PAS TANDING PRU14 DI PULAU PINANG DIPERLEKEHKAN SAIFUDDIN NASUTION

Posted by Kerah Lekung on Friday 27 April 2018

PAS TANDING PRU14 DI PULAU PINANG DIPERLEKEHKAN SAIFUDDIN NASUTION .


Calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Jerejak, Datuk Saifuddin Nasution memperlekehkan PAS yang hanya bertanding 18 kerusi DUN dalam pilihan raya akan datang.
Setiausaha Agung PKR yang juga Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu berkata, bertanding 18 kerusi DUN, parti Islam Itu tidak mampu untuk membentuk kerajaan di negeri Pulau Pinang.
“PAS bertanding 18 kerusi, katalah PAS menang ke semua kerusi, tak cukup untuk bentuk kerajaan, nak bentuk kerajaan kena menang sekurang-kurangnya 21 dari 40 kerusi DUN di Pulau Pinang” kata beliau dalam satu kenyataan.
Saifuddin juga turut mempertikaikan parti Islam itu yang bertanding 18 kerusi DUN namun cuma satu kerusi sahaja menentang parti DAP di DUN Sg Pinang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang disifatkan sebagai ibu segala pilihan raya.
Beliau berkata, PAS sering menghentam dengan mengatakan parti Roket itu musuh islam, menganayai masyarakat Melayu namun parti Islam itu tidak meletakkan calon mereka untuk menentang kerusi DAP.
Malah, Setiausaha Agung PKR itu mahu rakyat Pulau Pinang memberi sokongan kepada calon Pakatan Harapan dan jangan buang undi dengan menyokong parti Islam itu kerana mereka tidak mampu bentuk kerajaan.
Semalam, PAS Pulau Pinang telah mengumumkan calon tambahan, melibatkan wakil daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dan parti komponen dalam Gagasan Sejahtera yang akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Menurut Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Mohd Yusof, ia melibatkan dua kerusi Parlimen dan enam kawasan DUN Pulau Pinang, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kawasan ditandingi parti Islam itu adalah lapan Parlimen dan 24 DUN. –Utaranews.com

Sumber asal: PAS TANDING PRU14 DI PULAU PINANG DIPERLEKEHKAN SAIFUDDIN NASUTION

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment