Dira selar Wardina kerana kagum sangat dengan DAP...

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 29 April 2018

Dira selar Wardina kerana kagum sangat dengan DAP....
Meskipun sudah bersara dalam bidang seni, nama Wardina Safiyyah Wilmot tetap menjadi sebutan kerana sering mengeluarkan kenyataan yang secara tidak langsung menarik minat nitezen sekaligus memberi publisiti murahan kepadanya.

Terbaru, Wardina yang dulu pernah menjadi seorang selebriti yang “berhijrah” secara “mee segera” dan kemudian dijadikan “ikon” bagi golongan remaja diselar Exco Puteri UMNO Malaysia, Dira Abu Zahar kerana berkongsi pendapatnya di media sosial yang menganggap sesetengah pihak sengaja menjadikan DAP sebagai modal untuk menakutkan umat Islam.

Menurut Dira, Wardina pasti tahu di dalam perlembagaan, Malaysia menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi, namun di bawah pimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) tetap mengamalkan kesaksamaan mengikut undang-undang yang ditetapkan dan diperkenan oleh Yang Dipertua Agong.

"Kita hari ini tetap mengamalkan kesaksamaan, iaitu semua bangsa dan agama akan merasai keistimewaan dari segi prasarana, kemodenan, perniagaan dan lain-lain.

"Tahukah Wardina apa yang DAP perjuangkan? Apa yang pembangkang cuba praktikkan adalah untuk mencabul hak ini dengan memperkecilkan hak Islam dan Orang Melayu di tanah Melayu ini sendiri.

"Jika tidak, masakan DAP berani menyebut Malaysian Malaysia - satu slogan yang agak panas saya kira; dimana falsafahnya mungkin terkandung bahawa Islam bukan agama rasmi sebaliknya semua agama patut disamaratakan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Tambahya, jika semua agama mendapat hak kesamarataan, ini bermakna golongan murtad perlu diberi hak, golongan liberalis perlu dibebaskan, golongan LGBT, yang jelas mencabar undang-undang agama Islam diberi sanjungan.

"Jadi, inikah yang Wardina mahu?  Belum lagi memerintah DAP telah mencabar orang Islam Melayu dengan menolak RUU 355. Belum lagi memerintah DAP pelbagai isu telah timbul di Pulau Pinang seperti memperlahankan azan dan sebagainya.

"Saya kira Wardina anggap perkara ini remeh kerana tiada falsafah maruah bangsa dan agama di parti sebelah sana. Tetapi bagi kami disini (UMNO & BN) akan tetap teguh pada perjuangan kami agar tidak runtuh dek kejarkan kuasa," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Wardina yang meluahkan rasa meluatnya terhadap usaha-usaha menjadi DAP sebagai modal untuk menakut-nakutkan umat Islam.

“DAP sebagai modal nak takutkan orang Islam? Sudah-sudahlah main sentimen agama. Orang sekarang dah bijak banyak.

“Tidak hairan kenapa pengikut caci maki sana sini, tengok cara pemimpin menjatuhkan pihak lawan. Suka bermain emosi. Suka gunakan agama. Suka menakutkan,” tulisnya di laman Facebook.

Sebelum ini, pada tahun 2015, Wardina turut mendapat kecaman kerana menyalahkan kerajaan ekoran penemuan seorang OKU yang dikurung oleh ibunya sehingga menjadi kurus-kering dan menyayat hati.

Wardina secara lantangnya menyalahkan kerajaan atas kejadian yang telah berlaku malah membandingkan pentadbiran kerajaan kita dengan Australia. 

Namun nampaknya pendapat Wardina tersebut ketidakpuasan hati ramai pihak dan akhirnya ramai yang telah membidas kenyataan pelakon Spanar Jaya itu.

Sumber asal: Dira selar Wardina kerana kagum sangat dengan DAP...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment