Bagi setiap Pilihan Raya samada Pilihan Raya Umum, Kecil mahupun Negeri, antara kreateria utama yang diberi perhatian oleh para pengundi adalah kreateria calon itu sendiri. Pastinya, para pengundi inginkan calon yang datangnya dari anak tempatan, diterima baik oleh semua pihak, popular dikalangan penduduk dan paling utama, tahu untuk membuat kerja.
Faktor-faktor inilah yang cukup ditekankan oleh Barisan Nasional sebelum meletakkan seseorang calon bagi sesebuah kerusi samada di peringkat DUN mahupun Parlimen. Namun bagitu, dipihak pembangkang terutamanya Parti Amanah Negara (PAN), mereka nampaknya langsung tidak kisah dengan prinsip-prinsip asas bagi seseorang calon ini.
Umum sedia maklum bahawa PAN adalah serpihan yang wujud hasil daripada krisis dalaman PAS pada tahun 2015. Dengan diketuai oleh Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, bukan satu rahsia lagi bahawa kewujudan parti ini adalah hasil daripada bantuan dan tajaan yang diberikan oleh DAP. Justeru, segala gerak kerja mereka haruslah mendapat keizinan DAP terlebih dahulu.
Membicarakan tentang calon pula, Nama Mat Sabu dicalonkan di kerusi Parlimen Kota Raja. Menariknya, dia bukanlah anak kelahiran Shah Alam kerana mengikut semakan, dia berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang. Lebih menarik lagi, sebelum ini, dia telah kalah pada 3 Pilihan Raya Umum yang lalu di parlimen Kuala Kedah (2004), Parlimen Kuala Terengganu (2008) dan Parlimen Pendang (2013). Mungkinkah nasib yang sama akan terus berulang?
Bagi Timbalannya pula, Salehuddin Ayub, dia boleh dikatakan kembali kenegeri asalnya, Johor untuk bertanding di kerusi Parlimen Pulai. Anak kelahiran Tanjung Piai, Johor ini pernah bertanding di kerusi Parlimen Kubang Kerian selama dua penggal (2004 dan 2008) sebelum kembali ke Johor untuk bertanding di kerusi Parlimen Pulai dan DUN Nusajaya pada tahun 2013.
Cubaan kali pertamanya gagal apabila dia ditewaskan oleh Datuk Nur Jazlan Mohamad untuk kerusi Parlimen Pulai dan Datuk Dr Zaini Bin Abu Bakar bagi DUN Nusajaya. Nampaknya, ini adalah cubaan kali kedua Salehuddin menawan kerusi Parlimen ini dan menariknya, calon yang akan ditentang olehnya adalah calon yang sama dari Barisan Nasional dan juga calon dari PAS.
Salah seorang pemimpin PAN yang dilihat kembali ke tanah kelahirannya semula adalah bekas Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli. Dia yang dilahirkan di Sitiawan, Perak dicalonkan bagi kerusi Parlimen Lumut pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini. Hal yang sama turut berlaku terhadap Datuk Mahfuz Omar yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum kali ini.
Bagi Pengerusi PAN Kelantan, Husam Musa pula, dia akan mempertahankan DUN Salor selain dikatakan bakal bertanding di Parlimen Kota Bharu. Pada Pilihan Raya Umum yang lalu, anak kelahiran Kota Bharu ini bertanding di Parlimen Putrajaya, lokasi yang jauhnya kira-kira lebih 460 kilometer dari tanah kelahirannya sendiri.
Di Perak pula, Ahli Majlis Tertinggi PAN, Datuk Seri Nizar Jamaluddin pula bakal bertanding di DUN Sungai Rapat dan akan meninggalkan kerusi DUN Changkat Jering. Apa yang menariknya, anak kelahiran Kampar ini dalam satu kenyataannya memberitahu, sebagai Pengarah Pilihan Raya Perak, dia boleh berada di mana sahaja yang dia mahukan dan tidak timbul isu lokaliti dan sebagainya.
Ini adalah sedikit informasi kemana hala tuju para pemimpin PAN pada Pilihan Raya Umum ke 14 kali ini. Majoriti mereka bukanlah anak kelahiran di kerusi Parlimen yang bakal mereka tandingi. Mungkin, mereka masih lagi terbuai dengan kejayaan mereka di dalam PAS yang mana, mereka tidak perlu lahir di sesebuah Parlimen berkenaan untuk bertanding.
Perlu diingatkan bahawa, PAN adalah sebuah parti yang dilahirkan hasil daripada tajaan sepenuhnya oleh DAP. Andai kata mereka berjaya memenangi sesebuah kerusi DUN mahupun Parlimen kelak, adakah para pengundi berkenaan yakin bahawa calon-calon dari PAN ini mampu untuk membela nasib rakyat atau mampu membawa pembangunan di sesebuah kerusi Parlimen mahupun DUN? Rasanya tidak mungkin.
Justeru, usahlah terpedaya dengan janji-janji kosong yang mereka sendiri tidak mungkin mampu penuhi. Ini bukanlah zaman di mana hanya janji dijadikan modal untuk memenangi sesuatu Pilihan Raya. Ini adalah zaman di mana segala apa yang di kata, dilaksanakan dengan penuh komitmen.

Sumber asal: Fokus PRU 14 : PAN Pakar Letak Calon Luar Kawasan
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment