Mahathir Akan Jadi PM Pertama Tidak Berkuasa Pilih Sendiri Menteri

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 29 April 2018

Mahathir Akan Jadi PM Pertama Tidak Berkuasa Pilih Sendiri Menteri.
Jika Pakatan Harapan (PH) menang pada PRU14 nanti dan Mahathir Mohamad dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau akan menjadi pemimpin negara pertama yang tidak akan memiliki kuasa mutlak melantik Menteri Kabinet untuk membentuk kerajaan.

Semuanya akan dilakukan ikut arahan DAP dalam memilih Menteri Kabinet dan tumpuan bukan diarah kepada Mahathir lagi seperti kebiasaan untuk menunggu barisan Kabinet. Biasanya, media dan semua rakyat akan tertumpu kepada Perdana Menteri untuk mengumumkan senarai akhir Menteri selepas membentuk kerajaan.

DAP mungkin akan mengatakan mereka akan melakukan tugas berkenaan untuk Mahathir atas alasan Mahathir memberikan mandat kepada DAP untuk pilih senarai Menteri Kabinet.

Tugas Mahathir hanyalah membawa nama-nama yang disenaraikan, mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad Ke-V, mendapat perkenan dan kemudian, mengumumkan nama-nama berkenaan sebagai seorang Perdana Menteri. Jika ada nama yang tidak mendapat perkenan, DAP akan pilih nama lain atau mungkin akan desak juga baginda menerima cadangan mereka.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ketika mengumumkan nama Nga Kor Ming akan bertanding di Parlimen Teluk Intan dan Liew Chin Tong akan bertanding di Parlimen Ayer Hitam.

Beliau kemudian umumkan bahawa kedua-dua pemimpin itu akan dilantik sebagai Menteri jika pakatan menang pada PRU14 nanti. Kuasa membentuk dan memilih Kabinet adalah kuasa Perdana Menteri dan akan menasihatkan Agong memberikan perkenan baginda.

Pada 23 April, Guan Eng cuba mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa beliau hanya buat syor sahaja dan bukan buat satu lantikan. Padahal, nama Kor Ming dan Chin Tong akan dipastikan jadi Menteri dan Mahathir akan dipastikan terima syor berkenaan.

Dalam poket DAP, bemacam-macam bukti penyelewengan dan salah laku Mahathir boleh didedahkan dan kemudian dihebohkan di seluruh negara jika Mahathir enggan ikut arahan DAP pilih nama-nama Menteri yang disebutkan oleh Guan Eng.

Ketika mengumumkan lagi nama-nama calon bagi kerusi Parlimen dan berceramah, Guan Eng sudah pasti akan menyebut beberapa orang nama lagi untuk diumumkan sebagai bakal Menteri di bawah kerajaan PH jika mereka menang.

Kalau mengumumkan nama siapa yang akan dilantik dibuat oleh DAP, mungkin dalam kerajaan, DAP akan memilih siapa Menteri atau Timbalan Menteri yang bakal dipecat dan disingkirkan daripada kerajaa.

Mahathir akan dapat apa yang beliau mahu selepas buat kerja dapatkan undi Melayu yang akan pastikan pakatan menang dengan buat kerja #PakatanPalsu #PakatanBohong dengan #TsunamiPHitnah iaitu jadi Perdana Menteri. DAP pula akan dapat apa yang mereka sudah angan-angankan selama bertahun iaitu untuk susun atur kerajaan serta memerintah negara ini ikut apa yang mereka mahu.

Dulu Mahathir ada kuasa untuk buat semua, tapi disebabkan hendakkan kuasa politik hendak selamatkan kroninya, Mahathir ada kuasa tapi kena ikut perintah dari DAP.

#HarapanPalsu #TsunamiPHitnah

Sumber asal: Mahathir Akan Jadi PM Pertama Tidak Berkuasa Pilih Sendiri Menteri

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment