BN Wilayah Persekutuan ambilalih jentera kempen Parlimen Wangsa Maju

Posted by Kerah Lekung on Friday 27 April 2018

BN Wilayah Persekutuan ambilalih jentera kempen Parlimen Wangsa Maju.
Gara-gara UMNO Bahagian Wangsa Maju tidak ambil langkah mendokong calon BN  Datuk Seri Yew Teong Look yakni dari MCA untuk PRU14….UMNO dan Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan mengambil alih jentera parti itu di Parlimen Wangsa Maju.

Hal ini dimaklumkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kepada wartawan Khamis.

Katanya surat mengambilalih itu sudah dikirim kepada kepemimpinan UMNO Wangsa Maju kelmarin.

"Jadi di Wangsa Maju, saya putuskan Setiausaha Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Syed Ali al-Habshee dan pasukan kita mengambil ambil alih peranan sementara," katanya.

Tengku Adnan berkata, BN tidak akan bertoleransi dengan sebarang sikap mana-mana pemimpin yang mampu menjejaskan parti.

"Kita tidak nak ada orang yang menjadi penghalang kepada kerja yang patut kita lakukan, kerana di Wilayah Persekutuan ini, BN mahu menang kerusi. Saya mahu menang kesemua kerusi.

Masalah timbul di Wangsa Maju bila UMNO Bahagian itu tidak puashati kerusi Parlimen diberi kepada MCA.

Mereka mahu kerusi itu kekal pada calon UMNO.

Pada PRU13 Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr Shafei Abdullah, bertanding dan tewas kepada calon PKR.

Sumber asal: BN Wilayah Persekutuan ambilalih jentera kempen Parlimen Wangsa Maju

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment