Selangor Cuba Lengahkan Pelaksaaan Projek ECRL?

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 28 February 2018

Selangor Cuba Lengahkan Pelaksaaan Projek ECRL?.
Kerajaan Negeri Selangor nampaknya kini cuba melengahkan pelaksanaan projek untuk rakyat iaitu projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana masih tidak memberi kelulusan permohonan tanah untuk pembangunan projek itu yang sepatutnya dijadualkan beroperasi menjelang tahun 2024.

Projek itu boleh terjejas sekiranya kerajaan pimpinan Menteri Besar Azmin Ali terus enggan memberikan kelulusan. Menurut Ketua Pembinaan Infrastruktur Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Noor Azlan Salleh berkata, sehingga kini kerajaan negeri masih belum meluluskan permohonan tanah yang telah dipohon oleh pihaknya.

Oleh itu, pembangunan projek ECRL yang sudah bermula sejak November tahun lepas akan memberi tumpuan kepada tanah milik kerajaan di Pahang, Kelantan dan Terengganu yang telah mendapat kelulusan kerajaan negeri yang terbabit.

Dulu, Azmin pernah menyebabkan negeri Selangor kerugian sampai RM800 juta kerana menangguhkan pelaksanaan projek loji rawatan air Langat II.

“Hanya disebabkan politik dan kerajaan negeri tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan sebelum ini, projek Langat 2 yang sepatutnya boleh siap pada 2014 terpaksa tertangguh sehingga 2019.

“Bila akhirnya kerajaan negeri setuju ia (Langat 2) diteruskan, rakyat akhirnya juga terpaksa tanggung (kerugian) RM800 juta (untuk pembinaan loji rawatan air baharu),” kata Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar dalam isu Langat II.

Kerana kelewatan itu, kerajaan negeri Selangor terpaksa membina dua loji rawatan air baru sementara menunggu Langat II siap pada tahun depan.

Untuk projek ECRL pula, kelulusan perlu datang dari Majlis Tindakan Ekonomi Selangor iaitu kelulusan dasar kerajaan negeri sebelum sebarang projek pembinaan dilaksanakan.

Difahamkan, pihak MRL masih menunggu kelulusan berkenaan dan masih belum ada apa-apa perkembangan walaupun pihak MRL sudah berhubung banyak kali termasuk di peringkat tertinggi.

MRL dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan Diperbadankan adalah pemilik projek dan pemilik aset ECRL manakala China Communications Construction Company (CCCC), syarikat milik kerajaan China bertanggungjawab sebagai kontraktor kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pelaksanaan.

Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer akan menghubungkan ne­geri-negeri pantai timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik me­lalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 kilometer (km) dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

Di bawah pembinaan fasa per­­tama, jajaran tersebut akan menghubungkan kesemua pusat bandar utama di pantai timur dan mempunyai 12 stesen penum­pang, tiga stesen kargo, tujuh stesen penumpang dan kargo.

Pembangunan fasa kedua pula melibatkan sambungan fasa pertama di Kelantan dari Kota Bharu ke Pengkalan Kubor dan Selangor dari Gombak-Serendah-Jalan Kastam (Pelabuhan Klang) dengan jajaran utama sepanjang 102.3 km dan jajaran sisihan sepanjang 4.5 km dengan dua stesen penumpang dan dua stesen penumpang dan kargo.

Noor Azlan berkata, dalam pembinaan fasa kedua ECRL, Selangor mempunyai laluan paling panjang iaitu 80 km dari Gombak ke Pelabuhan Klang berbanding 19 km dalam fasa pertama.

Sumber asal: Selangor Cuba Lengahkan Pelaksaaan Projek ECRL?
More aboutSelangor Cuba Lengahkan Pelaksaaan Projek ECRL?

Peugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia?

Posted by Kerah Lekung

Peugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia?.
Kalau ada sahaja pelaburan luar yang masuk Malaysia, maka pembangkang akan kata Malaysia sudah kena jajah dan tergadi. Itulah logik mereka terhadap projek ECRL dan juga pembelian saham Geely terhadap Proton.

Bermacam macam tuduhan dibuat oleh Mahathir dan pembangkang bila Geely membeli saham Proton. Namun pembelian itu tidak menjejaskan sedikit pun kedaulatan Malaysia ini. Hanya propaganda pembangkang semata mata.

Baca pautan ini :
http://ift.tt/2oF1xxN

Kali ini, Malaysia menjadi tumpuan lagi. Kali ini syarikat Naza Corporation Holdings (Naza Group) akan bekerjasama dengan Groupe PSA dari Perancis di kilang Naza Automative Manufacturing (NAM) di Gurun, Kedah. Perkongsian itu adalah bagi membantu membangunkan industri automotif yang dinamik di Malaysia.

Groupe PSA adalah syarikat pengeluar kereta Perancis yang terkenal dengan jenama Peugeot dan Citreon.

Melalui pakatan strategik itu, ia akan menyaksikan pengenalan model baharu dengan vendor tempatan dapat meningkatkan kemahiran mereka yang akan membawa manfaat kepada industri tempatan serta masyarakat.

NAM menyasarkan pengeluaran sebanyak 18,000 unit kereta pada 2019 dan disusuli sejumlah 21,000 unit pada 2020 yang masing-masing menjana perolehan sebanyak RM724 juta dan RM967 juta.

Sungguhpun ia merupakan satu berita yang menarik, apatah lagi dapat merangsang ekonomi negara kerana ia dijangka melahirkan 70 vendor tempatan tambahan dalam tempoh lima tahun akan datang dan mewujudkan tambahan 1,200 peluang pekerjaan di Kedah namun pastinya ia bukan berita gembira untuk pembangkang.

Ironinya, kilang NAM itu akan beroperasi di Gurun, iaitu tempat di mana Perwaja Steel pernah bertapak dulu semasa era pemerintahan Mahathir sebagai Perdana Menteri selama 22 tahun dan apa yang berlaku kepada syarikat itu?

Perwaja Steel dilaporkan mengalami kerugian hampir RM10 bilion. Pada mulanya ia adalah syarikat usaha sama antara kerajaan dengan Nippon Steel Corporation Jepun namun selepas ia menghadapi masalah pengeluaran, Nippon akhirnya menarik diri.

Malangnya Perwaja telah ditutup dan pekerja terpaksa dibuang. Bukan sahaja Perwaja, malah Bank Negara Malaysia mengalami kerugian lebih RM30 bilion semasa tahun 90-an akibat urus niaga mata wang asing (Forex).

Namun pembangkang seakan-akan terlupa akan semua itu selepas Mahathir menyertai mereka.

Apa yang pasti, pembangkang akan mereka cerita kononnya syarikat luar itu akan `menjajah’ Malaysia, iaitu taktik sama yang digunakan ketika usahasama dijalankan antara firma China, Zhejiang Geely Group Holding Co dan Proton Holdings Bhd.

Walaupun ia bakal memberikan manfaat kepada negara namun pembangkang tidak melihat perkara itu sebaliknya mereka menjaja bahawa kerajaan mahu menjual negara kepada China.

Realitinya, keputusan syarikat dari Perancis itu untuk memilih melabur di Malaysia menunjukkan keyakinan yang tinggi terhadap kerajaan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syarikat Peugeot dan Citreon tidak percaya dakyah Mahathir dan pembangkang bahawa Malaysia hendak bankrup. Mereka percaya dengan kekuatan ekonomi Malaysia. Sama seperti SK Group, syarikat multinasional kedua terbesar dari Korea Selatan yang menjadikan Malaysia sebagai hub di rantau ini.

Syarikat mulnasional dan pelabur luar yakin dengan kerajaan BN, maka rakyat Malaysia juga harus melabur sama memberikan mandat yang lebih besar pada kerajaan BN pada PRU14 nanti.

Sumber asal: Peugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia?
More aboutPeugeot, Citroen Pula Jajah Malaysia?

Rampas kapal mewah Jho Low: Polis Indonesia ambil masa lapan hari untuk siasat dan merampasnya

Posted by Kerah Lekung

Rampas kapal mewah Jho Low: Polis Indonesia ambil masa lapan hari untuk siasat dan merampasnya .
8 hari rancang sebelum rampas 'aset hasil kejahatan'
mk      Hari ini, 6:32 pm
Polis Indonesia mendedahkan mereka membuat persediaan lapan hari untuk menyelaraskan siasatan terhadap kapal layar mewah hartawan kontroversi Malaysia Jho Low sebelum merampasnya hari ini.

Pengarah ekonomi dan jenayah khas polis republik itu Agung Setya berkata penyelarasan bersama Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) itu dibuat sejak 21 Januari lalu.

“Kita berkoordinasi dari tanggal 21 terkait dengan investigasi dilakukan FBI.

“Dan kita kemudian telusuri terkait dengan targetnya, kapal Equanimity. Sudah diberitahukan melalui mahkamah Amerika (Jabatan Keadilan) kapal ini jadi aset hasil kejahatan.
“Aset ini adalah aset hasil kejahatan sudah kita sahkan. Secara legal kita sudah pastikan.

“Kita sudah jalankan investigasi di sini.

“Orang yang menyembunyikan aset hasil kejahatan boleh didakwa melakukan pengubahan wang haram,” katanya seperti dilaporkan TV tempatan Metro TV.

Berkaitan: Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali

Indonesia hari ini merampas kapal bernama The Equanimity yang didakwa diperoleh menggunakan wang 1MDB, di Bali.

Aset itu dijejak Jabatan Keadilan (DOJ) AS dalam siasatan mereka untuk menyita aset yang dikaitkan dengan pengubahan wang haram melibatkan 1MDB.

1MDB sedang berdepan siasatan di beberapa negara, termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura.

Menurut pemfailan itu, The Equanimity berukuran 300 kaki (91.4 meter) yang dibina oleh Oceanco di Rotterdam, Belanda, pada tahun 2014, dan didaftarkan di Kepulauan Cayman.

Ia boleh membawa 26 tetamu dan sehingga 33 anak kapal. Kemudahannya termasuk pad pendaratan helikopter, gimnasium, panggung wayang, sauna, bilik wap dan 'experimental shower' dan kolam mandi.

Ia telah memenangi anugerah "Best in Show" di Pertunjukan Monaco Yacht pada tahun 2014.

Satu laporan South China Morning Post tahun lepas berkata Low telah menjadi tuan rumah beberapa majlis parti yang menampilkan selebriti seperti Leonardo DiCaprio di atas kapal layar itu.
TERKINI...kapal mewah Jho Low dirampas, RM400j itu duit rakyat M'sia - Sekilas Fakta 28 Feb 2018
Paparan Sekilas Fakta, Rabu 28 Feb 2018:

Indonesia rampas kapal mewah Jho Low di Bali

Sumber asal: Rampas kapal mewah Jho Low: Polis Indonesia ambil masa lapan hari untuk siasat dan merampasnya
More aboutRampas kapal mewah Jho Low: Polis Indonesia ambil masa lapan hari untuk siasat dan merampasnya

Projek terowong bawah laut: Datuk Seri ditahan kenapa Abdul Azeez Rahim tidak?

Posted by Kerah Lekung

Projek terowong bawah laut: Datuk Seri ditahan kenapa Abdul Azeez Rahim tidak?.
Kenapa SPRM tak tahan Azeez, soal Guan Eng
mk      Hari ini, 4:19 pm
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim masih belum ditahan oleh SPRM untuk siasatan atas dakwaan menerima jutaan sebagai bayaran rundingan untuk projek terowong bawah laut negeri itu.
Abdul Azeez Rahim

"Kenapa Azeez tidak ditangkap, kenapa dwi-standard? Kenapa SPRM pilih kasih?

“Adakah mereka benar-benar cuba menyiasat kegiatan rasuah?" soal Lim, sambil menambah bahawa malah Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy juga disoal-siasat berhubung projek berkenaan.

"Saya mempersoalkan mengapa SPRM gagal melaksanakan tanggungjawab dan tugasnya. Saya menjangkakan saya akan dipanggil tidak lama lagi," katanya pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

Adalah dilaporkan semalam bahawa Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd membayar sejumlah RM22 juta kepada seorang ahli politik Umno dan seorang ahli perniagaan untuk kerja-kerja rundingan. 
Zenith dikatakan mengeluarkan surat tuntutan kepada Azeez dan seorang tokoh perniagaan yang tidak dinamakan kerana gagal menyempurnakan kerja-kerja rundingan itu, walaupun setelah dibayar RM3 juta dan RM19 juta masing-masing.

Azeez menafikan dirinya menerima wang berkenaan, manakala tokoh perniagaan itu ditahan di Putrajaya semalam.

Lim berkata perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, tetapi tidak ada seorang pun ahli majlis yang mengetahui perkara tersebut.

"Ini adalah sesuatu yang kita semua tidak tahu sama sekali, dan kita akan meminta Zenith untuk menjelaskannya.

"Paling penting, kita akan menunggu penjelasan mereka," kata ketua menteri itu.

Berkaitan:
Projek terowong: Ahli perniagaan direman 6 hari
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah_mutalib@bh.com.my
SEORANG ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dibawa oleh pegawai SPRM ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk mohon reman dipercayai terbabit menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor

PUTRAJAYA: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri direman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.

Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh mengeluarkan perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 37 tahun itu di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Suspek ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika hadir di ibu pejabat SPRM di sini pada jam 3.48 petang semalam.

Difahamkan, suspek menerima wang berkenaan daripada syarikat pembinaan utama projek terbabit selepas dikatakan mampu menyelesaikan siasatan dijalankan SPRM.

Sumber berkata, pihak syarikat berkenaan membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar Julai dan Ogos tahun lalu.

Katanya, pembayaran pertama berjumlah RM2 juta dibuat pada Julai tahun lalu di rumah suspek, manakala bayaran kedua iaitu sebanyak RM15 juta pula dilakukan kepada sebuah syarikat pada bulan sama dan pembayaran ketiga dan terakhir pada Ogos tahun lalu.

Projek mega terowong itu mencetuskan pelbagai kontroversi, termasuk kos kajian kebolehlaksanaan terlalu tinggi, selain kaedah pembayaran menggunakan tanah kerajaan negeri serta pelaksanaan dibantah penduduk yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Sumber asal: Projek terowong bawah laut: Datuk Seri ditahan kenapa Abdul Azeez Rahim tidak?
More aboutProjek terowong bawah laut: Datuk Seri ditahan kenapa Abdul Azeez Rahim tidak?

Mahathir Datang Ke Pekan Tidak Bawa Senjata Tapi Jaja Cerita Palsu

Posted by Kerah Lekung

Mahathir Datang Ke Pekan Tidak Bawa Senjata Tapi Jaja Cerita Palsu.
Memanglah Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mahu datang ke Pekan, Pahang esok tidak bawa senjata tapi Mahathir akan bawa banyak berita palsu untuk diperkatakan kepada orang Pekan dalam ucapannya esok, iaitu kerusi Parlimen disandang oleh Najib.

Bekas Perdana Menteri itu sudah pasti akan guna semula isu derma RM2.6 bilion dan akan menagih simpati dalam isu mengutuk orang berketurunan Bugis yang memperlihatkan seolah-olah Mahathir tidak bersalah. Selain itu, isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah pasti akan diguna semula.

Mahathir hari ini dalam Malaysiakini kata, esok beliau hanya merancang memberi ucapan di Pekan dan bukan membawa senjata.

Kalau sekali imbas sahaja, orang sudah tahu kunjungan Mahathir ke Pekan adalah untuk satu provokasi politik untuk melihat reaksi Najib apabila Mahathir masuk ke kawasan Parlimen yang diwakili oleh Perdana Menteri sendiri.

Mahathir dikatakan akan berceramah di Felda Chini dan melawat penempatan orang Asli di Pekan esok.

Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, Abdul Rahim Yahya berkata kehadiran Mahathir kemungkinan akan menimbulkan lagi masalah dan juga mungkin mencetuskan pergaduhan.

Dia dinasihatkan supaya batalkan sahaja lawatannya ke kawasan berkenaan.

Ketika pentadbiran bekas perdana menteri itu,penduduk tempatan dikatakan tidak berpuas hati dengan Mahathir kerana “berbohong kepada peneroka.

Sebelum ini,dia dikatakan berbohong mengenai pemberian saham dan pada akhirnya, peneroka tidak boleh mendapatkan saham mereka, sebaliknya mencetuskan kebimbangan dan mensabotaj ekonomi negara dengan memulakan pembohongan ini.

Strategi meletakkan hukum ‘haram’ dan ‘rasuah’ atas wang pemberian kerajaan dan FELDA juga adalah strategi jahat dari pembangkang bertujuan mengelirukan para peneroka agar menolak kepimpinan kerajaan yang sedia ada.

Sebelum ini, seorang peneroka juga menyatakan ianya menjadi pengajaran buat mereka untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan apa juga hasutan untuk memburuk-burukkan Felda.

Bagaimanapun, kekecohan dan huru-hara adalah kegemaran Mahathir sekarang ini kerana ia boleh membuatkan persepsi rakyat terganggu ekoran ketegangan dan pergaduhan yang berlaku. Sudah banyak program Mahathir ada bersama, tercetusnya pergaduhan sampai ke peringkat membaling kerusi pun ada.

Sumber asal: Mahathir Datang Ke Pekan Tidak Bawa Senjata Tapi Jaja Cerita Palsu
More aboutMahathir Datang Ke Pekan Tidak Bawa Senjata Tapi Jaja Cerita Palsu

Kapal Mewah Jho Low kena Rampas di Bali, Indonesia [Video]

Posted by Kerah Lekung

Kapal Mewah Jho Low kena Rampas di Bali, Indonesia [Video].

PIHAK berkuasa Indonesia hari ini merampas sebuah kapal mewah berharga RM1 billion yang mana Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) mendakwa ia dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) lapor Reuters.


Kapal Mewah Jho Low

SCROLL KE BAWAH UNTUK MENONTON VIDEO

Kapal mewah yang diberi nama Equanimity (Ketenangan) berharga USD260 juta itu didakwa dibeli oleh Jho Taek Low atau nama popularnya "Jho Low" rakan perdana menteri Malaysia, yang disebut oleh DoJ sebagai dalang utama skim bagi menggelapkan dana kerajaan Malaysia melalui 1MDB.


Kapal mewah itu yang berlabuh di sebuah perairan berdekatan dengan Pulau Bali, boleh memuatkan seramai 26 penumpang dan 33 krew anak kapal, malah turut mempunyai landasan helikopter.


"Sejak semalam kami sedang menyiasat anak-anak kapal dan kini kami mengambil tindakan selepas menerima arahan dari mahkamah untuk merampas kapal mewah itu," kata Agung Setya, Pengarah Biro Penyiasatan Jenayah Khas dan Ekonomi Indonesia, dipetik oleh Metro TV.


Pada bulan Disember lalu, The Australian melaporkan bahawa Jho Low sering membahagikan masanya di antara kapal Equanimty dan hotel mewah di Shanghai.


Laporan itu menyebut, individu dikehendaki berhubung siasatan antarabangsa 1MDB itu telah berlayar dan berlegar di lautan Asia Selatan, dan berhenti di Cambodia, Thailand, Bali dan beberapa pulau-pulau kecil di Indonesia sejak enam bulan lepas.


"... di tengah-tengah laporan bahawa dia akan ditahan dan didakwa dalam beberapa minggu atau bulan akan datang, berhubung siasatan antarabangsa, Jho Low dikatakan membahagikan masanya di antara Equanimity yang mempunyai hiasan dalaman bersadur emas, dan Hotel Peninsula yang mewah di Shang Hai, dan menghadap laut," tulis laporan itu.


Laporan itu turut memetik dokumen mahkamah Amerika Syarikat yang mengatakan, ketika "bersandiwara" di atas kapal Equanimity dalam tahun 2014, Jho Low telah memberikan teman wanitanya, seorang supermodel Australia Miranda Kerr, sebuah perhiasan berlian berharga USD2 juta (RM8 juta). 


Model itu bagaimanapun dilapor telah menyerahkan perhiasan itu kepada pihak berkuasa Amerika Syarikat.


Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) telah melancarkan satu penyiasatan jenayah terhadap dana yang didakwa telah diselewengkan daripada 1MDB dan telah memohon untuk menangguhkan saman sivil yang difailkan sejak 2 tahun lalu bagi merampas lebih daripada USD1 billion (RM4.3 bilion) hartanah dan aset-aset lain.


Dalam saman sivil itu, jabatan tersebut mendedahkan bahawa di antara tahun 2009 dan 2015, sejumlah lebih daripada USD4.5 bilion milik 1MDB telah diselewengkan oleh pegawai-pegawai tinggi syarikat itu dan rakan-rakan subahatnya.


Pada bulan Jun pula, DoJ telah mengambil satu lagi tindakan undang-undang untuk merampas aset aset berjumlah USD540 juta, termasuk kapal mewah Equanimity, dan hak cipta filem Dumb and Dumber To, yang diterbitkan oleh Red Granite, sebuah syarikat penerbitan yang juga dimiliki secara bersama oleh Riza Aziz, anak tiri Najib Razak.


Sumber asal: Kapal Mewah Jho Low kena Rampas di Bali, Indonesia [Video]
More aboutKapal Mewah Jho Low kena Rampas di Bali, Indonesia [Video]

KERAJAAN SELANGOR JANGAN POLITIKKAN PELAKSAAN ECRL....HODOH KERAJAAN SELANGOR NI

Posted by Kerah Lekung

KERAJAAN SELANGOR JANGAN POLITIKKAN PELAKSAAN ECRL....HODOH KERAJAAN SELANGOR NI.
Kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa tidak mensabotaj apatah lagi mempolitikkan usaha Kerajaan Persekutuan untuk meningkatkan pembangunan negara dan rakyat menerusi pembangunan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Gesaan itu dibuat anggota Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi susulan kenyataan syarikat pemilik projek berkenaan, Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) semalam bahawa setakat ini, hanya kerajaan Selangor yang masih belum memberi kelulusan tanah untuk pelaksanaan projek mega tersebut.

Budiman berkata, negeri-negeri lain yang terlibat dalam jajaran projek itu iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telahpun memberi kelulusan tanah masing-masing kepada MRL sekali gus membolehkan kerja-kerja pembinaan ECRL dimulakan sejak November lepas.

“Saya tidak pasti apakah alasan kerajaan Selangor masih belum memberikan kelulusan tanah kepada MRL untuk melaksanakan jajaran ECRL di negeri ini membabitkan jarak kira-kira 80 kilometer (km) bermula dari Gombak ke Pelabuhan Klang.

“Sepatutnya kerajaan negeri perlu memberi perhatian penuh dan menyegerakan proses kelulusan tanah terhadap projek berkepentingan nasional ini, bukannya melambat-lambatkannya atau cuba menjadikannya sebagai isu politik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pembinaan ECRL sepanjang 688 kilometer akan menghubungkan ne geri-negeri pantai timur dengan fasa pertama melibatkan laluan landasan kereta api elektrik me lalui Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor dengan jajaran sepanjang 531.6 km dan jajaran sisihan sepanjang 68.7 km.

Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang pada masa sama mahu kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya tidak ‘menyempitkan’ pandangan mereka sehingga gagal melihat manfaat besar yang bakal diperolehi hasil pembinaan laluan sepanjang 688 kilometer dengan kos RM55 bilion itu.

Ini kerana, beliau berkata ECRL yang diilhami Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu bukan sahaja bertujuan menyediakan kemudahan infrastruktur negara dan menaik taraf pengangkutan awam di luar bandar, sebaliknya projek itu mampu memangkin serta menyamaratakan taraf ekonomi antara wilayah Pantai Timur dan Pantai Barat.

Semalam, Ketua Pembinaan MRL Noor Azlan Salleh dilaporkan berkata, sehingga kini kerajaan Selangor masih belum meluluskan tanah kepada syarikat itu untuk melaksanakan projek ECRL di negeri berkenaan meskipun permohonan telah dibuat pihaknya sebelum ini.

Kelewatan kelulusan tanah itu berkemungkinan akan memberikan implikasi besar terhadap pelaksanaan projek itu yang menghubungkan Kelantan, Terengganu dan Pahang dengan Pelabuhan Klang serta dijangka siap pada 2024.

– BERNAMA

Sumber asal: KERAJAAN SELANGOR JANGAN POLITIKKAN PELAKSAAN ECRL....HODOH KERAJAAN SELANGOR NI
More aboutKERAJAAN SELANGOR JANGAN POLITIKKAN PELAKSAAN ECRL....HODOH KERAJAAN SELANGOR NI

Elaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan - Masih Ada Yang Merapu Pasal Peluang Pekerjaan?

Posted by Kerah Lekung

Elaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan - Masih Ada Yang Merapu Pasal Peluang Pekerjaan?.

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) merupakan satu platform yang diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu generasi muda mendapatkan peluang pekerjaan.

Kini, kerajaan telah mengumumkan elaun SL1M berjumlah RM1,500 dinaikkan kepada RM2,000 sebulan berkuat kuasa pada tahun ini.

Selain memberi lebih motivasi kepada pelatih, ia juga sebagai bukti kerajaan memahami keperluan mereka yang kebanyakannya datang daripada pelbagai latar belakang kehidupan. SL1M yang diperkenalkan sejak 2011 juga, kini sudah melatih 140,000 graduan.

Ini antara langkah Kerajaan Malaysia yang proaktif dalam memastikan mereka yang belum mendapat pekerjaan dan pengalaman yang mencukupi untuk memenuhi kehendak syarikat-syarikat besar.

K7L : Elaun SL1M lagi mahal dari gaji aku..

Sumber asal: Elaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan - Masih Ada Yang Merapu Pasal Peluang Pekerjaan?
More aboutElaun SL1M Kini RM2,000 Sebulan - Masih Ada Yang Merapu Pasal Peluang Pekerjaan?

BR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH

Posted by Kerah Lekung

BR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH.
ORANG-ORANG Mahathir dari pelbagai latarbelakang yang tak suka tengok rakyat senang, mula memperolok-olok 7 juta rakyat yang menerima BR1M semalam.

Ada yang siap desak suruh rakyat ambik BR1M itu sebab kononnya itu duit hasil bayar GST, bukan duit Najib.  Apa bodoh ke desakan yang serupa ini?  Tak payah cakap pun memang Najib suruh ambil la BR1M tu, sebab tu beliau perkenalkan dulu dan masuk terus ke dalam akaun rakyat (atau ambik dari pemimpin UMNO bagi sesetengah kes).

Memang Najib nak pulangkan kepada rakyat sebahagian hasil negara kepada rakyat.  Betullah tak pulang semua sebab kerajaan kena juga belanja, siapa bodoh pulak dalam dunia kutip cukai RM 1 billion (contoh) pulang balik RM 1 billion juga kepada rakyat.  Kalau ada namakan satu.

Tapi kurang-kurangnya ada.  Bukan itu saja (BR1M) pulak yang dipulangkan dulu, ada lagi subsidi kesihatan, subsidi pendidikan dan sebagainya.

Banding dulu zaman Mahathir bila rakyat kena bayar SST, kemudiannya rakyat dapat apa?  Tol kena bayar, elektrik tak guna pun kena bayar sebab nak subsidi IPP yang majoriti dikuasai kroni.  Subsidi minyak ke?  Taklah kot sebab minyak turun naik hari-hari, zaman Mahathir bertahun-tahun minyak tak pernah turun, naik adalah.

Sebetulnya tak ada subsidi minyak zaman Mahathir, hanya kerajaan menentukan harga minyak, itu saja.  Petronas tidak akan bertambah kaya, kalau betul Mahathir zaman itu bagi subsidi, Petronas sepatutnya habis banyak duit untuk bagi subsidi minyak, bukan boleh kumpul banyak duit sehingga boleh bina HQ baru di KLCC padahal HQ lama di Dayabumi belum 10 tahun pun usianya.

Pendek kata, takde apa yang dulu Mahathir pulang semula kepada rakyat walaupun dalam masa yang sama dia kutip pelbagai cukai dari rakyat – lesen TV RM 24 setahun tu termasuklah tu.  Nak kena ingatkan ni sebab dari ruang sembang yang penulis lihat, seolahnya zaman Mahathir dulu tak bayar apa-apa cukai dikatakan mereka.

Sumber asal: BR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH
More aboutBR1M MEMANG NAJIB SURUH AMBIK, MAHATHIR SAJA YANG KATA RASUAH

Alamakkk...apa pulak ni?

Posted by Kerah Lekung

Alamakkk...apa pulak ni?.
Wednesday, 28 February 2018
KENAPA 1MDB HENDAK DITUTUP? ADAKAH KERANA MISI SAMUNANNYA TELAH SELESAI?
Alamakkk...apa pulak ni?

Kenapa tiba-tiba 1MDB mahu ditutup?

Apakah 1MDB hanya diwujudkan untuk membuat hutang, walaupun sebahagian daripada wangnya didapati hilang, lalu apabila hutang-hutang dapat dapat dibayar dengan menggunakan pendapatan kerajaan, syarikat itu perlu ditutup begitu saja?

Bukankah selama ini 1MDB dikatakan syarikat yang baik, asetnya banyak melebihi hutang, ada bangunan tertinggi, ada macam-macam kejayaan dan mampu menghantar jemaah haji ke Mekah setiap tahun?

Jika sudah begitu cerita kejayaannya, mengapa 1MDB hendak ditutup?

Adakah program menghantar jemaah haji ke Mekah juga akan turut terhenti?

Ilmu ekonomi apa yang dipakai dalam mewajarkan penutupan 1MDB ini?

Ataukah 1MDB hanya ditubuhkan untuk melakukan samunan terancang dan apabila misi sudah selesai serta selepas ini tiada apa lagi yang perlu disamun, maka syarikat itu perlu ditutup supaya tidak dijadikan ungkitan pada masa depan?

Jika pun 1MDB mahu ditutup juga, kenapa tidak dilepaskan dahulu laporan audit syarikat yang telah diOSAkan sebelum ini?

Apa pula kata rakyat dan pengundi PRU akan datang, adakah mereka setuju dengan penutupan 1MDB atau mahu kebenaran dan keparat-keparat yang terkait dengannya diadili terlebih dahulu?

Pilihan di tangan kita kali ini. Kitalah, melalui undi PRU 14 nanti yang lebih berkuasa menentukannya. (ShahbudinHusin 28/02/2018)

Anda mungkin juga meminati:
APA SUDAH JADI, KENAPA 1MDB TAK BAYAR LAGI?

Posted by Shahbudin Husin at 07:30 

Sumber asal: Alamakkk...apa pulak ni?
More aboutAlamakkk...apa pulak ni?

Ini kenyataan Tun Mahathir Pengerusi PPBM/PH pada 26hb April 2016 mengaku dirinya memiliki 40 ekor kuda.

Posted by Kerah Lekung

Ini kenyataan Tun Mahathir Pengerusi PPBM/PH pada 26hb April 2016 mengaku dirinya memiliki 40 ekor kuda..
Sudah lah Madey...tua tua lagi kuat menipu lagi...cakap berbelit belit.Ingat skit...Umur tu dah Tua.Banyakkan beribadat kepada ALLAH dan minta ampun lah kesalahan yang lampau selama menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun tu.

Dalam Malaysia Kini

Ini kenyataan Tun M mengatakan beliau tidak memiliki sekor kuda pun.

Kata Madey Sekor Kuda Pun Tak Ada



Sumber asal: Ini kenyataan Tun Mahathir Pengerusi PPBM/PH pada 26hb April 2016 mengaku dirinya memiliki 40 ekor kuda.
More aboutIni kenyataan Tun Mahathir Pengerusi PPBM/PH pada 26hb April 2016 mengaku dirinya memiliki 40 ekor kuda.

Klinik 1Malaysia - Manifesto Yang Berjaya Dilaksanakan!

Posted by Kerah Lekung

Klinik 1Malaysia - Manifesto Yang Berjaya Dilaksanakan!.

 

Inilah bukti keprihatinan dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) membela nasib rakyat supaya seluruh masyarakat memperoleh perkhidmatan kesihatan berkualiti dengan kos paling minimum iaitu RM1 sahaja.

Konsep Klinik 1Malaysia yang dekat dengan perumahan juga memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan rawatan di samping bakal meningkatkan lagi taraf kesihatan rakyat.

Selain rawatan untuk penyakit ringan, klinik ini juga menyediakan perkhidmatan ujian darah, air kencing dan asma menerusi operasi setiap hari termasuk pada hari minggu dan kelepasan am bermula 10 pagi hingga 10 malam.

Kalau prgi klinik swasta dah berapa RM?

K7L : Janji buat. bukan janji cakap aje...

Sumber asal: Klinik 1Malaysia - Manifesto Yang Berjaya Dilaksanakan!
More aboutKlinik 1Malaysia - Manifesto Yang Berjaya Dilaksanakan!

Kerusi DUN PH masih tiada keputusan...Kata Adanya MADEY Seorang Yang Hebat Sangat...?

Posted by Kerah Lekung

Kerusi DUN PH masih tiada keputusan...Kata Adanya MADEY Seorang Yang Hebat Sangat...?.
PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) sehingga kini masih lagi gagal memuktamadkan agihan kerusi DUN dibeberapa buah negeri walaupun sudah melepasi tiga kali tarikh akhir yang ditetapkan Majlis Presiden.

Seperti yang dimaklumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini, rundingan berkenaan masih berjalan.

"Agihan kerusi kita (PH) hampir selesai. Kita akan umumkan sebaik sahaja sedia untuk diumumkan," katanya dalam sidang media sebentar tadi.

Ditanya sama ada kerusi Parlimen Ayer Hitam, Johor sudah diputuskan sama ada milik DAP atau Amanah, beliau juga berkata ia belum diputuskan lagi.

Minggu lalu Dr Mahathir memberi tempoh sehingga Jumaat lepas kepada tujuh negeri untuk PH menyelesaikan agihan kerusi DUN, jika tidak Majlis Presiden PH  akan mengambil alih untuk memutuskan perkara berkenaan.

Namun, Ketua Sekretariat PH Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan PH Selangor diberi tempoh sehingga Isnin depan bagi menyelesaikan rundingan itu.

Rundingan agihan kerusi PH di Selangor sepatutnya diselesaikan pada 31 Januari lepas, sebelum ia dilanjutkan kepada 7 Februari berikutan pertikaian antara keempat-empat parti komponennya.

Kerusi yang menjadi pertikaian hangat parti komponen PH Selangor adalah 12 kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN), dan 13 kerusi milik PAS.

Sementara itu, ditanya berkenaan 'amaran' supaya beliau tidak turun ke Pekan esok, Dr Mahathir berkata, itu merupakan pengakuan daripada Umno kawasan itu untuk membuat kekacauan.

Malah katanya, penduduk kawasan itu sedang menanti untuk menyambut kedatangan beliau esok.

"Itu pengakuan daripada Umno supaya dia (Umno) buat kacau orang lain tidak ada. Semua orang tunggu saya. Saya patut pergi dulu dah orang tunggu nak sambut saya. Sekarang ini Umno kata akan berlaku rusuhan siapa yang buat rusuhan itu jika tidak Umno?

"Apa nak takut sangat saya bukan boleh buat apa, saya bercakap sahaja tidak bawa senjata apa pun," ujarnya.

Semalam, Umno Pekan memberi amaran kepada Dr Mahathir bahawa terdapat rasa tidak puas hati terhadapnya di kawasan Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu.

Justeru, beliau dinasihatkan supaya membatalkan lawatannya ke kawasan itu petang esok.

Dr Mahathir dijadualkan bakal turun ke kawasan Chini pada petang 28 Feb, sebelum melawat penempatan Orang Asli, selain dijadualkan berucap pada sebelah malam.

Sumber asal: Kerusi DUN PH masih tiada keputusan...Kata Adanya MADEY Seorang Yang Hebat Sangat...?
More aboutKerusi DUN PH masih tiada keputusan...Kata Adanya MADEY Seorang Yang Hebat Sangat...?

Guru dalam kursus diminta undi Pas atau Umno

Posted by Kerah Lekung

Guru dalam kursus diminta undi Pas atau Umno.

TERSEBAR beberapa keping foto didakwa diambil oleh salah seorang guru yang menghadiri satu kursus difahamkan diadakan di Putrajaya.


Apa yang mengejutkan peserta kursus tersebut, diminta untuk mengundi sama ada Pas atau Umno pada pilihanraya umum ke 14 tidak lama lagi.


Paparan skrin yang dihidangkan kepada peserta kursus meminta mereka mengundi mengundi calon-calon Pas dan Umno.


Guru

"PRU14 undilah calon-calon berikut sahaja," tulis paparan skrin itu.


Daripada Pas atau Umno dalam satu undian sahaja.


Di tempat tiada calon Pas, undilah calon Umno sahaja.


Di tempat tiada calon Umno, undilah calon Pas sahaja.


Jika terdapat kedua-dua calon undilah calon terbaik antara Pas atau Umno.


Sumber asal: Guru dalam kursus diminta undi Pas atau Umno
More aboutGuru dalam kursus diminta undi Pas atau Umno

Aiik apa sudah jadi, biar betul.......elaun MP pun tak ada duit nak bayar?

Posted by Kerah Lekung

Aiik apa sudah jadi, biar betul.......elaun MP pun tak ada duit nak bayar?.
Parlimen berdepan masalah kewangan, wakil rakyat tak terima bayaran
Kamles Kumar, Radzi Razak · Diterbitkan pada 28 Feb 2018 2:16PM
Menurut beberapa ahli Parlimen pembangkang, masalah itu berlaku sejak tahun lepas apabila tuntutan perjalanan dan elaun persidangan sama ada lambat dibayar atau masih belum diterima sehingga kini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 28 Februari, 2018

SEGELINTIR ahli Parlimen mengadu yang elaun perjalanan yang sepatutnya diberikan kepada mereka untuk sesi persidangan tahun lepas masih belum diterima.

Ahli Parlimen Indera Kota Fauzi Abdul Rahman (PKR) berkata ahli Parlimen tidak menerima tuntutan sejak sesi Oktober lepas.

“Tuntutan yang dibuat untuk sesi Parlimen lepas masih belum dibayar.

“Selalunya ambil masa dua minggu tetapi kerajaan tak ada duit,” katanya pada sidang media di Kuantan hari ini.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh turut menyuarakan sentiment sama dan berkata situasi itu menyukarkan ahli Parlimen pembangkang menjalankan program dan menggaji pekerja.

“Kami tak ada dana lain, tuntutan itu akan digunakan untuk bayar pekerja. Sangat sukar bila tak dapat tuntutan. Situasi yang menyedihkan bila ahli Parlimen pun tak dibayar.”

Beliau juga mendakwa sejak tahun lepas, wujud banyak masalah dengan tuntutan elaun ahli Parlimen yang tidak dibayar tepat pada masanya selepas persidangan.

“Elaun persidangan yang sepatutnya dibayar ketika sesi lambat dibayar. Kami hanya dibayar dua minggu lepas. Malah tuntutan pun tak dibayar lagi,” kata Fuziah.

Ahli Parlimen Anthony Loke (DAP) pula mengatakan beliau dimaklumkan Jabatan Kewangan Parlimen yang mereka tiada duit untuk bayar tuntutan.

“Jabatan (kewangan) beritahu kami yang tiada duit. Bajet Parlimen sudah habis dan mereka dibayar secara ansuran,” katanya kepada The Malaysian Insight hari ini.

Loke, ahli Parlimen Seremban berkata yang situasi itu adalah bukti Putrajaya berdepan masalah kewangan sehingga ahli Parlimen pun tak dibayar.

“Mereka (kerajaan) tak cukup duit. Mereka potong mana-mana yang mereka boleh, termasuklah untuk ahli Parlimen,” katanya. – 28 Februari, 2018.

Sumber asal: Aiik apa sudah jadi, biar betul.......elaun MP pun tak ada duit nak bayar?
More aboutAiik apa sudah jadi, biar betul.......elaun MP pun tak ada duit nak bayar?

Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH

Posted by Kerah Lekung

Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH.
SHAH ALAM: Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah mengakui satu perbincangan sedang dilakukan mengenai sama ada beliau akan bertanding atau tidak pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Maria berkata bahawa dirinya diminta mempertimbangkan cadangan bertanding sebagai calon ahli parlimen tetapi tidak menamakan parti yang menghubunginya itu.

"Saya sebenarnya dihubungi untuk mempertimbangkan bertanding supaya menjadi suara masyarakat sivil di Parlimen.

"Ini adalah perkara serius yang masih dibincangkan,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Maria menambah bahawa dirinya akan membuat pengumuman apabila ada keputusan nanti.

Selain Maria, spekulasi juga bertiup kencang bahawa peguam terkemuka, Datuk Ambiga Sreenevasan, juga akan berbuat demikian.

Namun bekas presiden Majlis Peguam itu menamatkan segala desas desus dengan mengesahkan beliau tidak akan bertanding.

Ambiga yang dipetik portal itu memberitahu bahawa beliau telah memutuskan untuk tidak bertanding.

"Ada cadangan daripada ahli-ahli masyarakat sivil tertentu supaya kami menawarkan diri sebagai calon, tetapi saya telah menolaknya.
"Saya tidak akan bertanding," kata Ambiga ketika dihubungi.

Sebelum ini, terdapat spekulasi bahawa Maria dan Ambiga sedang berundingan dengan PKR, parti komponen Pakatan Harapan mengenai kemungkinan diturunkan sebagai calon.

Sumber asal: Maria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH
More aboutMaria Chin 'masih bincang' tanding PRU14, Ambiga tolak...Inilah Pemimpinan BERSIH

Cincin melalekat di kemaluan: Kelaku bodoh lelaki ini memalukan diri sendiri

Posted by Kerah Lekung

Cincin melalekat di kemaluan: Kelaku bodoh lelaki ini memalukan diri sendiri.
Bomba potong cincin dan gunting yang melekat pada kemaluan lelaki
TAUFIK SALIMIN  -  27 Februari 2018 6:34 PM

Anggota bomba dan pasukan perubatan menjalankan operasi pemotongan cincin yang melekat di kemaluan seorang lelaki. - Foto bomba

KUCHING - Seorang lelaki terpaksa menahan malu dengan meminta bantuan anggota bomba dan bagi menanggalkan sebentuk cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya di Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang di sini hari ini.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, mangsa yang berusia 45 tahun itu datang sendiri ke balai bagi meminta bantuan bomba untuk memotong cincin dan gunting yang melekat pada kemaluannya pukul 11.30 pagi.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini memandangkan cincin itu tidak kelihatan dan memerlukan rawatan perubatan.

"Mangsa kemudian diberikan ubat pelali sebelum dibantu pasukan perubatan hospital menjalankan operasi memotong cincin dan gunting tersebut.

"Bomba menggunakan peralatan khas iaitu "air grinder" dan seunit tabung udara breathing apparatus," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengulas lanjut, Tiong memberitahu, operasi memotong cincin dan gunting berkenaan mengambil masa kira-kira10 minit.

"Mangsa hanya mengalami kecederaan kecil dan keadaannya dilaporkan stabil," ujarnya.

Sumber asal: Cincin melalekat di kemaluan: Kelaku bodoh lelaki ini memalukan diri sendiri
More aboutCincin melalekat di kemaluan: Kelaku bodoh lelaki ini memalukan diri sendiri

PAKATAN HARAPAN TERSALAH PILIH DR MAHATHIR UNTUK HADAPI PRU-14....KENA TERIMALAH KEKALAHAN

Posted by Kerah Lekung

PAKATAN HARAPAN TERSALAH PILIH DR MAHATHIR UNTUK HADAPI PRU-14....KENA TERIMALAH KEKALAHAN.
PAKATAN Harapan (PH) telah membuat kesilapan besar apabila menamakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri sekiranya berjaya memenangi majoriti PRU-14 nanti.

Kesilapan itu telah menghakis ramai diantaranya. Kekecewaan ini jelas dapat dilihat bukan sahaja daripada luar PH tetapi juga dari dalam ahli PH sendiri.

Ia menyebabkan munculnya kumpulan yang berkempen supaya merosakkan undi ketika PRU-14 nanti.

Walaupun ada pihak yang mencemuh dan mengutuk cadangan tindakan itu tetapi sesuatu yang jelas ialah kumpulan berkenaan tetap berpegang pada prinsipnya, tidak hipokrit, tidak berdolak-dalik dan tidak berlakon walaupun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengeluarkan hukumnya haram bagi pengundi merosakkan undi.

Namun tinjauan mendapati sokongan terhadap kempen rosakkan undi ini kian bertambah.

Soalannya, kenapakah ramai yang menyokongnya?

Salah satu sebab utama ialah menunjukkan kekecewaan rakyat terhadap senario politik negara ini.

Punca kekecewaan ahli kempen undi rosak itu mungkin berdasarkan kepada perbagai isu dan masalah semasa.

Ramai rakyat telah menaruh harapan baru kepada PH semoga dapat mengamalkan dan melaksanakan politik baru yang bersih, sebagaimana yang diuar-uarkan namun harapan ini musnah apabila PH menamakan Tun M sebagai calon Perdana Menteri.

Belum pun memegang kuasa masing-masing sudah berebut berbagai jawatan.

Tidak salah untuk memilih Tu M sebagai Perdana Menteri jika benar itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat tetapi silapnya ialah memilihnya sebelum pun pilihan raya.

Sepatutnya PH mengambil dan memegang prinsip demokrasi sepenuhnya tetapi yang ditunjukkan samalah juga dengan kleptokrasi sebagaimana yang dicop kepada UMNO.

Sepatutnya PH tidak menamakan sesiapa pun sebagai calon Perdana Menteri, malah tidak menamakan sebarang kabinet bayangan.

Sepatutnya PH memegang prinsip, mengamalkan, memaklumkan dan menghebahkan kepada rakyat bahawa PH akan memilih Perdana Menteri dan kabinet berdasarkan pemilihan atau undi majoriti ahli Parlimen yang terpilih nanti.

Beri peluang kepada semua untuk memilih Perdana Menteri.

Barulah benar-benar Perdana Menteri pilihan rakyat, kabinet pilihan rakyat dan kerajaan pilihan rakyat.

Namun masih belum terlambat bagi PH membuat pembetulan dan memberikan harapan baru yang lebih segar kepada rakyat.

ZANIA BUDI

Sumber asal: PAKATAN HARAPAN TERSALAH PILIH DR MAHATHIR UNTUK HADAPI PRU-14....KENA TERIMALAH KEKALAHAN
More aboutPAKATAN HARAPAN TERSALAH PILIH DR MAHATHIR UNTUK HADAPI PRU-14....KENA TERIMALAH KEKALAHAN

Makanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa...Padan Muka Madey Kena Atas Muka BAlik

Posted by Kerah Lekung

Makanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa...Padan Muka Madey Kena Atas Muka BAlik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menempelak Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mahathir yang cuba menjadikan isu soal makanan kesihatannya bijirin Quinoa.

Najib dalam satu program sesi Bajet 2018 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada minggu lepas telah berkongsi amalan pemakanan sihatnya yang kurang makan nasi tapi lebih mengamalkan bijirin itu.

Bagaimanapun, Najib kata makanan kesihatannya tidak semahal makanan yang diberikan kepada kuda yang dipelihara oleh Mahathir di Argentina yang berlipat ganda kosnya daripada harga Quinoa.

Pemimpin DAP, Lim Kit Siang cuba mempertahankan kenyataan Mahathir yang mengatakan beliau hanya makan beras biasa dengan membuat perbandingan harga. Harga satu pek 250 gram Quinoa di negara ini adalah RM14.80 dan jika harga 10kg bijirin berkenaan ialah RM591.60, katanya.

Kit Siang kemudian membandingkan harga beras 10 kilogram beras jenis Jasmine Super iaitu RM25.85 sen. Kononnya, Quinoa 23 kali lebih mahal daripada beras yang dimakan 30 juta rakyat.

Kit Siang sengaja buat buat tidak tahu mengenai 40 ekor kuda Mahathir di Argentina. "Rakyat berhak mengetahui siapa yang jatuh dari kuda di Argentina," kata Kit Siang dalam Malaysiakini pada 10 April 2001.

Bukan main lagi Kit Siang pada masa itu mempertikai Mahathir dan kuda kudanya.
Kini bila Kit Siang dan Mahathir sudah "cium mulut" sekali dalam pembangkang, kisah kuda itu sengaja dilupakan.

Kos pelihara kuda lebih mahal dari makan Quinoa. Kalau satu setengah ikat jerami kosnya ialah sekitar RM7.81 sehari. Ada pula enam bulan bekalan tambahan mineral khas untuk kuda berharga RM117.11 iaitu 66 sen sehari.

Ada dua cawan hidangan pekat RM3.90 sehari, Farrier setiap enam minggu pada kadar RM136.62 satu trim atau kira-kira RM3.24 sehari, Dewormer setiap tiga bulan pada kadar 78 sen sehari. Pergigian kuda setahun sekali dengan kos RM487.94 dan vaksinasi asas utama seperti rabies, tetanus, influenza kuda dan vaksin rutin berharga RM370.83.

Kesemua kos penjagaan kuda untuk setahun ialah RM7138.14, ini makan dan penjagaan sahaja. Belum lagi termasuk kos pekerja, penjagaan kandang dan juga penjagaan kesihatan kuda jika ada apa-apa kejadian yang berlaku.

Kos menjaga kuda boleh mencecah hampir puluhan ribu setahun hanya untuk seekor kuda. Kuda yang dijaga pun bukannya kuda yang murah nilainya, harganya mahal hingga capai jutaan ringgit seekor.

Ramai tidak tahu, Mahathir kerap ke Argentina dengan "private jet" untuk bercuti di Las Lenas, pusat peranginan di wilayah Mendoza, Argentina. Di situ ada Hotel Piscis dan kasino yang terletak 2300 kaki dari aras laut dan dipercayai merupakan kasino paling tinggi di dunia.

Di kasino itu ada bilik VIP untuk main mesin slot Blackjack, Baccarat dan Roulette di situ. Resort itu menempatkan 40 ekor lebih kuda kuda yang dipercayai milik Mahathir. Pemilik hotel dan resort di Las Lenas ini adalah Tan Sri A. Paquirri Arumugam, proksi Mahathir.

Kekayaan Arumugam ini pernah didedahkan oleh akhbar British pada tahun 80an dan 90an hasil dari projek Pergau RM1.8 billion, isu beli jet Skyhawk 88 buah bernilai RM640 juta pada 1982 dan beberapa projek lain bernilai ratusan juta ringgit pada zaman Mahathir.

Penghujung tahun 2000, Arumugam beli kasino dan resort di Argentina itu. Tahun 2001, Mahathir datang main kuda dan terjatuh di situ. Tahun 2002, Mahathir ke resort itu lagi dengan pesawat kerajaan.

Tahun 2006 pun Mahathir datang dan pada Mac 2014 pun Mahathir pergi lagi ke resort itu dengan jet peribadi. Kerap sangat Mahathir ke sana, tengok kuda atau tengok "harta" yang ada di sana?

Bila sudah tiada lagi isu hendak dikata pada Datuk Seri Najib, sampai makanan diet Datuk Seri Najib pun hendak dijadikan isu. Tidak bercakap lagi pasal 1MDB, RM2.6 billion dan negara hendak bankrap. Kini bercakap pula pada Quinoa.

Najib bukan selalu makan Quinoa pun, tetapi kuda Mahathir di Argentina perlu makan dan dijaga oleh pekerjanya setiap hari.

"Saya sebut makan quinoa pun jadi isu, makanan ini ubat macam kita makan madu, vitamin. Tapi nasi lemak, nasi Vanggey pun saya makan," kata Najib.

Skandal Forex yang hilang RM31.5 bilion pada zaman beliau jadi Perdana Menteri, Mahathir boleh kata tidak tahu, soal makanan orang lain semua Mahathir tahu.

Di Argentina, rakyat kena tahu bahawa kuda kuda Mahathir di sana makanannya lebih mahal daripada nasi yang dimakan ahli ahli PPBM di bawah. Mahathir lebih sayang kuda dia dari ahli ahli PPBM di bawah yang dianggap sampah sahaja oleh Mahathir.

Yang tidak sampah pada Mahathir hanyalah kroninya sahaja. Mahathir sanggup buat apa sahaja asalkan BN tumbang di Putrajaya.

Kemudian bolehlah dia bawa balik kroni dan kuda kudanya ke Malaysia. Apa lagi yang Mahathir sembunyikan di sana? Sesuatu yang hilang dengan begitu banyak suatu ketika dahulu?

Inilah dia agenda peribadi Mahathir, kalau dia dan anaknya jadi PM, maka perkara inilah yang dia hendak selesaikan. 

Sumber asal: Makanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa...Padan Muka Madey Kena Atas Muka BAlik
More aboutMakanan Kuda Mahathir Lagi Mahal Dari Quinoa...Padan Muka Madey Kena Atas Muka BAlik

ASAL AHLI BERCAKAP BENAR, DITUDUH PENGKHIANAT!!!

Posted by Kerah Lekung

ASAL AHLI BERCAKAP BENAR, DITUDUH PENGKHIANAT!!!.
Itulah retoriknya parti yang selama ini mendakwa kononnya mereka lebih MAKSUM dari orang lain. Asal ada ahli parti yang tampil bercakap benar je, macam - macam tuduhan dilemparkan.

Ada saja gelaran yang akan diberikan kepada mereka. Ada yang digelar sebagai 'Pemakan Dedak', ada yang didakwa terima rasuah. Dan tak ketinggalan, ada juga yang dituduh Pengkhianat.

Walhal, ahli parti tu hanya menuntut kebenaran dari pucuk pimpinan. Mereka mendesak agar pucuk pimpinan parti berkata benar dan menjelaskan isu yang dibangkitkan selama hari ini.

Diantara isu yang dibangkitkan ialah soal kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh ahli keluarga Pengerusi PPBM dan isu skandal yang melibatkan Presiden parti itu sebelum ini. Itu sahaja.

Sedangkan isu - isu itu sekarang menjadi persoalan dikalangan rakyat dan mereka sebagai ahli parti perlu tahu kedudukan isu sebenar yang dibangkitkan bagi mempertahankan parti.

Malangnya, pucuk pimpinan parti itu bukan sahaja tidak memberikan penjelasan. Sebaliknya mereka menuduh pihak yang membangkitkan isu tersebut sebagai Pengkhianat parti.

Jadi, tak heran la bila ada dikalangan ahli parti tu yang memberontak serta mengugut untuk keluar dari parti diatas tuduhan yang telah dilemparkan terhadap mereka secara terang - terangan.

Malah, ada dikalangan mereka yang merasa kesal dan kecewa diatas tuduhan yang dibuat sehingga menyebabkan mereka terpaksa tampil dilaman media untuk meluahkan rasa hati mereka.

Sudah la dilabel sebagai Pengkhianat, diugut pulak nak dipecat dari parti. Maksum sangat ke PPBM ni? Itu ke perjuangan yang dibanggakan sangat oleh PPBM selama hari ini? Sedangkan masa dalam UMNO dulu, bila diorang kena pecat, pandai pulak diorang tuduh UMNO zalim dan tidak bersifat terbuka terhadap luahan hati ahli parti!!!

Sumber asal: ASAL AHLI BERCAKAP BENAR, DITUDUH PENGKHIANAT!!!
More aboutASAL AHLI BERCAKAP BENAR, DITUDUH PENGKHIANAT!!!

10 TAHUN RAKYAT P.PINANG DITIPU KERAJAAN DAP

Posted by Kerah Lekung

10 TAHUN RAKYAT P.PINANG DITIPU KERAJAAN DAP .



Lagi 10 hari genaplah 10 tahun rakyat P.Pinang ditipu kerajaan DAP dan Guan Eng sejak 2008 . 

Menariknya ceramah oleh Ketua MCA Bahagian Cikgu Goh ini mendedahkan sikap terkini pengundi Cina di P.Pinang  terhadap Lim Guan Eng dan kerajaan DAP . Mereka tidak peduli lagi kehadiran Guan Eng di kawasan mereka dan yang  lebih penting cari makan dulu . 

Jelas sekali suasana semakin berubah berbanding 10 tahun dahulu . 

Pengundi Cina perlu  sedar sudah 2 kali Pilihanraya Umum , kerajaan BN masih lagi gagal ditumbangkan walaupun kekuatan mereka paling hebat di PRU13. 


Jika mereka masih lagi mengundi DAP di negeri ini, Pulau Pinang akan hancur !! 

Ia bukan hancur dari segi tanah runtuh sahaja tetapi EKONOMI . 

 Lagi 5 tahun DAP diberi kuasa , kilang-kilang di negeri ini akan tutup operasi dan berpindah ke negara lain . 





Sumber asal: 10 TAHUN RAKYAT P.PINANG DITIPU KERAJAAN DAP
More about10 TAHUN RAKYAT P.PINANG DITIPU KERAJAAN DAP

Kita Jangan Bagi MUka Sangat Kat Madey Ni....Madey Saja Yang Betul Cakap Ptuihhh

Posted by Kerah Lekung

Kita Jangan Bagi MUka Sangat Kat Madey Ni....Madey Saja Yang Betul Cakap Ptuihhh.
Beberapa Hari ni Pakatan Harapan duk kecoh isu PM Najib makan Quinoa, lebih2 lagi Mahathir. Tetapi PM Najib senyap saja tak balas apa2 pun serangan Pakatan Harapan tersebut.

Tiba2 semalam PM Najib bersuara mengenai iau tersebut, memang padu jawapan PM Najib kena terpalit dekat muka Mahathir balik.

Beli Kuda guna wang rakyat, beli makanan kuda pun wang rakyat hasil rompakkan salama 22 tahun.

Sumber asal: Kita Jangan Bagi MUka Sangat Kat Madey Ni....Madey Saja Yang Betul Cakap Ptuihhh
More aboutKita Jangan Bagi MUka Sangat Kat Madey Ni....Madey Saja Yang Betul Cakap Ptuihhh

Video - Mahathir Menangis Bila Video Ini Tersebar

Posted by Kerah Lekung

Video - Mahathir Menangis Bila Video Ini Tersebar.


Perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru sahaja bercakap menerusi siaran media sosial, mengenai fokus terhadap ekonomi dan polisi kerajaan di bawah Bajet 2018. Sepanjang sesi selama hampir sejam itu, Najib yang juga menteri kewangan, turut menyentuh topik yang selalu mencetuskan kontroversi iaitu tol.

Dalam durasi 23 minit 24 saat, Najib menyatakan bahawa beliau bukanlah peminat tol, namun untuk menghapuskannya bukanlah mudah. “Sebagai contoh, menghapuskan tol, oh nampak sangat mudah. Namun sebenarnya ia tidak, tetapi saya tidak percaya, jika anda dikenakan tol setiap hari, ia adalah baik untuk rakyat,” ujarnya.

Sambungnya lagi, “jika ia Lebuhraya Utara-Selatan, jika ia Lebuhraya Karak, oleh itu ya, anda hanya menggunakannya sesekali sahaja. Tetapi jika anda membayar tol setiap hari, dua, empat kali, semuanya akan kecewa.”

“Jadi, saya tidak mempercayainya. Individu yang terdahulu dari saya sangat mempercayai tol. Saya tidak menyukai tol. Itu sebablah tiada tol di Lebuhraya Pan Borneo untuk masyarakat di Sabah dan Sarawak. Malah kita juga telah menghapuskan tol di Batu Tiga, Sungai Rasau, Bukit Kayu Hitam, EDL (Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur).

“Apa yang boleh saya lakukan, saya akan hapuskan tol kerana saya tidak rasa ia adalah bagus. Ia mengecewakan dan menyebabkan kesesakan, tetapi apa yang boleh kita lakukan kerana harus mendedahkan beberapa keputusan, masalah legasi. Saya akan menghuraikan apa yang saya fikir ia bukan demi kepentingan rakyat Malaysia, yang saya patut lakukan,” akhiri beliau dalam kenyataan mengenai tol.

K7L : Mengamuk Mahathir oi... hehe...

Sumber asal: Video - Mahathir Menangis Bila Video Ini Tersebar
More aboutVideo - Mahathir Menangis Bila Video Ini Tersebar

NAIB KETUA PEMUDA PAN DIPENJARA 8 BULAN

Posted by Kerah Lekung

NAIB KETUA PEMUDA PAN DIPENJARA 8 BULAN.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara lapan bulan terhadap Naib Ketua Pemuda PAN, Mohd. Fakhrulrazi Mohd. Mokhtar atas kesalahan menyebut kata-kata menghasut berhubung tuntutan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu siri protes jalanan, tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas menolak rayuan Mohd. Fakhrulrazi, 40, yang tidak berpuas hati dengan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos 2016.

Mahkamah turut menolak rayuan silang berkaitan hukuman yang difailkan oleh pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zaki Asyraf Zubir.

Beliau dalam penghakimannya berkata, keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terdahulu adalah selamat dikekalkan dan hukuman yang dijatuhkan adalah memadai dan tidak terlampau berat.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadap Mohd. Fakhrulrazi, yang juga penceramah bebas sehingga rayuan di Mahkamah Rayuan selesai dan mengekalkan wang jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin.

Pada 8 September 2015, Mohd. Fakhrulrazi yang merupakan bekas bendahari Dewan Pemuda Pas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebut kata-kata menghasut itu di hadapan Kompleks Sogo, No. 190, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini, pada pukul 4.30 petang, 21 Februari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Sumber asal: NAIB KETUA PEMUDA PAN DIPENJARA 8 BULAN
More aboutNAIB KETUA PEMUDA PAN DIPENJARA 8 BULAN

Bau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat

Posted by Kerah Lekung

Bau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat.
Jiran terkejut, bau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat kembung dan berulat
Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 27, 2018 21:26 MYT
Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu. - Gambar hiasan

PETALING JAYA: Bau busuk sejak beberapa hari lalu membawa kepada penemuan mayat seorang wanita warga emas yang ditemui di dalam sebuah flat tingkat tiga Petaling Utama, di sini siang tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohd Zani Che Din berkata mayat mangsa Chap Yip Yong, 60 tahun ditemui dalam keadaan sudah kembung dan berulat di hadapan pintu biliknya.

Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu.
  
Menurut siasatan polis, mangsa kali terakhir kelihatan adalah Jumaat lalu.
Mayat mendiang ditemui polis selepas dimaklumkan penduduk yang curiga dengan bau busuk itu. - Foto Astro AWANI

Pemeriksaan awal forensik juga mendapati wujud unsur jenayah dalam kejadian berkenaan.

Namun motif pembunuhan masih dalam siasatan.

Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.

Sumber asal: Bau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat
More aboutBau 'tengik' membawa kepada penemuan mayat