MAHATHIR ‘SEMBANG KEMAIH’ BOLEH TARIK 7,000 UNDI MAJORITI DARI BN LANGKAWI

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 26 April 2018

MAHATHIR ‘SEMBANG KEMAIH’ BOLEH TARIK 7,000 UNDI MAJORITI DARI BN LANGKAWI.
ALOR SETAR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad cakap besar bahawa dia akan mengambil sekurang-kurangnya 7,000 majoriti undi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) di Langkawi semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada PRU14 kali ini.

“Kelebihan undi BN yang diwakili UMNO di Langkawi adalah 11,000 daripada 40,000 pengundi, bila kita boleh ambil 7,000 cukup sudah menang,” katanya memetik Awani.

Tun Mahathir berkata demikian semasa sidang media selepas Majlis Taklimat Calon-Calon Pakatan Harapan PRU14 di sini semalam.Sebelum ini, Mahathir dilaporkan mahu melihat tahap sokongan UMNO di Langkawi apabila memutuskan keputusan untuk bertanding di parlimen tersebut.Mahathir juga berkata, bertanding di Langkawi juga sebenarnya sudah lama menjadi niatnya sendiri.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu juga menyuruh rakyat yang tidak diberi pelepasan untuk keluar mengundi pada 9 Mei ini supaya ponteng kerja.Kerana baginya, penetapan hari Rabu sebagai hari mengundi bermatlamat melemahkan pembangkang.

“Saya berpendapat pilihan raya umum pada hari rabu, tidak begitu sesuai, kerana hari bekerja, kita minta semua pengundi supaya ponteng kerja.“Kerana apa yang kita lakukan ini ada kesan kepada seluruh negara, mengundi juga tanggungjawab besar. Kalau ponteng pun, saya ingat itu halal kepada kita,” ujarnya.

Tun Mahathir akan menentang penyandang kerusi itu iaitu Datuk Nawawi Ahmad, yang juga Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB).Nawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Langkawi menewaskan calon PKR, Ahmad Abdullah dengan majoriti lebih 11,000 undi pada PRU13 lima tahun lalu.

Sumber asal: MAHATHIR ‘SEMBANG KEMAIH’ BOLEH TARIK 7,000 UNDI MAJORITI DARI BN LANGKAWI

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment