Nampak gaya dua beranak yang memegang jawatan tertinggi dalam PKR mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi ‘selamat’ demi mengekalkan kedudukan mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ini kerana kedua-dua mereka langsung tidak turun padang buat apa yang sepatutnya dilakukan sebagai wakil rakyat.
Mereka adalah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang melarikan diri dan bakal bertanding di kerusi Parlimen Pandan.
Anaknya pula Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan merebut kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Wan Azizah sebelum ini.
Wan Azizah yang sebelum ini bertanding di DUN N25 Kajang dan kini digantikan oleh Hee Loy Sien mungkin bimbang kedudukannya tergugat apabila beliau jarang sekali turun ke kawasan Kajang bagi bertemu dengan rakyat dan membantu menyelesaikan masalah penduduk di DUN tersebut.
Sebaliknya Wan Azizah mengambil jalan ‘mudah’ dengan memilih kerusi P100 Pandan yang ditinggalkan Rafizi Ramli.
Manakala Nurul Izzah pula lari meninggalkan kerusi Lembah Pantai dan memilih untuk bertanding di Permatang Pauh.
Sepanjang lima tahun memegang Lembah Pantai semua gerak kerja di kawasan tersebut hanya dilakukan oleh Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin yang juga calon bagi parlimen tersebut PRU14.
Sebelum ini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata bahawa, calon Permatang Pauh diberikan keutamaan untuk diisi oleh ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Untuk rekod Nurul Izzah mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai selepas mendapat 18,922 undi mengalahkan calon BN, Raja Nong Chik yang mendapat 14,940 undi.

Sumber asal: Wan Azizah, Nurul Izzah lari cari ‘kerusi selamat’
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment