Kerana Gila Kuasa, Mahathir & Kit Siang Jadi Tidak Malu

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 1 April 2018

Kerana Gila Kuasa, Mahathir & Kit Siang Jadi Tidak Malu.


Dua hari lepas seorang warga emas berusia 77 tahun yang terlupa dia dilahirkan di mana, membuat kacau dalam Dewan Rakyat. Kemudian, Speaker Dewan Rakyat bertindaklah menggantung warga emas 77 tahun itu selama 6 bulan.

Namun semalam, warga emas itu muncul lagi di Parlimen. Membuat kacau dan cuba untuk membuat celahan. Kemunculan warga emas itu di Parlimen semalam dianggap sebagai “hantu” sahaja oleh warga dewan.

Tidak malu sungguh, usia sudah 77 tahun tetapi masih lagi buat perangai langgar peraturan dan berpenyakit tidak faham bahasa. Memalukan sungguh.

Datuk Ngeh Koo Ham (Beruas), Nga Kor Ming (Taiping) dan Sivakumar Varatharaju Naidu (Batu Gajah) telah digantung selama 10 hari oleh Parlimen pada Isnin selepas bersalah menghina institusi parlimen. Ketiga tiga orang ini tidak masuk ke Dewan Rakyat, mereka faham bahasa.

Namun warga emas yang bernama Kit Siang ini masuk juga ke Dewan Rakyat semalam biarpun digantung selama 6 bulan mengikut Peraturan 44(3) Peraturan Mesyuarat Parlimen bila enggan mematuhi arahan supaya berhenti mengganggu perjalanan persidangan.

Sama jugalah seperti warga emas berusia 93 tahun yang masih lagi gila kuasa hendak jadi Perdana Menteri sekali lagi. Dia kata dia masih kuat sebab boleh bawa Porshe dalam hujan. Bawa kereta mahal siapa pun boleh, cuba bawa Viva tengok dalam hujan.

Dalam usia 93 tahun, Mahathir nampaknya lebih sibuk mengeluarkan kenyataan kenyataan yang mengarut dan melampaui batas agama. Menuduh Dato Seri Najib dengan tuduhan tuduhan yang tidak benar, malah lebih teruk berkata Najib tidak sembah Tuhan tetapi sembah duit.

Sudah terbukti siapa sebenarnya yang menghilangkan wang sebegitu banyak di Bank Negara suatu ketika dahulu. Pergi ke mana duit RM31.5 billion itu? Malah ada buku dedahkan kehilangan lebih besar lagi sampai RM100 billion di zaman Mahathir. Siapa curi duit itu?

Tidak malu sungguh bila hanya dengan selamba sahaja menjawab “tidak tahu” sahaja bila ditanya ke mana duit Bank Negara itu. Duit 1MDB tidak hilang, yang hilang adalah duit RM31.5 billion di zaman Mahathir. Baca pautan SINI

Sudah terjawab siapa sebenarnya yang kleptokrasi. Mahathirlah orangnya. Hari ini, bila Mahathir buat tuduhan itu dan ini, tidak ada pun bukti dan saksi. Sebenarnya Mahathir sedang bercakap dengan dirinya sendiri. Hendak buat macam mana, Mahathir tidak malu dengan skandalnya sendiri.

Mahathir tidak malu anaknya sokong LGBT. Mahathir tidak malu cucunya berdemo sokong LGBT di Sogo. Mahathir tidak malu cucunya berpeluk dengan anjing. Mahathir tidak malu bila didedahkan cucunya naik kapal layar mewah. 

Mahathir tidak malu dan tidak kisah bila rakyat tahu, kudanya makan karot sampai RM75,000 sebulan. Kucing anaknya harga RM200,000 seekor. Kereta anaknya harga berjuta juta. 

Mahathir tidak malu skandal berbillion di zamannya terdedah. Mahathir tidak malu buat “u turn” banyak kali terhadap DAP dan Anwar Ibrahim. 

Tidak malu sungguh, dah umur 93 tahun masih hendak rakam video janda. Tengok SINI

Samalah juga dengan Kit Siang, warga emas 77 tahun yang tidak tahu malu. Kit Siang tidak malu cucunya pakai jam mahal berpuluh ribu. Kit Siang tidak malu anaknya songlap beratus juta duit terowong. Kit Siang tidak malu anaknya terlibat dengan kes rasuah.

Paling teruk, Mahathir tidak malu hendak jadi Perdana Menteri sekali lagi. Tidak malu, biarpun sudah berusia 93 tahun tetapi masih lagi gila hendak pada kuasa dan kedudukan.

Orang Afrika pun tahu malu. Orang Afrika pun tidak hendak Perdana Menteri yang tua, kerana malu. Mereka halau Mugabe yang berumur lebih 90 tahun daripada tampuk kuasa.

Namun di Malaysia, ada lagi warga emas berusia 77 tahun dan 93 tahun yang tidak tahu malu kepada rakyat Malaysia. Kerana gila kuasa, mereka jadi tidak malu. Memalukan sungguh.

K7L : Gila kuasa sangat tu..
Sumber asal: Kerana Gila Kuasa, Mahathir & Kit Siang Jadi Tidak Malu

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment