“Bagaimana hendak mentadbir negara jika simbol yang menjadi perkara terpenting parti pun boleh diubah dengan sekelip mata?”
Itu pertanyaan daripada Ahli Parlimen Kepong. Dr. Tan Seng Giaw bagi menyelar keputusan DAP menggadaikan lambang roket yang digunakan parti tersebut sejak 1966 semata-mata untuk berada di bawah gabungan pembangkang PKR.
Seng Giaw yang juga bekas Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berkata, kepimpinan tertinggi DAP sepatutnya mengambil kira pelbagai faktor penting sebelum menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kerana tindakan itu jelas memberi impak negatif terhadap parti.
“Susah payah 52 tahun berakhir dengan sekelip mata sahaja apabila (simbol) menjadi dua bulan sabit pula, merah jadi biru kerana ditukar warna. Masalahnya, sama ada rakyat akan terima atau penyokong turut bersetuju (dengan tindakan tersebut),
“Apakah simbol ini akan hilang selama-lamanya atau akan digunakan lagi. Kalau boleh ubah simbol sekelip mata, apa lagi tidak boleh dibuat di dalam negara. Benda yang terpenting pun boleh diubah dengan begitu sahaja, ini masalah apabila manusia pandai-pandai (buat keputusan),” katanya kepada Utusan Online dekat sini hari ini.
DAP tidak mencalonkan Seng Giaw bagi mempertahankan kerusi Parlimen Kepong yang disandangnya sejak lapan penggal lalu bagi PRU-14 dan digantikan oleh Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Seng Giaw sebelum ini mencetuskan rasa kurang senang dalam kem DAP apabila mengeluarkan kenyataan penafian terhadap penglibatan secara langsung Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dalam pada itu, ditanya mengenai kemungkinan akan bertanding pada pilihan raya akan datang menerusi tiket bebas, Seng Giaw berkata, tiada keperluan baginya untuk mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak 1982 itu.
“Ada pengikut dan pengundi yang mendesak saya untuk terus bertanding cara yang lain seperti bebas dan sebagainya. Ada juga yang kata lebih baik saya mati. Manusia memang banyak ragam, kadangkala cakap terlampau.
“Jadi, kita perlu cuba melakukan dan mengamalkan cara yang lebih baik, lebih sopan mengambil pertimbangan perasaan orang lain, saling bantu-membantu. Tetapi dalam perjuangan, perebutan kuasa ini, sifat manusia itu hilang sama sekali, itu sahaja,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: TAN SENG GIAW KECEWA DAP GADAI PERJUANGAN 52 TAHUN
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment