Krisis dalaman PKR ketika ini boleh dianggap disebabkan oleh bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang kini Pengerusi Pakatan Harapan (PH). Orang tua ini bawa masalah sehingga Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya, Azmin Ali bermasam muka ketika ini.
Dr Wan Azizah adalah proksi kepada suaminya, Anwar Ibrahim yang sedang dipenjarakan. Kebetulan dalam situasi sekarang, ketika Mahathir sudah dipilih jadi calon Perdana Menteri pakatan, Azmin dikenali sebagai proksi Mahathir.
Penyandang kerusi Permatang Pauh itu sudah tentu bimbang jawatan Presiden akan hilang dari tangannya jika dicabar oleh Azmin yang rapat dengan Mahathir pada pemilihan PKR nanti.
Jawatan itu dijaga oleh Dr Wan Azizah untuk suaminya Anwar apabila dibebaskan dan sudah insaf nanti. Sebelum Mahathir bersama dengan mereka, sudah dapat dihidu gerakan senyap Azmin meletakkan soldadu politiknya dalam PKR untuk bantu tumbangkan Dr Wan Azizah.
Azmin masih muda dan bertenaga, beliau tahu beliau ada potensi jadi Presiden PKR. Tolak tepi sejarah Azmin pernah jadi Setiausaha Sulit Anwar tapi Azmin juga pernah jadi anak angkat kesayangan kepada Mahathir.
Konflik mereka hangat sampai Dr Wan Azizah bertindak keluar dari majlis pelancaran jentera PKR di Pulau Pinang sejurus sebelum Azmin berucap, semalam.
Dr Wan Azizah begitu bimbang dengan aura Azmin sampai bertindak tolak lapan nama calon yang dicadangkan Azmin termasuk nama-nama yang sudah lama jadi wakil rakyat dalam PKR. Nama penyandang kerusi Parlimen Batu, Tian Chua digugurkan, yang lain digugurkan dari cadangan Azmin ialah untuk Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong; DUN Kota Anggerik, Yaako Sapari; DUN Taman Medan, Hanizah Mohd Talha dan DUN Rawang Gan Pei Nie.
Dari dalam penjara, sudah tentu Anwar berikan arahan kepada Dr Wan Azizah untuk halang kemasukan fahaman Azminime yang turut sama bawa fahaman Mahathirisme dalam PKR.
Sebaik keluar dari penjara, Anwar nampak PKR sudah hancur diratah oleh bekas Setiausaha Sulitnya sendiri. Semuanya angkara Mahathir. Azmin pula bijak dalam mencatur strategi, apabila Mahathir jadi kawan dengan mereka, lagi aktif beliau menyindir secara sinis kepimpinan PKR.
Dengan sokong Mahathir sebagai bakal Perdana Menteri pembangkang, dan berpakat dengan Mahathir tumbangkan Dr Wan Azizah, dua dua Azmin bakal dapat, silap-silap boleh pasang angan-angan Mat Jemin jadi Perdana Menteri pula nanti.
Dalam hati Mahathir, beliau bukan terima bulat-bulat jika terpaksa beri laluan kepada Anwar untuk jadi Perdana Menteri selepas dia dibebaskan.
Lihat bagaimana pentingnya kedudukan kepada tiga orang ini, semua takut hilang jawatan dan peluang. Itulah angkara Mahathir, sehingga buatkan PKR bertelagah sesama sendiri antara pemimpin mereka.

Sumber asal: Mahathir Punca Azmin Dan Wan Azizah Bermasam Muka
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment