'Kalau aku tuhan'... Hadi bidas kelantangan Hanipa Maidin

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 1 April 2018

'Kalau aku tuhan'... Hadi bidas kelantangan Hanipa Maidin.
Kenyataan Ahli Parlimen PAN Sepang, Hanipa Maidin di Dewan Rakyat pada Khamis yang didakwa seolah-olah menganggap dirinya tuhan dibidas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurut Abdul Hadi, umat Islam perlu patuh kepada adab dalam Islam dan tidak berhak membayangkan diri sebagai tuhan.

Abdul Hadi berkata, setiap apa yang diciptakan Allah mempunyai hikmah tersendiri.

“Adab orang Islam tak boleh sentuh hal tuhan. Tuhan jadikan ini dan ini, dan orang yang baik boleh jadi jahat. Orang jahat boleh jadi baik dimana itu dalam ilmu tuhan .

“Kita tak boleh campur tentang ilmu tuhan, kita kena terima. Tuhan adalah adil, adalah bijak, adalah baik. Tidak boleh sentuh hal ciptaan Dia, itu adab orang Islam,” katanya sewaktu ditemui selepas menutup Program Dialog Rakyat Terengganu Sejahtera Selepas PRU-14 pada Jumaat.

Abdul Hadi diminta mengulas kenyataan Hanipa sewaktu perbahasan di Dewan Rakyat dengan ungkapan “jika saya tuhan, saya akan lakukan... “ sehingga mencetuskan polemik serta kecaman banyak pihak termasuk memintanya bertaubat.

Mengenai usul kajian persempadan semula yang telah diluluskan di Parlimen, Abdul Hadi berkata, perkembangan itu tidak menjejaskan persediaan dan kekuatan Pas menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Malah beliau yakin menerusi persempadanan semula itu akan mendorong pertambahan pengundi-pengundi muda di mana ketika ini terdapat 30 peratus golongan itu dalam Pas.

Sumber asal: 'Kalau aku tuhan'... Hadi bidas kelantangan Hanipa Maidin

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment