"TABUNG MILO REJIM" JADI BAHAN LAWAK NETIZEN???

Posted by Kerah Lekung on Thursday 31 May 2018

"TABUNG MILO REJIM" JADI BAHAN LAWAK NETIZEN???.

Tak hairanlah kenapa pada ketika ini pelabur - pelabur asing pun takut nak membuat pelaburan mereka di Malaysia kerana watak dan karektor pemimpin Rejim ini tak ubah seperti Badut.


Mana tidaknya. Pengumuman berkaitan dengan tabung yang kononnya nak selamatkan hutang Negara itu hari ini hanya menjadi bahan lawak jenaka dilaman media sosial semata - mata.


Bagi sesetengah pihak, Rejim Pakatan Haprak tu kononnya nak tunjuk yang mereka sedang berada dalam keadaan yang sangat kritikal sehingga terpaksa mewujudkan tabung berkenaan.


Menurut logik pencacai Rejim Pakatan Haprak tu, tabung tersebut hanya diwujudkan bagi mereka yang mahu memberikan sumbangan. Ianya bukan paksaan atau dijadikan perkara wajib.


Tapi yang kelakarnya, tanpa segan silu juga, Rejim Pakatan Haprak tu kata diorang nak belanja sebanyak RM 40 juta hanya semata - mata untuk menyiarkan perlawasan bolasepak World Cup secara percuma.


Malah, tambah menghiburkan ialah apabila mereka umum nak bayar pampasan sebanyak RM 500 juta kerana mahu membatalkan projek High Speed Rail dalam keadaan hutang Negara yang kritikal.


Kalau diorang dah tau keadaan hutang Negara pada ketika ini sedang kronik, apa kejadahnya diorang masih nak sibuk bayar tayang percuma World Cup dan bayar pampasan kepada Negara luar?


Kalau setakat nak bayar hutang Negara ni, padan kutip derma dari anak beranak PM ke - 7 dan kroni - kroni dia je. Kot selama hari ini pun, dah beratus - ratus billion diorang rembat duit rakyat dan menjadikan ianya sebahagian dari kekayaan peribadi mereka sendiri!!!

Sumber asal: "TABUNG MILO REJIM" JADI BAHAN LAWAK NETIZEN???
More about"TABUNG MILO REJIM" JADI BAHAN LAWAK NETIZEN???

FAKTA DISEBALIK PROJEK HSR ZAMAN BN YANG DIBATALKAN KERAJAAN HARAPAN

Posted by Kerah Lekung

FAKTA DISEBALIK PROJEK HSR ZAMAN BN YANG DIBATALKAN KERAJAAN HARAPAN .



HSR: Kerajaan digesa bersikap telus dalam keputusan untuk membatalkan projek tersebut.
1. Projek keretapi laju HSR Singapura – Kuala Lumpur bukan diilhamkan hanya berdasarkan kepada keputusan yang dibuat oleh satu negara sahaja. Keputusan untuk projek ini dibuat berdasarkan kepada kajian terperinci terhadap manfaat dari kos yang dibuat oleh kedua-dua pihak bertahun lamanya yang turut membuktikan wujud manfaat sosial dan ekonomi bagi kedua-dua negara.
2. Projek ini mempunyai potensi untuk membentuk masa depan dan bagaimana kita dapat bekerjasama bagi faedah bersama. Kajian turut menunjukkan Malaysia adalah penerima manfaat utama bagi projek ini memandangkan majoriti landasan adalah di negara ini. Menggabungkan secara integrasi dua bandar utama dan ekonomi di Asia Tenggara akan menghasilkan manfaat yang besar yang melangkaui jualan tiket dan kos bagi infrastruktur itu.
3. Ia adalah sebahagian daripada agenda transformasi dan visi kita untuk Malaysia baharu yang akan mewujudkan industri baharu, kaedah baharu untuk kerjasama antara dua negara, meningkatkan pekerjaan berpendapatan tinggi dan gaya serta taraf hidup lebih baik untuk semua rakyat.
Ia juga akan mewujudkan satu pusat pertumbuhan baharu dan memberi nafas baharu kepada bandar seperti Batu Pahat, Muar, Ayer Keroh, Melaka dan Seremban di mana manfaat berganda daripada projek ini adalah sangat besar.
4. Pada ketika kita memahami bahawa ia adalah prerogatif kerajaan baharu Pakatan untuk membatalkan projek ini, saya kecewa dengan keputusan terburu-buru untuk membatalkan projek ini dan menggesa kerajaan untuk bersikap lebih telus dan mengadakan rundingan sebelum membuat apa-apa keputusan kerana ia akan memberi kesan kepada masa depan ekonomi, peluang pekerjaan dan jenis pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Saya turut merasakan adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi pencerahan bagaimana keputusan dibuat kerajaan BN terdahulu bersama kerajaan Singapura bagi projek ini.
5. Pertama, kerajaan baharu mendakwa kos projek ini adalah RM110 bilion. Jawatankuasa bersama Malaysia – Singapura, sehingga awal tahun ini telah mengunjurkan kos bagi projek ini adalah kira-kira RM72 bilion, termasuk pengambilan tanah dibayar kepada rakyat Malaysia, berasaskan kepada penilaian antarabangsa yang dilakukan dan dikemukakan sebelum ini.
6. Kos sebenar hanya diketahui apabila tender sepenuhnya bagi merekabentuk, membina, pembiayaan dan penyelenggaraan kesemua stok guling (rolling stock) dan aset keretapi HSR, yang dijangka ditutup sepenuhnya pada 28 Disember, 2018.
7. Sehubungan dengan itu, kerajaan seharusnya memberitahu kita bagaimana mereka memperolehi angka RM110 bilion? Adakah angka ini juga dinaikkan atas dasar politik sebagaimana dilakukan terhadap angka RM1 trilion bagi ‘hutang negara?’
8. Saya juga terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang menyatakan bahawa Malaysia tidak mendapat pulangan sesen pun daripada projek HSR.
9. Realitinya, projek infrastruktur seperti HSR ini, membawa pulangan dan manfaat dalam bentuk kenaikan nilai hartanah, kepesatan ekonomi setempat, pemindahan teknologi, peluang pekerjaan pendapatan tinggi, kemasukan tenaga pakar ke dalam negara dari Singapura serta pelancongan.
10. Saya mahu bertanya kepada Dr Mahathir apakah projek-projek Lebuhraya Pan Borneo dan Lebuhraya Central Spine Road yang tiada tol, projek LRT, MRT dan monorel mendapat pulangan dari hasil tiket sahaja? Sudah tentu tidak.
11. Projek-projek infrastruktur ini mendatangkan pulangan kepada negara dari segi kepesatan ekonomi. Kerajaan akan meraih pendapatan daripada cukai yang diperoleh daripada ekonomi yang lebih rancak. Manakala, rakyat pula mendapat kemudahan dan peluang pekerjaan kerana dapat berhubung dengan mudah.
12. Rasional yang sama digunakan dalam pembinaan HSR ini. Untuk pengetahuan rakyat Malaysia, laluan penerbangan Kuala Lumpur Malaysia adalah yang tersibuk di dunia. Terdapat permintaan yang luar biasa terhadap perjalanan Kuala Lumpur-Singapura ini. Kerana itulah HSR ini sebenarnya sangat menguntungkan negara.
13. Saya juga ingin bertanya adakah agensi terlibat dengan projek ini sudah diberi ruang untuk membentangkan kes mereka kepada kabinet dan Majlis Penasihat Kerajaan? Adakah kajian impak ekonomi dan penilaian impak alam sekitar sudah dibentangkan dan dipertimbangkan? Bolehkah kajian ini kini didedahkan kepada umum?
Unjuran yang terkandung dalam laporan berkenaan yang pernah saya lihat menunjukkan manfaat ekonomi sehingga RM650 bilion bagi GNI sehingga 2069. Manakala akan wujud 110,000 peluang pekerjaan dan ia diunjurkan akan meningkat sehingga 442,000 menjelang 2069. Untuk lebih telus, laporan ini seharusnya ditunjukkan kepada orang awam sebagaimana dilakukan kerajaan BN sebelum ini ketika laporan dipamerkan kepada orang ramai untuk maklum balas.
14. Adakah pembatalan ini adalah keputusan seorang sahaja? Saya difahamkan Menteri Pengangkutan baharu telah membuat kenyataan bahawa projek HSR ini tidak pernah dibincangkan dalam kabinet manakala Menteri Kewangan baharu enggan memberi ulasan tentang pembatalan projek HSR ini.
15. Projek HSR ini adalah projek jangka panjang dengan pelaburannya akan dapat diperolehi kembali pada dekad mendatang, dari pertumbuhan trafik selain kesan limpahan manfaat ekonomi berkaitan projek ini.
16. Impak ekonomi dari projek HSR ini juga turut mengambil kira analisa kewangan dan laporan Bank Dunia bagi unjuran pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini dan beberapa tahun akan datang.
17. Dengan pembatalan projek ini, prospek pertumbuhan KDNK Malaysia akan menyusut dan pertumbuhan peluang pekerjaan akan terencat? Kerajaan baharu perlu mengambil kira faktor ini dan mempunyai langkah pilihan bagi mengisi jurang kekurangan ini.
18. Zaman kini sudah berubah dan ekonomi hari ini lebih sofistikated dari dulu dan adalah mengecewakan jika Perdana Menteri gagal melihat pulangan projek ini sebagai pemangkin ekonomi seperti HSR ini di luar skop hasil jualan tiket sahaja. Jangan membuat keputusan semata-mata kerana dendam kesumat terhadap individu ataupun Kerajaan Barisan Nasional. Keputusan yang dikaburi emosi hanya akan merugikan rakyat.

Sumber asal: FAKTA DISEBALIK PROJEK HSR ZAMAN BN YANG DIBATALKAN KERAJAAN HARAPAN
More aboutFAKTA DISEBALIK PROJEK HSR ZAMAN BN YANG DIBATALKAN KERAJAAN HARAPAN

Jamal tongkoi main aci lop dengan polis...

Posted by Kerah Lekung

Jamal tongkoi main aci lop dengan polis...

Polis Selangor akan memohon waran tangkap terhadap Ketua Umno bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos selepas menghilangkan diri baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata polis sedang menyiasat sembilan kes membabitkan Jamal, termasuk tiga yang didakwa di sebuah hospital Jumaat lalu.

"Pihak polis telah memberikan masa yang cukup untuk Datuk Seri Jamal memberikan kerjasama dalam semua siasatan dan prosedur yang sedang dijalankan namun beliau masih gagal untuk memberikan respons yang sepatutnya. Malah sentiasa cuba berdolak dalik dalam kenyataan-kenyataan viral yang dilakukan beliau.

"Oleh itu waran tangkap ke atas beberapa kes yang melibatkan Datuk Seri Jamal akan dipohon dan tindakan mengesan akan diperhebatkan," jelasnya dalam satu kenyataan.

Terdahulu, Jamal gagal hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya kerana bimbang akan ditangkap.

Namun, dia kemudiannya mengeluarkan video dari sebuah ladang kelapa sawit dengan mendakwa kerajaan cuba menjadikan dirinya sebagai mangsa.

Image may contain: 1 person, text
Ketua gerakan Baju Merah itu juga mendakwa dia dilayan seperti seorang penjenayah dan pengganas. 

Jamal juga mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis telah menyerbu rumahnya, rumah ibunya, pejabatnya, serta lokasi lain yang dikaitkan dengannya, di bawah tekanan daripada kerajaan Pakatan Harapan.

Jamal menghilangkan diri dari Hospital Ampang Puteri, Kuala Lumpur pada 25 Mei lalu selepas dituduh di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan ekoran mengetuai bantahan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ (BBF17) di hadapan pejabat pentadbiran kerajaan negeri Selangor pada 5 Oktober tahun lalu.

Pada keesokan harinya, dia mengeluarkan rakaman audio yang mendakwa berlaku salah faham.


Jamal juga disiasat mengikut Seksyen 34, Akta Senjata Api 1960 atas dakwaan mempamerkan senjata api di khalayak ramai. - mk

Image may contain: 1 person, text

Singaporeans hail Dr.M for doing 
them a favour by scrapping HSR...

Singaporeans have heaped praise on Prime Minister Dr Mahathir Mohamad for pulling out of the Kuala Lumpur-Singapore High Speed Rail (HSR) project, The Independent reports. 

Many took to social media to applaud the move; some even urged Singapore PM Lee Hsien Loong to show the same boldness and scrap the Changi Airport Terminal 5 project. 

Comments on the news portal's Facebook page see many Singaporeans asking for the Changi airport project to be scrapped along with the HSR. 

“Desperate times calls for desperate measures, it is at times like this Singapore government should be more understanding and supportive towards Malaysia, understand their situation, perhaps one day in the near future, this will be a reality. 

“Going forth LHL should also scrap the idea of building Terminal 5, this is an unnecessary burden on the citizens,” Jan Singh posted.

Roger S.S. Lim thanked Dr Mahathir on behalf of Singaporeans whose views were not taken into account in the construction of the HSR.

“Thank you Tun for doing us Singaporeans the favour. Only you are able to abolish the HSR agreement for us.  We Singaporeans were never consulted and we do not need the HSR”.

On Monday, Dr Mahathir announced Malaysia was scrapping the HSR, even at the cost of having to pay RM500 million to terminate the agreement,  as it was “not a beneficial project”. 


Meanwhile, Prime Minister Dr Mahathir Mohamad has rubbished claims that the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail (HSR) project would have been a catalyst for job creation.

"You want to spend RM60 billion to RM100 billion so that 100,000 people can work, that is not very efficient," Mahathir said when met by reporters in Putrajaya tonight.

He was asked to respond to former prime minister Najib Abdul Razak's comments on the HSR.

Najib said the HSR would create 110,000 jobs initially, which would grow to 442,000 employment opportunities by 2069.

He also said that by that year, the HSR could generate RM650 billion in gross national income.

Mahathir had scrapped the HSR as a cost-cutting measure.

The prime minister said the government will, however, have to pay RM500 million to Singapore as compensation for cancelling the project.

On a separate matter, Mahathir said the government will be renegotiating toll concessions.

"We will renegotiate," he said briefly.

He was responding to a question on the Plus highway toll concession, which was originally supposed to end tomorrow, May 31. - minsight/mk

Related image


Image may contain: 2 people, people smiling, suit and text
Inilah yang berlaku sejak Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 2016 di era pemerintahan Najib Razak dgn pembiayaan awal sbyk RM90 juta dan dimaklumkan kos operasi Mavcom adalah RM25 juta.



No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

cheers.

Credit: https://ift.tt/2kzDLBH
More aboutJamal tongkoi main aci lop dengan polis...

BATAL HSR: LAGI BUKTI KEENGKARAN DAPigs TERHADAP TUN M???

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 30 May 2018

BATAL HSR: LAGI BUKTI KEENGKARAN DAPigs TERHADAP TUN M???.

Kebodohan apakah yang hendak dibentangkan rakyat? Wayang apa lagi nak mereka pertontonkan kepada masyarakat secara umum dalam keadaan yang bercelaru tanpa arah tujuan ini?


Nampak gayanya, drama Politik Longkang yang dimainkan oleh Rejim Pakatan Haprak itu semakin bertambah menarik. Percanggahan demi percanggahan dapat dilihat muncul dengan jelas.


Jika sebelum ini, percanggahan itu dapat dilihat apabila Menteri DAPigs yang dilantik Rejim Pakatan itu sering kali mengeluarkan kenyataan yang tidak sehaluan dengan Perdana Menteri.


Menteri Kewangan bercanggah angka hutang Negara. Manakala Menteri Penerangan pula bercanggah pendapat berhubung status Akta Anti Berita Palsu. Sekarang cerita pasal HSR pulak.


Cuma kali ini, percanggahan itu berlaku tidak sampai sehari. Pagi Perdana Menteri kata keputusan untuk membatalkan projek HSR itu adalah muktamad. Petang Menteri pula menafikannya.


Malah penafian yang dibuat oleh Menteri itu juga turut mendapat kecaman dari pemimpin Singapura yang mengancam akan mengambil tindakan terhadap Rejim Pakatan yang baru itu.


IRONIKnya, dalam keadaan Negara yang didakwa berhutang sebanyak RM 1 Trillion tu pun puak Rejim Pakatan Haprak tu masih ada hati nak membatalkan projek HSR itu dan membayar pampasan sebanyak RM 500 juta? Yang ini cerdik datang dari celah mana pulak!!!

Sumber asal: BATAL HSR: LAGI BUKTI KEENGKARAN DAPigs TERHADAP TUN M???
More aboutBATAL HSR: LAGI BUKTI KEENGKARAN DAPigs TERHADAP TUN M???

Bila macai2 UMNO cuba laga2kan team Malaysia Baru...

Posted by Kerah Lekung

Bila macai2 UMNO cuba laga2kan team Malaysia Baru...
Image result for gandingan dr.m dan anwar

Suasana gembira dan menyenangkan hati mengenai keajaiban yang berlaku pada 9 Mei masih dapat dirasa.

Adil juga untuk dinyatakan bahawa terdapat sedikit kekeliruan dan kebimbangan apabila berlaku ledakan berita apabila media tidak lagi disekat daripada melaporkan dengan benar.

Untuk ini, The Malaysian Insight berhenti sejenak bagi menjawab beberapa persoalan dan menentukan kesahihan beberapa dakwaan.


SOALAN 1: Adakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan musnah akibat masalah dalaman?

Tidak.

Tapi ada teka-teki baharu yang disebut-sebut masa ini: Berapa lamakah Dr Mahathir Mohamad dan rakan-rakannya akan kekal mentadbir. Golongan yang giat membangkitkan perkara ini adalah orang-orang Umno, golongan yang mencari laba dan juga pemerhati politik Malaysia.

Tesis utama kumpulan ini adalah Anwar Ibrahim merupakan ahli politik yang bercita-cita tinggi dana akan menekankan pendiriannya dalam isu negara dan antarabangsa.

Pada satu masa, campur tangannya akan menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan akan menyebabkan perselisihan hubungan.

Perbalahan di antara PM dan bakal PM ini akan meracuni PH dan membawa kepada perpecahan gabungan parti yang menguasai 124 kerusi di Parlimen. Peraih utama yang mempromosi senario ini adalah Umno.

Ia tidak dapat memetakan jalan untuk pemulihan partinya, lalu ia berharap kepada perpecahan dalaman kerajaan PH untuk memberikannya jalan belakang dan kembali ke Putrajaya.

Jadi kita boleh jangka penulis blog dan ahli politik Umno membangkitkan perkara ini setiap kali Anwar menghadap Raja-Raja Melayu atau mengeluarkan kenyataan yang dilihat menegur Putrajaya.

Mereka mahu menimbulkan masalah di antara Dr Mahathir dan pemimpin PH lain dan juga Anwar. Mereka mahu seluruh rakyat terpaku pada drama ini. Umno mahu pentadbiran Dr Mahathir terganggu dengan drama ini.

Kita sudahpun melalui pengalaman ini – yang memberi kesan buruk kepada Malaysia, Dr Mahathir dan Anwar.

20 tahun lalu, satu kempen secara bisik-bisik dijalankan oleh Anwar dan Dr Mahathir. Ia akhirnya membawa kepada konfrontasi dan berakhir dengan pemecatan dan pemenjaraan Anwar dan kerosakan pada kewibawaan Dr Mahathir.

Kedua-duanya kini sudahpun diberikan peluang untuk bertaubat di usia senja masing-masing.

Bodohlah jika Anwar dan Dr Mahathir lupa siapa yang memberikan peluang kedua kepada mereka untuk kembali ke puncak.

Lebih buruk lagi, amat menyedihkan jika mereka membenarkan golongan berkepentingan untuk membawa mereka ke jalan kemusnahan seperti yang dilalui pada 1998.

Jawapan mengenai tempoh jawatan Dr Mahathir, cita-cita Anwar

SOALAN 2: Anwar tiada kedudukan rasmi dalam kerajaan. Jadi mengapa beliau berjumpa orang berpengaruh?

Anwar sudahpun menghadap Sultan Johor. Beliau juga menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong di Kelantan dan belau juga dijadualkan bertemu Presiden Indonesia Jokowi Widodo.

Rentetan pertemuan peringkat tertinggi ini memberi gambaran bahawa beliau sedang bergegas, dan memberi isyarat kepada semua pihak bahawa beliau seorang tokoh penting dalam suasana pasca pilihan raya ini.

Perkara ini menjengkelkan beberapa pihak, yang menuduh Anwar memasang cita-cita yang terlalu besar.

Tapi, adakah bekas timbalan perdana menteri dan bekas ketua pembangkang ini harus menjadi suri rumah sahaja selepas ini? Anwar sentiasa dambakan tumpuan.

Walau ketika dalam penjara, beliau tetap mengeluarkan kenyataan akhbar dan membuat keputusan penting untuk PKR.

Mengapa rakyat Malaysia harus terperanjat dengan keinginan Anwar untuk didengar, dihormati dan dianggap sebagai kuasa besar di Malaysia hari ini.

Beliau akan menjad PM dalam tempoh dua tahun dan beliau tidak mahu sesiapapun lupa pada perkara itu. – malaysiainsight

Image may contain: 2 people
Bila Hj.Hadi flip-flop...

Soalan paling maut host Awani Nazri Kahar beberapa minit sebelum berakhir siaran.. Apa komen dan mesej Tok Guru tentang Parti Amanah yang dulu dituduh sebagai parti nyamuk.. tetapi kini ada yang sudah menjadi Menteri..begitulah lebih kurang soalan yang aku tonton sepintas lalu..

TG Hj Hadi agak tersentak dengan Soalan itu, Jawab Tok Guru, Diharap mereka ini, dapat mempertahankan Islam...membawa suara Islam,Sebab mereka keluar dulu pun dari PAS sebab Islam, akhirnya TG HJ Hadi terperangkap dengan Soalan dan akhirnya mengakui pemimpin Amanah juga membawa Islam dalam perjuangan depa..

Apa yang aku dapat lihat sepintas lalu, Pengacara Awani mereka lebih "faqeh" , memahami Politik Islam dan sejarah Politik PAS, mereka boleh mengungkap istilah secara spontan seperti ungkapan Dakwah Bil Hal.. mengungkap idea Konsep Memperkasakan Islam Melalui konsep zakat dan Waqaf dalam meralisasikan Islam dalam pememerintahan berbanding Undang2...

Walaupun Nazri Kahar mengumpan Soalan dengan baik dan bijak, Soalan ini gagal dijawab dengan baik Oleh TG HJ Hadi.. Sememangnya PAS tidak dapat membawa apa apa model,Bukti bagaimana Islam telah dicernakan,dizahir didalam pemerintahan, bagaimana ia direalisasikan dalam Pemerintahan PAS di kelantan dan Terengganu..

Tok Guru masih lagi menjawab dengan "template" yang sama, sepertimana pernah kita dengar dalam Kuliah dan ceramah TG Hj Hadi sebelum ini.. apa yang lebih teruknya , Tg Hj Hadi memabwa jawapan luar dari konteks yg terlalu jauh, Sehinggakan contoh perhambaan, hamba Abdi d Amerika/Eropah digunakan sebagai jawapan.. Tg Hj Hadi masih terbawa bawa dengan Kegemilangan Sejarah Islam terdahulu..

Akhir sekali, yang membuatkan TG Hj Hadi gagal menjawab dengan baik, Sebabnya TG Hj Hadi masih gagal keluar dari kepompong Perkauman dan Ashabiyah, masih memisahkan Islam yang dibawa PAS berbeza dengan Islam pihak yang lain, masih merasakan selain PAS adalah liberal, masih memisahkan dari sudut pemerintahan bezanya kedudukan mereka dari kalangan Islam dan Bukan islam, masih mengikat pandangan dari sudut Aqidah..

Yang Membezakan wacana ini, Nazri kahar cukup faham sejarah PAS , Politik gerakan islam sehingga Tg Hj Hadi sendiri takut untuk berbohong atau memanipulasi Hujjah sepertimana yang dilakukan TG Hj Hadi dan Pemimpin PAs dihadapan pentaksub dan penyokong PAS.. Memang agak sukar untuk berhadapan dengan Pengacara yang mempunya Kebijaksanaan yang tinggi.. itu belum lagi berhadapan dengan Panel dalam wacana perdebatan.. - f/bk

Image result for Najib's BN had never lost an election since his father formed it in 1974
Najib’s night of despair and delusion...

"DO people really hate me that much?" two people heard Najib Razak say as the carnage of Barisan Nasional's (BN) devastating losses became clearly apparent as the May 9 night wore on.

His advisers were huddled near him at his Langgak Duta residence, faces getting paler and grim as the results trickled in. Federal seats were falling like ten-pins in Sarawak, while the state legislatures in Johor, Malacca and Negri Sembilan seemed to go Pakatan Harapan's (PH) way.

The two people who heard him mutter those words were silent. Words could not capture the depth of their feelings; the grief of losing had shocked them as the results streamed in.

"No one knew the extent of the anger against Najib and BN. I mean people did say they were going to vote for PH but we thought he could pull through," one adviser told The Malaysian Insight.

It wasn't like this when polling started that May 9 morning. Najib's BN had never lost an election since his father formed it in 1974, while the predecessor Alliance's victory stretched from the 1955 elections, two years before Malaya's Merdeka.


The Najib administration was confident it would keep the government in the 222-seat federal parliament, even predicting that it might regain its two-thirds parliamentary super-majority that allows it to pass constitutional amendments without the opposition's cooperation.

BN had the money, machinery and media behind it, as in previous elections, and believed that its political foes were in disarray, with Dr Mahathir Mohamad leading the PH pact that was forced to use the PKR logo as Bersatu was temporarily deregistered.

What could go wrong, a BN strategist told The Malaysian Insight, saying he was oblivious to the trouncing that happened that Wednesday. "We never saw it coming at all," he said.

He was not the only one who did not see the devastating losses coming. BN's array of well-paid strategists were confident of a huge win and inspired the top leadership to reassure jittery supporters that victory was theirs.

White roofed tents and marquees had been set up at Najib's posh Langgak Duta private residence in a leafy cul-de-sac opposite Istana Negara for the victory celebrations. Congratulatory advertisements were set to roll in newspapers controlled by BN parties.

Related image

"Najib was sure of 133 seats at least, the same as in 2013," one strategist said. Another said party deputy president Ahmad Zahid Hamidi reassured supporters on polling day that 142 seats were in the bag due to the big turnout that Wednesday.

It is learnt that even Najib's wife, Rosmah Mansor, had called the wives of some top leaders and confidently echoed her husband's earlier assessment that 133 seats were in the bag. "She called at 11.30pm and said BN would win with 133 seats," another strategist said.

But the win did not happen. And Najib did not make it to the Umno headquarters in the Putra World Trade Centre (PWTC), as was the custom of all winning party presidents. Instead, he stayed home, and senior party leaders silently made their way there to figure out the results.

"We were looking at big losses; Johor has fallen, Malacca has fallen, Negri, too," said an Umno MP who lost his seat to PH. He had expected to win with a slim margin due to the large number of voters but was trounced by a more than 10,000-vote majority by his opponent.

Other top BN leaders had also lost by 9pm, including MCA president Liow Tiong Lai, MIC president Dr S. Subramaniam, Felda chief Shahrir Samad and Najib's two lieutenants in Sabah, Salleh Said Keruak and Abdul Rahman Dahlan.

Image result for Dr Mahathir claimed victory just after midnight,

The delusion of a possible win despite the slew of defeats turned to despair as Dr Mahathir claimed victory just after midnight, despite the standstill in results announced by the widely derided Election Commission (EC).

Dr Mahathir had won for the sixth time in as many elections he has led, except this time, it was with PH and not BN. Najib remained silent through the night, with a spokesman saying a statement would come out in the morning.

The country's sixth prime minister was still wondering about the depth of the hate and anger against him and his colleagues while his aides waited for the final results to plot their next move.

Meanwhile, others celebrated PH's win. But the white marquees in Najib's garden were dark and empty. The crowd had disappeared from PWTC and only a few had turned up at his residence.

And newspaper workers had to pull the pages of congratulatory advertisements for BN while editors tried to figure out acceptable headlines capturing the historic and seismic change of government on May 9. – malaysianinsight

Malam jahanam BN

Cancelling HSR a mistake? Show us proof, says Dr M
Story kat SINI dan SINI  




Duit menabung Rosmah dari kecil...

Image may contain: 1 person, text
Kini sah geng engko pembangkang.
Soalnya PAS kera atau UMNO menyet...

Image may contain: 3 people, people smiling

Image may contain: 1 person, smiling, text


cheers.

Credit: https://ift.tt/2L6bbD4
More aboutBila macai2 UMNO cuba laga2kan team Malaysia Baru...

PAS MASIH BELUM SEDAR MAINAN POLITIK DAPigs???

Posted by Kerah Lekung

PAS MASIH BELUM SEDAR MAINAN POLITIK DAPigs???.
Memang agak menghairankan juga apabila membaca kenyataan yang dibuat oleh Presiden PAS ini. Malah kenyataan yang dibuat dalam temubual semalam pun membangkitkan pelbagai persoalan.


Adakah PAS masih belum sedar dengan taktik Politik yang dimainkan oleh DAPigs sedangkan parti itu sendiri berpecah dari Pakatan kerana terasa seolah - olah mereka dipermainkan sebelum ini?


Apakah PAS tidak melihat tindakan DAPigs yang berdiam diri pada ketika ini dari menyentuh soal kedudukan Islam hanya sekadar wayang Politik parti itu untuk sembunyikan agenda sebenar mereka?


Kalau sebelum ini, DAPigs sanggup bersetuju dengan konsensus Pakatan, "Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju" hanya semata - mata untuk memperbodohkan PAS. Perkara yang sama juga cuba dilakukan pada ketika ini.


Jika dilihat dari pendekatan yang dimainkan oleh DAPigs hari ini, memang mereka sedang melaksanakan taktik 'Baling Batu Sembunyi Tangan' bagi mengaburi mata rakyat, terutama dikalangan umat Islam.


Sekiranya DAPigs bersuara seperti mana yang menjadi kebiasaan mereka lakukan sebelum ini, sudah pasti hayat parti itu untuk merasa kuasa pemerintahan dalam Rejim Pakatan akan menjadi singkat.


Maka sebab itu DAPigs menggunakan NGO yang jelas memperjuangkan ideologi Liberalis sebagai suara bagi pihak mereka. Mereka menggunakan platform lain untuk mempertikaikan soal kedudukan Islam dan bangsa Melayu.


Seandainya PAS masih mahu bergabung dengan DAPigs hanya semata - mata kerana parti itu 'Mendiamkan Diri' bercakap mengenai Islam, itu hak mereka. Tapi jika satu hari nanti PAS sedar yang mereka telah dipermainkan oleh DAPigs, jangan meroyan tak tentu arah pulak!!!

Sumber asal: PAS MASIH BELUM SEDAR MAINAN POLITIK DAPigs???
More aboutPAS MASIH BELUM SEDAR MAINAN POLITIK DAPigs???

Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday 29 May 2018

Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?. PELBAGAI teori dan andaian dikeluarkan bagi menjelaskan faktor penentu mengapa majoriti rakyat Malaysia memilih Pakatan Harapan pada pilihan raya umum ke-14 tempoh hari, sekaligus menamatkan pemerintahan selama 60 tahun Barisan Nasional di negara ini.

Sebahagian pihak berpendapat penyertaan Tun Mahathir mengetuai gabungan pembangkang adalah satu-satunya faktor utama kemenangan Pakatan Harapan.

Bagi golongan ini, hujah mereka, selama ini pakatan pembangkang tidak pernah menang pilihanraya umum menentang Barisan Nasional, namun kali ini mereka menang kerana adanya Tun Mahathir.

TAG

Sebahagian pihak pula berpendapat Tun Mahathir bukanlah faktor utama penentu kemenangan Pakatan Harapan. Antara mereka yang mengeluarkan pendapat ini ialah bekas Ahli Parlimen Pandan, saudara Rafizi Ramli.

Kata Rafizi, negeri Kedah tempat di mana Tun Mahathir paling berpengaruh tidak menunjukkan sokongan besar rakyat kepada Pakatan Harapan, sebaliknya ramai yang menyokong PAS. Itu yang menjadi hujah Rafizi mengatakan bahawa Tun Mahathir bukanlah faktor penentu utama kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14.

Pendapat bercanggah ini telah dijadikan polemik oleh pelbagai pihak berkepentingan, termasuk mantan kerajaan merangkap pembangkang (Umno dan BN) yang sememangnya diketahui mempunyai strategi untuk memecah-belahkan persepakatan dan muafakat Pakatan Harapan (mahu melagakan Anwar Ibrahim dan Tun Mahathir).

Masing-masing ada hujah-hujah untuk menegakkan teori dan andaian.

Jadi apa kata kita tanya sendiri rakyat yang telah mengundi Pakatan Harapan tempohari, apa sebenarnya faktor mereka mengundi PH?

Jadi tak perlulah syok sendiri dengan hujah masing-masing, mari kita lihat sendiri suara rakyat. Di bawah ini aku buat pungutan suara atas talian melalui Twitter. Undian dibuka selama 7 hari, jom kita lihat dan pantau apakah hasilnya?



Sumber asal: Apa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?
More aboutApa sebenarnya punca rakyat Malaysia undi PH?

Biaq PH langsai hutang dulu lepai tu PAS ambil alih...

Posted by Kerah Lekung

Biaq PH langsai hutang dulu lepai tu PAS ambil alih...
Image may contain: one or more people and text

Pas tidak kesah tidak boleh menang di peringkat pusat dalam pilihan raya umum ke 14 lalu kerana hutang terlalu banyak.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah berkata, Pas akan mengambil alih kerajaan pusat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ambo (saya) pun suka tidak boleh perintah Malaysia lagi. Sebab hutang banyak, nak bayar macam mana.

“Jadi Tuhan bagi orang lain ambil dulu, selesaikan hutang Malaysia. Lima tahun lagi kita ambil Malaysia,” kata beliau dalam satu ucapannya di Kota Bharu.

Menurutnya, apabila parti lain menang di Malaysia, mereka akan selesaikan segala masalah yang ada, termasuk isu 1MDB.

“Selepas selesai semuanya, kawe (kita) pula akan ambil lima tahun lagi. Kita pula duduk di sana,” kata beliau.

Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan itu, perkara sama berlaku apabila Pas kalah di Kelantan pada tahun 1978 dulu.

“Serupa kita kalah 1978 dahulu. 12 tahun orang perintah, orang lain buat pembangunan, buat pejabat dan sebagainya, siap semua sekali, bagi kepada kita.

“Jadi tidak leloh (letih) kita. Kita boleh perkara yang dah siap,” kata Nik Amar.

Sebelum pilihan raya ke 14, Mohamad Amar berkata, Pas sengaja tidak bangunkan Kelantan kerana takut rakyatnya tidak sedia untuk menghadapi pembangunan itu. - mstar.

PAS inila yg buat org non muslim susah hormat PAS. kerja org lain buat pastu dia yg dpt nama. Mcm mna org maw cakap islam tu kuat, islam tu indah kalo statement mcm gini keluar dri mulut dorang? PAS parti Islam? Kadang parti lain lebih islam dri PAS. - Azlanshah Suriansah 

Mcm ni ke pemikiran timbalan menteri, parti pas, adoii pas patut kena buat pemutihan, cari la calun yg educated yg berfikiran jauh dan ada agama baru laa rakyat buka mata, xyah kempen pun org akan undi pas, tgk menteri bsr n9, walaupun n9 kalah tp rakyat tetap suka syg pd beliau kerana jasa nya, dan berfikiran matang, ni main tangkap muat je, jgn la guna kan agama je, biarlah seiring. - Masirul Azizi 

Ini contoh terbaik orang yang tak nak kerja tapi gaji minta banyak- banyak, kalau Malaysia di bawah tanganya, tak cukup satu tahun jadi Bankrap. - Evelyn Neau Wen Yuan 

Sebab dia x boleh buat hutang tambahan. Tengok Kelantan sekarang. Zaman tok guru bayar hutang, zaman dia bayar gaji pun minta tolong. Sombong kemain. Penyokong paling mengada2 atas dunia. Rasa pemimpin mereka paling hebat. Hampeh! - Saridah Sh Abdullah

Ingat rakyat bodoh ke..pakatan bertungkus lumus nak selamatkan negara, PAS nak ambil alik lepas hutang diselesaikan oleh pakatan....jgn harap ok...kami tetap akan pilih Pakatan. - Malar Raja

Image may contain: 6 people, people standing and outdoor
Bila orang2 PH diketepikan...

Shuaimi Ibrahim salah seorang anak buah Shahrizat lembu dan Eddy Casmady adalah Briged Pemuda UMNO... Kenapa barua UMNO ini diserap masuk dalam PH? 

Kenapa tidak memilih orang PH sendiri yang mengiringi DSAI? Bukankah kebanyakan orang reformasi berlambak lagi yang boleh saport DSAI...

Jenis puak2 anjing UMNO ni tak boleh dibela nanti gigit tuan balik, tengok saja keadaan mereka semasa dengan UMNO. 

Image may contain: 5 people, people standing

UMNO tumbang saja mereka terus lompat kerana UMNO dah tak boleh bagi makan..

Akhirnya penyokong tegar PH ditolak ketepi hanya kerana nak ambik anjing UMNO.. 

Tengoklah nanti pasti ada huru hara angkara anjing-anjing UMNO ni nanti... Kita tunggu dan lihat... Aku pun dah jadi malas dengan sandiwara politik zaman sekarang... Kali ni lu pikir lah sendiri...- f/bk

Lim Guan Eng said the Finance Ministry has been bailing out 1MDB’s debt service obligations since April last year. — Picture by Miera Zulyana
A less blunt tool for Lim Guan Eng? 
Really, Mr Mukherjee?

In a column this news website published yesterday, Bloomberg’s Andy Mukherjee had this to say: “Malaysia’s new finance minister is taking a sledgehammer to 1MDB. A less blunt tool would do the job just as well, probably better.”

In his words, Mukherjee said, “Lim Guan Eng is busy telling the world about the shocking state of affairs at the scandal-ridden state fund. But that won’t sate the Malaysian public’s desire for justice. Investors, meanwhile, are uneasy about things getting out of hand. Already, foreigners have sold out of the nation’s stocks for 13 consecutive days.

“For Lim to declare in his first press conference that government debt has exceeded RM1 trillion because of a sly public bailout of 1MDB gets him full marks for honesty, but not for tact.”

So, what indeed is this less blunt tool? Mukherjee offers no clues.

We can only guess he means Malaysia’s finance minister should hold back on telling the public exactly what went wrong with 1Malaysia Development Bhd (1MDB) and the scale of the giant hole in the country’s books.

So, how much should Lim hold back? How much tact should Lim have?

Should Lim hold back long enough for foreign investors to take up positions that would minimise losses and maximise gains, and then let fly?

Oh, maybe foreign investors should have been briefed first ahead of Malaysians who actually pay the salary of the finance minister?

While we are on the subject, what exactly does Mukherjee mean by foreign investors?

Perhaps he should call a spade a spade and just say foreign funds? Let’s not hide behind the catch-all phrase of “foreign investor”. A real foreign investor is an active participant in the Malaysian economy who builds a factory for example and offers up new technology and jobs.

Foreign funds are just like anyone who punts (For punt, read: gamble, as in rolls dice in a casino) on the stock market. They are passive investors hoping to make money off the backs of other people.

There you have it. It’s out of the bag. Anyone, and foreign funds in particular, hate it when there is uncertainty. Why? Because it messes up their plans (and profits). And there is nothing wrong with that. It’s only natural.

But Mukherjee should perhaps not act as a messenger for these funds. The funds have already spoken for themselves by pulling their money out of Malaysia’s stock market.

Mukherjee also took exception to Lim’s press release issued on Tuesday. Lim had said that 1MDB was effectively insolvent, and that the existence of as much as US$2.5 billion of the fund’s overseas assets is in doubt.

But Mukherjee seemed particularly offended by Lim’s characterisation of Arul Kanda Kandasamy, the 1MDB president, as “utterly dishonest and untrustworthy.”

“The colourful language against Kanda is jarring in an official press release. Malaysia isn’t a banana republic, but a sovereign rated A3 by Moody’s Investors Service,” Mukherjee wrote.

Jarring language? Really? Malaysia is facing major problems and the thing a columnist with Bloomberg, one of the world’s most respected financial news services, picked on was Lim’s “jarring” language.

For that, we as Malaysians must apologise. We did not realise fund managers were timid things who cannot handle blunt language. Are they snowflakes? Or shrinking violets? Whatever.

We did not realise “foreign investors” do not like the truth.

Perhaps we should couch it in euphemisms and jargon, instead of making it easier to understand.

But you see this is precisely why a majority of Malaysians got fed up enough to vote in a rag-tag coalition led by a 92-year-old.

Many Malaysians got tired of the fancy bankers and the politicians in their pockets using fancy language that no one understands to sell us stuff we don’t need.

We don’t need to be a financial genius to see money has been stolen from public coffers and the government took up high-interest loans and backed useless bonds for projects that benefit no one but bankers and assorted geniuses and perhaps even ratings agencies.

By the way, Mister Mukherjee, the money that has been lost? That’s my money. Not just mine alone but it belongs to all of us Malaysians.

And we sure as hell want to know what happened. We don’t mind the language.

But sorry if this article offends you. - Leslie Lau,Malay Mail

KL-S'pore HSR scrapped...

Putrajaya's decision to scrap the Kuala Lumpur-Singapore High-Speed Rail (HSR) project is final, Dr Mahathir Mohamad has declared.

At a press conference today, the prime minister also said he was informed that the penalty for withdrawing from the agreement is close to half a billion ringgit.

"This is a final decision, but it will take time because we have an agreement with Singapore.

"I am told it is almost RM500 million," he said but added that he would confirm the exact compensation figure at a later date.

According to Mahathir, the HSR is not beneficial, as it only shortens the travel distance between Malaysia and Singapore by one hour, but would cost Malaysians a large sum of money.

"We will make no money at all for this operation," he stressed.

Asked if the Singapore government was informed or whether he would meet his counterpart on this matter, Mahathir said: "I don't know."

However, he added that the government plans to scrap the project in "the least cost possible".
'Unnecessary project'

Mahathir had earlier told the Financial Times that the HSR was one of the country's "unnecessary projects," and belt-tightening measures were needed to avoid the country being declared bankrupt.

"We need to do away with some of the unnecessary projects, for example, the HSR project which is going to cost us RM110 billion, and will not earn us a single sen.

"That will be dropped," he was quoted as saying.

The HSR project was conceived as part of the previous BN administration's Economic Transformation Programme in 2010. The bilateral agreement with Singapore was inked six years later.

Two project delivery partners – the Malaysian Resources Corporation Bhd-Gamuda Bhd consortium and the Syarikat Pembinaan Yeoh Tiong Lay Sdn Bhd-TH Properties Sdn Bhd consortium  – signed on to the project last month.

The project was aimed at cutting travel time between Kuala Lumpur and Singapore to just 90 minutes.

The Financial Times also quoted Mahathir as stating that his government would be renegotiating several "unequal treaties" with China, including the East Coast Rail Line (ECRL) project.

Like the HSR, the ECRL has been branded by critics as another of the previous Najib administration's non-viable, big-ticket projects.

ECRL involves an RM55 billion loan from a China-owned bank and the employment of a state firm as the main contractor. - mk

Malaysia perlu bayar RM500 juta kerana batalkan HSR

Almost any transport linkBetween point A point B will benefit the evonomically better off place. In this case it is Singapore- more malaysians will work in SporeMore multinationals will use Spore as their hub as it will have lower cost malaysian labour readily abailableHSR will not benefit Johore as the distance is too short to save any meaningly journey time- unless the HSR speed is as fast as a rocket.Anonymous_3fe1

For goodness sake, go ahead and cancelled this two silly unprofitable projects, the KL-S'pore HSR and the ECRL as we are not in a financially ready.  China and Singapore should understand this, if not hard luck.  Our economic survival remains top priority.Anonymous_4056

KTM should start an express train without stopping straight from KL to Singapore and vice versa twice a day. Provide comfortable seats with good food and it should only take 4 hours,Over time increase the speed to reduce the time to 3 hours.This service will become a financial success.Anonymous 2465861491622056

Sepatutnya 1MDB memiliki loji-logi pejana kuasa tersebut 
TETAPI KENAPA TIBA-TIBA pula loji2 tersebut telah tergadai ke Komunis-China??


cheers.

Credit: https://ift.tt/2skkOXk
More aboutBiaq PH langsai hutang dulu lepai tu PAS ambil alih...

Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO

Posted by Kerah Lekung on Monday 28 May 2018

Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO.
Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya.

Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk.

Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum kali ini.

Bukan satu…bukan dua…bukan tiga tetapi ini adalah pilihanraya kali ke 12 sejak tahun 1969 beliau bertanding dan menang kerusi itu.

Tengku Razaleigh kini pegang rekod sebagai Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat.

Mungkin ada yang sudah lupa bahawa beliau adalah pengasas dan CEO pertama Petronas selain pernah jadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Dalam UMNO pernah jadi Bendahari dan Naib Presiden.

Juga antara lain yang menarik tentangnya ialah pemilihan jawatan UMNO yang sengit tahun 1987.

Tengku Razaleigh yang mengetuai Team B tewas pada Tun Dr Mahathir Mohamad  Team A dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO dengan undi tipis cuma 43.

Nama dalam politik namanya tetap harum sekalipun pernah mengetuai seketika Parti Semangat 46 selepas UMNO (lama) diharamkan dalam kontroversi selepas pemilihan jawatan itu.

Selepas dua kali mengetuai Semangat 46 dalam pilihanraya umum 1990 dan 1995,Tengku Razaleigh dan sebahagian besar ahli partinya akhirnya kembali masuk UMNO semula.

Pada usia 81 tahun kerabat diraja Kelantan ini nampak masih steady dan bertenaga.

Ini dapat dilihat semasa beliau bersembang dengan rombongan Almuni Kelab UMNO Luar Negara dan beberapa NGO lain yang membuat kunjungan di rumahnya petang Khamis.

Bukan rahsia lagi kedatangan mereka dan kebanyakan lain dari masa ke semasa kebelakangan ini adalah untuk memujuknya main peranan dalam kepimpinan UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Namanya menjadi bualan di kalangan ahli UMNO dalam pencarian mereka untuk membangkitkan semula parti setelah melalui pukulan hebat dalam PRU14.

Malah ada yang membariskan namanya dalam senarai pilihan jawatan Presiden UMNO dalam posting di media sosial selain Datuk Seri Dr Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein,Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Mohamed Hassan dan Datuk Seri Mustapha Mohamad.

Ramai yang berpendapat mahu tidak mahu UMNO kini memerlukan set barisan kepimpinan baru yang utuh dan boleh ‘dijual’ untuk menarik balik sokongan ramai.

Dalam hal ini ada kalangan yang melihat kelebihan Tengku Razaleigh ialah dari segi pengalaman dalam politik dan pentabiran,tiada diselubungi sebarang skandal dan paling utama dikira orang disegani yang boleh diletak sama level dengan Dr Mahathir.

Seorang wakil Almuni Kelab UMNO Luar Negara yang bercakap dalam pertemuan itu menilai Tengku Razali dapat menjadi gam yang menyatukan parti dalam keadaan yang getir sekarang.

Seorang lain yang bercakap memberi pandangannya kata buat masa ini tidak nampak ada orang lain yang boleh main peranan yang penting itu.

Tengku Razaleigh telah berucap memberi pandangan beliau termasuk tentang situasi politik dan parti UMNO selepas PRU14.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berulangkali menegaskan bahawa kejayaan UMNO  menang 54 kerusi Parlimen ( campur dengan BN semua jumlahnya 78)  bukan sesuatu hal yang kecil.

PKR  menang  47 kerusi Parlimen,DAP 42,PAS 18,PPBM 12,PAN 11 dan lain-lain parti 29.

Katanya berbanding dengan parti-parti lain termasuk di pihak Pakatan Harapan hakikatnya ialah UMNO menang kerusi yang terbanyak sebagai sebuah parti.

Beliau juga menilai UMNO mampu bangkit semula dari kegagalan BN dalam PRU14.

Tengku Razaleigh berpendapat ia dapat dicapai menerusi azam kalangan ahli untuk buat perubahan dan melangkah ke depan dengan penuh semangat serta barisan kepimpinan yang mantap.

Beliau mengajak semua ahli UMNO mengambil iktibar apa yang baru dilalui dan tidak patah semangat.

Pada penghujung pertemuan itu semua yang hadir telah bangun serentak sambil menyuarakan harapan mereka agar beliau sedia tawar diri untuk memimpin parti.

Soalnya sekarang…apa reaksi Tengku Razaleigh pada desakan itu?

Beliau hanya senyum tanpa ada jawapan ya atau tidak.

Sumber asal: Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO
More aboutApa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO

Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'

Posted by Kerah Lekung

Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'.
Ingat balik masa riuh pasal isu kenaikan harga barang waktu kerajaan Barisan Nasional dulu kita langsung tidak pernah dengar para pemimpin Pakatan Harapan cakap mungkin ada sabotaj dan peniaga yang ambil kesempatan.

Inilah yang dikata bila kena batang hidung sendiri barulah 'celik' tahu langit tinggi rendah dan lebih mudah jadi pembangkang dari jadi kerajaan.

Semua mereka terus menerus ‘berpesta’ serba serbi hentam dan salahkan kerajaan kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Kini sebagai pemerintah mereka sendiri dapat melihat realiti masalah di depan mata.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Salahuddin Ayub yang ditemui  wartawan di Kota Iskandar Johor Ahad beritahu isu kenaikan harga barang ketika ini dijangka dibincangkan kabinet, Rabu ini.

Salahuddin kata beliau difahamkan terdapat pihak yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang ditetapkan, seperti jualan daging.

"Sebagai mana saya difahamkan, Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) contohnya, memberi keizinan 'recommendation' harga (jualan) daging tempatan RM30 hingga RM33 sekilo.

"Tetapi ada peniaga yang menjual sampai RM36 dan RM40 pun ada. Ini yang kita kena lihat, takut ada kumpulan yang sabotaj terhadap isu harga barang termasuk ikan," katanya.

Beliau mendakwa hal ini dipercayai berlaku antaranya kerana ketiadaan menteri yang bertanggungjawab mengenai kepenggunaan ketika ini.

"Perdana Menteri belum lagi melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hari Rabu ini sudah pasti isu ini (kenaikan harga barang) akan dibincang di peringkat kabinet.

"Sekiranya telah ada menteri, maka tanggungjawab itu akan dipikul oleh menteri atau sekiranya Tun (Dr Mahathir) ingin menugaskan salah seorang menteri kabinet dahulu untuk mengambil tanggungjawab, itu kita tunggu arahan daripada kabinet," katanya.

Salahuddin sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian di Kota Iskandar 

Sumber asal: Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'
More aboutHarga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'