Pengarah Logistik PKR bertanding calon bebas...

Posted by Kerah Lekung on Friday, 27 April 2018

Pengarah Logistik PKR bertanding calon bebas....
Lepas satu, satu... jika sebelum ini bekas Ketua AMK PKR Cabang Kapar mengumumkan keluar parti kerana kepincangan yang berlaku dipihak kepimpinan parti, perkara sama dibuat oleh Pengarah Lojistik DUN Bukit Melawati, Remy Ishak.

Menurut Remy, tindakan kepimpinan parti yang tidak mahu mendengar suara akar umbi untuk meletakkan calon tempatan di kawasan tersebut, membuatkan keputusan itu dibuat.

"Pihak parti tidak dengar caka akar umbi. Kami mahukan calon tempatan tapi Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan Sivamalar Ganapathy sebagai calon.

"Boleh dikatakan semua ahli PKR di sini tidak berpuas hati dengan keputusan itu tetapi tidak berani bersuara, jadi biarlah saya bertindak...keluar parti dan bertanding atas tiket bebas," katanya ketika dihubungi AgendaDaily.

Remy akan bertanding atas tiket bebas di DUN Bukit Melawati.

Dedah Remy, akan ada lagi beberapa individu yang akan keliar daripada parti kerana tidak berpuas hati dengan corak kepimpinan PKR selain masalah lain yanh timbul di dalam parti.

Pada pagi Rabu, kira-kira 90 orang ahli PKR dari Kapar,Selangor berhimpun di depan ibupejabat PKR di Tropicana dekat Petaluing Jaya untuk suarakan bantahan terhadap pemilihan Datuk Abdullah Sani bertanding kerusi parlimen di situ.

Abdullah Sani, seorang aktivis kesatuan sekerja sebelum ini adalah Ahli Parlimen Kuala Langat.

Menurut jurucakap kumpulan tersebut, Kalaiselvan Ganesan, mereka tidak bersetuju dengan keputusan pucuk pimpinan PKR untuk meletakkan seorang calon Melayu di situ.

Ini kerana katanya kerusi tersebut secara tradisinya ditandingi oleh calon berbangsa India.

“Kami penduduk Kapar ingin beritahu pucuk pimpinan PKR, dari turun-temurun Parlimen Kapar ditandingi oleh kaum India.

“Kenapa bagi PRU14 ini (calon PKR) ditukar kepada calon Melayu?” soalnya yang juga Ketua Ranting PKR Pekan Kapar.

Menurutnya lagi, ahli-ahli di peringkat akar umbi tidak akan teragak-agak undi mengundi calon dari parti lawan sekiranya bantahan mereka tidak diendahkan oleh pimpinan parti.

Pada Selasa,  bekas Ketua AMK PKR Cabang Kapar mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta dan akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa mengumumkan keluar parti berkuatkuasa serta-merta dan akan bertanding di DUN Bukit Antarabangsa bertembung dengan Menteri Besarnya, Datuk Seri Azmin Mohamed Ali.

Beliau mempersoalkan tindakan PKR membiarkan Tun Mahathir Mohamad bertanding menggunakan logo parti tersebut.

"PKR sudah tersasar jauh dari garis perjuangan reformasi... Mahathir dulu kita lawan, kita kata Mahafiraun dan korupsi, yang kita lawan sehingga tertubuhnya parti ini, akhirnya kali ini, mahu angkat Mahathir manjadi Perdana Menteri dengan menggunakan logo kita?"ujarnya.

Beliau meminta penjelasan, berkaitan siapa yang benar, "Adakah Datuk Seri Anwar Ibrahim menipu mengatakan Mahathir penipu, perompak dan pencuri harta negara... atau tuduhan Mahathir memecat Anwar kerana meliwat dan agen asing adalah benar?" soalnya.

Beliau yang turut mengumumkan menyertai dan bertanding menggunakan tiket Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Sumber asal: Pengarah Logistik PKR bertanding calon bebas...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment