Forum skandal terowong Pulau Pinang dapat sambutan tanpa Guan Eng dan Kit Siang...

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 1 April 2018

Forum skandal terowong Pulau Pinang dapat sambutan tanpa Guan Eng dan Kit Siang....
Seperti sudah dijangka Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit Siang yang juga Penasihat DAP tidak berani tampil ke hadapan dalam forum skandal terowong dasar laut Pulau Pinang yang bernilai RM6.3 bilion malam tadi.

Mereka berdua yang diberi ‘jemputan khas’ bagaimanapun dilihat sepi apabila kerusi yang dikhaskan untuk mereka tidak berpenghuni sepanjang forum “Political talk on Penang’s truth” berlangsung.

Namun forum anjuran MCA tetap mendapat sambutan apabila lebih 500 orang memenuhi Dewan Tan Si Eng Chuan Tong malam tadi bagi mendengar ceramah politik bertajuk ‘Kisah Benar 2.0: Skandal Terowong Dasar Laut RM6.3 bilion’.

Ucap tama ceramah disampaikan Timbalan Presiden MCA yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong.

Turut menyampaikan ceramah ialah Timbalan Pengarah Unit Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC), Eric See-To serta Pengerusi MCA negeri, Datuk Tan Teik Cheng

Terdahulu difahamkan Guan Eng telah menolak undangan ke forum itu, yang diadakan di kawasannya, Parlimen Bagan.

Wacana dikendalikan dalam Mandarin dengan diselang-seli Bahasa Inggeris dan dialek Hokkien untuk hadirin yang kebanyakan dari tanah besar Pulau Pinang.

Ka Siong dan See-To membentangkan pandangan mereka berkenaan projek terowong itu yang sebahagian besarnya ada dilaporkan dalam media.

Antaranya Ka Siong menyentuh tentang bagaimana kerajaan negeri menganugerahkan projek prasarana besar itu kepada sebuah syarikat 82 hari, bercanggah dengan dakwaan sebelum ini yang mengatakan syarikat bertujuan khas itu mempunyai modal berbayar RM4.5 bilion.

Sementara itu, See-To menunjukkan gambar tular Guan Eng bersama seorang ahli perniagaan yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan ke atas dakwaan bayaran RM19 juta untuk menghentikan siasatan ke atas projek itu.

Ka Siong sebelum ini mencabar Guan Eng berdebat isu berkenaan projek terowong dan jalan raya itu, yang ditolaknya, kerana beliau mahu berdebat dengan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Projek prasarana itu sekali lagi menjadi perhatian BN susulan siasatan SPRM.

Sejak itu, kerajaan Pulau Pinang dan BN menghidupkan kembali isu yang hangat dibincangkan di Pulau Pinang pada 2013 dan 2014.

Terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu akan menghubungkan Jalan Pangkor di George Town dan Bagan Ajam di Butterworth. Pembinaannya dijangka bermula pada 2023.

Tiga jalan raya itu pula dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan simpang Jalan Pangkor-Persiaran Gurney ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).

Sumber asal: Forum skandal terowong Pulau Pinang dapat sambutan tanpa Guan Eng dan Kit Siang...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment