Showing posts with label Melayu Berwawasan. Show all posts
Showing posts with label Melayu Berwawasan. Show all posts

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 1 August 2018

MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul.
Kebiadapan ahli Parlimen DAP Jelutong, RSN Rayer ketika persidangan Dewan Rakyat semakin menjadi-jadi sehingga berani menyebut ‘kepala bapak’.

Rayer ketika mencelah penggulungan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd. Azis Jamman, pada Selasa telah menujukan perkataan ‘kepala bapak’ kepada kalangan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

Kebiadapannya itu telah membangkitkan kemarahan mereka.

Antara yang bangkit membidas Rayer adalah Ahli Parlimen BN Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ahli Parlimen BN Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar.

Keadaan sedikit tegang di antara ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana Rayer berkeras untuk tidak menarik balik perkataan tidak senonoh itu.

Ini memaksa Timbalan Speaker Nga Kor Ming.untuk campur tangan dengan membuat arahan supaya Rayer menarik balik kata-katanya .

Beliau juga beri amaran supaya tidak lagi menggunakan perkataan tidak senonoh di dalam sidang Dewan Rakyat.

“Yang dibangkitkan oleh YB Padang Terap adalah tentang kata-kata. Dan saya menghalusi perdebatan YB Jelutong. Tetapi perkataan yang ditutur yang kurang sopan itu saya minta perkataan kepala bapak itu ditarik balik.

“Yang saya buat ruling di mana YB Jelutong, mana-mana perkataan yang diturutkan tidak senonoh dengan kemuliaan Dewan ini wajib kita elakkan. Hari ini saya maafkan, jangan ulang lagi. Jangan paksa saya guna kuasa saya di bawah perkara 44,” ujar Nga.

Sumber asal: MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul
More about → MP DAP Jelutong sudah berani cakap 'kepala bapak' di Parlimen...Memang Biadap Betul

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

Posted by Kerah Lekung on Saturday, 16 June 2018

Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak dapat bangkit segera”.

“Saya rasa kita mahu bersendirian di semenanjung. Gerakan sudah habis dan jika mereka mahu BN mereka boleh ambil.

“Berada dalam BN bersama Gerakan dan ditolak sepenuhnya oleh rakyat adalah beban yang besar,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Free Malaysia Today.

Katanya, parti komponen lain seperti MIC, MCA dan Gerakn sudah kecundang dengan teruk dan mustahil dapat bangkit semula dalam masa terdekat.

“Kalau mereka tidak bangkit macam mana BN hendak berfungsi? Kita harus terima kenyaaan BN sudah tidak ada,” katanya.

Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong semalam berkata komponen BN patut mengadakan mesyuarat pusat bagi memutuskan untuk menguarkan Umno daripada gabungan itu, bukan meninggalkan gabungan itu.

Sumber asal: Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN
More about → Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN

Gerakan 'biawak hidup' dalam BN - UMNO Perak

Posted by Kerah Lekung

Gerakan 'biawak hidup' dalam BN - UMNO Perak.
UMNO Perak menyifatkan tindakan Timbalan Ketua Pemuda Gerakan, Andy Yong mendesak supaya mesyuarat majlis tertinggi diadakan bagi memutuskan status UMNO dalam komponen Barisan Nasional (BN) sebagai biadap dan tidak mengenang budi.

Ketua Penerangannya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata ia seharusnya diberikan perhatian serius memandangkan kejayaan Gerakan terutama dalam memenangi kerusi pilihan raya sebelum ini banyak dibantu oleh UMNO.

Beliau berkata, Andy seharusnya lebih bersopan dan melihat semula kepada kekuatan Gerakan yang diketahui kurang mendapat tempat dikalangan masyarakat terutama kaum Cina.

"Gerakan ibarat biawak hidup di dalam BN yang terpaksa digendong oleh parti-parti lain terutamanya UMNO, dan hanya mengharapkan belas ihsan pihak lain untuk terus bernyawa.

"Kemenangan calon-calon Gerakan sebelum ini banyak dibantu oleh jentera pilihanraya UMNO dan pengundi Melayu yang menyokong BN, termasuklah semasa Presidennya Datuk Mah Siew Kiong menang dalam Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Intan pada 2014," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Khusairi berkata Gerakan juga tidak memainkan peranan yang baik terutama dalam membantu UMNO dan parti lain dalam komponen BN memenangi kerusi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

"Sebaliknya kemenangan calon-calon BN yang lain, terutamanya dari parti UMNO langsung tidak membabitkan bantuan berkesan dari Gerakan yang amat lemah jentera pilihanrayanya. "Oleh itu para pemimpin Gerakan terutamanya kepimpinan pemudanya tidak layak untuk membuat kenyataan bagi menentukan masa depan BN, termasuk mahu mengusir UMNO dari komponen itu," katanya.

Yong dalam satu kenyataan pada 12 Jun lalu menyifatkan, parti komponen BN tidak perlu meninggalkan gabungan itu sebaliknya satu mesyuarat khas perlu dibuat bagi mengkaji semula kedudukan UMNO yang dilihat terpalit dengan pelbagai isu termasuk politik wang.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mahu anggota UMNO negeri supaya terus memperkukuhkan parti itu agar ia menjadi satu alternatif untuk rakyat.

"Apapun tindakan yang diambil semestinya melalui muafakat antara kita. Tindakan tergopoh-gopoh akan merugikan kita," katanya.

Salleh berkata tumpuan kini diberikan kepada usaha menentukan proses pemilihan parti yang berlangsung pada 30 Jun ini akan berjalan lancar.

"Berbeza pendirian politik bukannya satu kesalahan dan tidak semestinya bermusuh. Kita amalkan politik matang demi negara dan rakyat Malaysia tercinta," kata Salleh dalam catatan terbaru blog beliau hari ini.

Sementara itu, Salleh berkata UMNO Sabah menghormati keputusan empat parti di Sarawak yang keluar daripada gabungan Barisan Nasional (BN).

Katanya di Sabah masih ramai anggota dan penyokong parti yang masih setia dengan perjuangan UMNO dan tidak akan meninggalkan parti itu hanya kerana kegagalan membentuk kerajaan.

Semalam, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) keluar daripada BN dan mewujudkan gabungan baharu, Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Sumber asal: Gerakan 'biawak hidup' dalam BN - UMNO Perak
More about → Gerakan 'biawak hidup' dalam BN - UMNO Perak

BN sudah sampai garis penamat…UMNO kena bangkit sendiri

Posted by Kerah Lekung

BN sudah sampai garis penamat…UMNO kena bangkit sendiri.
Rasanya siapapun tidak perlu nak berdolak dalik lagi.Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1973 dari asalnya Perikatan kini sedang berhadapan dengan situasi ‘gone case’.

Malah sejak pilihanraya umum ke 14 melabuhkan tirai pada 9 Mei lalu ada yang sudah membilang hari hayat gabungan 13 buah bekas parti pemerintah itu.

Ini terbukti bila situasi di Sabah bergegar dengan tindakan UPKO kemudian LDP dan seterusnya diikuti PBS dan PBRS keluar dari BN pada hari pertama,kedua dan ketiga sejurus selepas pilihanraya umum.

Pada Selasa pula menyaksikan empat parti di Sarawak PBB,PRS,PDP dan SUPP angkat kaki dari BN untuk tubuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bergerak sendiri.

Ia bukanlah satu langkah mengejut kerana ramai pemerhati politik sudah menduganya dalam lanskap politik terkini.

Ibarat kata semuanya kena berpijak di bumi nyata dan mencari dahan untuk bergayut.

Di semenanjung MyPPP yang berdepan kemelut dalaman juga sudah keluar dari komponen.

Dari 13 anggota komponen BN kini tinggal empat sahaja yakni UMNO,MCA,MIC dan Gerakan.

UMNO kekal menjadi komponen terkuat dan parti tunjang yang mempunyai jumlah ahli Parlimen terbanyak yakni 54.

Sebaliknya MCA tinggal satu iaitu Parlimen Air Hitam ,MIC dua Tapah dan Cameron Highland manakala Gerakan pula tiada Ahli Parlimen langsung.

Prestasi MCA,MIC dan Gerakan yang ‘hancur lebur’ ini satu hal.

Apa yang paling menjolok mata ialah kajian mendapati BN cuma dapat 2.4 peratus sahaja undi kaum Cina dalam PRU14.

Walaupun UMNO tidak dapat pertahan 88 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan tinggal 54 kerusi Parlimen namun undi orang Melayu pada parti itu tetap steady.

Harapan untuk melihat MCA yang menang 7 kerusi pada PRU13 , MIC  4 kerusi  dan Gerakan 2 kerusi dapat bangun semula pada PRU14 tidak kesampaian.

Inilah antara situasi yang ramai kalangan ahli dan pimpinan UMNO nampak BN selaku sebuah gabungan tidak ada masa depan lagi.

Siapa saja yang realistik terpaksa membuat kesimpulan pedih itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz secara terbuka kata pemimpin-pemimpin BN perlu menerima hakikatnya jenama gabungan itu tidak lagi boleh dipasarkan.

Katanya sukar untuk mempertahankan BN sekarang ini di Malaysia Barat apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi diterima rakyat.

“Parti seperti MIC, MCA dan Gerakan sudah dikalahkan begitu teruk dan tidak mungkin dalam masa singkat ini mereka boleh bangun semula.

“Kalau mereka tidak boleh bangun semula, bagaimana BN hendak berfungsi. Kita kena terima hakikat, BN sudah tidak boleh pergi dah,” katanya.

Beliau mencadangkan agar BN dibubarkan untuk mencari hala tuju baru dikemudian hari.

Katanya  pimpinan BN perlu melihat contoh Parti Perikatan yang dibubarkan pada 1973. Gabungan ad hoc itu, yang diasaskan pada 1957 di Tanah Melayu, dibubarkan selepas beberapa siri rundingan dengan parti pembangkang dan kemasukan Gerakan, MyPPP dan PAS pasca tragedi 13 Mei 1969.

“Kena buat macam dulu, apabila Perikatan lemah, terus bubar Perikatan dan tubuhkan BN. Kemudian jemput parti lain bergabung bersama. BN ini sudah 45 tahun, saya ingat ini yang terbaik,” katanya.

Beliau melihat dari sudut positif empat parti Sarawak meninggalkan BN dan menubuhkan gabungan sendiri dan begitu juga halnya dengan UMNO di Malaysia Barat.

“Dalam PRU akan datang kita boleh bersama dengan parti gabungan Sarawak ini untuk tubuh kerajaan di peringkat Pusat. Itu yang terbaik,” katanya.

Kalangan pemerhati sendiri melihat UMNO tiada pilihan lain kecuali bergerak guna kekuatan sendiri untuk bangkit semula.

Sekalipun kini cuma berkuasa di dua negeri Perlis dan Pahang namun pegangan 54 kerusi Parlimen adalah satu kekuatan yang tidak boleh dipandang ringan oleh lawan.

Apa lagi kalau nak dibandingkan dengan PAS yang juga pegang dua negeri Kelantan dan Terengganu cuma ada 18 Ahli Parlimen,

PPBM pula yang pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad pegang jawatan Perdana Menteri cuma ada 13 kerusi Parlimen dan bergantung hayat pada kekuatan gabungan bersama PKR DAP dan PAN.

Siapa sangka PPBM,parti kecil yang bermula dengan keadaan tidak meyakinkan boleh menjadi kuasa besar hari ini.

Begitu juga PKR yang bermula dengan protes penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh sampai tahap sekarang sekalipun ambil masa 20 tahun.

Bagi kalangan pemerhati dalam arina politik yang terkenal dengan istilah nothing is impossible segala kemungkinan menanti UMNO di depan.

Pentasnya luas terbentang.Apa yang penting semua rapatkan saf dan elak perpecahan khususnya semasa pemilihan UMNO pada 30 Jun ini agar parti terus utuh.

Untuk mengharungi segala cabaran.dalam situasi sekarang setelah 61 tahun tidak pernah kalah semua ahli kena berpegang kepada ayat...sendiri mau ingat

Sumber asal: BN sudah sampai garis penamat…UMNO kena bangkit sendiri
More about → BN sudah sampai garis penamat…UMNO kena bangkit sendiri

Pemilihan Presiden UMNO:Tengku Razaleigh buat sidang akhbar petang Sabtu...

Posted by Kerah Lekung

Pemilihan Presiden UMNO:Tengku Razaleigh buat sidang akhbar petang Sabtu....
Jadi ke tidak Tengku Razaleigh Hamzah bertanding jawatan Presiden UMNO untuk pemilihan pada 30 Jun ini?

Ikut undangan yang diterima oleh media pada Jumaat bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu dijadual buat sidang akhbar pada jam 2 petang esok,Sabtu.

Undangan itu tidak sebut apa tujuan sidang akhbar tetapi dipercayai berkaitan desakan kalangan ahli agar beliau bertanding jawatan nombor satu parti itu.

Hari terakhir serahan pencalonan ialah lusa,Ahad.

Setakat ini Naib Presiden UMNO yang jalan tugas Presiden Datuk Seri Dr Zahid Hamidi sudah serah pencalonan untuk jawatan Presiden.

Sumber asal: Pemilihan Presiden UMNO:Tengku Razaleigh buat sidang akhbar petang Sabtu...
More about → Pemilihan Presiden UMNO:Tengku Razaleigh buat sidang akhbar petang Sabtu...

“Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah

Posted by Kerah Lekung

“Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah.
Anggota Majlis Tertinggi Umno (dilantik) Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah menegaskan beliau tetap anggota parti yang setia.

“Sebagai ahli Umno yang setia, saya tetap menyokong perjuangan Umno dulu, kini dan selamanya,” kata bekas naib canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

“Perjuangan Umno dan BN sejak dahulu harus sentiasa dikenang dalam proses pembangunan dan kemajuan negara Malaysia.”

Penegasan itu dibuat selepas Malaysiakini malam tadi melaporkan beliau sebagai berkata Kelab Umno Pesara Kanan Kerajaan Malaysia ‘dijenamakan’ semula dengan mengeluarkan perkataan Umno, selari dengan prinsip menyokong kerajaan semasa.

Dalam kenyataan awal pagi ini, Ibrahim berkata beliau hanya memaklumkan keputusan mesyuarat agung tahunan kelab itu yang beliau sendiri tidak hadir.

“Saya tegaskan bahawa saya hanya memaklumkan perkara ini dan keputusan ini adalah keputusan yang dibuat melalui AGM,” katanya.

Sumber asal: “Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah
More about → “Saya Tetap UMNO, Dulu, Kini, Selamanya” – Ibrahim Shah

Perutusan Raya PM Tidak Berakhlak Islam

Posted by Kerah Lekung

Perutusan Raya PM Tidak Berakhlak Islam.
KENYATAAN MEDIA:

1. UMNO kesal dengan perutusan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berbaur politik dan cuba menghasut rakyat agar membenci Barisan Nasional serta UMNO.

2. Berbanding dengan perutusan khas titah Yang Dipertuan Agong yang menyentuh peri pentingnya institusi diraja dipertahankan, Dr Mahathir masih mempertahankan pembohongan Kabinetnya mengenai hutang negara dan bencinya kepada kerajaan terdahulu.

3. Seolah-olah beliau seorang yang suci umpama wali Allah, beliau menyebut kemurniaan Aidilfitri serta ajaran Allah tetapi beliau sendiri membangkitkan rasa benci melulu terhadap BN dan UMNO.

4. UMNO terkilan dengan sifat sedemikian. Perutusan itu sepatutnya digunakan untuk perpaduan nasional, saling bermaaf-maafan dan nada kegembiraan.

5. Bagaimanapun Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk menyalahkan kerajaan silam dan memuji Kerajaan PH yang baru lebih sebulan berkuasa ini sebagai ‘perfect’ atau sempurna dan tidak akan membuat kesilapan.

6. UMNO sebaliknya menjunjung kasih ke atas Yang Dipertuan Agong kerana meminta rakyat menjaga Institusi Raja Berperlembagaan sebagai penyelamat jika. berlaku sesuatu masalah besar kepada negara.

7. UMNO bagaimanapun ingin bertanya Dr Mahathir adakah Kabinetnya sedar bahawa keputusan DYMM Yang di-Pertuan Agong tidak mengadakan rumah terbuka di Istana Negara adalah tanda Seri Paduka ‘jauh hati’ apabila pentadbiran PH mengizinkan A Kadir Jasin dan pihak tertentu mempersoalkan kos perbelanjaan diraja? Ia satu tindakan yang tidak sewajarnya kepada tuan tanah negara ini. Mungkinkah mereka yang kurang ilmu ini ingin menunjukkan tahap pemikiran sebenar?

8. Tidakkah sudah wujud provokasi terhadap institusi diraja oleh ejen-ejen PH, dan adakah PH mengharapkan orang Melayu akan duduk diam apabila satu-satunya hak mereka yang tinggal ini, dipersoalkan?

9. Bagaimana pula perasaan Dr Mahathir sendiri yang mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran, sedangkan tradisi rumah terbuka Istana Negara tidak dipandang berat oleh kerajaannya?

10. Ini juga seolah-olah mencerminkan Kerajaan PH kini mengajak rakyat supaya tidak lagi menghormati, mendaulatkan dan memandang tinggi Institusi Raja-Raja Melayu.

11. Pemangku Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak langsung menyentuh bab politik dalam Perutusan Hari Rayanya, sebaliknya berkata Aidilditri patut digunakan sebagai perayaan untuk perpaduan ummah.

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur
15 Jun 2018

Sumber asal: Perutusan Raya PM Tidak Berakhlak Islam
More about → Perutusan Raya PM Tidak Berakhlak Islam

Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO

Posted by Kerah Lekung on Monday, 28 May 2018

Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO.
Siapa saja yang kerap lalu lalang melalui depan rumah Tengku Razaleigh Hamzah di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur kebelakangan ini tentu merasa ada kelainan sikit suasananya.

Dulu kebiasaannya rumah agam itu nampak sunyi saja.Namun akhir-akhir ini sejak selesai pilihanraya umum ke 14 saban hari kelihatan ada saja dereten kereta di pinggir jalan situ dan orang keluar masuk.

Apa yang pasti kedatangan mereka bukanlah untuk ‘merayakan’ kemenangan Tengku Razaleigh menewaskan calon PAS dan PKR dengan majoriti 3,913 undi di kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihanraya umum kali ini.

Bukan satu…bukan dua…bukan tiga tetapi ini adalah pilihanraya kali ke 12 sejak tahun 1969 beliau bertanding dan menang kerusi itu.

Tengku Razaleigh kini pegang rekod sebagai Ahli Parlimen paling senior di Dewan Rakyat.

Mungkin ada yang sudah lupa bahawa beliau adalah pengasas dan CEO pertama Petronas selain pernah jadi Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian.

Dalam UMNO pernah jadi Bendahari dan Naib Presiden.

Juga antara lain yang menarik tentangnya ialah pemilihan jawatan UMNO yang sengit tahun 1987.

Tengku Razaleigh yang mengetuai Team B tewas pada Tun Dr Mahathir Mohamad  Team A dalam pemilihan jawatan Presiden UMNO dengan undi tipis cuma 43.

Nama dalam politik namanya tetap harum sekalipun pernah mengetuai seketika Parti Semangat 46 selepas UMNO (lama) diharamkan dalam kontroversi selepas pemilihan jawatan itu.

Selepas dua kali mengetuai Semangat 46 dalam pilihanraya umum 1990 dan 1995,Tengku Razaleigh dan sebahagian besar ahli partinya akhirnya kembali masuk UMNO semula.

Pada usia 81 tahun kerabat diraja Kelantan ini nampak masih steady dan bertenaga.

Ini dapat dilihat semasa beliau bersembang dengan rombongan Almuni Kelab UMNO Luar Negara dan beberapa NGO lain yang membuat kunjungan di rumahnya petang Khamis.

Bukan rahsia lagi kedatangan mereka dan kebanyakan lain dari masa ke semasa kebelakangan ini adalah untuk memujuknya main peranan dalam kepimpinan UMNO selepas Datuk Seri Najib Tun Razak letak jawatan.

Namanya menjadi bualan di kalangan ahli UMNO dalam pencarian mereka untuk membangkitkan semula parti setelah melalui pukulan hebat dalam PRU14.

Malah ada yang membariskan namanya dalam senarai pilihan jawatan Presiden UMNO dalam posting di media sosial selain Datuk Seri Dr Zahid Hamidi,Datuk Seri Hishamuddin Hussein,Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Mohamed Hassan dan Datuk Seri Mustapha Mohamad.

Ramai yang berpendapat mahu tidak mahu UMNO kini memerlukan set barisan kepimpinan baru yang utuh dan boleh ‘dijual’ untuk menarik balik sokongan ramai.

Dalam hal ini ada kalangan yang melihat kelebihan Tengku Razaleigh ialah dari segi pengalaman dalam politik dan pentabiran,tiada diselubungi sebarang skandal dan paling utama dikira orang disegani yang boleh diletak sama level dengan Dr Mahathir.

Seorang wakil Almuni Kelab UMNO Luar Negara yang bercakap dalam pertemuan itu menilai Tengku Razali dapat menjadi gam yang menyatukan parti dalam keadaan yang getir sekarang.

Seorang lain yang bercakap memberi pandangannya kata buat masa ini tidak nampak ada orang lain yang boleh main peranan yang penting itu.

Tengku Razaleigh telah berucap memberi pandangan beliau termasuk tentang situasi politik dan parti UMNO selepas PRU14.

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu berulangkali menegaskan bahawa kejayaan UMNO  menang 54 kerusi Parlimen ( campur dengan BN semua jumlahnya 78)  bukan sesuatu hal yang kecil.

PKR  menang  47 kerusi Parlimen,DAP 42,PAS 18,PPBM 12,PAN 11 dan lain-lain parti 29.

Katanya berbanding dengan parti-parti lain termasuk di pihak Pakatan Harapan hakikatnya ialah UMNO menang kerusi yang terbanyak sebagai sebuah parti.

Beliau juga menilai UMNO mampu bangkit semula dari kegagalan BN dalam PRU14.

Tengku Razaleigh berpendapat ia dapat dicapai menerusi azam kalangan ahli untuk buat perubahan dan melangkah ke depan dengan penuh semangat serta barisan kepimpinan yang mantap.

Beliau mengajak semua ahli UMNO mengambil iktibar apa yang baru dilalui dan tidak patah semangat.

Pada penghujung pertemuan itu semua yang hadir telah bangun serentak sambil menyuarakan harapan mereka agar beliau sedia tawar diri untuk memimpin parti.

Soalnya sekarang…apa reaksi Tengku Razaleigh pada desakan itu?

Beliau hanya senyum tanpa ada jawapan ya atau tidak.

Sumber asal: Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO
More about → Apa cerita Tengku Razaleigh…makin ramai desaknya pimpin UMNO

Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'

Posted by Kerah Lekung

Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'.
Ingat balik masa riuh pasal isu kenaikan harga barang waktu kerajaan Barisan Nasional dulu kita langsung tidak pernah dengar para pemimpin Pakatan Harapan cakap mungkin ada sabotaj dan peniaga yang ambil kesempatan.

Inilah yang dikata bila kena batang hidung sendiri barulah 'celik' tahu langit tinggi rendah dan lebih mudah jadi pembangkang dari jadi kerajaan.

Semua mereka terus menerus ‘berpesta’ serba serbi hentam dan salahkan kerajaan kerana kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Kini sebagai pemerintah mereka sendiri dapat melihat realiti masalah di depan mata.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ,Salahuddin Ayub yang ditemui  wartawan di Kota Iskandar Johor Ahad beritahu isu kenaikan harga barang ketika ini dijangka dibincangkan kabinet, Rabu ini.

Salahuddin kata beliau difahamkan terdapat pihak yang masih mengambil kesempatan menaikkan harga barangan yang ditetapkan, seperti jualan daging.

"Sebagai mana saya difahamkan, Fama (Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) contohnya, memberi keizinan 'recommendation' harga (jualan) daging tempatan RM30 hingga RM33 sekilo.

"Tetapi ada peniaga yang menjual sampai RM36 dan RM40 pun ada. Ini yang kita kena lihat, takut ada kumpulan yang sabotaj terhadap isu harga barang termasuk ikan," katanya.

Beliau mendakwa hal ini dipercayai berlaku antaranya kerana ketiadaan menteri yang bertanggungjawab mengenai kepenggunaan ketika ini.

"Perdana Menteri belum lagi melantik Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Hari Rabu ini sudah pasti isu ini (kenaikan harga barang) akan dibincang di peringkat kabinet.

"Sekiranya telah ada menteri, maka tanggungjawab itu akan dipikul oleh menteri atau sekiranya Tun (Dr Mahathir) ingin menugaskan salah seorang menteri kabinet dahulu untuk mengambil tanggungjawab, itu kita tunggu arahan daripada kabinet," katanya.

Salahuddin sebelum itu mengadakan perjumpaan dengan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian di Kota Iskandar 

Sumber asal: Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'
More about → Harga barang naik…bila sudah jadi kerajaan baru 'celik'

Sedih Kan!!!! Cuma 2.4 peratus kaum Cina undi BN pada PRU14…- Annuar Musa

Posted by Kerah Lekung

Sedih Kan!!!! Cuma 2.4 peratus kaum Cina undi BN pada PRU14…- Annuar Musa.
Tahukah anda bahawa cuma 2.4 peratus saja kaum Cina yang mengundi BN semasa pilihanraya umum ke 14 baru ini.

Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa berkata kadar itu adalah yang paling rendah dalam sejarah.

Baginya kalau 24 peratus pun sudah rendah inikan pula 2.4 peratus saja.

Beliau memberitahu kadar berkenaan diperolehi menerusi analisa yang dibuat keatas keputusan PRU14.

Annuar menyatakan demikian dalam majlis berbuka puasa bersama Ketua-ketua Penerangan Bahagian UMNO  dan Yayasan Permai di Kuala Lumpur petang Ahad yang turut dihadiri Datuk Seri Dr Zahid Hamidi.

Sebaliknya analisa itu mendapati undi orang Melayu pada BN masih kuat berbanding gabungan parti lain.

Katanya ikut pecahan 46 peratus orang Melayu undi BN, 28 peratus undi PAS dan 25 peratus undi Pakatan Harapan.

Dari 222 Ahli Parlimen semuanya 140 orang Islam manakala 82 bukan Islam.

Itu,kata Annuar angka dari segi komposisi keseluruhan Ahli Parlimen.

Namun dari sudut kerajaan Pakatan Harapan pula dari 124 dalam Pakatan Harapan cuma 58 adalah orang Islam sedangkan bukan Islam 66.

Beliau berkata ini juga pertama kali dalam sejarah negara sejak Merdeka kerajaan dianggotai majoriti bukan Islam.

Manakala di pihak pembangkang yakni BN dan PAS pula majoriti Islam.

Annuar berkata ini semua berlaku kerana orang Islam negara ini berpecah-pecah kepada UMNO,PAS,PKR,PAN dan Warisan.

Katanya apa yang berlaku dari PRU14 harus mewujudkan kesedaran kepada orang Melayu dan Islam negara ini bahawa mereka hilang kuasa kerana berpecah.

Beliau meragui kemungkinan orang Melayu dapat berkuasa semula seperti masa lampau jika tidak bersatu.

Annuar menegaskan sepatutnya di sebuah negara Islam seperti Malaysia penguasaan majoriti Ahli Parlimen ada ditangan orang Islam.

Beliau menilai situasi sekarang seolah orang Melayu dan Islam di negara ini ‘ hilang kemerdekaan’.

Annuar berpendapat ada kemungkinan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri tidak selesa dengan situasi ini.

Serentak dengan itu beliau menyeru seluruh jentera penerangan UMNO menanamkan kesedaran dikalangan orang Melayu di seluruh negara mengenai hal ini.

Katanya orang UMNO tidak harus murung dengan kekalahan ini sebaliknya anggap daya usaha untuk mengembalikan kuasa satu perjuangan yang manis.

Sumber asal: Sedih Kan!!!! Cuma 2.4 peratus kaum Cina undi BN pada PRU14…- Annuar Musa
More about → Sedih Kan!!!! Cuma 2.4 peratus kaum Cina undi BN pada PRU14…- Annuar Musa

Inilah Kerana Melayu Mudah Lupa....Tunjuk Pangkat Kat Lim Kit Siang...Ptuihhhh

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 9 May 2018

Inilah Kerana Melayu Mudah Lupa....Tunjuk Pangkat Kat Lim Kit Siang...Ptuihhhh.
Apa jasa Politik DAP beri kepada Bekas bekas Perjuang ini...?Inilah dikatakan Bangang tak bertempat nak tunjuk Bodoh Sombongnya.

Sumber asal: Inilah Kerana Melayu Mudah Lupa....Tunjuk Pangkat Kat Lim Kit Siang...Ptuihhhh
More about → Inilah Kerana Melayu Mudah Lupa....Tunjuk Pangkat Kat Lim Kit Siang...Ptuihhhh

Tun Daim terbelit gara-gara nak perlekeh GST…Bangangnya Kuda Tua Ni

Posted by Kerah Lekung

Tun Daim terbelit gara-gara nak perlekeh GST…Bangangnya Kuda Tua Ni.
Siapa yang tidak kenal Tun Daim Zainuddin.Masa jadi Menteri Kewangan zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad dulu beliau sangat digeruni.

Ikut ceritanya beliau bukan digeruni kerana garang sangat tetapi kerana gelarannya ‘Daim yang diam’.

Selain itu tentulah kerana andaian popular beliau salah seorang insan kepercayaan utama Dr Mahathir.

Ada macam-macam cerita pasal Daim.Ada yang kata susah nak berkira dengannya.Kalau appointment 10 minit dengannya biasanya alamat cuma dapat mengadapnya tepat 10 minit.

Juga yang menjadi bualan hangat waktu itu ialah kisah ‘budak-budak’ korporat Daim.Antara yang popular Tan Sri Halim Saad dan Tan Sri Tajuddin Ramli.

Dalam konteks sepak terajang politik UMNO Daim bukanlah satu faktor besar yang boleh mempengaruhi situasi.

Beliau hanya pernah jadi Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian Merbok dan Bendahari UMNO Malaysia.

Selain diketahui sangat kaya raya dan berniaga besar cuma bayang Mahathir pada dahinya yang buat Daim nampak cukup gah dan besar.

Juga dari dulu beliau bukanlah dikenali sebagai orang yang kaki turun kempen waktu pilihanraya ataupun waktu pemilihan jawatan parti.

Menariknya setelah lama diam…sehari dua ini Daim tiba-tiba sudah kelihatan masuk gelanggang pusing sana sini.

Antaranya beliau sudah ke Pelabuhan Kelang di Selangor dan Pendang di Kedah.

Ada yang kata Daim terpaksa masuk gelanggang menjelang saat akhir ini kerana ground report yang 'senak perut' bagi pakatan pembangkang.

Tolak sebelah mengenai kemunculannya dan segala andaian…cuma apa yang menjadi bualan hangat kini apakah Daim juga dijangkiti penyakit ‘mudah lupa’ seperti mentornya yang buat segala macam U-Turn.

Di Pendang semalam sewaktu turun kempen sejenak bantu calon PPBM Wan Saiful Wan Jan, bekas Menteri Kewangan itu sudah perlekeh dan kutuk sakan GST.

Malah beliau gelar GST sebagai ‘Goverment Suka Tipu’.

Menurutnya dulu tidak ada GST dan Malaysia merdeka lama tanpa cukai itu.

”(Kini) semua benda kena cukai.Malah jika mati pun kena cukai”,katanya.

Daim bertanya apakah rakyat nak sokong kerajaan yang kejam ini?

Ewah…ewah…gebang kuat sungguh.Ini masalahnya dengan orang yang mudah buat-buat lupa.

Kata orang nak cakap banyak pun tak guna kalau nak lawan dengan orang-orang yang hebat hebat begini.

Apa kata kita ramai ramai ajak Daim bergebang di mana mana kedai kopi.

Buka laptop dan sama sama layari Youtube yang disiar pada 3 Januari 2015.

Youtube yang menarik itu boleh dilayari pada alamat ini :  https://www.youtube.com/watch?v=Q3mhlCFjPf0

Tidak pasti samaada Daim terdiam atau demam tak kebah mendengar kata kata manisnya sendiri pasal GST.

Relaks saja bekas Menteri Kewangan ini mengaku beliau sendiri pun pernah berhajat hendak perkenalkan GST.

Juga dakwanya Datuk Seri Anwar Ibrahim masa jadi Menteri Kewangan dulu berminat hendak laksana GST.

”GST...dulu lagi tahun 1984 saya nak petkenal GST…sebab revenue base kita very small…kalau jadi masalah mana nak cari duit nak belanja…kalau tak mau bayar GST terlalu banyak jangan belanja.

”Lagipun dia ada banyak exemption…dulu lagi saya nak buat tahun 84-85...tapi waktu itu kerajaan kata kita belum bersedia.

“Anwar pun nak perkenal juga…sekarang dia opposition…dia tak setujulah…dulu dalam kerajaan dia pun nak buat juga,”katanya.

Harap-harap tidak Daim tidak lari malam atau buat lawak dakwa orang dalam youtube itu ‘hantu’ sedang bercakap.

Sumber asal: Tun Daim terbelit gara-gara nak perlekeh GST…Bangangnya Kuda Tua Ni
More about → Tun Daim terbelit gara-gara nak perlekeh GST…Bangangnya Kuda Tua Ni

Jamal Abdillah ajak peminat pangkah BN demi kebajikan rakyat

Posted by Kerah Lekung

Jamal Abdillah ajak peminat pangkah BN demi kebajikan rakyat.
Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah menasihatkan peminatnya di seluruh negara supaya mengekalkan kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) esok.

Beliau berkata, ini kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak sudah banyak melakukan perubahan lebih sembilan tahun lalu termasuk menjaga kebajikan rakyat yang memerlukan.

Sehubungan itu, katanya, pengundi diminta tidak mempertaruhkan nasib mereka dengan memilih parti pembangkang yang nyata hanya memperjuangkan kepentingan diri, berbanding nasib rakyat.

"Jangan mudah terpengaruh dengan hasutan, kata manis dan janji pembangkang kerana mereka akan lakukan apa saja untuk mendapatkan kuasa.

"Apabila sudah dapat (kuasa) kelak, nasib kita diabaikan kerana mereka hanya memikirkan kepentingan diri.

"Lihat saja 'kapal' mereka yang mempunyai empat nakhoda dan ia menggambarkan betapa sukarnya untuk mentadbir dengan baik sedangkan masing-masing mahu duduk ditampuk pemerintahan," katanya.

Beliau ditemui selepas mengadakan persembahan sempena program Anak Muda Melaka Fest di Dataran 1Malaysia, Klebang, Melaka malam tadi.

Pada majlis itu, Jamal yang ditemani isteri, Datin Zai Izzati Khiruddin turut memotong kek sempena hari jadinya ke-59.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dan isteri, Datin Seri Fadilah Abdullah; calon BN Parlimen Tangga Batu, Datuk Zali Mat Yasin dan Pengarah Logistik BN negeri, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Sementara itu, Jamal meminta rakan artis supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tersiar di laman sosial sehingga sanggup bersekongkol dengan pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Katanya, tindakan itu dianggap tidak adil kerana kerajaan sentiasa mengambil berat terhadap pelbagai masalah yang dihadapi golongan artis.

"Golongan artis banyak menerima bantuan dan ia sudah pasti akan diteruskan oleh kerajaan BN jika diberi mandat pada PRU-14 ini," katanya.

Sumber asal: Jamal Abdillah ajak peminat pangkah BN demi kebajikan rakyat
More about → Jamal Abdillah ajak peminat pangkah BN demi kebajikan rakyat

Padan Muka!!!! 70 ahli PPBM Pasir Gudang keluar parti

Posted by Kerah Lekung

Padan Muka!!!! 70 ahli PPBM Pasir Gudang keluar parti.
JOHOR BAHRU: Seramai 70 ahli PPBM Bahagian Pasir Gudang hari ini mengumumkan keluar daripada parti itu ekoran kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan.

Setiausaha PPBM Bahagian Pasir Gudang, Zamrin Hamzah berkata, tindakan itu dibuat kerana ketua bahagiannya, Dr. Hashim Yusoff tidak dicalonkan.

"Kami merupakan sebahagian daripada jentera yang menggerakkan kempen PPBM di bahagian ini, namun apabila tiba masanya, ketua bahagian kami tidak dicalonkan.

"Sehubungan itu, kami telah membuat keputusan untuk meninggalkan PPBM dan memberi sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini," katanya dipetik Utusan Online.

Beliau membuat pengumuman itu dalam sidang akhbar di TS Hotel, Taman Rinting, di sini sebentar tadi.

Sumber asal: Padan Muka!!!! 70 ahli PPBM Pasir Gudang keluar parti
More about → Padan Muka!!!! 70 ahli PPBM Pasir Gudang keluar parti

VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

Posted by Kerah Lekung

VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG.
Jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kawasan sekitar Tasek Gelugor, Permatang Pauh, Bukit Mertajam dan Nibong Tebal dilaporkan lumpuh selepas ramai dikalangan mereka mengumumkan keluar parti, selain akan memboikot kempen pilihanraya umum kali ini.

Tindakan kesemua ahli PKR itu selepas kecewa dengan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan yang mengabaikan dan tidak lagi mempedulikan suara anggota khususnya mereka di peringkat akar umbi.

Tidak akan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan belum terfikir untuk menyertai mana-mana parti lain pada ketika ini, kata Ahli Jawatankuasa PKR Tasek Gelugor, Mohd Fauzi Hassan selepas mengumumkan keluar dari parti.

Semalam, seramai 200 ahli PKR termasuk Mohd Fauzi mengumumkan meninggalkan parti berkenaan, susulan mendakwa diabaikan kepimpinan parti di peringkat negeri dan kebangsaan.

Mohd Fauzi berkata, mereka mengambil tindakan berkenaan selepas tidak berpuas hati dengan pucuk kepemimpinan PKR ketika ini yang dilihat tidak lagi mempedulikan suara anggota khususnya mereka di peringkat akar umbi.

Kata beliau, mereka anggota akar umbi sering diabaikan oleh pimpinan parti dan langsung tidak dihiraukan oleh orang atas.

Beliau juga berkata, usaha mereka untuk berjumpa dengan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman juga tidak berhasil apabila beliau gagal ditemui untuk membincangkan urusan berkenaan parti.

“Sikap Mansor ini sama saja dengan pimpinan PKR lain. Kami sudah berjuang bersama PKR sejak sekian lama, kami menyumbang masa dan wang ringgit kerana sayangkan parti ini.

“Tetapi kami dibuat umpama ‘tongkol kayu’. Seolah-olah kami ini hiasan sahaja dalam PKR. Sudah cukup semua ini dan dengan berat hati kami memutuskan keluar parti,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Fauzi juga berkata, ada ramai lagi anggota akar umbi parti tersebut akan mengambil keputusan sama seperti mereka kerana turut tidak berpuas hati dengan kepimpinan parti itu.

Minggu lalu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang, Asrol Sani Abd Razak mengumumkan keluar parti berkenaan bersama lebih 100 anggota PKR dari Bagan, Permatang Pauh, Bukit Mertajam, Kepala Batas dan Tasik Gelugor.

Mereka mengambil keputusan berkenaan selepas kecewa dengan kelemahan kepimpinan PKR Pulau Pinang di bawah Mansor Othman dalam pelbagai isu.

Sumber asal: VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG
More about → VIDEO JENTERA PKR BOIKOT KEMPEN DI KERUSI PANAS PULAU PINANG

AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

Posted by Kerah Lekung

AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA.
TANJUNG MALIM: Perselisihan faham akibat perebutan kuasa dan jawatan sehingga tidak lagi terkawal membuatkan lebih 80 ahli Pertubuhan Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tanjung Malim bertindak keluar parti.

Ahli parti itu dan penyokong parti berbuat demikian selepas muak dengan situasi itu dan sebulat suara menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Barisan Nasional (BN).

Mereka terdiri daripada ahli PPBM Tanjung Malim, Behrang Stesen, Behrang 2020, Slim Village dan Behrang Hulu termasuk beberapa ahli PKR.

Bekas Pengasas PPBM Tanjung Malim, Hazvee Hafiz, 47, berkata, wujud pergerakan lain yang menidakkan kepemimpinan di bahagian itu selain tidak memandang dan menghargai langsung usaha mereka.

“Bila nampak pergerakan lain muncul untuk menidakkan kami di Perak maka kami keluar. Orang tak suka kami keluarlah.

“Tidak ada apa yang kami mahu tunggu lagi,” katanya ketika ditemui selepas program Penyokong Pakatan Harapan (PH) Kini Menyokong BN di sini, hari ini.

Yang turut hadir, calon BN Parlimen Tanjung Malim, Datuk Dr Mah Hang Soon dan calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang, Datuk Rusnah Kassim.

Hazvee berkata, beliau melihat PPBM tidak mempunyai matlamat membela rakyat seperti dilaungkan selama ini.

Menurutnya, pemimpin parti itu kebanyakannya hanya bermatlamat menegakkan kepentingan individu tertentu.

“Perkara ini berlaku sejak awal penubuhan PPBM di Perak yang menyaksikan berlaku perebutan untuk jadi ketua.

“Jadi saya berpendirian tidak mahu bersekongkol dengan mereka dan jejak saya disusuli penyokong hari ini,” katanya yang keluar PPBM sejak awal Ogos tahun lalu.

Katanya, selain bahagian Tanjung Malim, ada ahli di lebih 12 bahagian PPBM di negeri itu juga sudah menyertai BN.

Menurut Hazvee, beliau percaya dengan kepemimpinan BN di bawah Presidennya, Datuk Seri Najib Razak dan struktur organisasi yang kuat serta bermatlamat jelas.

Menurutnya, BN tidak pernah mencari kesilapan pentadbiran parti lain sebaliknya fokus terhadap perjuangan asalnya selain mendapat sokongan padu parti komponan.

Beliau berkata, pada masa sama, BN tidak menyisihkan bangsa lain malah menjaga keharmonian pelbagai kaum di negara ini.

Sumber asal: AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA
More about → AHLI PPBM KELUAR PARTI, MUAK DENGAN KONFLIK DALAMAN DAN PEREBUTAN KUASA

BN YAKINI KEKAL PENGUASAAN DI TERENGGANU

Posted by Kerah Lekung

BN YAKINI KEKAL PENGUASAAN DI TERENGGANU.
KUALA TERENGGANU: Keputusan Barisan Nasional (BN) negeri mengekalkan 17 bekas Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN), selain menampilkan semula tiga bekas pemimpin ‘otai’ pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini, diyakini mampu mengekalkan penguasaan BN di negeri ini.

Selain mengekalkan 17 ADUN dan tiga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) langkah BN negeri mengetengahkan 15 Pegawai Penyelaras Dewan Undangan negeri (DUN) juga dianggap pilihan tepat kerana rakyat sudah berpuas hati dengan tugas dilaksanakan selama hampir empat tahun.

Tiga ‘otai’ yang ditampilkan semula pada PRU-14 adalah bekas ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid yang akan bertanding di kerusi Parlimen Hulu Terengganu, bekas ADUN Chukai, Datuk Mohamad Awang Tera (Chukai) dan bekas ADUN Permaisuri, Datuk Abdul Halim Jusoh (Permaisuri).

Kehendak, aspirasi rakyat

Manifesto tambahan BN negeri hasil cetusan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang diadun daripada cadangan lapan Ketua UMNO Bahagian dan pemimpin sayap parti merangkumi kehendak serta aspirasi semua lapisan masyarakat termasuk golongan muda, mampu membantu BN memperoleh keputusan melebihi dua pertiga.

BN negeri berkeyakinan bukan sahaja boleh mengekalkan 17 kerusi DUN yang dimenangi pada PRU lalu, sebaliknya optimis mampu menambah kemenangan antara tiga hingga empat lagi kerusi.

Bagaimanapun, Ahmad Razif belum bersedia untuk mengumumkan tiga atau empat kerusi DUN yang mampu dikembalikan kepada BN pada PRU yang akan diadakan Rabu ini.

Seorang pengundi yang mewakili generasi anak muda, Muhammad Nor Firuddin, 26, dari Kampung Masjid Haji Kadir, berkata manifesto BN menarik minat golongan belia berusia 21 tahun ke atas untuk terus menyokong BN, terutama aku janji mewujudkan 40,000 peluang pekerjaan.

Peluang golongan muda

Katanya, selain itu impian dan peluang golongan muda untuk memiliki kediaman sendiri juga turut dijanjikan apabila kerajaan BN akan membina 20,000 unit Rumah Mampu Milik (RMM).

“Kediaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap golongan muda, terutama yang sudah mendirikan rumah tangga, selain peluang pekerjaan.

“Alhamdulillah, impian golongan muda untuk memiliki rumah sendiri akan dilaksanakan kerajaan BN apabila berjanji untuk menyediakan sebanyak 40,000 unit RMM selain menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Seorang warga emas, Habsah Mat Zain, 67, dari Kampung Pasir Panjang, di sini, berkata manifesto tambahan kerajaan BN itu sudah merangkumi dan memenuhi setiap impian rakyat, termasuk bantuan serta insentif disediakan bermula daripada bayi dilahirkan sehingga dewasa, cukup sempurna.

“Walaupun parti pembangkang juga turut menawarkan pelbagai aku janji, kebanyakan manifesto itu sudah dan akan dilaksanakan kerajaan BN.“Berdasarkan pelbagai aku janji pembangkang pada PRU lalu, masih banyak janji yang belum dilaksanakan ketika PAS memerintah negeri ini bermula 1999 hingga 2004,” katanya.

Zainon Batin, 58, dari Kampung Gong Penaga, berkata walaupun pelbagai isu dibangkitkan untuk mengelirukan pengundi termasuk membangkitkan soal kelulusan calon, tetapi melaksanakan setiap tanggunjawab diamanahkan menjadi keutamaan rakyat.

“Buat apa memiliki kelulusan tinggi, tetapi gagal melaksanakan tanggungjawab seperti diamanahkan, terutamanya selepas selepas memenangi kerusi.”Calon BN yang ditampilkan untuk bertanding sentiasa mendampingi rakyat dan walaupun belum berjawatan sebagai wakil rakyat,” katanya.

Sumber asal: BN YAKINI KEKAL PENGUASAAN DI TERENGGANU
More about → BN YAKINI KEKAL PENGUASAAN DI TERENGGANU

PEMANDU TEKSI MENGAKU SKIM TEKSI KRONI MAHATHIR MEMBEBANKAN

Posted by Kerah Lekung

PEMANDU TEKSI MENGAKU SKIM TEKSI KRONI MAHATHIR MEMBEBANKAN.
Selepas membuktikan kepada pemandu teksi bahawa Rosmah tidak memiliki Grab, saya bertanya kepadanya berapa banyak yang beliau bayar untuk teksi itu.

Dia memberitahu saya dia membayar RM3,000 sebulan selama 5 tahun – tidak termasuk cukai jalan, petrol dan insurans yang dia perlu bayar sendiri. Dia kemudian memberitahu saya teksi hanya berharga RM70,000.

Kemudian saya mula mengira … RM3,000 sebulan X 12 X 5 sama dengan…

Sebelum saya dapat menyelesaikan kira-kira saya, dia berkata .. “RM200,000 boss! Kita kena tipu”.

Kemudian saya berkata “wow” .. ini adalah disebabkan tindakan Mahathir memberi beribu-ribu permit kepada syarikat kroni.

Abang pemandu itu kemudian berkata .. “Tidak. Berpuluh-puluh ribu permit -bukan beribu-ribu.”

Saya berkata pinjaman RM70,000 dalam tempoh 5 tahun bermakna ansuran RM1,400 sebulan – kurang daripada separuh daripada RM3,000 sebulan yang anda bayar sekarang.

Jadi, saya bertanya mengapa dia tidak berhenti membawa teksi dan kemudian memandu Grab sendiri atau mendapatkan permit teksi persendirian yang kerajaan sekarang ada berikan. Dengan ini, dia boleh memiliki kereta sekarang dan bukannya hanya memiliki kereta itu 5 tahun selepas membayar RM3,000 sebulan memandangkan kerajaan sekarang memberi permit individu?

Beliau berkata .. “Satu kaki sudah masuk dalam skim ini. Tak boleh keluar”.

Saya kemudian bertanya kepadanya memandangkan Mahathir yang membuat anda menderita dengan sistem ini tetapi kenapa anda masih akan menyokong Mahathir?

Dia tidak menjawab.

Kemudian saya bertanya lagi. “Dan bukankah Najib yang memberi anda jalan keluar dari keadaan setengah kaki sudah masuk ini?”

Beliau berkata “ya, anda boleh berkata seperti itu”.

Kemudian saya turun dari teksi dan dia datang dan berjabat tangan dengan saya dan berkata “Terima kasih kerana perbualan ini”.

Kesimpulan saya adalah bahawa penjelasan boleh diberikan kepada orang ramai tetapi anda perlu memahami mereka dengan betul dan dalam cara yang tidak bersifat konfrontasi.

Malah, orang akan benar-benar marah apabila mereka menyedari bahawa mereka telah dibohongi untuk menjadi alat untuk pembangkang menyebarkan propaganda mereka.

Tetapi anda mesti kagum dengan Pakatan kerana strategi mereka untuk menghasut kebencian di kalangan pemandu-pemandu teksi menggunakan penipuan seperti Rosmah memiliki Grab/Uber. Pemandu teksi yang marah adalah alat yang hebat untuk menyebarkan kemarahan anti-kerajaan mereka dan penipuan Pakatan kepada semua penumpang mereka.



Lim Sian See, 6 Mei 2018

Sumber asal: PEMANDU TEKSI MENGAKU SKIM TEKSI KRONI MAHATHIR MEMBEBANKAN
More about → PEMANDU TEKSI MENGAKU SKIM TEKSI KRONI MAHATHIR MEMBEBANKAN

MASYARAKAT CINA TERSINGGUNG DENGAN DAKWAAN PEMIMPIN DAP

Posted by Kerah Lekung

MASYARAKAT CINA TERSINGGUNG DENGAN DAKWAAN PEMIMPIN DAP.
KUALA LUMPUR: Masyarakat Cina di negara ini tersinggung dengan dakwaan pemimpin DAP, Nga Kor Ming, kononnya mereka boleh menerima cara ceramah beliau yang berunsur maki hamun, kurang ajar, biadab dan tidak menghormati orang lain.

Jurucakap MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker, berkata masyarakat Cina secara keseluruhannya adalah komuniti yang baik dan dihormati, sekali gus tidak mungkin akan menerima cara biadab berkenaan.

Malah, beliau berkata, mereka amat terkejut dengan gurauan biadab Kor Ming terhadap calon pakatan pembangkang bagi kerusi Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang dikatakan sedang menunggu ajal.

“Jika Kor Ming mahu membuat lawak mengenai seseorang lebih tua, berlawak mengenai Dr Mahathir bermain judi mahjong dengan mendiang Lee Kuan Yew selepas mati, atau menggelar Dr Mahathir sebagai kuda ditunggang, dia perlu melakukannya atas nama sendiri dan bukan mendakwa kononnya masyarakat Cina boleh menerima atau menyokong penghinaan seumpama ini.

“Penyokong DAP mungkin boleh menerima lawak biadab Kor Ming, maki hamun dan memberi gelaran tidak baik kepada seseorang, namun majoriti masyarakat Cina menolak sikap seumpama ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sumber asal: MASYARAKAT CINA TERSINGGUNG DENGAN DAKWAAN PEMIMPIN DAP
More about → MASYARAKAT CINA TERSINGGUNG DENGAN DAKWAAN PEMIMPIN DAP

GUAN ENG ‘JANJI’ TIDAK AKAN HAPUSKAN TOL DI PULAU PINANG SEHINGGA SELESAI KONTRAK

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 8 May 2018

GUAN ENG ‘JANJI’ TIDAK AKAN HAPUSKAN TOL DI PULAU PINANG SEHINGGA SELESAI KONTRAK.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng semasa berceramah di Alor Setar petang ini ‘berjanji’ akan mengekalkan tol di Tol Sungai Nyior jika terus memerintah selepas pilihanraya umum ini.

Alasannya, pihak kerajaan negeri hanya akan menghapuskan tol itu setelah selesai membayar balik hutang kepada pihak yang melaksanakan jalan tol itu.

Pada PRU13 lalu kerajaan DAP Pulau Pinang menjanjikan tol itu akan dihapuskan, namun dikekalkan sehingga sehingga PRU14 dan kutipan tol akan diteruskan jika Pakatan Harapan menang.

DAP negeri itu tabur lagi janji konon untuk jadikan Pulau Pinang sebagai negeri bebas tol jika menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 sedangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah pun menghapuskan beberapa tol di negara ini termasuk mengecualikan bayaran tol kepada pengguna motosikal yang melalui Jambatan Pulau Pinang.

Pakatan Harapan menjanjikan Lebuh Raya Utara – Selatan bebas tol, sebaliknya Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tidak bersetuju kerana kata beliau kutipan tol perlu untuk menyelia lebuh raya.

Dr. Mahathir juga menyifatkan kadar tol di negara itu masih murah berbanding di negara Jepun yang cukup mahal.

Dalam perkembangan yang lain Guan Eng meramalkan Melaka dan Sabah akan diperintah oleh Pakatan Harapan selepas PRU14 walaupun rakyat belum lagi mengundi.

Kemenangan di Melaka dinyatakan oleh Guan Eng berdasarkan sambutan ramai pada ceramah pakatan parti pembangkang PKR tiga hari lalu.

Namun semasa ceramah DAP di Alor Setar yang dihadiri oleh Lim Kit Siang minggu lalu hanya dihadiri sekitar 300 hingga 500 orang sahaja.

Ceramah di Melaka itu pertama kali pertama menggabungkan Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz bersama pemimpin pembangkang lain.

Namun begitu Guan Eng masih belum berani meramalkan kedudukan Pakatan Harapan di negeri lain termasuk Selangor yang ditadbir oleh PKR mahupun Pulau Pinang yang diperintah DAP.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sedang menghadapi dua tuduhan rasuah di mahkamah itu perlu diingatkan bahawa kehadiran ramai orang pada ceramah politik tidak boleh dijadikan ukuran sebagai tanda kemenangan pada PRU14 ini.

Pada PRU13 dahulu ceramah-ceramah Pakatan Rakyat (PR) yang turut menggabungkan PAS mendapat sambutan jauh lebih ramai untuk mendengar ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Namun Pakatan Rakyat yang mendapat dokongan kuat DAP, PAS serta PKR yang bertanding satu lawan satu dengan BN juga gagal menawan Putrajaya kecuali mempertahankan Selangor dan Pulau Pinang sahaja sementara di Kedah ditawan semula oleh BN.

Dalam pada itu Guan Eng menafikan pakatan ‘mengimport’ atau membawa orang luar kawasan untuk mendengar ceramah Dr. Mahathir di Melaka tempoh hari.

Beliau mendakwa mereka yang mendengar ceramah pakatan itu terdiri 60 peratus orang Melayu yang datang secara sukarela.

Di samping bangga dengan kehadiran orang ramai pada ceramah Pakatan Harapan, Guan Eng pula menyuarakan kebimbangan dengan sambutan rakyat terhadap karnival jualan runtuh yang dianjurkan oleh Barisan Nasional (BN) termasuk di negeri Kedah yang diadakan pada setiap minggu.

Karnival itu mendapat mendapat sambutan ramai termasuk masyarakat Cina yang berebut-rebut membeli barang keperluan harian dengan harga jauh lebih rendah jika dibandingkan di pasar biasa.

Seperti ceramah di tempat lain, Guan Eng juga menjanjikan bahawa pakatan akan menghapuskan GST dan tol Lebuh Raya Utara – Selatan jika menang PRU14 ini.

Guan Eng turut mengajak masyarakat Cina menyokong Mahathir sebagai Perdana Menteri walaupun pengerusi Pakatan Harapan itu sudah terlalu tua dan mulai nyanyuk untuk mentadbir negara ini.

Sebelum itu Pengerusi DAP Kedah Tan Kok Yew dalam ucapannya pula cukup bangga Pakatan Harapan menampilkan calon PKR dan DAP yang muda bagi Parlimen Alor Setar dan DUN Kota Darulaman tetap dalam masa yang sama mahu Perdana Menteri yang tua dan uzur.

Sumber asal: GUAN ENG ‘JANJI’ TIDAK AKAN HAPUSKAN TOL DI PULAU PINANG SEHINGGA SELESAI KONTRAK
More about → GUAN ENG ‘JANJI’ TIDAK AKAN HAPUSKAN TOL DI PULAU PINANG SEHINGGA SELESAI KONTRAK