2 transaksi jutaan RM ke akaun rahsia pilihan raya dah jadi masalah: Parti mana tu?

Posted by Kerah Lekung on Sunday 1 April 2018

2 transaksi jutaan RM ke akaun rahsia pilihan raya dah jadi masalah: Parti mana tu? .
2 transaksi wang masuk ke akaun pilihan raya sebuah parti
MALAYSIA DATELINE  - April 1, 2018 9:39 am
Tulisan Sayuti dalam FB beliau turut mengulas dakwaan itu

Selepas terdedah audio ‘Ana Tahu’, sebuah parti politik didakwa menerima sumbangan kewangan bernilai jutaan ringgit untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Menurut tulisan dalam akaun FB ‘Ana Tahu’, akaun yang mendedahkan audio ‘Saya Tahu” itu, dua transaksi wang telah berlaku dari sebuah parti kepada parti berkenaan.

“Duit (parti) yang masuk ke akaun pilihanraya (parti lain) minggu lepas tu macamana?

“Duit yang masuk ke akaun 3 penama pemimpin parti itu Pantai Timur (pemegang Amanah) tu macamana? Amat jelas mari dari sumber parti….,” tulis admin akaun FB berkenaan.

Perkara ini turut diulas oleh penulis politik Mohd Sayuti Omar dalam akaun FB beliau pada 30 Mac.

“Satu tabung pilihan raya sebuah parti politik dianggotai oleh tiga penama telah menerima wang derma berjumlah jutaan ringgit.

“Yang jadi sedikit masalah penubuhan Tabung ini rahsia tidak telus kepada ahli dan sebahagian pemimpin parti yang lain.

“Katanya perkara ini telah jadi masalah kepada parti berkenaan.

“Cerita selanjutnya kita tunggu. Maklumat selanjutnya dikumpul. Dan jika ada sesiapa maklum mengenai perkara ini boleh dikongsikan untuk sama-sama kita tahu parti mana dan Tabung itu wujud di negeri mana,” tulis Sayuti.

* Inikah satu sebab yang mereka keberatan untuk menyaman pengedar audio ni?
Dan parti itu tidak akan siasat tuan punya suara tu!

Sumber asal: 2 transaksi jutaan RM ke akaun rahsia pilihan raya dah jadi masalah: Parti mana tu?

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment