MELAKA: Barisan Nasional (BN) negeri yakin dapat merampas semula kerusi Parlimen Hang Tuah Jaya daripada pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berikutan sokongan pengundi bukan Melayu semakin meningkat.
Calon kerusi itu, Tan Sri Mohd Ali Rustam, berkata sokongan diraih pengundi di kawasan dulunya dikenali sebagai Parlimen Bukit Katil itu amat memberangsangkan dan di luar jangkaan.
“Ia termasuk pengundi bukan Melayu yang menunjukkan peningkatan dan ia seakan sudah terlebih (luar jangkaan), malah Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Idris Haron turut mengakuinya berdasarkan laporan diperoleh.
“Bagaimanapun, kita sentiasa berdoa perkara itu (sokongan pengundi) bakal menjadi kenyataan, sekali gus merampas semula kerusi ini,” katanya pada Program Santai Ketua Menteri Bersama Persatuan Bekas Anggota Kemas (PBAKM) di Dewan UMNO Bahagian Bukit Katil yang dirasmikan Idris di sini, semalam.
Pada PRU-13, calon PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin menang dengan majoriti 5,447 undi menewaskan Mohd Ali.
Mohd Ali berkata, kemenangan di kerusi itu kelak akan membawa lebih banyak perubahan dan menebus kembali kekalahan terdahulu.“Kita kini sudah bersiap sedia dan nampaknya momentum semakin baik, selain bantuan PBAKM.
“BN pernah menang besar pada PRU tahun 2004 dan kita berharap akan menjadi kenyataan pada PRU-14 kerana banyak lagi kerja boleh dilakukan, khususnya di kawasan Hang Tuah Jaya ini,” katanya.

Sumber asal: SOKONGAN PENGUNDI BUKAN MELAYU MENUNJUKKAN PENINGKATAN – ALI RUSTAM
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment