Tentu ada puak khususnya sebelah pembangkang yang sedang mengintai untuk sebar cerita konon Tan Sri Isa Abdul Samad sedang berduka lara meratap beliau digugurkan sebagai calon BN untuk PRU14.
Juga apakah beliau sedang mengatur langkah untuk balas dendam segala macam.
Sebaliknya lain cerita bagi tokoh veteran UMNO ini.
Bekas Ahli Parlimen Jempol itu nampak relaks saja semasa sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Bilik Gerakan Dewan Undangan Negeri Sri Tanjung bagi PRU-14 di Port Dickson Jumaat.
Ketua UMNO bahagian Teluk Kemang itu kata tidak sebab sebab beliau meras akecil hati tidak diplih bertanding semula kerana sudah diberi peluang jadi wakil rakyat sejak 1978.
Beliau jadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun dan kemudian menteri pusat serta Pengerusi Felda.
"Saya tak kecil hati sebab saya sudah sembilan kali bertanding dari tahun 1978 hingga 2013. Saya masih Ketua UMNO bahagian.
"Kalau selepas penggal pertama (tidak dicalonkan) mungkin tidak adil. Tetapi selepas sembilan kali tidak patut saya kecil hati, orang lain ramai yang tidak pernah dapat peluang bertanding," katanya.
Mengulas segelintir pemimpin yang meninggalkan parti kerana kecewa tidak dicalonkan, Mohd. Isa berkata, mereka bukan pejuang sebenar dan lebih memikirkan diri masing-masing.
"Pada masa inilah kita nak tengok bagaimana kesetiaan ahli parti, bukan sahaja dalam UMNO tetapi juga semua parti komponen. Orang yang terima banyak nikmat daripada parti meragam sedangkan yang tidak terima nikmat, dia baik saja.
"Kalau meragam pun bukan boleh dapat semula kerusi, kalau bertanding bebas tidak ada harapan menang. Apa faedahnya hanya beri kesan kepada parti yang mungkin kalah. Baliklah semula dan sokonglah parti, kita akan rasa gembira kalau parti menang," katanya.

Sumber asal: Tidak ada sebab saya kecil hati...sudah 9 kali tanding - Isa Samad
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment