PPBM PUNCA PENGUNDI BUKAN MELAYU MELARIKAN DIRI DARIPADA PAKATAN HARAPAN

Posted by Kerah Lekung on Sunday 1 April 2018

PPBM PUNCA PENGUNDI BUKAN MELAYU MELARIKAN DIRI DARIPADA PAKATAN HARAPAN.
Kita semua sedia maklum Pakatan Harapan dengan rasa bongkak dan angkuhnya menolak dakwaan dan kenyataan dengan ketiadaan PAS yang menyebabkan mereka kehilangan sokongan dan undian pengundi Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14. DAP yang menjadi ketua dalam Pakatan Harapan, dengan ketiadaan PAS yang telah diisi oleh PPBM dan Amanah ternyata tidak mampu menarik sokongan dan undian orang Melayu.

Pakatan Harapan yang kononnya sebelum  ini yakin dengan adanya Mahathir dan aura Mahathir serta bekas pemimpin UMNO dalam PPBM kononnya dikatakan mampu menarik ramai pengundi Melayu kepada Pakatan Harapan terutamanya penyokong-penyokong UMNO sendiri.

Tetapi amat malang dan mengecewakan sekali di dalam beberapa siri ceramah dan kempen yang dianjurkan oleh Mahathir dan PPBM serta Amanah, sokongan orang Melayu sehingga sekarang ini yang dicari nyata tidak timbul dan menjelma. Lebih banyak kerusi daripada manusia yang menghadiri ceramah dan kursus berkenaan.walaupun dikepalai oleh kepimpinan tertinggi mereka.

Hanya tinggal sebulan sahaja lagi menjelang tarikh pilihan raya umum, Pakatan Harapan kini dilihat semakin terdesak dengan  mencipta pelbagai fitnah, propaganda yang kononnya mereka sudah berjaya menarik sokongan, undian daripada pengundi Melayu terbanyak.

Akhirnya, yang menang jadi arang manakala yang kalah lebur menjadi abu. Tak mustahil Pakatan Harapan hanya akan tinggal nama sahaja selepas PRU14 nanti. Dan jangan terkejut juga jika PPBM dan PAN berkubur tanpa nesan. Pada ketika itu baru mereka sedar kesilapan sendiri selepas memandang rendah pada kekuatan PAS.

Sumber asal: PPBM PUNCA PENGUNDI BUKAN MELAYU MELARIKAN DIRI DARIPADA PAKATAN HARAPAN

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment