MASJID TANAH: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu majoriti undi calon Parlimen di seluruh negara dapat ditingkatkan lagi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana peningkatan undi terbabit membuktikan Barisan Nasional (BN) masih kuat serta mampu menerajui negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).
“Pada PRU kali ini, siapa saja calon wakil rakyat, terutama di kerusi Parlimen diminta supaya meningkatkan lagi jumlah undi, berbanding PRU-13.
“Ini membolehkan pelbagai pembangunan dapat dilaksanakan di negara ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam bersama penduduk Kampung Paya Mengkuang, di sini, malam ini.
Lebih 500 penduduk menghadiri majlis berkenaan.
Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Ketua Puteri UMNO yang juga calon kerusi Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin dan semua calon dalam Parlimen berkenaan.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, individu yang tidak terpilih sebagai calon diingatkan supaya jangan sesekali mensabotaj parti pada PRU kali ini.
Katanya, sebaliknya mereka perlu bersama-sama berganding bahu membantu jentera parti untuk memastikan kemenangan calon BN.
“Contohi Datuk (Seri) Rauf, walaupun tidak terpilih sebagai calon, beliau tidak marah dan tidak merajuk, malah turun padang membantu semua calon BN yang bertanding dalam Parlimen Masjid Tanah.
“Saya berjanji akan ‘berbisik’ dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya memberikan ‘sesuatu’ kepada Rauf kerana tidak merajuk apabila tidak dipilih sebagai calon pada PRU-14,” katanya.

Sumber asal: PASTIKAN MAJORITI UNDI MENINGKAT – ZAHID HAMIDI
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment