sudah Mati Dalam Pakatan Harapan.
Sebut sahaja gerakan BERSIH, pasti ingatan kita akan terimbau dengan perjuangan mereka yang kononnya mahukan Pilihan Raya yang lebih adil serta amalan demokrasi yang lebih telus. Malah, di kalangan pemimpin Pakatan Harapan, laungan demokrasi dan kepentingan mengadakan Pilihan Raya Umum yang telus kerap kali mereka laungkan di hadapan penyokong mereka serta kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tidak dinafikan, semua pihak mahukan satu sistem pilihan raya dan amalan demokrasi yang telus. Baik rakyat mahupun pemimpin, perkara inilah yang selalu dititik beratkan. Persoalannya, wujudkan amalan demokrasi tulin serta amalan bersih dalam melaksanakan pilihan raya di dalam Pakatan Harapan?

Mari kita susuri beberapa perkara yang brlaku di dalam Pakatan Harapan. Jika mahu disenaraikan, cukup panjang senarainya untuk kita selidiki. Lihat sahaja apa yang berlaku di himpunan Pakatan Harapan Negeri Sembilan baru-baru ini. Siapa sangka, di dalam rakan sesama parti sendiri pun boleh timbul perasaan kurang senang sehingga mendorong ahli PPBM mengamuk akibat hanya diperuntukkan 6 kerusi sahaja.

Itu belum lagi menceritakan bagaimana Pemilihan Jawatankuasa Pusat DAP yang penuh keraguan. Malah, Mesyuarat Agung PPBM yang pertama yang dilaksanakan dengan keadaan tergesa-gesa juga menimbulkan terlalu banyak keraguan. Itu belum lagi menceritakan bagaimana caranya mereka melantik seseorang ketua di kalangan mereka dengan tidak boleh ada sebarang penentangan dari mana-mana pihak.

Adakah ini yang mereka katakan amalan demokrasi yang telus serta pilihan raya yang bersih dan adil? Dari apa yang kita saksikan, apa yang mereka lakukan hanyalah member kelebihan pada satu pihak dan tidak wujud langsung amalan demokrasi di dalam Pakatan Harapan. Apa yang ada hanyalah pemerintahan ala-ala “monarki” dan langsung tidak memperdulikan suara penyokong mereka.

Untuk mengatakan bahawa Pakatan Harapan adalah pejuang demokrasi sebenar, ianya satu kenyataan yang dibuat tanpa menggunakan akal yang waras. Sudah banyak contoh mereka serlahkan bahawa mereka langsung tidak pernah mempedulikan erti sebenar demokrasi yang telus dan pilihan raya yang adil seperti yang mereka laungkan sebelum ini.

Bagi mereka, kuasa adalah keutamaan dan mereka akan berusaha untuk meraihnya tanpa mengira apa jua jalan yang terpaksa mereka tempuh. Tolak ketepi perjuangan bermaruah kerana yang penting adalah kuasa dan kerana kuasalah mereka sanggup memperbodohkan rakyat dan penyokong mereka. Inilah Pakatan Harapan yang kononnya pejuang demokrasi namun hakikatnya, demokrasi sudah mati dari amalan Pakatan Harapan.

Sumber asal: Demokarasi Sudah Mati Dalam Pakatan Harapan
More aboutDemokarasi Sudah Mati Dalam Pakatan Harapan

IBR: AZMIN CUBA SALAHKAN SPRM?

Posted by Kerah Lekung

IBR: AZMIN CUBA SALAHKAN SPRM?.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bukan sahaja berterusan menegakkan benang basah ekoran kegagalan kerajaan pimpinannya menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) malah beliau cuba menyalahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu itu.

Beliau memberi alasan baharu kononnya SPRM lambat memberi jawapan terhadap surat yang dikemukakan pentadbirannya berhubung persoalan tentang IBR.

Timbalan Presiden PKR itu mendakwa, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Amin Ahmad Ahya telah menulis surat berhubung komitmen itu dua bulan lalu, namun sehingga kini tidak mendapat maklum balas daripada SPRM.

“Kita lihat IBR sahaja tidak mencukupi dan akan mencadangkan beberapa langkah tambahan yang telah kami laksanakan. Contohnya sebelum memulakan mesyua­rat Exco, semua ahli mesti menandatangani perisytiharan kepentingan.

“Ini bukan hanya untuk Exco tetapi juga syarikat milik kerajaan (GLC). Saya fikir ini lebih berkesan dan bukan sekadar mengambil sumpah IBR tetapi kita boleh duduk berbincang serta menggabungkan kedua-duanya untuk terus membanteras rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Jubli Perak, Sultan Abdul Aziz di sini hari ini.

Baru-baru ini, bekas Pengarah SPRM negeri, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah mengakui beliau kesal dengan sikap Mohamed Az­min dan kerajaan PKR Selangor yang tidak pernah berusaha apatah lagi me­nunjukkan minat untuk melaksanakan IBR sepanjang perkhidmatannya di negeri itu sejak 1 Disember 2016.

Mohamed Azmin menambah, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Pengarah SPRM negeri yang baharu, Datuk Alias ​​Salim dalam masa terdekat untuk membincangkan kedudukan sebenar kerajaan PKR Selangor berhubung isu IBR.

Utusan

Sumber asal: IBR: AZMIN CUBA SALAHKAN SPRM?
More aboutIBR: AZMIN CUBA SALAHKAN SPRM?

SELEPAS KAJANG & PERMATANG PAUH, GILIRAN ORANG BANDAR TUN RAZAK PULA KENA TIPU

Posted by Kerah Lekung

SELEPAS KAJANG & PERMATANG PAUH, GILIRAN ORANG BANDAR TUN RAZAK PULA KENA TIPU.
Khabar angin sudah tersebar bahawa Presiden PKR, Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan bertukar kawasan. Kali ini kerusi Parlimen Bandar Tun Razak pula menjadi sasarannya.
Kerusi berkenaan disandang oleh bekas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim yang menang atas tiket PKR tetapi selepas dipecat, beliau kini adalah seorang Ahli Parlimen bebas.

Jika betullah laporan yang disiarkan oleh sebuah portal pembangkang, Suara Pakatan Harapan itu, maka habislah penduduk di Bandar Tun Razak.

Sudah dua penggal, Khalid Ibrahim menjadi wakil rakyat di parlimen Bandar Tun Razak, namun nilaikan sendirilah berapa kali 44,067 pengundi yang memilih PKR dalam PRU lepas nampak muka ahli parlimen mereka di kawasan? Jarang sama sekali.

Kali ini rakyat Bandar Tun Razak akan kena lagi. Seorang lagi calon import akan dicadangkan PKR di kerusi tersebut.

Calon import itu adalah Wan Azizah, yang kini adalah penyandang kerusi Parlimen Permatang Pauh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Sedangkan di dua kawasan berkenaan pun, banyak rungutan diterima daripada penduduk kerana beliau tidak turun padang. Malah ada yang menyesal kerana mengundi beliau.

Tahun lepas semasa Pulau Pinang dilanda banjir, penduduk di Permatang Pauh sudah merungut kerana Wan Azizah jarang menampakkan batang hidung di kawasan. Wan Azizah lambai tangan sahaja, ambil sahaja gambar semasa banjir lepas kemudian balik.

Begitu juga semasa Kajang dilanda banjir kilat pada 2015. Wan Azizah hilang entah ke mana. Wan Azizah meminta supaya ketiadaannya ketika banjir kilat yang melanda Kajang itu tidak diperbesarkan kerana dia sudah hantar pegawai khas untuk mewakilinya.

Isunya di sini ialah pengundi mahukan wakil rakyat yang mereka pilih, bukannya wakil kepada wakil rakyat tersebut.

Jika benar khabar angin Wan Azizah akan berpindah ke Parlimen Bandar Tun Razak maka beliau akan menjadi wakil rakyat yang kedua paling banyak bertukar kerusi selepas penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kit Siang telah tujuh kali berpindah kawasan pilihan raya iaitu kerusi Parlimen Bandar Melaka (1969–1974), Kota Melaka (1974–1978), Petaling Jaya, Selangor (1978–1982), Kota Melaka (1982–1986), Tanjong, Pulau Pinang (1986–1999), Ipoh Timur, Perak (2004–2013) dan Gelang Patah, Johor (sejak 2013).

Dan kali ini pun ada ura-ura Kit Siang akan bertukar kawasan lagi.

Manakala Wan Azizah pula memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 dan mengekalkannya pada 2004. Pada 2008, beliau sekali lagi menang di kerusi Parlimen Permatang Pauh namun Wan Azizah telah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen di kawasan berkenaan pada 31 Julai 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Anwar Ibrahim hingga memaksa pilihan raya kecil diadakan.

Tindakan beliau yang melepaskan jawatan demi suaminya ketika itu, telah menyebabkan kecaman ramai kerana Wan Azizah dikatakan menjadi pemanas kerusi sahaja dan mementingkan diri.

Sekarang apa jadi kepada penduduk di Permatang Pauh? Kali ini pula tercetus spekulasi beliau akan berpindah ke Bandar Tun Razak untuk memberi peluang kepada anaknya, sama ada Nurul Izzah atau Nuha untuk bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Parlimen Bandar Tun Razak juga dikatakan sebagai parlimen `pemanas’ dan eksperimen sehingga Anwar dibebaskan dan mendapat pengampunan Diraja.

Jadi kepada penduduk di Bandar Tun Razak, janganlah beri peluang kepada pembangkang lagi pada pilihan raya akan datang. Jika benar bagai dikata, maka penghijrahan Wan Azizah hanya akan membawa kepada `penyesalan’ kelak.

Tolaklah mereka yang suka melompat kerusi ini. Bagaimana seseorang wakil rakyat itu boleh berkhidmat dengan baik jika sibuk lompat kerusi. Dua kali cukuplah. Jangan biar ditipu sampai tiga kali mengundi calon yang salah.

Sumber asal: SELEPAS KAJANG & PERMATANG PAUH, GILIRAN ORANG BANDAR TUN RAZAK PULA KENA TIPU
More aboutSELEPAS KAJANG & PERMATANG PAUH, GILIRAN ORANG BANDAR TUN RAZAK PULA KENA TIPU

Pemimpin DAP Akui Akan Kuasai Perak?

Posted by Kerah Lekung

Pemimpin DAP Akui Akan Kuasai Perak?.


Baru terbaca tulisan sahabat saya Naib Pengerusi AMANAH Perak, Dr Muhaimin Sulam, yang disiarkan oleh portal berita Malaysia Date Line pagi tadi bertajuk “Yang Corot Dan Yang Dominan Dalam Pakatan Harapan Perak”.

Tulisan Dr Muhaimin ini adalah maklum balas beliau kepada komentar Facebook saya pada 22 Januari 2018 bertajuk “Agihan Kerusi Dewan Undangan Negeri Perak: DAP Mendominasi Pakatan Harapan Perak, AMANAH Pula Di Tempat Tercorot.

Kata Dr Muhaimin, komentar Facebook saya ini: “Sudah beratus-ratus di’likes’, di’share’ dan kemudian disiarkan oleh akhbar politik di talian. Selanjutnya merebak menjadi bualan yang langsung tidak membina negara. Orang kampung kata ‘buang beras’.”

Kata Dr Muhaimin lagi: “Tajuk itu sudah ada unsur propaganda dan provokasi. Pemilihan terma ‘dominasi’ dan ‘corot’ bukan kebetulan tetapi adalah usaha pembenihan doktrin kepada pembaca. Manakala DAP dan AMANAH menjadi objek utama untuk ‘dikerjakan’ sebaik-baik yang mungkin demi kepentingan tertentu.”

Saya hairan dengan Dr Muhaimin ini yang banyak mengkritik saya dari sudut emosi kosong semata-mata dengan menyebut kononnya “‘maklumat’ yang dihuraikan itu adalah mentah dan lebih bersifat imaginasi” atau bahawa “politik tidak semudah itu untuk difahami dan difikirkan, kawan”, 

Disebutkan juga “posting sebegitu hanyalah suatu gerakan mendodoi orang Melayu agar terus tidur nyenyak” dan “tulisan seharusnya membina dan membangkitkan martabat akal dan mengelakkan diri diperhamba dengan kebodohan diri sendiri dan kejahatan sang cerdik pandai”.

Masa sama, tiada sebarang penafian diberikan oleh Dr Muhaimin ke atas maklumat yang saya berikan di dalam komentar saya itu, malah beliau sendiri mengakui “hujah (AMANAH dikatakan tercorot dalam pengagihan kerusi di Perak) kelihatan agak munasabah untuk AMANAH kecewa...”.

Hanya yang beliau sebutkan adalah:
(1) Kononnya AMANAH akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit: “Ada eloknya difikirkan tentang kewajaran analogi ‘kecil-kecil cili api’. Begitulah juga dalam politik yang serba memungkinkan. Perlu berfikir secara ‘kuih lapis’, jangan berfikir lurus bendul.”
(2) Kononnya pengagihan kerusi ini masih boleh berubah: “Tarikh penamaan calon masih jauh lagi. Ada seribu satu kemungkinan yang akan berlaku.”

Saya harap Dr Muhaimin dan para pemimpin AMANAH lain, mahupun sesetengah penganalisis politik lain, tidak terus dibuai mimpi yang keterlaluan dengan mengharapkan DAP tidak akan mendominasi Pakatan Harapan Perak.

Usahlah para pemimpin AMANAH terus berimaginasi bahawa AMANAH akan kuat walaupun dapat kerusi sedikit dan usahlah para pemimpin AMANAH terus mengharap para pemimpin DAP Perak akan memberikan kerusi mereka kepada AMANAH.

Baru semalam, 25 Januari 2018, akhbar Sinar Harian melaporkan kenyataan Ketua Pemuda DAP Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri N25 Canning, Wong Kah Woh, selepas pelancaran Pemuda Pakatan Harapan Perak di Ipoh bahawa Pakatan Harapan akan membentuk kerajaan di Perak dengan 32 kerusi secara keseluruhannya.

Ini kerana, kata Wong Kah Woh, DAP yakin Pakatan Harapan dapat mengekalkan 24 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang selain dapat merampas lapan kerusi lain pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Baik, mari kita sama-sama lihat komposisi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang.

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 18 adalah dimiliki oleh DAP, iaitu melalui:
(1) Teh Kok Lim di N17 Pokok Assam
(2) Leow Thye Yih di N18 Aulong
(3) Loh Sze Yee di N22 Jalong
(4) Wong Kah Woh di N25 Canning
(5) Ong Boon Piow di N26 Tebing Tinggi
(6) Lee Chuan How di N27 Pasir Pinji
(7) Cheong Chee Khing di N28 Bercham
(8) Nga Kor Ming di N29 Kepayang
(9) Sivasubramaniam A/L Athinarayanan di N30 Buntong
(10) Teh Hock Ke di N31 Jelapang
(11) Lim Pek Har di N32 Menglembu
(12) Yong Choo Kiong di N33 Tronoh
(13) Wong May Ing di N37 Pantai Remis
(14) Leong Cheok Keng di N40 Malim Nawar
(15) Chen Fook Chye di N41 Keranji
(16) Datuk Ngeh Koo Ham di N50 Sitiawan
(17) Terence Naidu A/L V.Raja @ Raja Naidu di N55 Pasir Bedamar
(18) Sivanesan A/L Achalingam di N57 Sungkai

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 5 adalah dimiliki oleh PKR, iaitu melalui:
(1) Abdul Yunus Jamahri di N9 Kuala Kurau
(2) Chua Yee Ling di N13 Kuala Sapetang
(3) Tan Kar Hing di N44 Simpang Pulai
(4) Chang Lih Kang di N45 Teja
(5) Kesavan A/L Subramaniam di N54 Hutan Melintang

Daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang dimiliki oleh Pakatan Harapan sekarang, 1 adalah dimiliki oleh AMANAH, iaitu melalui:
(1) Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di N14 Changkat Jering 

Sekarang mari kita sama-sama lihat pula komposisi lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak.

Daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, lima adalah dimiliki oleh AMANAH, iaitu:
(1) N6 Kubu Gajah 
(2) N16 Kamunting 
(3) N20 Lubok Merbau 
(4) N 23 Manjoi
(5) N35 Manong

Daripada lapan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk dirampas oleh Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14, tiga adalah dimiliki oleh PPBM, iaitu:
(1) N51 Pasir Panjang 
(2) N53 Rungkup
(3) N56 Changkat Jong

Akhirnya, mari kita sama-sama lihat pula komposisi bangsa dan agama pemegang 32 kerusi Dewan Undangan Negeri Perak yang DAP sasarkan untuk Pakatan Harapan menangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 bagi membolehkan Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Perak ini.

22 bukan Melayu bukan Islam, iaitu melalui:
(1) 18 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari DAP.
(2) 4 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

10 Melayu Islam, iaitu melalui:
(1) 6 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari AMANAH.
(2) 3 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PPBM.
(3) 1 Ahli Dewan Undangan Negeri Perak dari PKR.

Tidak jelaskah lagi pihak mana yang akan berkuasa dalam Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Perak jika Pakatan Harapan menguasai Dewan Undangan Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-14?

Bila begini sasarannya, apakah ada lagi makna kata-kata bahawa gabungan kerusi yang diberi kepada PPBM (14) dan kerusi yang diberi kepada AMANAH (13) adalah lebih tinggi daripada kerusi yang diberi kepada DAP? 

Dr Muhaimin, bila menulis asaskanlah tulisan anda kepada fakta. Tidak baik anda meremehkan komentar saya yang berasaskan kepada fakta sebagai “ada unsur propaganda dan provokasi” dan “usaha pembenihan doktrin”.

Sumber : Dr Kamarul Yusuf

K7L : PAN dan PPBM sudah mula memberontak?..
Sumber asal: Pemimpin DAP Akui Akan Kuasai Perak?
More aboutPemimpin DAP Akui Akan Kuasai Perak?

BELUM BUBAR PARLIMEN, TAPI DAH TUNJUK BURUK PERANGAI…

Posted by Kerah Lekung

BELUM BUBAR PARLIMEN, TAPI DAH TUNJUK BURUK PERANGAI….
Apa sudah jadi? Belum pun Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mengumumkan pembubaran Dewan Rakyat, namun nampaknya perang berebut kerusi dalam kalangan parti Pakatan Harapan tidak lagi dapat dibendung.

Hari ini, media arus perdana melaporkan tentang tindakan sekumpulan ahli parti ‘cap bunga’ yang beramai-ramai menunjukkan ‘adab susila rimba’ mereka dengan menempelak kepimpinan Pakatan Harapan secara terbuka di khalayak ramai.

Lebih memalukan, aksi-aksi ‘hangat’ itu dilakukan di depan media yang hadir, sekali gus memberi ruang kepada seluruh rakyat di negara ini untuk melihat sendiri perangai sebenar ahli dan penyokong parti ‘cap bunga’ yang kononnya ‘sopan santun’ itu.

Seingat penulis, sebelum ini sudah diberitahu kepada kepimpinan parti ‘cap bunga’ bahawa majoriti yang keluar dari UMNO dan menyertai parti serpihan itu merupakan mereka yang sering membuat onar di dalam parti keramat bangsa.

Malangnya, amaran ‘mesra’ itu dipandang sinis oleh kepimpinan parti ‘cap bunga’, malah ada yang di kalangan mereka yang membalas kononnya UMNO cemburu dan marah kerana mereka berjaya ‘curi’ anggota parti. Kononlah…

Namun, mungkin Allah SWT mahu tunjukkan kuasaNya, maka terpamerkan aksi-aksi ‘menarik’ tersebut di khalayak ramai, sekaligus membuktikan kebenaran terhadap dakwaan pejuang UMNO tulen sebelum ini. Lain kali, jangan cakap besar…

Walau bagaimanapun, penulis tidaklah terlalu hairan dengan apa yang berlaku. Melihat kepada pengerusi parti ‘cap bunga’ dan anaknya, maka kita boleh membaca dengan mudah tentang sikap sebenar mereka yang berada dalam parti tersebut, bukan?

Sejak dari zaman mudanya lagi, dia memang suka ‘buat hal’ dan kurang ajarnya memang dapat disaksikan ramai pihak. Sebagai contoh, dia sengaja tulis surat kepada bapa kemerdekaan kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra yang banyak berjasa di negara ini.

Jika surat itu ditujukan secara peribadi dan tertutup tidak mengapalah. Namun menurut Almarhum, dia sengaja menyebarkan ribuan salinan surat tersebut yang sarat dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan kejian terhadap individu yang bertanggungjawab memerdekakan Tanah Melayu.

Ketika dia dipecat, apa yang dia buat? Kepada PAS jugalah tempat dia menumpang pentas politik. Namun apa yang dia lakukan terhadap PAS hari ini? Boleh dikatakan hampir setiap hari dia menghentam PAS khususnya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang.

Ketika dia berkuasa dulu, bagaimana layanannya terhadap Almarhum Tun Razak dan Tun Hussein sehingga kedua bekas Perdana Menteri itu benar-benar tersinggung hati dan bertindak keluar parti. Semuanya gara-gara siapa kalau kerana bukan pengerusi parti ‘cap bunga’?

Padahal, ketiga-tiga bekas Perdana Menteri itu semuanya sayangkan UMNO. Walaupun sudah keluar parti, mereka sempat berpesan kepadanya supaya kembalikan sifat, perjuangan dan jatidiri UMNO yang sebenar. Tapi, macam biasalah. Bila rasa dirinya bagai ‘maksum’, ada dia kisah pada pesanan itu?

Kemudian, apa nasib Almarhum Ghafar Baba ketika mana Dato’ Seri Anwar Ibrahim cuba mencabarnya untuk kerusi Timbalan Presiden? Tan Sri Sanusi Junid yang kini MT ‘Bunga’ ada ceritanya? Khabarnya ‘wang dalam beg’ jadi penentu undi untuk Anwar di Sabah?

Penulis yakin Presiden UMNO ketika itu mungkin tahu benar gerak politik ‘menti’nya untuk jatuhkan Almarhum Tun Ghafar. Tapi apa yang dia lakukan untuk hentikan ‘politik wang’ yang berleluasa itu? Buat bodoh saja kerana ‘menti’nya lebih berharga berbanding Tun Ghafar yang lebih banyak berjasa untuk rakyat dan bangsa Melayu?

Dia lantik Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai pengganti, tapi dia juga yang keluar parti jatuhkan penggantinya itu. Konon kerana dia fikir Pak Lah hanya akan menjadi Perdana Menteri sepenggal dua saja dan serahkan kepada pemimpin lain? Siapa dia untuk tentukan berapa lama Pak Lah jadi Perdana Menteri?

Dia sokong Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk gantikan Pak Lah, tapi sekali lagi petualang negara itu mahu mencatur gerakan menentukan siapa layak menjadi Perdana Menteri? Perkara yang tidak ada, direka-reka bersama Clare Brown untuk jatuhkan anak kepada Tun Razak yang banyak berjasa padanya?

Padahal, Tun Razaklah yang kutip dia dari ‘tong najis’. Malah Najiblah penentu kemenangan dia ketika berentap dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk merebut kerusi Presiden UMNO dulu. Jika Najib tidak tolong, jangan haraplah anaknya boleh rasa pakai alamat Seri Perdana, kan?

Dia memang begitu dari dulu. Suka buat onar, serang orang sana sini yang tidak mahu dengar katanya. Konon dia saja yang betul dan benar? Saluran yang baik tersedia untuknya, tapi dia sengaja guna cara kurang ajar untuk jatuhkan musuh politiknya? Siapa tidak kenal dia, bukan?

Jadi, cukup-cukuplah buat onar di negara ini. Rakyat di negara ini bukan bodoh untuk menilai siapa dirinya yang sebenar. Memang betul dia pernah berjasa selama 22 tahun, namun penulis yakin ramai kini menyedari segala onar yang pernah dia tutup ketik berkuasa dulu.

Kenapa baru kini onar-onar itu dirungkai satu persatu? Itu persoalan budak ‘kanyaq’ yang tidak kenal dia. Cari nahaslah jika dirungkai ketika dia berkuasa. Cuba belajar sejarah dan lihat bagaimana dia ‘layan’ mereka yang menentangnya dulu. Cari sendiri jawapannya…

Sumber asal: BELUM BUBAR PARLIMEN, TAPI DAH TUNJUK BURUK PERANGAI…
More aboutBELUM BUBAR PARLIMEN, TAPI DAH TUNJUK BURUK PERANGAI…

KARTEL AZMIN DAH MULA "PANIK"!!!

Posted by Kerah Lekung

KARTEL AZMIN DAH MULA "PANIK"!!!.
Tidak sampai 1 jam dinaikkan di Facebook butiran pendedahan mengenai jenayah Sindiket Pasir yang dikaitkan dengan Kartel Azmin Ali, mereka yang terlibat mula menggelupor tak tentu arah.

Dan tidak sampai 24 jam dinaikkan butiran pendedahan mengenai akaun bank, milikan saham, milikan hartanah dan harta Si Azmin Ali, akaun Facebook Chagibard telah dibekukan.

Tambah mengharukan lagi keadaan, posting berkaitan dengan pendedahan tersebut telah dipadam. Kemungkinan besar, perkara tersebut juga ada kaitan dengan Kartel Si Azmin Ali tu juga.

Tindakan itu secara tidak lansung menunjukkan betapa panik mereka yang terdiri dari kalangan puak kartel Si Azmin ini berikutan pendedahan yang telah dibuat oleh Si Chagubard.

Ini belum berkuasa sudah ingin menyekat media, bayangkan jika mereka ini menguasai kerajaan sepenuhnya, sudah pasti yang mendedahkan korupsi seumpama ini akan ditahan dibawah akta ISA.

Bukan satu rahsia bahawa dibawah kartel Azmin wujud kumpulan cybertrooper yang berbayar dan setiap orang dari mereka turut mengendalikan berpuluh akaun Facebook palsu.

Kemungkinan mereka inilah yang menggunakan ratusan akaun membuat aduan kepada pengurusan Facebook sehingga akaun Si Chagubard itu dibeku dan pendedahan tersebut dipadamkan.

Nampak gayanya PKR kini sudah semakin terdesak sehingga terpakasa menggunakan taktik sedemikian untuk menutup kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin - pemimpin atasan mereka.

Tapi apa yang lebih memalukan ialah apabila mereka siap anjur himpunan bagi menolak amalan Politik Kotor sedangkan dalam masa yang sama, mereka juga yang menggunakan taktik seumpama itu menjaga kepentingan Politik Peribadi diri sendiri!!!

Sumber asal: KARTEL AZMIN DAH MULA "PANIK"!!!
More aboutKARTEL AZMIN DAH MULA "PANIK"!!!

KEMBALILAH KE TIKAR SEJADAH, BUKAN KERUSI PM

Posted by Kerah Lekung

KEMBALILAH KE TIKAR SEJADAH, BUKAN KERUSI PM.
Agak kalut keadaan sentimen di dalam Pakatan Harapan apabila dilaporkan ramai yang membantah pemilihan seorang warga emas berusia 92 tahun sebagai calon Perdana Menteri mewakili gabungan DAP, PKR, PAN dan parti ‘cap bunga’ itu, baru-baru ini.

Bantahan dikatakan bukan saja datang dari pengundi dari saluran 1, 2 dan 3, malah saluran pengundi 4 lebih ramai yang mengancam untuk memboikot atau melakukan undi rosak pada Pilihan Raya Umum (PRU) 14 nanti. Pening kepala dibuatnya…

Maka bertalu-talulah portal pro-pembangkang menyiarkan kenyataan pemimpin Pakatan Harapan untuk menggesa penyokong mereka supaya tidak membuat undi rosak, sebaliknya patuh, taat dan setia kepada ‘calon pilihan’ itu.

Pada pandangan penulis, baru kini Pakatan Harapan tahu bahawa betapa majoriti rakyat di negara ini menolak kepimpinan warga emas yang ‘terlalu emas’ usianya dan terpalit dengan pelbagai skandal, kontroversi serta corak pentadbiran politiknya yang licik dan ‘mahazalim’.

Mungkin bagi rakyat di negara ini, mereka tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’. Bagi mereka, biarlah hanya sekali saja rakyat di negara ini derita diperintah ‘rejim mahafiraun’. Walaupun diakui berjasa, mereka mungkin sedar dia memang ‘bahaya’ untuk kembali berkuasa.

Ekoran itu, cepat-cepat pula ‘macai’ warga emas itu meniup propaganda. Kononnya dia masih mampu memandu kereta pada kelajuan 110 km/h, maka dia itu membuktikan dia juga sedia untuk ‘memandu’ negara sekali lagi?

Dangkal sungguh persamaan itu. Memandu kereta dengan kelajuan 110km/h menandakan dia masih sihat, waras, rasional, bijak, berpandangan jauh, hebat, ulung dan mampu menguasai pentadbiran sebuah negara? Di mana logiknya?

Apakah ‘macai’ itu fikir memandu kenderaan itu sama seperti menerajui negara? Tahukah dia betapa padat jadual bagi seorang yang berjawatan Perdana Menteri? Jika beliau bersin sekalipun, boleh bergegar bursa saham. Apatah lagi jika dikejarkan ke IJN, boleh runtuh ekonomi negara dibuatnya, bukan?

Dalam usaha memacu negara ke arah sebuah negara maju dan kompetitif, kita memerlukan seorang Perdana Menteri yang benar-benar berkemampuan. Apatah lagi di saat keadaan ekonomi dunia yang kurang stabil, kita perlukan pemimpin yang berlatar belakangkan pengetahuan ekonomi dengan baik.

Kita tidak perlukan seorang yang cepat panik menguruskan ekonomi negara dengan mengharapkan orang lain untuk ‘memandu’nya ketika dia teraba-raba mencari resolusi. Apatah lagi jika terpaksa meletakkan nasib ekonomi negara kepada tabung IMF atau individu bertanggungjawab terhadap skandal BNM, itu cari nahas namanya…

Rakyat di negara ini juga memerlukan Perdana Menteri yang sentiasa tahu mengemudi dan menentukan hala tuju yang mampu dicapai. Bukan yang hanya ‘syok sendiri’ meletakkan ‘wawasan’ mahu 70 juta warganegara dalam tempoh tertentu, tapi sasaran itu tidak realistik untuk dicapai.

DEB dulunya ketika mula diperkenalkan sememangnya sangat murni dan tepat untuk masa depan negara. Namun bila negara dipimpin mengikut olahan konsep ekonomi ‘kronisme’ dan ‘nepotisme’, maka tidak hairan jika hasrat serta semangat DEB itu menyimpang dari tujuan asalnya.

Dia mentadbir negara dalam satu tempoh jangkamasa yang panjang. Itu tidak menjadi masalah. Namun dia ‘drive’ mengikut citarasa peribadinya sahaja. Siapa melawan, dia akan ‘disejuk beku’, ‘dicantas’, ‘diISAkan’, ‘dimalukan’ atau ‘dihumban ke penjara’.

Mungkin selepas merasa segala nikmat, ‘rasa selamat’ dan sudah cukup ‘ranum’ untuk legasinya diteruskan oleh ‘waris’, maka barulah dia lepaskan jawatan. Bila sudah berusia ’emas’, takkanlah ada yang tergamak ‘balas dendam’ pada ‘orang tua’. Licik permainan itu, bukan?

Tapi dia perlu tahu bahawa hanya segelintir sahaja yang akan ‘termakan’ dengan helah politik ‘purba’nya itu. Gerakan itu ramai yang boleh membacanya lebih awal. Rakyat di negara ini majoritinya semakin celik dan tidak akan tertipu dengan taktik lapuk tersebut.

Justeru itu, penulis menyarankan supaya dia mengaku kalah lebih awal. Walaupun penulis sedar dia tidak akan berbuat demikian ekoran tahap egonya yang ‘mahatinggi’, namun sekurang-kurangnya penulis sempat cuba ‘menyedarkan’ dia selagi belum terlambat.

Jika tersesat ketika menghampiri penghujung lorong, dia masih punya sedikit masa untuk kembali berada di landasan yang betul, bukan kembali ke kerusi Perdana Menteri. Ambil wudhu’, perbanyakkanlah masa di tikar sejadah selagi belum tiba ‘masa’nya…

Sumber asal: KEMBALILAH KE TIKAR SEJADAH, BUKAN KERUSI PM
More aboutKEMBALILAH KE TIKAR SEJADAH, BUKAN KERUSI PM

TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN JIKA MALU MENGAKUI WARGANEGARA

Posted by Kerah Lekung

TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN JIKA MALU MENGAKUI WARGANEGARA.
Mana-mana individu yang malu untuk mengakui menjadi rakyat Malaysia seharusnya melupakan hasrat mahu menjadi pemimpin kepada negara ini.

Pandangan itu dilontarkan oleh sasterawan dan pejuang bahasa, Dr. Lim Swee Tin yang menjelaskan seorang pemimpin tanpa semangat patriotisme hanya memberikan kesan negatif kepada negara sahaja.

Katanya, malah kepemimpinan individu itu juga bakal dipersoal kerana mentadbir tanpa rasa cintakan kepada negara.

“Jika seseorang itu tidak mempercayai negaranya, tetapi pada masa sama mahu memerintahnya, sudah pasti menimbulkan kebimbangan terutama bagaimana individu itu mahu menjalankan tanggungjawab serta menyatakan pendirian terhadap isu negara,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang malu untuk mengakui sebagai rakyat Malaysia apabila berada di luar negara dalam ceramah beliau baru-baru ini.

Meskipun Mukhriz menafikannya, namun hari ini tular rakaman video menunjukkan beliau menyebut malu mengakui sebagai rakyat Malaysia ketika berada di luar negara sebaliknya bersedia menjawab Brunei.

Swee Tin menambah, tidak ada mana-mana pihak boleh menafikan nikmat bernegara, malah ramai lagi individu di dunia ini sedang mencari negara sebagai tempat berlindung.

“Ramai yang berhasrat menjadi rakyat kepada sesebuah negara, termasuklah Malaysia,” jelas beliau.-UTUSAN ONLINE

Sumber asal: TIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN JIKA MALU MENGAKUI WARGANEGARA
More aboutTIDAK LAYAK JADI PEMIMPIN JIKA MALU MENGAKUI WARGANEGARA

Sallehen: Kerajaan negeri beku peruntukan saya sejak September....Dah Nampak Sapa Yang ZALIM TU...?

Posted by Kerah Lekung

Sallehen: Kerajaan negeri beku peruntukan saya sejak September....Dah Nampak Sapa Yang ZALIM TU...?.
SHAH ALAM: ADUN Sabak, Sallehen Mukhyi mendedahkan peruntukan kawasan kepadanya telah dibekukan oleh kerajaan negeri Selangor sejak September lalu.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu yang dipetik Harakahdaily berkata, dalam situasi biasa, pembekuan peruntukan hanya berlaku apabila terdapat 'kes' berkaitan penggunaan wang.

Namun menurut Sallehen, wujud kemusykilan apabila arahan pembekuan dikeluarkan sebelum siasatan audit.

"Bekukan dulu baru audit datang siasat? Lima (pegawai) audit datang pergi ke semua tempat yang kita telah luluskan (peruntukan). Ada surau kita beri karpet, ada sekolah kita beri 'aircond," dedahnya pada Ceramah Umum Isu Semasa di Sungai Air Tawar, di sini kelmarin.

Menurutnya, pihak audit menemui semua pihak berkenaan yang seolah-olah seperti hendak mencari kesalahan, namun matlamat itu gagal kerana mendapati pengurusan kewangan DUN Sabak adalah bersih tanpa masalah.

Sebelum ini Sallehen mengesahkan 13 wakil rakyat PAS Selangor tidak memperolehi peruntukan tahunan daripada kerajaan negeri.

Sallehen berkata, beliau dimaklumkan pegawai Unit Perancangan Ekonomi (EPU) negeri bahawa peruntukan tahunan berjumlah RM800,000 kepada wakil rakyat parti itu untuk tahun ini akan dibekukan.

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali sebelum ini menafikan Kerajaan Selangor menyekat peruntukan wakil rakyat PAS di negeri itu, sebaliknya kelewatan itu disebabkan masalah teknikal. 

Sumber asal: Sallehen: Kerajaan negeri beku peruntukan saya sejak September....Dah Nampak Sapa Yang ZALIM TU...?
More aboutSallehen: Kerajaan negeri beku peruntukan saya sejak September....Dah Nampak Sapa Yang ZALIM TU...?

Abang Syed Saddiq Gay? - Mahathir Tak Buat Macam Anwar?

Posted by Kerah Lekung

Abang Syed Saddiq Gay? - Mahathir Tak Buat Macam Anwar?.

"GAY ARE AS BLESSED AND BEAUTIFUL AS ANY HUMAN BEING ON EARTH" Kata Syed Abdullah, abang kandung kepada Ketua Pemuda PARTI BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Menurut Syed Abdullah lagi, kalau tak support LGBT, kita tidak dianggap sebagai "intelligent people".



Padahal Allah melaknat golongan manusia yang mengamalkan seks songsang begini.

Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, Nabi ï·º bersabda.

"Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan seperti perbuatan kaum Luth, (baginda mengulanginya sebanyak 3 kali)" [HR Nasa'i dalam As-Sunan Al-Kubra IV/322 no. 7337].

Rasullullah ï·º bersabda lagi,

"Barangsiapa yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Luth, maka bunuhlah kedua pelakunya." [HR Tirmidzi 1456, Abu Dawud 4462, Ibnu Majah 2561 dan Ahmad 2727].


Di mana yang kata blessed tu? Di mana yang kata "intelligent people" apabila Allah sudah laknat? Kena laknat 3 kali pula tu. Bahkan Nabi ï·º kata pelaku kaum Luth ini perlu dibunuh tidak kira samada dia giver ka receiver ka atau apa ka.

 Blessed? Intelligent people? Kalau taubat dan kembali kepada agama baru la blessed dan intelligent.

Sumber : Tun Carlos dan Abu Aqif

Sekarang mari kita lihat apa kata Mahathir pasal Anwar!



K7L : Apa Mahathir nak kata?..


Sumber asal: Abang Syed Saddiq Gay? - Mahathir Tak Buat Macam Anwar?
More aboutAbang Syed Saddiq Gay? - Mahathir Tak Buat Macam Anwar?

Akhlak politik Khalid Samad rapuhkan wibawa Amanah?

Posted by Kerah Lekung

Akhlak politik Khalid Samad rapuhkan wibawa Amanah?.
Benarkah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang seorang yang angkuh? Perangai buruk ini dikatakan telah dan akan mengakibatkan banyak pihak yang hilang kepercayaan dan rasa hormat terhadap beliau dan mungkin juga partinya, PAS.

Setakat ini, ada sekurang-kurangnya seorang ahli politik yang amat peka sikap angkuh Hadi ini. Beliau ialah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, Abdul Khalid Samad yang meramalkan rasa hormat umum terhadap Hadi akan terus merosot, kecuali beliau berubah.

"Mungkin pihak luar yang tidak pernah berada dalam barisan kepemimpinan bersama Abdul Hadi tidak tahu perangainya. Sikap Abdul Hadi dari dulu memang begitu (memperlekehkan orang),” katanya.

Khalid mendakwa ciri jatidiri Hadi itu selama ini tidak diketahui umum kerana ia dilindungi ramai pemimpin PAS, terutama mereka yang kini sudah berhijrah ke parti Amanah.

"Jika sebelum ini, bekas pemimpin PAS yang kini berada dalam Amanah banyak membantu mengawal sikap Abdul Hadi yang angkuh dan ekstrim.

"Tanpa kami, sikapnya yang sebenar semakin terserlah. Dia suka memperlekehkan parti lain, angkuh dan sombong, itulah sifat sebenar Abdul Hadi," katanya.

Khalid mendakwa, Abdul Hadi sering melabelkan pihak lain dengan pelbagai gelaran kerana berasa hanya dirinya hebat serta mengikut ajaran Islam, manakala orang lain sebaliknya.

Jika demikian kedudukannya bermakna PAS, nampaknya akan berhadapan keadaan politik suram. Apabila pemimpin parti tidak dihormati maka lesulah masa depan parti berkenaan.

Hadi, 70 tahun, menjadi presiden PAS sejak 2002 menggantikan Datuk Fadhil Nor yang pulang ke rahmatullah. Beliau menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999 hingga 2004.

Hadi lulusan Universiti Islam Madinah (1969 – 1973) dan kemudian Universiti Al Azhar. Beliau adalah Naib Presiden Kesatuan Ulama Antarabangsa pimpinan Dr Yusuf al Qaradawi.

Apabila tamat pengajian di Timur Tengah, Hadi menganggotai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan dilantik menjadi Yang Dipertua pergerakan itu di Selangor pada 1977.

Beliau menyertai PAS dan bertanding dalam pilihanraya 1978 dan menang di Marang, Terengganu. Namanya harum dalam PAS dan dilantik  Timbalan Presiden pada 1989.

Sepanjang memimpin PAS, Hadi dikelilingi ulama. Jika beliau angkuh, sudah tentu sukar diangkat menjadi Timbalan Presiden dalam 11 tahun menganggotai PAS.

Pada 2002 Hadi menjadi Presiden PAS yang digandingi ulama-ulama besar seperti Almarhum Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  dan almarhum Datuk Dr Harun Din. Jika benar dakwaan Khalid Samad sudah tentu Hadi tidak lulus saringan moral kedua-dua mereka.

Sebagai perbandingan, seharusnya diingat bahawa Abdul Khalid bukanlah seorang ahli politik yang gemilang rekodnya. Lulusan bidang kejuruteraan itu menyertai PAS pada 1983 dan menjadi ahli Dewan Harian dari 1987-1993.

Dalam PRU 1986, Khalid tewas kepada calon BN di Kuala Krai. Sementara dalam PRU 1999, Khalid  dikalahkan calon UMNO di Parlimen Arau, Perlis. Sementara dalam PRU 2004 beliau dikalahkan calon UMNO di Shah Alam.

Bagaimanapun apabila PAS bekerjasama dengan PKR dan DAP, baru Khalid berjaya menangalahkan calon UMNO di Shah Alam pada 2008 dan mengulanginya pada PRU 2013.

Pada 1987, Khalid ditahan selama 9 bulan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang.

Bagaimanapun Khalid adalah ahli politik ‘gempaq’ kerana rajin memanfaatkan isu-isu kontroversi demi bertahan dalam politik. Meremehkan wibawa Hadi adalah salah satu contohnya.

Apabila kumpulan profesional dalam PAS tewas dalam Muktamar PAS tiga tahun lalu, Khalid dan pemimpin seumpamanya meninggalkan PAS dan menubuhkan parti Amanah. Sejak itu, pusar kempen mereka ialah menyebarkan kelemahan pimpinan Abdul Hadi.

Ketika Hadi terus mengutamakan kerja dakwah dalam berpolitik dengan berpandukan konsep ‘matang dan sejahtera’, Amanah dan Khalid terus menyebarkan dakyah bahawa Hadi berperangai buruk dan angkuh.

Konsep matang dan sejahtera Hadi termasuklah kesediaan bekerjasama dengan mana-mana pihak (termasuk UMNO) yang memperjuangkan kepentingan Islam dan umatnya, baik di dalam dan luar negara.

Sudah tentu di segi akhlak muslim, kelakuan Khalid ini sukar diterima. Namun rekod Khalid memang bersifat provokatif dan keras. Khalid pernah dihukum tidak layak berceramah agama di Selangor oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Pada 8 September 2011, MAIS menolak rayuan Khalid untuk ditauliahkan berceramah agama di masjid dan surau di Selangor. Ini termasuklah tazkirah, ceramah, kuliah selaras dengan perkenan Sultan Selangor.

Pada 6 September 2011, Khalid melanggar peraturan permit apabila memberi ceramah di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

Pada 15 Julai 2014, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka terhadap Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa eksekutif  Mais dan mencadangkan kuasa itu ditarik balik.

Baginda memberi amaran supaya beliau lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan namun Khalid membicarakan isu kuasa Sultan dan peranan Mais di dalam menasihati Sultan mengenai agama Islam.

Pada 26 Ogos 2014, Khalid Abdul Samad didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Jalan Duta atas tuduhan mengeluarkan pernyataan berbaur hasutan berhubung kuasa eksekutif MAIS dalam satu sidang akhbar di lobi Parlimen, 17 Jun 2014.

Pada 21 Ogos 2014, Khalid Samad menyatakan bahawa sultan tidak sepatutnya diberi hak mutlak melantik menteri besar kerana sistem yang menjadi amalan di negara ini adalah sistem raja berperlembagaan.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh golongan bukan Islam mencetuskan kemarahan orang Islam di Malaysia. Namun, sentimen ini diperlekeh oleh Khalid yang menyatakan orang bukan Islam juga boleh menggunakan kalimah Allah dan ajaran Islam.

Khalid mendakwa penganjuran Majlis selawat ketika program”Cinta Allah dan Rasul” di seluruh negara oleh kerajaan adalah retorik semata-mata.

Katanya, Kerajaan hanya “berlakon” menjalankan program keIslaman demi kepentingan politik.
Khalid dilihat mahu mempertahankan DAP apabila Mufti Pahang mengeluarkan kenyataan bahawa orang bukan Islam yang menentang usaha memartabat Islam adalah kafir harbi.

Khalid mengkritik Mufti berkenaan dan  mahu beliau disiasat kerana menghasut.

Khalid adalah Pengarah Komunikasi Amanah. Soalnya, adakah tindak tanduknya direstui Amanah? Jika demikian, maka akan lebih murunglah nasib parti itu kerana bergantung pada propagandis ‘kurang matang’ seperti Khalid.

Sumber asal: Akhlak politik Khalid Samad rapuhkan wibawa Amanah?
More aboutAkhlak politik Khalid Samad rapuhkan wibawa Amanah?

TERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH

Posted by Kerah Lekung

TERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH.
Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir telah melanggar batas berpolitik apabila sanggup memburuk-burukkan nama negara malah lebih rela mengakui dirinya sebagai warga Brunei.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, tindakan itu melambangkan sikap Mukhriz yang tidak patriotik dan pada masa sama, boleh memudaratkan negara.

“Tindakan beliau yang dilihat mempunyai kecenderungan mensabotaj negara ini adalah satu pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan.

“Pemuda UMNO memahami dan sedia maklum kebencian Mukhriz terhadap kepemimpinan negara, namun kenyataan beliau yang sanggup mengaku sebagai warganegara lain adalah perbuatan yang tidak boleh dimaafkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, Mukhriz seharusnya sedar ada batasan tertentu dalam berpolitik dan mengelakkan dirinya daripada mengeluarkan kenyataan yang bersifat ekstrem.

“Kami mencabar anak sulung Tun Dr. Mahathir Mohamad itu membuat penafian secara terbuka bahawa beliau pernah membuat kenyataan tersebut dalam sebuah majlis di Kampung Jernang, Mukim Bakai, Baling,” katanya.

Shaiful Hazizy menambah, walaupun terdapat cubaan oleh pihak tertentu untuk menafikan kenya­taan tersebut dibuat oleh Mukhriz, bukti rakaman video secara jelas menunjukkan bekas Menteri Besar Kedah itu melakukan tindakan yang tidak patriotik itu.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan rakyat agar menilai kembali motif serta hala tuju politik Mukhriz yang didakwa telah diracuni dengan modus operandi kempen Pakatan Harapan dike­tuai DAP yang pernah dikutuknya sebelum ini.

“Mukhriz perlu lebih banyak ‘menelaah’ dan ‘membaca’ selain memberi pilihan yang lebih baik kepada rakyat dan bukannya te­rus menabur racun dan mengadu domba,” jelasnya.

Sumber asal: TERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH
More aboutTERGAMAK MUKHRIZ HINA NEGARA SENDIRI – ORANG KEDAH

Benarkah Tanah Pengakalan Udara Sungai Besi Milik Syarikat China?

Posted by Kerah Lekung

Benarkah Tanah Pengakalan Udara Sungai Besi Milik Syarikat China?.

1. TIDAK BENAR. Tanah Pengkalan Udara Sungai Besi untuk pembangunan Bandar Malaysia TIDAK PERNAH DIJUAL. Di peringkat awal pelaksanaan program Rasionalisasi 1MDB, bukan TANAH yang DIJUAL, tetapi SAHAM pembangunan Bandar Malaysia.

2. Apakah yang sebenarnya terjadi kepada PENGKALAN UDARA SG BESI? PENGKALAN UDARA SG. BESI 198 HEKTAR DIGANTIKAN SELUAS 300 HEKTAR DI SENDAYAN, DIPINDAH SECARA BERPERINGKAT. 1MDB hanya boleh membangunkan BANDAR MALAYSIA selepas tapak penhkalan udara ini dan 7 tapak kemudahan lain (6 milik ATM dan 2 milik PDRM) dibangunkan. Untuk mengalih dan membina semula 8 tapak kemudahan ATM dan PDRM ini, serta memulakan kerja-kerja tanah, 1MDB perlu membelanjakan sehingga RM2.7 bilion.

3. Adakah Pengkalan TUDM Sg Besi ini masih suatu tapak yang STRATEGIK? TIDAK. Ia sudah tidak lagi strategik. JIKA pada tahun 1950an dahulu, tak dapat dinafikan Pengkalan Tentera Udara Sungai Besi, Kuala Lumpur adalah yang paling strategik beroperasi. Namun selepas 50 ke 60 tahun selepas itu, hasil daripada perkembangan pesat Kuala Lumpur, maka tapak pengkalan udara berkenaan tidak lagi mampu menampung kewajarannya beroperasi disitu.

4. Atas sebab-sebab faktor keselamatan Pengkalan TUDM Sg Besar telah dipindahkan secara berperingkat ke tempat yang lebih selamat, malah jauh lebih selesa berbanding yang ada sekarang ini. Ia bukan semata-mata untuk pembangunan The Greater Kuala Lumpur sahaja, sebaliknya faktor keselamatan negara, kawalan infrastruktur pertahanan negara dan keselesaan kem serta berimpak tinggi terhadap operasi ketenteraan negara turut diambil kira dalam soal ini.

5. Adakah dakwaan syarikat China menguasai pembangunan Bandar Malaysia ini benar? TIDAK BENAR. Dalam rancangan awal Pelan Rasionalisasi 1MDB, syarikat China hanya diberi peluang memperolehi 24% saham dalam pembangunan Bandar Malaysia melalui Konsortium bersama syarikat tempatan. Konsortium ini dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah perkongsian awam-swasta antara Konsortium Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) (milik Kerajaan Negeri Johor) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC).

6. Melalui penjualan saham ini, 76% daripada Bandar Malaysia dimiliki entiti Malaysia, iaitu 40% dimiliki oleh 1MDB, 22% dimiliki oleh syarikat swasta kepunyaan rakyat tempatan, iaitu Credence Resources dan 14% lagi dimiliki Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ). Jumlah keseluruhan saham yang dimiliki oleh kerajaan dan syarikat Malaysia ini adalah 76% sedangkan saham yang dimiliki oleh syarikat China, Chinese Railway Engineering Corporation (CREC) HANYA 24%.

7. Pelan induk Bandar Malaysia itu adalah untuk pembangunan bercampur pada purata nisbah plot kasar 4.05 melangkau keseluruhan tapak seluas 486 ekar di Sungai Besi. Bandar Malaysia akan dibangunkan dalam tempoh 15 hingga 25 tahun pada unjuran Nilai Pembangunan Kasar sebanyak RM150 bilion dan mampu mewujudkan lebih 200,000 peluang pekerjaan pelbagai bidang.

8. Bagaimanapun penjualan 60% saham pembangunan Bandar Malaysia kepada Konsortium ini telah dibatalkan pada bulan Mei 2017. Keputusan ini menyebabkan TANAH DAN SAHAM PEMBANGUNAN BANDAR MALAYSIA DIMILIKI SEPENUHNYA (100%) OLEH KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA melalui anak syarikatnya, TRX City Sdn Bhd. Jadi ia adalah milik KERAJAAN MALAYSIA sepenuhnya.

9. Nilai Bandar Malaysia ketika perjanjian penjualan saham ini dibuat hanya RM12.35 bilion. Bagaimanapun nilaian terkini Bandar Malaysia adalah jauh lebih tinggi, iaitu meningkat kepada RM20 ke RM30 bilion dan dilihat akan lebih menguntungkan kerajaan.

K7L : Kena terima fakta..bukan telan auta..

Sumber asal: Benarkah Tanah Pengakalan Udara Sungai Besi Milik Syarikat China?
More aboutBenarkah Tanah Pengakalan Udara Sungai Besi Milik Syarikat China?

BOLEH PLAK TERIMA JUGAK MADEY!!!!!! INSAN PALING TERGURIS DAN TERKESAN DENGAN TUN M ADALAH SAYA – WAN AZIZAH

Posted by Kerah Lekung

BOLEH PLAK TERIMA JUGAK MADEY!!!!!! INSAN PALING TERGURIS DAN TERKESAN DENGAN TUN M ADALAH SAYA – WAN AZIZAH.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliaulah yang paling terkesan, terguris dengan segala tingkah laku Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap keluarganya selama ini.

Namun demi perjuangan menumbangkan Umno Barisan Nasional (BN), beliau sanggup ‘move on’ dan menerima pencalonan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Justeru Wan Azizah berkata penyokong PH juga harus berbuat demikian.

“Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk.

“Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan Konvensyen PH Pahang 2018.

Wan Azizah berkata demikian mengulas Kempen #UndiRosak yang dilancarkan di laman internet sebaik sahaja PH mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pembangkang jika menang pilihan raya kelak.

Pun begitu, Waz Azizah yakin kempen berkenaan tidak akan menjejaskan sokongan terhadap PH oleh kerana ia bukanlah satu gerakan yang begitu dominan hingga boleh mempengaruhi keputusan PRU.

Sumber asal: BOLEH PLAK TERIMA JUGAK MADEY!!!!!! INSAN PALING TERGURIS DAN TERKESAN DENGAN TUN M ADALAH SAYA – WAN AZIZAH
More aboutBOLEH PLAK TERIMA JUGAK MADEY!!!!!! INSAN PALING TERGURIS DAN TERKESAN DENGAN TUN M ADALAH SAYA – WAN AZIZAH

Faktor Mahathir calon PM: Momentum Pakatan di luar bandar melonjak?

Posted by Kerah Lekung

Faktor Mahathir calon PM: Momentum Pakatan di luar bandar melonjak?.
Momentum Pakatan di luar bandar naik selepas Dr Mahathir jadi calon PM
Amin Iskandar · Diterbitkan pada 31 Jan 2018 7:00AM
Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata mengikut kajian badan pemikir itu, pencalonan Dr Mahathir sebagai calon PM pembangkang dipersetujui ramai responden kerana pengalaman mentadbir negara. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 31 Januari, 2018

MOMENTUM sokongan terhadap Pakatan Harapan (PH) meningkat selepas Dr Mahathir Mohamad dinamakan sebagai calon perdana menteri, kata penganalisis.

Timbalan Pengerusi Institut Darul Ehsan (IDE) Prof Dr Mohammad Redzuan Othman berkata kebanyakan responden yang bersetuju Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri PH kerana pengalamannya memerintah negara.

“Tetapi masyarakat nak tengok, apa yang Dr Mahathir nak tawarkan sebagai alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib Razak,” kata Redzuan dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insight di Shah Alam baru-baru ini.

“Selain itu, sokongan kepada dia meningkat kerana di Malaysia pada hari ini, hanya Dr Mahathir yang dilihat paling berani menyerang Najib.”

Selepas PH menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri pada 7 Januari lalu, IDE menurunkan pasukan penyelidiknya di seluruh negara untuk melihat sentimen rakyat.  

IDE akan mendedahkan dapatan daripada tinjauan kepada umum tidak lama lagi.

Dr Mahathir merupakan perdana menteri Malaysia keempat dari 1981 hingga 2003. Sekarang beliau memimpin PH yang dianggotai Bersatu, PKR, DAP dan Amanah.

Katanya, pada peringkat awal selepas Dr Mahathir dinamakan sebagai calon perdana menteri, terdapat reaksi negatif kerana faktor umur pengerusi PH itu yang sudah lebih 90 tahun.

“Tetapi yang menariknya, 80 peratus yang tak terima Dr Mahathir itu kerana usia dia sudah tua. Itu bagi yang tidak terima. Bagi yang terima Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri, kerana pengalaman dia memerintah Malaysia.

“Yang terima kerana pengalaman memerintah, yang tak terima kerana dia sudah tua,” kata Redzuan yang juga naib cancelor Universiti Selangor (Unisel).
Ada juga yang tidak bersetuju dengan pencalonan Dr Mahathir kerana faktor usianya, sesuatu yang tidak menjadi isu kerana kesihatan negarawan berusia lebih 90 tahun itu masih lagi baik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Januari, 2018

Bersatu dikenali kerana faktor Dr Mahathir

Menurut Redzuan, yang menjadi kebimbangan responden yang ditemui IDE dengan usia tua Dr Mahathir kerana ia dikaitkan dengan keuzuran.

“Tetapi walaupun tua, kalau kita berhujah balik umur 92 tahun, masa konvensyen PH, Dr Mahathir berucap selama 41 minit. Umur 92 tahun boleh bercakap lama macam tu. Biasanya orang umur 50 pun tak larat nak bercakap lama macam tu.

“Maknanya umur tu dikaitkan dengan keuzuran. Tetapi ini tidak terpakai kepada Dr Mahathir. Kenapa orang tak nak umur tua? Kerana bila dah tua ni, uzur dan sebagainya, tetapi tidak bagi Dr Mahathir,” kata Redzuan yang pernah menjadi dekan fakulti sastera dan sains sosial Universiti Malaya (UM) dan pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya UM (UMcedel).

Redzuan berkata, disebabkan Dr Mahathir, parti serpihan Umno dipimpinnya dikenali dengan begitu cepat di kawasan luar bandar walaupun baru ditubuhkan pada Ogos 2016.

“Dalam survey kita, kita tanya soalan begini, apa pandangan tuan terhadap Umno? Mereka kata Umno ini parti yang memerintah. Apa pandangan terhadap PAS? Mereka kata PAS parti yang perjuangkan Islam.

“Bila kita tanya tentang Bersatu, mereka kata parti Dr Mahathir. Maksudnya mereka dah kenal. Menunjukkan itu dia punya trade mark dia. Ini yang ada dalam kepala mereka.

“Tanpa perlu fikir mereka dah boleh jawab. Sekali je. Jadi itulah dalam kepala dia. Kalau Bersatu parti Dr Mahathir. Itu je, dia tak kata parti bunga raya, parti serpihan Umno. Ada banyak option.

“Tapi yang paling top sekali mereka jawab parti Dr Mahathir. Ini menunjukkan bahawa, Dr Mahathir ada kekuatan dia di luar bandar,” katanya.

Menurut Redzuan, disebabkan Umno sudah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun dan mempunyai kekuatan akar umbi yang kukuh, PH memerlukan sosok yang kuat dan dikenali untuk melawannya.

“Sebab itulah, menamakan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri pada waktu ini sebagai satu-satunya orang yang paling layak.

“Sebab sekarang kita nampak Dr Mahathir menjadi tarikan di mana sahaja beliau pergi, di kawasan Felda, kawasan luar bandar,” katanya. – 31 Januari, 2018

Baca juga: Tiada pemimpin politik lain mampu kecuali Tun M, kata Lim Kit Siang
Tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, jika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad gagal membantu mencipta gelombang perubahan dalam kalangan pengundi Melayu luar bandar, tidak ada pemimpin politik lain boleh melakukannya.

“Ia adalah “misi mustahil,” memetik ucapan Lim dalam majlis Ceramah Luaskan Harapan, Menuju Harapan di Batu Pahat, Ahad lalu yang siarkan dalam blognya.

Sumber asal: Faktor Mahathir calon PM: Momentum Pakatan di luar bandar melonjak?
More aboutFaktor Mahathir calon PM: Momentum Pakatan di luar bandar melonjak?

ERIC SEE-TO JAWAB TUDUHAN KERAJAAN P.PINANG BAHAWA BN ‘SABOTAJ’ PROJEK TEROWONG

Posted by Kerah Lekung

ERIC SEE-TO JAWAB TUDUHAN KERAJAAN P.PINANG BAHAWA BN ‘SABOTAJ’ PROJEK TEROWONG.
Kerajaan Pulau Pinang kini cuba menyalahkan BN kerana “mensabotaj” projek terowong mega mereka yang bernilai RM6.34 bilion.

Mereka pada dasarnya menyalahkan BN mengapa laporan RM305 juta mereka tidak siap dan mengapa tiada pembinaan pada mana-mana komponen projek itu telah dimulakan (yang tidak menepati semua tarikh akhir) walaupun telah menandatangani perjanjian itu 5 tahun yang lalu.

Tetapi adakah ini benar? Mari lihat pada sejarah.

Pertama, SPV telah melantik syarikat tersenarai bernama Astral Supreme pada Ogos 2013 untuk memasuki usaha sama (JV) untuk membuat RM275 juta daripada laporan yang bernilai RM305 juta itu.

Namun satu tahun kemudian pada bulan Ogos 2014, JV itu ditamatkan kerana Astral berkata ia tidak dapat mencari perunding yang mencukupi untuk membuat laporan itu.
http://ift.tt/VwIOE5

Adakah ianya kesilapan BN bahawa mereka tidak dapat mencari perunding yang cukup?

Pada Julai 2016, EXCO Pulau Pinang Lim Hock Seng berkata pembinaan jalan-jalan itu tertangguh dan mungkin akan ditangguhkan selama satu tahun lagi kerana lebih banyak kajian perlu dilakukan jika jalan-jalan itu boleh mengalirkan air hujan dengan cukup cepat:

http://ift.tt/2nugu59

Adakah ianya kesalahan BN bahawa mereka perlu melakukan lebih banyak kajian tentang pengaliran air hujan walaupun sudah membayar RM305 juta untuk laporan?

Pada September 2016, ianya diumumkan bahawa kerajaan negeri mahu mengeluarkan kumpulan pembinaan gergasi China BUCG daripada menjadi sebahagian daripada SPV terowong.

http://ift.tt/2bTtwY9

Adakah ianya salah BN bahawa Kerajaan Pulau Pinang mahu mengeluarkan salah satu pemain utama daripada projek itu?

Kemudian pada tahun 2016 pada bulan November 2016, Lim Hock Seng berkata bahawa jalan-jalan itu akan ditangguhkan lebih lama kerana terdapat kesukaran pengambilan tanah yang berkaitan dengan mengenal pasti siapa yang memiliki tanah di mana jalan itu akan dibina.

http://ift.tt/2ns0twQ

Adakah ianya salah BN bahawa mereka mempunyai masalah untuk mengenal pasti tanah siapa yang akan diambil?

Kemudian pada Oktober 2017, syarikat SPV itu kini berkata tidak ada lagi keperluan segera untuk menyelesaikan laporan itu:

http://ift.tt/2qPdJ3l

Adakah ianya kesalahan BN bahawa mereka katakan tidak ada lagi keperluan segera untuk menyelesaikan laporan itu?

Dan pada November 2017, salah seorang kontraktor, syarikat tersenarai MudaJaya menarik diri dari projek itu memetik ketidakupayaan untuk mendapatkan tarikh tepat untuk pemilikan tapak, ketidakpastian dalam menandatangani kontrak pembinaan, dan maklumat yang tidak mencukupi yang disediakan untuk projek itu.

Adakah ianya salah BN bahawa salah seorang kontraktor menghadapi begitu banyak ketidakpastian mengenai projek itu sehinggakan mereka tidak mempunyai pilihan selain daripada melepaskan kontrak RM800 juta?

http://ift.tt/2ns0uRq

Dan Kerajaan Pulau Pinang kini menjerit sabotaj dan menyalahkan BN kerana kelewatan dalam projek terowong mereka?

Anda yang menghakiminya.

Sumber asal: ERIC SEE-TO JAWAB TUDUHAN KERAJAAN P.PINANG BAHAWA BN ‘SABOTAJ’ PROJEK TEROWONG
More aboutERIC SEE-TO JAWAB TUDUHAN KERAJAAN P.PINANG BAHAWA BN ‘SABOTAJ’ PROJEK TEROWONG