ADAKAH TAKTIK FITNAH JIJIK SERANG PERIBADI BAKAL DIGUNAKAN DI PERMATANG PAUH ?

Posted by Kerah Lekung on Monday 30 April 2018

ADAKAH TAKTIK FITNAH JIJIK SERANG PERIBADI BAKAL DIGUNAKAN DI PERMATANG PAUH ?.


Calon-calon Barisan Nasional (BN) di Permatang Pauh perlu berhati-hati dengan taktik licik calon PKR bagi Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang mempunyai rekod memfitnah dan menang di Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu dengan mengalahkan calon BN, Datuk Raja Nong Chik.
Calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said berkata, jentera BN perlu bersedia dengan Nurul Izzah yang berkemungkinan akan menggunakan taktik yang sama untuk mewujudkan suasana yang tidak sihat dan menimbulkan cerita yang kurang pasti untuk menghilangkan keyakinan pengundi kepada calon-calon BN.
“Sejarah Nurul Izzah di Lembah Pantai, dulu beliau menang dengan menggunakan taktik menerusi serangan peribadi terhadap Raja Nong Chik tentang isu pembelian tanah sehingga menyebabkan rakyat Lembah Pantai terpengaruh.
“Itulah saya meminta calon-calon BN agar sentiasa bersedia dengan taktik calon PKR itu gunakan sebelum ini,” kata beliau.


Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai taktik Nurul Izzah yang mempunyai rekod memfitnah calon BN di Lembah Pantai pada pilihan raya lalu.
Dalam pada itu, Mohd Zaidi, berkata pengundi Permatang Pauh akan menyokong BN dalam pilihan raya kali ini.
“InsyaAllah.. dengan apa yang BN Permatang Pauh ada pada hari ini adalah rekod perkhidmatan yang kita buat selama ini.
“Kita yakin dengan rekod ini, tidak akan mudah dilupakan oleh rakyat Permatang Pauh berbanding dengan kegagalan Nurul Izzah di Lembah Pantai,” tambah beliau.
Sehari sebelum hari pembuangan undi pada PRU ke-13 yang lalu,  Nurul Izzah telah mengadakan sidang akhbar termasuk menjemput media antarabangsa dan mengeluarkan kenyataan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik berhubung pembelian tanah di Bukit Kiara. –Utaranews.com


Sumber asal: ADAKAH TAKTIK FITNAH JIJIK SERANG PERIBADI BAKAL DIGUNAKAN DI PERMATANG PAUH ?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment