Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim akan mempertahankan kerusi Parlimen Arau manakala Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man berpindah dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Pauh dalam Parlimen Arau ke DUN Bintong pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 ini.
Azlan yang sebelum ini diuar-uarkan berpindah ke kerusi Parlimen Kangar selaku ketua UMNO bahagian, itu mengambil tempat ketua Wanita UMNO Perlis, Rela Ahmad, yang digugurkan.
Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin pula mempertahankan Parlimen Padang Besar manakala Senator Ramli Shariff, 57, (muka baharu) menggantikan Ir Shaharuddin Ismail yang digugurkan, di Parlimen Kangar.
Shahidan selaku pengerusi Badan Perhubungan UMNO yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis membuat pengumuman senarai calon itu di Dewan 2020 di Kangar Khamis.
Selain Ramli yang bertanding Parlimen Kangar, sembilan lagi muka baharu UMNO dicalonkan bertanding kerusi DUN manakala dua bekas anggota Exco kerajaan negeri membuat penampilan semula iaitu Azihani Ali yang dipertaruhkan di DUN Sena dan Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Azam Rashid di DUN Kuala Perlis.
Azihani dan Azam pernah dilantik menjadi anggota Exco dari 2004 hingga 2008 semasa Shahidan menjadi Menteri Besar.
MCA pula menampilkan dua muka baharu iaitu ketua MCA bahagian Padang Besar, Tei Chai Ann di DUN Titi TInggi menggantikan timbalan pengerusi MCA Perlis Khaw Hock Kong yang digugurkan dan ketua bahagian Kangar, Chuah Tian Hee di DUN Indera Kayangan.
DUN Indera Kayangan disandang calon PKR, Chan Ming Kai yang menewaskan calon BN, Por Choo Chor @ Por Choo Chuan pada PRU13.
Ming Kai bagaimanapun berpindah untuk bertanding di Parlimen Alor Setar dan tempatnya diambil oleh ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Gan Ay Ling.
Enam lagi muka baharu UMNO ialah Rozaini Rais menggantikan Datuk Mat Rawi Kassim (DUN Beseri) dan Siti Berenee Yahaya (DUN Mata Ayer) manakala pengerusi BN Padang Besar Azizan Sulaiman (DUN Santan).
Mereka masing-masing menggantikan Datuk Mat Rawi Kassim (Beseri), Datuk Khairi Hassan (Mata Ayer) dan Datuk Sabry Ahmad (Santan).
Ketua Pemuda UMNO Kangar, Hamizan Hassan pula diletakkan di DUN Kayang manakala dua anggota jawatankuasa UMNO bahagian Arau, Rozieana Ahmad (DUN Pauh) dan Afifi Osman (DUN Guar Sanji). Ketua cawangan Sanglang, Che Zaidi Saidin pula di DUN Sanglang.
Hamizan menggantikan anggota Exco Ahmad Bakri Ali manakala Afifi menggantikan Jafperi Othman yang tidak dicalonkan semula.
Dua anggota Exco yang dikekalkan mempertahankan kerusi masing-masing ialah Asmaiza Ahmad (DUN Chuping) dan Nurulhisham Yaakob (DUN Simpang Empat).
Datuk Ismail Kassim yang merupakan adik Shahidan kekal untuk mempertahankan kerusi DUN Tambun Tulang.
Senarai calon BN di Perlis
P001 Padang Besar - Datuk Zahidi Zainul Abidin (UMNO)
N01 Titi Tinggi - Tei Chai Ann (MCA)
N02 Beseri - Rozaini Rais (UMNO)
N03 Chuping - Asmaiza Ahmad (UMNO)
N04 Mata Ayer - Siti Berenee Yahaya (UMNO)
N05 Santan - Azizan Sulaiman (UMNO)
P002 Kangar - Ramli Shariff (UMNO)
N06 Bintong - Datuk Seri Azlan Man (UMNO)
N07 Sena - Azihani Ali (UMNO)
N08 Indera Kayangan - Chuah Tian Hee (MCA)
N09 Kuala Perlis - Datuk Azam Rashid (UMNO)
N10 Kayang - Hamizan Hassan (UMNO)
P003 ARAU - Datuk Seri Shahidan Kassim (UMNO)
N11 Pauh - Rozieana Ahmad (UMNO)
N12 Tambun Tulang - Datuk Ismail Kassim (UMNO)
N13 Guar Sanji - Afifi Osman (UMNO)
N14 Simpang Empat - Nurulhisham Yaakob (UMNO)
N15 Sanglang - Che Zaidi Saidin (UMNO)

Sumber asal: Senarai Calun DiPerlis...Shahidan pertahan Parlimen Arau, Azlan pindah ke DUN Bintong
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment