Pakatan Bergolak Teruk, Tikam Menikam Sesama Sendiri Sedang Berlaku

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 28 April 2018

Pakatan Bergolak Teruk, Tikam Menikam Sesama Sendiri Sedang Berlaku.
Pakatan bergolak teruk, mereka menghadapi  situasi yang amat meruncing dimana perebutan kuasa berlaku diantara sesama sendiri.  Masing-masing mempunyai agenda tersendiri dan sanggup untuk menikam sesama rakan.

PKR bergaduh, PAN pun bergaduh, PPBM bukan sahaja menghadapi krisis dalaman malah  telah memperlihatkan kepada rakyat bahawa mereka hanya mementingkan kuasa dan jawatan sahaja. Bergaduh sesama sendiri untuk merebutkan kerusi.

Tetapi apa yang dilihat secara kasarnya, DAP hanya mampu tersenyum melihat gelagat PKR, PAN dan PPBM yang sedang menikam sesama mereka. DAP tersenyum apabila melihat perancangan agendanya telah berjaya dalam memecah belahkan orang Melayu.

Dalam pandangan DAP, biarkan PKR, PPBM, dan PAN bergaduh dan memecahkan lagi kumpulan kepada yang lebih kecil lagi. Bagi DAP itu  bukan masalah mereka. Perkara yang paling penting ialah apabila pilihanraya berlaku, undi PKR, PAN dan PPBM memihak kepada mereka.

Secara tidak langsungnya menjadikan DAP lebih kuat dan  akan terus menjadi “Boss” kepada ketiga parti yang dianggap sebagai balaci  atau budak suruhan DAP sahaja. Lagi satu bagi DAP siapa juga calun yang akan dipilih dan dipertandingkan akhirnya diputuskan oleh DAP juga.

Melihat kepada kejadian ini, DAP hanya  mengharapkan keuntungan bagi pihak mereka. Keuntungan yang akan dikorbankan oleh budak suruhannya  untuk memastikan kemenangan yang berganda kepada DAP.

Percaturan yang dijalankan oleh DAP juga telah memerangkap Mahathir yang mana terpaksa kehulu kehilir berceramah sedangkan DAP hanya mahu melihat sokongan  akan bertambah dan memecahkan lagi sokongan pengundi kepada UMNO/BN.

Mahathir terpaksa lakukan semua ini, Dia bukan lagi perdana menteri sebagaimana dahulunya, dia hanya saorang budak suruhan DAP yang hanya menjalankan tugasan untuk DAP.  Mahathir lupa bahawa DAP sedang ketawa kerana dapat memperbodohkannya.

Kenapa ini berlaku? Sebenarnya Mahathir hanya mahu menutup segala penyelewengan yang dilakukan olehnya dahulu yang mana melibatkan wang rakyat yang bernilai berbillion ringgit  digunakan sebagai “bailout” untuk syarikat yang kerugiaan milik kroni dan anaknya.

Memang layak PM Najib panggil Mahathir Mohamad sebagai ‘pelakon terbaik’ kerana kepura-puraan pemimpin 93 tahun itu dalam membariskan kata kata perjuangan yang mana hanya untuk memperlihatkan dirinya suci bersih dan tiada kesalahan langsung.

Semua orang tahu bahawa PPBM sedang berada didalam kuasa diktator yang mana  setiap keputusan dalaman yang dibuat Mahathir adalah muktamad. Tiada istilah kompromi jika ianya merugikan Mahathir.

Krisis berkenaan masih cuba disembunyikan kepemimpinan tertinggi parti itu daripada pengetahuan umum supaya mereka dapat mengharungi PRU-14 dengan tenang tanpa sebarang tekanan. Tetapi  selama manakah semua ini dapat disembunyikan.

Semua orang sedia maklum bahawa Muhyiddin  telah lama di”peti sejukkan” oleh Mahathir dalam PPBM.  Bukan lagi rahsia, dimana pertelingkahan kedua mereka ini telah diketahui pada peringkat pengerusi perhubungan negeri, mereka tahu kemelut yang sedang melanda pucuk pimpinan parti itu

Keretakan dan pertelingkahan ini telah menyebabkan hubungan sesama mereka amat dingin dan hanya menunggu masa sahaja untuk meletup seperti gunung berapi. Muhyiddin telah diketepikan haknya sebagai pengerusi dan di ”hijack” oleh Mahathir.

Mahathir melakukan demikian  adalah bertujuan untuk menenggelamkan pengaruh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam parti itu dan mengetengahkan peranannya sebagai pencatur segalanya didalam PPBM.

Apa yang berlaku ini telah menjadikan hubungan di antara Dr Mahathir, Muhyiddin dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dingin. Selepas ini tidak perlu terkejut apabila Mahathir akan menjatuhkan Muhyiddin sebagaimana ianya menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Walaupun kedua-duanya dilihat mesra, akrab dan watak Muhyiddin juga amat menghormati Dr Mahathir pada majlis rasmi parti, termasuk pada sidang media serta ceramah umum, ia disifatkan sebagai lakonan semata-mata.

Sebelum ini Mahathir menganggap Anwar Ibrahim manusia paling terkutuk. Mahathir kutuk Anwar seteruk-teruknya termasuk sebagai individu tidak bermoral.

Tetapi apa apabila Mahathir ke mahkamah baru-baru ini berjumpa Anwar, ia sesuatu yang cukup menjengkelkan. PM Najib sindir Mahathir yang jelas tiada pendirian kerana dalam politik kita perlu ada nilai diri dan maruah.

Mahathir beranggapan bahawa dirinya bersih. Mungkin penyokong Mahathir yang hanya mengenalinya  melalui bangunan KLCC sahaja dan bukan sebahagian dari  manusia yang merasai keperitan , kesengsaraan yang diberikan oleh Mahathir sewaktu pemerintahannya.

Penyokong ini akan terus berangapan bahawa Mahathir sebagai dewa bagi mereka. Ini sebahagian dari kelompok penyokong  yang ada , penyokong yang amat taksub  tanpa memperdulikan apa juga bentuk kesalahan yang dilakukan.

Disatu pihak penyokong Mahathir ialah kumpulan yang selama ini mendapat kekayaan melalui dasar penswastaan dan persyarikatan Malaysia yang dilancarkan Mahathir untuk menjual dan meranapkan GLC dengan meletakkannya sebagai “tabung Emas” kepada semua kroninya.

Daripada senario tersebut boleh lah buat congak-congak siapa yang untung siapa yang rugi. Siapa yang menang sorak, siapa yang ‘parti tergadai’. Rata rata kita sudah dapat mengagak bahawa ketiga tiga parti yang ada sekarang akan melutut kepada tokong untuk mendapatkan restu.

Inilah nasib melayu yang mula dipijak rapat  oleh DAP dalam menentukan kuasa dan  agenda DAP untuk masa akan datang. DAP akan menggunakan ketiga tiga parti ini untuk kepentingan Malaysian Malaysia.

Sumber asal: Pakatan Bergolak Teruk, Tikam Menikam Sesama Sendiri Sedang Berlaku

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment