Showing posts with label Keris Tujuh Lok. Show all posts
Showing posts with label Keris Tujuh Lok. Show all posts

Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Dia 'Jalan'?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 8 May 2018

Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Dia 'Jalan'?.

Nga Kor Ming adalah calon Ahli Parlimen Teluk Intan dan dijanjikan Menteri oleh Setiausaha Agung DAP, Joseph Lim Guan Eng, jika Pakatan Harapan memerintah.

Lihatlah sendiri kerjasama DAP dan PPBM. Hanya untuk jatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan merampas kuasa. Selepas menang Nga Kor Ming kata Mahathir boleh join Lee Kuan Yew main mahjong. Buat masa sekarang, kata Nga Kor Ming, Mahathir jangan mampos dulu.


Kerjasama politik disebabkan kebencian tidak akan bertahan. Tiada idealisme yang mengikat antara mereka. Kalau Nga Ming boleh mempersendakan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, adakah anda rasa beliau akan hormat kepada pengundi marhaen. Tepuk dada tanya akal.

Sumber :  CTS

Sumber asal: Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Dia 'Jalan'?
More about → Video Khas - DAP Akui Tunggang Mahathir Sebelum Dia 'Jalan'?

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 3 - Kadar Jenayah 

#MalaysiaOkayLer

Posted by Kerah Lekung

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 3 - Kadar Jenayah 

#MalaysiaOkayLer.

Siapa kata keadaan di luar negara lebih baik daripada negara kita sendiri?

 Ikuti perjalanan kehidupan sekumpulan anak muda KL yang menjelajah serata dunia menceritakan pengalaman kehidupan di luar negara samada lebih baik ataupun tidak berbanding negara kita sendiri.



Episod 3: Kadar Jenayah








 

#MalaysiaOkayLer

K7L : Malaysia Okay Ker? Malaysia Okayler!

Sumber asal: Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 3 - Kadar Jenayah 

#MalaysiaOkayLer
More about → Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 3 - Kadar Jenayah 

#MalaysiaOkayLer

Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu Fitnah? #TsunamiPHitnah

Posted by Kerah Lekung on Monday, 7 May 2018

Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu Fitnah? #TsunamiPHitnah.


Seorang ahli DAP seumur hidup, yang juga anggota propaganda parti itu semalam mendedahkan DAP akan menggunakan kaedah menyebarkan propaganda JAHAT, PALSU yang bersifat fitnah semata-mata untuk memancing undi rakyat pada PRU14 ini.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Pengerusi Biro Buruh DAP Pusat, merangkap Pemikir Publisiti Pengundi Melayu DAP, Amran Ahmad. Dedah Amran, propaganda jahat yang disebarkan DAP menerusi beberapa video serta risalah menyasarkan pemimpin-pemimpin dari parti lawan termasuklah pemimpin kerajaan, perdana menteri, isteri perdana menteri dan keluarganya.

K7L : Sangat terdesak puak DAP...


Sumber asal: Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu Fitnah? #TsunamiPHitnah
More about → Propagandis DAP Buat Laporan Polis Sebab Tak Mahu Fitnah? #TsunamiPHitnah

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 1 - Public Transport 

#MalaysiaOkayLer

Posted by Kerah Lekung

Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 1 - Public Transport 

#MalaysiaOkayLer.

Siapa kata keadaan di luar negara lebih baik daripada negara kita sendiri?

 Ikuti perjalanan kehidupan sekumpulan anak muda KL yang menjelajah serata dunia menceritakan pengalaman kehidupan di luar negara samada lebih baik ataupun tidak berbanding negara kita sendiri.




Episod 1: Pengangkutan Awam





 

#MalaysiaOkayLer

K7L : Malaysia Okay Ker? Malaysia Okayler!

Sumber asal: Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 1 - Public Transport 

#MalaysiaOkayLer
More about → Siapa Cakap Luar Negara Lagi Baik Dari Malaysia? - Part 1 - Public Transport 

#MalaysiaOkayLer

Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pasal Video Ini?

Posted by Kerah Lekung

Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pasal Video Ini?.

Salah satu segmen belia yang amat dekat dengan hati saya adalah anak-anak muda dari golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang pastinya mempunyai cabaran tersendiri dalam mengejar impian masing-masing.

Tugas dan tanggungjawab saya selaku bekas Menteri Belia dan Sukan sebelum ini membolehkan saya memerhatikan dengan lebih dekat bagaimana hebatnya usaha seseorang atlet OKU itu untuk berjaya, namun diberi perhatian dan dibantu oleh sistem di bawah Majlis Paralimpik Malaysia dan sebagainya. Itu merupakan saluran yang baik buat atlet OKU dalam mengembangkan bakat dan karier masing-masing.

Namun selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) saya percaya para belia OKU boleh turut cemerlang bukan sahaja dalam sukan, malah bidang seperti keusahawanan dan sebagainya.

Oleh itu, manifesto Jaminan Orang Muda BN melalui jaminan ketujuh komited untuk memberi peluang bukan sahaja buat OKU malahan belia dari semua segmen yang ada di negara ini.

Selain inisiatif memudah cara belia OKU ke dalam pekerjaan dan latihan arus perdana, BN akan memastikan peluang akan disediakan buat belia Orang Asli untuk terlibat dalam syarikat berkaitan industri hijau.

Inisiatif lain termasuk memadankan lepasan sekolah pondok dengan syarikat industri halal dan memberi peluang kedua kepada bekas pesalah juvana, bekas penagih, ibu tunggal remaja dan gelandangan agar mereka turut berpeluang untuk membina masa depan yang cerah.

Layari https://www.barisannasional.org.my/manif…/jaminan-orang-mudauntuk maklumat lanjut berhubung Jaminan dan Inisiatif JOM yang menanti anda.

Bersama, Kita Hebatkan Orang Muda!

#JomBN
#DahulukanRakyat
#HebatkanNegaraku



Sumber asal: Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pasal Video Ini?
More about → Peluang Buat Setiap Segmen Belia - AMK Mengamuk Pasal Video Ini?

#DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #SinsOfMahathir

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 6 May 2018

#DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #SinsOfMahathir.

SKANDAL PERWAJA STEEL- ERIC CHIA MENYELEWENG

Syarikat Perwaja Steel Sdn Bhd (PERWAJA) atau Perwaja Trengganu Sdn Bhd ditubuhkan pada 1982 untuk merintis ‘Projek Besi Keluli Kebangsaan’. Syarikat ini menanggung beban hutang berjumlah RM10 bilion membabitkan RM926 juta dalam liabiliti semasa, RM6 bilion dalam liabiliti jangka panjang dan kerugian terkumpul sebanyak hampir RM3 bilion. Pada tahun 1989 Mahathir melantik Eric Chia rakan baiknya sebagai Pengarah Urusan Perwaja kononnya untuk memulihkan Perwaja tetapi hakikatnya Eric merompak lebih banyak wang dari Perwaja.


Perwaja melingkup, Eric Chia meletak jawatan pada tahun 1995. Pada tahun 1998 Mahathir berkata akan mendakwa Eric Chia jika bukti mencukupi tetapi dia tidak berbuat demikan sehingga habis pemerintahannya. Tan Sri Eric Chia Eng Hock ditahan berhubung kes penyelewengan dalam Perwaja melibatkan kerugian RM2.9 bilion pun hanya pada tahun 2004 (pecah amanah RM76.4juta) ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi sudah menjadi Perdana Menteri. Namun dibebaskan pada tahun 2007 selepas pendakwa didapati gagal membuktikan kes terhadapnya.

Mahathir si pemberi wang kerajaan selamat, Eric Chia dibicarakan dan dibebaskan sehinggalah kesnya ditutup selepas kematiannya tahun 2008. Itulah Mahathir dia tak mungkin bersalah. Sekalipun alasan dan surat-surat Mahathir digunakan untuk menyelamatkan Eric Chia.

Sumber : Captain M

Sumber asal: #DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #SinsOfMahathir
More about → #DosaDosaMahathir - Siri 3 - Perwaja Steel #SinsOfMahathir

Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?

Posted by Kerah Lekung

Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?.

Siapakah sebenarnya individu bernama Abdul Hamid yang tiba-tiba muncul dan mendapat perhatian luar biasa pada hari ini, terutama sekali daripada pihak DAP?

Chong Zhemin, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Negeri Perak merangkap Setiausaha Politik bekas Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming segera menggunakan isu yang dibangkitkan itu dengan membawanya ke pengetahuan SPRM menerusi laporan yang dibuat kepada pihak Polis.

Dalam kenyataan medianya, Chong Zhemin berkata laporan SPRM itu dibuat kerana dakwaan terbaru oleh Abdul Hamid bahawa Tun Mahathir menyerang DS Najib kerana Najib telah menghalang Mahathir daripada membawa masuk dana berjumlah RM1.194 Trilion ke Malaysia, sekaligus menjadikan Mahathir secara tidak rasmi merupakan orang yang terkaya di dunia.

"Bekas rakan karib Tun Mahathir, Abdul Hamid mendakwa, antara alasan yang menyebabkan Mahathir menyerang Najib adalah kerana Mahathir gagal memindahkan wang berjumlah RM1.194 trilion ke Malaysia. Abdul Hamid juga mendakwa, Najib sebagai Menteri Kewangan enggan menandatangani dokumen penting yang membolehkan dana tersebut dibawa masuk.

"Seandainya pendedahan tersebut adalah benar, ianya amat memeranjatkan dan telah memecahkan tiga rekod dunia sekaligus.

"Pertama, dengan RM1.194 Trilion (USD279 bilion), akan menjadikan Mahathir sebagai orang yang terkaya di dunia, di mana nilai kekayaan bersihnya akan menjadi 3.5 kali ganda lebih tinggi daripada orang terkaya di dunia menurut Forbes 2015 yang hanya memiliki USD79.2 bilion.

"Kedua, dengan RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir itu, akan menjadikan dia satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan terkumpul bersamaan dengan 4.47 kali ganda berbanding dengan belanjawan negara. Jumlah perbelanjaan Malaysia seperti yang dinyatakan di dalam belanjawan 2016 adalah RM267 Bilion sahaja.

"Ketiga, Mahathir juga merupakan satu-satunya bekas Perdana Menteri di dunia yang mempunyai kekayaan luar biasa yang boleh membayar keseluruhan hutang luar negara Malaysia. Hutang luar negara sekarang ini adalah berjumlah RM740.7 Billion.

"Mahathir perlu menjelaskan bagaimana dia memperolehi kekayaan luar biasa tersebut yang merupakan 3.5 kali ganda berbanding dengan kekayaan bersih Bill Gates, 4.47 kali ganda berbanding belanjawan negara dan 1.6 kali ganda berbanding hutang luar negara Malaysia. Dia perlu menjelaskan dari mana sumber kewangannya dan juga jumlah cukai yang telah dibayar daripada kekayaan luar biasa itu.

"DAP Perak hari ini telah membuat laporan rasmi di SPRM Ipoh ke atas Tun Mahathir berdasarkan dakwaan oleh Abdul Hamid. Saya menggesa, SPRM untuk melakukan siasatan forensik sekiranya RM1.194 trilion dana yang dimiliki oleh Mahathir adalah secara haram dan tidak sah, juga mengambil tindakan segera sekiranya terdapat sebarang salahguna kuasa dan salah laku." - Chong Zhemin.

Nota Kaki: Sebahagiannya mungkin merupakan DUIT Notes RM1,000 dan RM500 yang pernah diterbitkan oleh BNM di zaman Tun Mahathir yang dikatakan tersimpan di Bank of Swiss, juga di bank di Macau. Ia kini telah menjadi notes yang tidak sah kerana telah dibatalkan.

Pergeseran TM dan DSN bermula apabila DSN tidak mahu endorsed Mukhriz selaku Naib Presiden UMNO. Sebaliknya menyokong DsAZH, H2O dan SA untuk jawatan tertinggi parti.

TM kemudian menggunakan Muhyiddin, SR dan WSJ untuk serang DSN.. STRATEGI YANG DIGUNA ADALAH PEMBUNUHAN.KAREKTOR. Mahathit kemudian bersekongkol dengan Muhyiddin dan Shafie Afdal dengan menjadikan 1MDB sebagai kambing hitam dan batu loncatan untuk mendesak dan menjatuhkan Najib.

Apabila Mukhriz tersingkir sebagai MB Kedah.. TM mula menyerang DSN secara terbuka. Percubaan untuk kemuka usul UNDI TIDAK PERCAYA di PAU2016 dan PAU2017 telah gagal. DSN dan DSAZH kekal jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden tanpa bertanding. Ekoran itu Pemilehan MT, Bahagian dan Cawangan ditangguh sehingga 9 April 2019, menutup ketat sebarang peluang Mukhriz untuk menjadi Presiden. So TM memutuskan untuk menubuhkan PPBM. Dia ingat semua ahli UMNO akan ikut dia keluar parti tetapi tidak. Akhirnya beliau terpaksa bersekongkol dengan PKR dan DAP.

K7L : Madey End..
Sumber asal: Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?
More about → Benarkah Mahathir Orang Terkaya Di Malaysia?

Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS Cukup-Cukup Ya?

Posted by Kerah Lekung on Friday, 4 May 2018

Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS Cukup-Cukup Ya?.

"Bukan mati syahid, tapi mati katak". Disambut dengan gelak tawa hadirin. Ucapan Mahathir di Lembah Pantai malam semalam. Allahuakbar.

"Sungguh, saya cukup terkesan dengan gurauan Tun walaupun saya bukanlah saudara mara mangsa Memali. Tapi itu sudah melampau Tun." - Hamidi Zamri


Entahlah apa yang merasuk Mahathir. Semakin hari semakin hilang sifat kemanusiaan dan mula tunjuk belangnya yang sebenar. Masih lagi nak jadi Perdana Menteri pada umur 93 tahun.

Ini semua hilang akal punya kerja.

K7L : Apapun tak boleh..

Sumber asal: Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS Cukup-Cukup Ya?
More about → Mahathir Hina Mangsa Memali Mati Katak? - Hina PAS Cukup-Cukup Ya?

#DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #SinsOfMahathir

Posted by Kerah Lekung

#DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #SinsOfMahathir.



Carrian Holding diberi pinjaman seawal 1979. Sebelum Julai 1981 Mahathir Mohamad merupakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri MITI. Gabenor Bank Negara Malaysia sehingga tahun 1980 adalah abang ipar Mahathir iaitu Tun Ismail Haji Mohamed Ali (Julai 1962 - Julai 1980). 


BMFL adalah anak syarikat BBMB, Perbadanan Nasional Berhad (PNB) adalah Pemegang saham terbesar BBMB. Tun Ismail Haji Mohamed Ali (1978 - 1996) adalah Pengerusi PNBmalah sehingga Mahathir menjadi PM selepas tahun 1981 abang iparnya tetap berkuasa terhadap PNB dan BBMB.


Jadi tidaklah menghairankan sehingga 1982, BBMB dan BMF di Hong Kong di bawah kuasa penuh Mahathir selaku Perdana Menteri terus melakukan transaksi pinjaman yang melangkaui had yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia. 


BMFL seolah-olah bergantung kepada Carrian Holdings dan membuat pinjaman dengan pelbagai nama serta syarikat. Tengku Razaleigh Hamzah adalah Menteri Kewangan yang menjadi kambing hitam!


Lakonan Mahathir ialah pada 16 November 1982 hanya berpura-pura mendengar taklimat dari Bank Negara sedangkan beliau telah mengarahkan sepasukan pemeriksa ke Hong Kong pada 12 Julai 1982. 12 November 1982 BBMB menghantar pasukan juru audit untuk membuat penyiasatan. 


Hanya 22 November 1982 Allahyarham Jalil Ibrahim Pegawai Jabatan Audit Dalaman sebagai Penolong Pengurus Besar BMFL dihantar di Hongkong. Apa tindakan Tun Ismail selalu Pengerusi PNB yang juga pemegang terbesar saham BBMB bekas Gabenor Bank Negara yang tentu terlibat dengan pinjaman Carrian Holdings itu? misteri!. Akhirnya Jalil Ibrahim dibunuh dan kematian misterinya tidak berjawapan sehingga ke hari ini!. Alfatihah buat Jalil.

Tun Daim sebagai Menteri Kewangan, diarah Mahathir mengistiharkan kes BMF rugi sebanyak RM 2.0 billion ditutup. Pada 17 September 1984, pinjaman bermasalah BMF ditanggung oleh BBMB sejak 31 Disember 1983 telah di 'bailed out' oleh Petronas. Hebat tak Mahathir tutup semua skandalnya. Tidak hairanlah ia tidak berakhir dengan BBMB tetapi terus melingkupkan Perwaja Steel selepas itu.

Melengkapkan lakonan Mahathir, maka dalam Laporan Kertas Putih Laporan Akhir Jawatankuasa Penyiasat Bumiputra Malaysia Finance Limited (Hong Kong) pada tahun 1986, Mahathir membuat surat perakuan kononnya beliau tidak terlibat. Itulah cara Mahathir mencuci tangannya!




Sumber : Captain M

Sumber asal: #DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #SinsOfMahathir
More about → #DosaDosaMahathir - Siri 2 - Skandal BMF - BBMB #SinsOfMahathir

Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #TsunamiPhitnah

Posted by Kerah Lekung on Thursday, 3 May 2018

Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #TsunamiPhitnah.




Rupa-rupanya potong gambar Tun Mahathir adalah dirancang oleh DAP sendiri. Bila dah potong, mereka BUAT-BUAT KECOH kononnya petugas SPR buat tindakan tidak wajar.

Inilah Liew Chin Tong, pemimpin DAP yang dijanjikan jawatan MENTERI.


K7L : Terdesak...
Sumber asal: Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #TsunamiPhitnah
More about → Calon DAP Yang Suruh Potong Lepas Itu Fitnah? #TsunamiPhitnah

Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangkang!

Posted by Kerah Lekung

Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangkang!.


Hari ini bukan main galak lagi pemimpin PH bercakap hendak hapus GST kalau mereka berkuasa di Putrajaya. Seolah olah esok mansuh GST, esok juga harga barang akan turun. 

Harga barang tidak akan turun. "Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, adakah anda merasakan harga barang akan turun? Kalau kita mansuhkan GST dalam 100 hari, harga barang nak turun ke tidak? 

Saya tidak merasakan itu akan terjadi" ini ulasan yang diberikan oleh Presiden Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Datuk Abd. Aziz Abu Bakar. Baca kenyataan penuhnya Klik SINI

Jadi, janji manis hendak mansuh GST ini hanyalah laungan retorik sahaja. Dulu pembangkang sering laung janji kalau esok perintah, maka harga minyak akan turun. 

Kini tidak ada lagi laungan pasal minyak, bukti jelas selama ini pembangkang hanya menanam tebu di bibir sahaja. Lihatlah sahajalah dalam ceramah ceramah pembangkang, mana sebut hal manifesto mereka pun, sibuk cakap hal lain pula.

Samalah macam GST, rakyat banyak yang sudah terlupa apa yang pemimpin pemimpin pembangkang pernah sebut dahulu mengenai GST. 

Nurul Izzah pernah terlepas cakap taktik GST pada kadar 0% dalam Bajet Alternatif mereka pada tahun 2016 dan 2017. Nurul Izzah berkata GST akan kekal sifar jika pakatan pembangkang berkuasa dalam Malaysiakini pada 25 April 2017. Kekal sifar bermakna ianya tidak akan dihapuskan.

Anwar Ibrahim pun puji GST. “Dari segi percukaian, saya tidak nafikan GST adalah sistem percukaian yang lebih efisien dan telus” kata Anwar Ibrahim dalam parlimen pada 30 Oktober 2017.

Tun Daim pun pernah berkata “GST, saya memang dulu lagi pada tahun 1994 saya memang hendak nak perkenalkan GST. Sebab saya kata GST, kita punya asas pendapatan sangat kecil”

“Hanya 40 peratus, tidak boleh bergantung pada Petronas sahaja. Esok kalau Petronas ada masalah, mana nak cari duit, nak belanja?” kata Tun Daim pada 4 Januari 2015.

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor pun puji sistem GST. “Saya tegaskan pakatan pembangkang tidak pernah mengambil pendirian menolak GST. Pendirian kita jelas, GST ini sistem percukaian yang cukup telus, efesien dan dalam jangka masa panjang akan beri kebaikan kepada ekonomi negara” kata Azmin Ali pada 31 Oktober 2013 di parlimen.

Tiga orang ini, Anwar, Azmin dan Tun Daim sudah iktiraf GST adalah sistem percukaian yang efisien dan telus untuk ekonomi negara. Pembangkang tidak akan mansuh GST. Mereka hanya umpan janji itu untuk dapat undi semata mata. 

Rakyat kena ingat apa yang pembangkang pernah sebut pasal GST ini. India dan Arab Saudi contohi sistem GST Malaysia. 164 negara lain pun laksanakan GST dan kadar 6% GST Malaysia adalah antara yang terendah di dunia. 

Duit GST yang disoal ke mana perginya itu telah dipulangkan kembali kepada rakyat menerusi BR1M, baucer buku, elaun JKKK, imam, tok bilal dan ramai lagi. Kalau mansuh GST, silap silap rakyat tidak dapat BR1M lagi. 

Teruskan nikmat BR1M yang dikongsi bersama oleh berjuta rakyat Malaysia ini. #BersamaBN #HebatkanNegaraku.

K7L : Nak tahu lebih lanjut Klik Kemana Pergi GST?
Sumber asal: Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangkang!
More about → Kemana Hasil GST Dibelanjakan? - Apa Kata Pembangkang!

Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?

Posted by Kerah Lekung

Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya? .

Agenda menghapuskan GST adalah agenda golongan borjuis - peniaga, kelas menengah atas dan elit. Mereka paling banyak bayar GST dan paling kurang menggunakan kemudahan prasarana kerajaan seperti hospital dan sekolah. 

Mereka hantar anak-anak ke sekolah swasta dan menggunakan hospital swasta. Mereka ini perasan serba pandai, hebat dan memandang rendah kepada pemimpin negara. Mereka lupa kerajaanlah yang mewujudkan peluang ekonomi dan perniagaan sehingga membolehkan mereka jadi kaya. 

Sebelum ini mereka selalu mengelak cukai pendapatan dan cukai perniagaan melalui pelbagai cara dan taktik, yang dibenarkan dan yang melalui “jalan belakang”. 

Melalui pengenalan GST yang merupakan sistem percukaian berasaskan perbelanjaan, golongan borjuis  yang berbelanja lebih dan membeli barang mewah akan membayar cukai yang lebih tinggi. 

Orang seperti Tun Mahathir, Daim Zainuddin, Mukhriz Mahathir, Wan Azizah, Lim Guan Eng dan Shapie Apdal nampak berbelanja melebihi pendapatan yang diisytiharkan. Cuba tanya berapa cukai pendapatan mereka isytiharkan setiap tahun. 

Ada juga syarikat yang membayar gaji kepada seluruh ahli keluarga mereka bagi mengelak cukai pendapatan dalam kelompok (bracket) tinggi. Apabila GST diperkenalkan mereka tiada dapat elak membayar cukai. Jika beli baju sehelai RM1,000 maka mereka harus bayar cukai sebanyak RM60. 

Inilah punca mengapa mereka marah dan mahu menghapuskan GST. Syarikat-syarikat mereka juga tidak lagi boleh menipu seperti mana dalam sistem Cukai Jualan. Pendapatan syarikat juga sukar lagi disembunyikan berikutan jualan mereka direkod dalam sistem GST. 

Sebaliknya,  kumpulan berpendapatan rendah membayar cukai  yang minimum kerana kebanyakan barang keperluan asas seperti beras, ikan, sayur, gas memasak, buah-buahan, petrol RON95 dan ubat-ubatan dikecualikan GST. 

Dalam masa yang sama kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana ini menerima pelbagai bantuan dan inisiatif kerajaan seperti subsidi pendidikan anak-anak, subsidi kesihatan dan perubatan, bantuan pekebun kecil, bantuan usahawan kecil, biasiswa dan latihan meningkatkan kemahiran, subsidi perumahan, bantuan Kebajikan Masyarakat,  Bantuan Rakyat 1Malaysia dan lain-lain. 

Maka kita lihat golongan borjuis ini mula menghasut rakyat bahawa GST punca kesusahan hidup rakyat berpendapatan rendah dan sederhana. 

Mereka memadamkan semua kebaikan yang diwujudkan kerajaan hasil kutipan GST. Mereka  hanya menceritakan bahawa GST punca barang naik dan hidup rakyat menjadi sengsara. 

Cuba lihat nama Mahathir. Pernahkah beliau bersimpati dengan orang miskin semasa menjadi Perdana Menteri.

Beliau menolak gaji minumum, beliau mengenakan yuran sekolah, yuran peperiksaan SPM, Skim Pinjaman Buku Teks yang terhad dan jumlah bantuan kepada rakyat tidak sebanyak hari ini. Beliau juga memperkenalkan pinjaman PTPTN dengan caj 4%. 

Jadi agenda hapuskan GST bukan kerana simpati kepada rakyat berpendapatan rendah tapi untuk mereka dan keluarga mereka mengelak cukai. 

Jangan percaya hasutan kumpulan ini. Zaman Mahathir pun harga barang sentiasa naik. Apabila dihapuskan GST pun harga barang tidak akan turun. Mahathir telah nyatakan akan memperkenalkan cukai lain. 

Namun faedah dan bantuan kepada rakyat akan berkurangan. Mahathir sudah menyatakan mereka akan memperkenal sistem BR1M baru bagi mengurangkan jumlah penerima. Hakikatnyan Undi PKR sekadar mengulangi cerita zaman Mahathir yang penuh ketirisan dan penswastaan yang membebankan rakyat.


Sumber asal: Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?
More about → Hapus GST: Agenda Orang Miskin Atau Golongan Kaya?

Pesanan Buat Pegundi Kuala Langat Oelh Calon Jambu!

Posted by Kerah Lekung on Wednesday, 2 May 2018

Pesanan Buat Pegundi Kuala Langat Oelh Calon Jambu!.


[PESANAN BUAT PENGUNDI]

Pesanan untuk pengundi Kuala Langat. Berilah Peluang. Bagi pendekatan baru dan lebih remaja untuk orang Kuala Langat. Masa untuk pembangunan dan kita tolak calon yang lompat dan kemudian tidak akan muncul melainkan Pilihanraya sahaja. Kini tiba masa untuk nafas baru untuk kawasan kita. Undilah Calon BN P112, Shahril Sufian Hamdan.

#MudaSegarBerwawasan
#BerilahPeluang
#HebatkanKualaLangat
#BersamaBN

Sumber asal: Pesanan Buat Pegundi Kuala Langat Oelh Calon Jambu!
More about → Pesanan Buat Pegundi Kuala Langat Oelh Calon Jambu!

Calon PH Untuk Kuala Langat Ada Kesalahan Rasuah Untuk Projek Pasir?

Posted by Kerah Lekung

Calon PH Untuk Kuala Langat Ada Kesalahan Rasuah Untuk Projek Pasir?.


SALINAN LAPORAN SPRM KE ATAS CALON PKR PERLABUHAN KELANG

Adalah dengan ini saya ingin membuat laporan ke atas saudara Azmizam Zamanhuri Ahli Majlis PKR pusat, penyelaras PKR DUN Pelabuhan Klang yang disebut sebagai perancang dalam sindiket penipuan pasir di Selangor.

Merujuk kepada pendedahan yang dibuat di https://ift.tt/2rj4Ufo dan juga risalah yang tersebar jelas menyebut Suhaimi Shafei, setiausaha politik Menteri Besar Selangor, Xavier Jeyakumar bekas Exco kerajaan Selangor dan Azmizam sebagai mereka yang terlibat dalam mengutip wang secara haram bagi tujuan rasuah bagi mendapatkan kontrak pasir.

Bukan itu sahaja Azmizam Zamanhuri terlibat mengarahkan pekerjanya muhamad mohd khusairi untuk menubuhkan sebuah syarikat yang namanya sama seperti GLC yang menguruskan pasir Selangor. (rujuk salinan akuan bersumpah lampiran 1) Azmizam mengarahkan Muhammad menubuhkan Kumpulan Semesta PLT Sdn Bhd bagi tujuan mengelirukan dan semua duit yang dikutip melalui usaha mengelirukan ini diserahkan terus kepada azmizam.

Bukan sahaja mewujudkan syarikat bagi tujuan menipu malah sindiket ini turut terlibat mengeluarkan dokumen palsu termasuk dokumen rasmi kerajaan. Laporan polis bernombor Banting/002198/17 pernah dibuat mengenai perkara ini namun menurut beberapa sumber azmizam sendiri sombong mengatakan tidak aka nada tindakan ke atasnya kerana dalam polis juga dia ada orang.

Kumpulan Semester Sdn Bhd iaitu agensi rasmi kerajaan Selangor yang mengendalikan industry pasir sangat sedar mengenai sindiket yang didalangi pemimpin pkr. Rujuk dokumen KKSB dengan rujukan KSSB / Legal / 02-112 secara jelas menyatakan KSSB sedar sindiket ini termasuk jenayah pemalsuan dokumen tetapi malangnya tidak ada tindakan lanjut mungkin kerana pemimpin pkr sendiri menjadi dalang.

Didalam pendedahan dibuat juga disiarkan beberapa keeping gambar yang dikatakan mesyuarat sindiket pasir diadakan di bilik mesyuarat exco kerajaan negeri Selangor

Bersama laporan ini saya serahkan :

- Salinan risalah sindiket pasir Selangor, rompakan disiang hari
- Salinan akuan bersumpah 1 menyebut penglibatan pemimpin pkr
- Salinan akuan bersumpah 2 menyebut mengenai kutipan wang dan pemalsuan dokumen
- Salinan laporan polis
- Salinan gambar mesyuarat sindiket pasir yang dikatakan di pejabat exco kerajaan negeri
- Salinan daftar perniagaan syarikat yang seakan nama kumpulan semesta yang diwujudkan untuk menipu

** laporan oleh Khalid Mohd Ismath di SPRM Selangor pada 25 April 2018

Solidariti Anak Muda Malaysia (Selangor) dan Pertubuhan Gerakan Penegak Suara Selangor

Menjemput semua

* Calon PRU dalam Selangor Dari semua parti mahupun bebas
* Wakil - wakil parti politik
* Semua pengundi Selangor
*Wakil wakil media
Ke Taklimat Umum

"Pendedahan dan pembentangan Bukti Jenayah calon - calon PRU Selangor"

Hari : Sabtu
Tarikh : 5 Mei 2018
Jam : 3.30 ptg
Lokasi : Hotel DE ART Shah Alam
Waze : https://ift.tt/2HHkufF
Google : https://g.co/kgs/s5XYgD

Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi Talian :
011-18685019 - EDY NOOR
Semua bahan Bukti juga Akan dicetak Dan diedarkan. rakaman atau live FB dibenarkan.

Nasiruddin Mohamed

Sumber asal: Calon PH Untuk Kuala Langat Ada Kesalahan Rasuah Untuk Projek Pasir?
More about → Calon PH Untuk Kuala Langat Ada Kesalahan Rasuah Untuk Projek Pasir?

Kisah Benar Dari Langkawi Pasal Mahathir?

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 1 May 2018

Kisah Benar Dari Langkawi Pasal Mahathir?.


Tadi breakfast dekat hotel area Langkawi.

Tepi pantai. Sembang sama adik ni dia kerja dekat Cafe kat hotel sini. Ramah dia. Dia tanya aku dari mana. Aku jawab dari KL. Aku saja2 tanya dia nanti mengundi sokong mana.

Dia kata dia takkan undi Tun Mahathir.

Aku tanya pasai apa tak sokong Tun? . Kan Tun dah bangunkan Langkawi. Bangunkan macam2. Bina hotel. Lepas tu adik pun dapat peluang kerja kat hotel macam sekarang.
Lepas tu adik tu cakap..

"Memang la saya kerja kat sini. Abang bayangkan ayah saya, abang saya semua kerja hotel. Sebab apa? Sebab dah takdak kerja lain yang available sangat di Langkawi..kami pun banyak ada SPM ja. Kerja kat bank pun tak boleh..."

Dia cakap lagi.

"Abang tau dak, dulu tanah hotel ni Tok Nenek kami yang punya. Zaman Tun dulu terpaksa kena juai tanah ni sebab katanya nak buat pembangunan. Tapi sekarang naik hotel, kami jadi kuli kerja kat sini.

Tersentak aku.

"Sorry bang, saya kena buat kerja.."kata adik tu.

Aku dok perati ja dia buat kerja.

Rasa kesian ada..sayu pun ada.

-Tun Carlos
#SinsOfMahathir

Sumber asal: Kisah Benar Dari Langkawi Pasal Mahathir?
More about → Kisah Benar Dari Langkawi Pasal Mahathir?

GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya Projek Melibatkan Kerajaan #TsunamiPHitnah

Posted by Kerah Lekung

GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya Projek Melibatkan Kerajaan #TsunamiPHitnah.


Pada 11 April lepas, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan sebab kontraktor dari China dipilih untuk membangunkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kerana tawaran pinjaman yang diberikan adalah kadar terendah di dunia.

Beliau berkata, tawaran tersebut dari kerajaan negara China dan bukannya syarikat.

“Tawaran yang diberikan adalah istimewa iaitu memberikan pinjaman 85 peratus daripada nilai projek dan kemudahan tempoh bayaran balik pinjaman selepas 7 tahun dengan faedah yang terendah di dunia.

“Sebab itu, kita pilih kontraktor dari negara China dan kontraktor ini telah bina landasan yang paling panjang di dunia dibuat oleh syarikat ini.

“Kalau kita tak terima, dangkallah kita ini. kalau kita ada akal fikiran, kita pinjam, tujuh tahun tak payah bayar, dan bila bayar nilai mata wang pun menurun,” katanya ketika berucap merasmikan majlis pecah tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) peringkat Negeri Kelantan di Tunjong Kelantan pada 11 April lepas.

Selepas Dato Seri Najib buat pengumuman ini, pembangkang mulalah mencari "point" untuk mengelirukan kepala rakyat. Seboleh bolehnya pembangkang mahu rakyat benci dengan projek ECRL. Pembangkang memang mahu batalkan pun projek ECRL ini.

Semalam tersebarlah di media sosial kononnya syarikat dari China yang dapat projek ECRL ini tidak dikenakan GST. Tuduhan yang sengaja dibuat untuk bagi rakyat marah.

Hendak kena GST bagaimana kerana projek itu adalah projek antara kerajaan China dan kerajaan Malaysia. Kerajaan China pula tawarkan kemudahan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah.

Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri Subromaniam Tholasy berkata, pihaknya memberi sokongan bagi mempertimbangkan pelepasan oleh Kementerian Kewangan kepada CCCC.

Menjelaskan sebab pelepasan, Datuk Seri Subromaniam berkata ECRL adalah projek melibatkan dua kerajaan yang membabitkan kepentingan awam.

"Ia bagi mengurangkan kos projek yang berorientasikan kemudahan awam. Secara amnya, pelepasan ke atas syarikat ini (CCCC) bagi memastikan projek strategik ECRL dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memberi manfaat besar kepada rakyat secara keseluruhannya," katanya dalam satu kenyataan.

Katanya lagi, pelepasan dibuat selepas mengambil kira faktor faedah pinjaman yang ditawarkan adalah lebih baik daripada kos GST.

"Syarikat itu juga tidak dibenarkan menuntut apa-apa bayaran pulangan balik (refund) GST," katanya lagi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional, Dato Eric See To berpendapat pembangkang sengaja mahu mengambil kesempatan dari penyokong mereka yang kurang pengetahuan bagi mencetus kebencian lagi di kalangan rakyat.

Menurutnya, asas utama serta prinsip GST atau VAT adalah pengguna terakhir atau pengguna yang memerlukan membayar sepenuhnya GST atau VAT.

Pihak ketiga dalam sistem perbekalan boleh menuntut kembali namun pengguna terakhir tidak boleh menuntut kembali GST/VAT.

Eric See To menjelaskan bagi projeck Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), pelanggan terakhir adalah pihak kerajaan.
Jika GST dikutip, maka pembayarnya adalah Kerajaan dan dibayar kembali kepada Kerajaan.

Adalah lebih baik untuk mengecualikannya, di mana ia diperuntukkan melalui Akta GST agar tiada proses tidak diperlukan serta perbelanjaan bertindih dapat dielakkan.

Tidak seperti projek kerajaan lain, projek ini dibiayai oleh pinjaman mudah luar negara. Memasukkan GST akan menyebabkan jumlah keseluruhan pinjaman dan faedah akan meningkat.

Kalau kos projek termasuk GST maka kos RM55b akan meningkat ke RM58.3 bilion. Yang perlu di pinjam pun naik RM3.3 bilion juga walaupun akhirnya RM3.3 bilion ini akan dikutip balik oleh kerajaan dalam bentuk GST selepas projek tamat.

Maka tindakan kerajaan adalah tepat bagi mengurangkan kos serta elak perbelanjaan bertindih bagi projek ini.

Mengapa pemimpin senior Pakatan tidak memahami asas paling utama sistem percukaian GST?

Syarikat tempatan yang juga buat projek untuk kerajaan sebagai pembeli terakhir di mana projek mereka tidak di beri penegecualian khas untuk GST akan membayar GST semasa menjalankan projek.

Syarikat tempatan ini akhirnya akan mengenakan dan mengutip GST dari kerajaan (yang dibayar balik ke kerajaan) tetapi boleh menuntut kembali semua GST (sebagai input tax) yang telah dibayar oleh syarikat dalam proses menjalankan projek itu.

Akhir-akhirnya, kesemua GST yang Syarikat tempatan itu bayar semasa menjalankan projek untuk kerajaan juga ditanggung balik oleh kerajaan.

Projek ECRL ini akan memberi 80,000 peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dan meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri sebanyak 1.5 peratus di Pantai Timur. Ramai akan rugi kalau projek ini dibatalkan.

Jangan terpedaya dengan dakyah jahat pembangkang kononnya itu dan ini. Mereka memang dengki pun dengan projek ECRL.

K7L : Pembangkang tak ada modal..
Sumber asal: GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya Projek Melibatkan Kerajaan #TsunamiPHitnah
More about → GST Dikecualikan Untuk Syarikat ECRL Kerana Ianya Projek Melibatkan Kerajaan #TsunamiPHitnah

DAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit

Posted by Kerah Lekung on Monday, 30 April 2018

DAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit.


Akhirnya, Zaid Ibrahim membuka mulut mengenai kritikannya terhadap DAP baru-baru ini. Kata Zaid, dia bukan marah kerana DAP tidak memberikannya satu kerusi untuk ditandingi pada PRU14, tapi yang paling membuatkannya 'bengang' adalah sikap angkuh pemimpin parti itu.

Dedah Zaid, pada awalnya DAP menjanjikan beliau kerusi Gelang Patah, namun tiga bulan kemudian, tawaran itu diberikan dengan 'bersyarat'. Tidak lama kemudian, tawaran itu ditarik balik dan beliau ditawarkan pula kerusi Bentong oleh seorang pemimpin DAP.

Bagaimanapun Zaid berkata, isu kerusi itu 'diam' selama enam bulan, sehingga beliau terpaksa menghubungi pemimpin tertinggi DAP untuk 'menagih' kerusi. Dan mengejutkan, pertanyaannya menerusi pesanan teks langsung tidak dibalas. 

Lihatlah permainan DAP. Pada mulanya alu-alukan kemasukan Zaid, tapi sekarang layan Zaid macam 'sampah'! Terbukti, DAP hanya gunakan pemimpin Melayu untuk kaburi mata rakyat saja.

K7L : Hanya yang makan sampah tahu main sampah..
Sumber asal: DAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit
More about → DAP Layan Zaid Macam 'Sampah'! #TsunamiPHitnah #HarapanHipokrit

Malaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia

Posted by Kerah Lekung

Malaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia.


Tulisan asal oleh: Abdul Wahid Omar, Business Insider Singapore, 27 April 2018

Akauntan bertauliah dan bekas menteri selama satu penggal Abdul Wahid Omar berkata Malaysia kini berada di peringkat terakhir untuk digelar sebagai negara maju.

Saya dilahirkan sebagai anak kesembilan dalam sebuah keluarga yang mempunyai sebelas adik beradik pada tahun 1964 dan dibesarkan di Kampung Tarom, sebuah kampung kecil di negeri Johor selatan. Seperti kebanyakan orang Melayu pada zaman saya, keluarga saya miskin. Lagipun, 49.3% isi rumah Malaysia pada 1970 hidup dalam kemiskinan.

Tidak perlu dikatakan, bahasa Inggeris bukan bahasa percakapan saya pada masa itu. Semasa peperiksaan sekolah rendah saya, saya berjaya dapat 4A dan 1C - tiada hadiah jika anda meneka apa yang 'C' itu.

Tetapi saya diberi peluang untuk mendaftar di sebuah Maktab Rendah Sains MARA kelolaan kerajaan, dan dari sana berjaya memperbaiki kemahiran bahasa saya. Kerajaan pada masa itu, dan bahkan sekarang, percaya bahawa menyediakan pendidikan yang baik adalah kunci untuk mengangkat rakyat keluar dari kemiskinan. Hati saya telah ditakdirkanuntuk menjadi akauntan, sehingga ke peringkat di mana saya berjaya belajar akauntan di UK di bawah biasiswa daripada MARA, agensi yang ditubuhkan untuk membantu masyarakat Bumiputera yang kurang bernasib baik.

Dan sekarang, saya berada dikedudukan di mana pendapat saya boleh diterima oleh pembaca antarabangsa yang ingin mendengar daripada sumber asli bagaimana Malaysia yang 'sebenarnya', di luar tajuk-tajuk media utama.

Kecuali anda tinggal di negara ini, saya fikir anda tidak akan dapat faham pelbagai cabaran dalam menguruskan sebuah negara kecil yang mempunyai pelbagai bangsa yang mempunyai impak lebih besar kepada dunia berbanding saiznya, dan dibezakan lagi dengan tekanan ekonomi dan sosial yang tak sama.

 kerumitan yang datang dalam menguruskan negara yang beragam jenis rakyat yang agak kecil yang selalu menumbuk di atas berat badannya, dan terus dipengaruhi oleh tekanan ekonomi dan sosial yang berbeza.

MAKMUR DAN MAJU

Malaysia kini berada di peringkat terakhir untuk digelar sebagai negara maju, Malaysia akan menjalani transformasi menjadi negara berpendapatan tinggi seperti yang didefinisikan Bank Dunia.

Izinkan saya berkongsi beberapa fakta mudah:

1. Bank Dunia menyatakan bahawa sejak memperoleh kemerdekaan, Malaysia telah berjaya mempelbagaikan ekonominya dari satu asas pertanian dan berasaskan komoditi berubah menjadi tuan rumah sektor pembuatan dan perkhidmatan yang teguh, menjadikan Malaysia salah satu pengeksport utama peralatan elektrik, bahagian dan komponen elektronik.

2. Dasar-dasar kerajaan telah membantu mengubah Malaysia menjadi salah satu negara dengan ekonomi paling terbuka di dunia, dengan nisbah perdagangan-ke-KDNK lebih dari 140% sejak 2010.

3. Keterbukaan kita dalam perdagangan dan pelaburan telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan pekerjaan dan memacu pertumbuhan pendapatan; 40% daripada pekerjaan kita dikaitkan dengan aktiviti eksport.

4. Sejak krisis kewangan Asia 1997-1998, ekonomi Malaysia telah berada dalam trajektori menaik, purata pertumbuhan sebanyak 5.4% sejak 2010.

5. Pada tahun ini, bank pusat, Bank Negara Malaysia telah menaikkan unjuran pertumbuhannya untuk 2018 kepada 5.5-6.0 peratus, salah satu pertumbuhan terpantas di rantau ini, atas berkat ekonomi kita kuat dan pelbagai, disokong oleh penggunaan domestik dan pelaburan perniagaan yang rancak.

Dan sekarang dengan kurang daripada 1% isi rumah Malaysia hidup dalam kemiskinan yang melampau, tumpuan kerajaan telah beralih ke arah meningkatkan kesejahteraan kepada lebihan 40% populasi penduduk terbawah.

Ia adalah satu kelompok yang saya dan keluarga saya pernah menjadi sebahagian daripadanya dan pada saya sendiri secara peribadi, ia merupakan dasar pembangunan yang sangat penting dari segi merapatkan jurang kekayaan dan memastikan semua rakyat Malaysia dalam semua lapisan masyarakat berjaya dan berjaya bersama.

MUDA, PELBAGAI DAN LAPAR

Saya berusia 37 tahun ketika saya diminta untuk mengetuai Kumpulan UEM-Renong, yang pada masa itu merupakan syarikat infrastruktur terbesar di Malaysia, dengan 11 syarikat yang didagangkan secara terbuka dalam keadaan stabil.

Ramai rakan sebaya saya juga diberikan kedudukan kepimpinan dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang besar apabila mereka berusia 30-an dan awal 40-an. Mereka bukan dari keluarga kaya dan mempunyai pertalian dengan orang penting. Mereka diberi peluang yang saksama dan diiktiraf atas kebolehan mereka.

Kepercayaan kepada bakat dan kepelbagaian kami telah membantu menjadikan Malaysia hari ini.

Namun kerana peluang yang negara telah berikan kepada saya, saya hanyalah satu daripada berjuta-juta rakyat Malaysia, yang melalui kerja keras, kekecewaan dan ‘kelaparan’, telah membantu mendorong Malaysia ke kedudukan selesa di dalam kedudukan global 30 teratas dari segi KDNK yang diukur melalui Paritas Kuasa Pembelian (PPP) berdasarkan pangkalan data tahun 2016 Petunjuk Pembangunan Dunia Bank Dunia.

Malaysia sudah tentu tidak sempurna dan terdapat banyak ruang untuk penambahbaikan. Tetapi setelah melihat Malaysia melalui mata seorang lelaki kampung yang miskin yang berjaya ke dunia korporat, saya akan mengatakan ini: perniagaan berkembang maju pada landasan yang stabil dan rekod prestasi ekonomi yang terbukti.

Dalam tempoh 61 tahun ia menerajui Malaysia, kerajaan saya telah membawa pembangunan, kemakmuran dan keamanan kepada rakyat negara ini.

Dan jangan lupa dunia, Malaysia masih terus berkembang, dan dengan sangat cepat. Kami masih mendaki, dan dengan sangat cepat.

Saya ingin menamatkan dengan mengatakan:

SAYA ADALAH PENYOKONG

Saya seorang penyokong yang tidak malu dan berani pada dasar-dasar sosial dan ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan.

Terima kasih kepada dasar-dasar dan kerajaannya, Malaysia berjaya memecahkan apa yang dipanggil ‘sumpahan sumber': paradoks bahawa negara-negara yang mempunyai banyak sumber semula jadi cenderung mempunyai pertumbuhan ekonomi yang kurang, demokrasi dan hasil pembangunan yang lebih teruk daripada negara kurang berkepentingan. Malaysia percaya kepada pembangunan sumber semula jadi yang mampan dan memastikan bahawa kadar penambahan sumber minyak berada di atas 100% iaitu mengekstrak minyak & gas pada kadar yang lebih rendah berbanding penemuan rizab baru. Itulah sebabnya Bank Dunia memetik Malaysia sebagai "kejayaan dari segi memanfaatkan sumber semula jadi untuk pembangunan".

Ia adalah kerana dasar-dasar pembangunan sosial dan ekonomi yang luas yang akan memastikan Malaysia akan terus kuat menghadapi abad ke-21 yang sangat tidak menentu tetapi sangat menarik ini, yang saya yakin 100% akan membawa faedah yang tidak terhitung kepada semua yang ingin mengambil bahagian bersama.

Atas sebab-sebab yang saya nyatakan di atas, saya minta anda tolong, fikirkan lebih luas daripada tajuk-tajuk utama media dan lihat Malaysia dengan ‘wajah’ sebenarnya; bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang progresif, terbuka dan mesra perdagangan yang telah dipupuk oleh kerajaan yang sama dan dibina lebih dari enam dekad yang lalu.

Melihat kepada masa depan, saya percaya bahawa sebagai ahli pengasas ASEAN, salah satu kawasan ekonomi dunia yang paling pesat berkembang di abad ke-21, Insya Allah, hanya ada satu arah untuk saya dan 30 juta rakyat Malaysia yang lain: Maju ke atas.

* Abdul Wahid Omar, 54, seorang akauntan bertauliah dan bekas menteri sepenggal dalam kerajaan Malaysia, adalah Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad, syarikat pengurusan dana terbesar Malaysia dengan aset bernilai $ 72 bilion di bawah pengurusan. Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, syarikat awam terbesar Malaysia, Telekom Malaysia dan UEM Group.

Link asal artikel: Business Insider
Sumber asal: Malaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia
More about → Malaysia Yang Saya Tahu, Dan Ingin Tunjukkan Kepada Dunia

Kerajaan Era Mahathir Beri Lebih Banyak Pelepasan Cukai Projek Mega – Subromaniam

Posted by Kerah Lekung

Kerajaan Era Mahathir Beri Lebih Banyak Pelepasan Cukai Projek Mega – Subromaniam.


Kerajaan di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad telah memberikan lebih banyak pengecualian cukai kepada projek-projek mega dan ini menyebabkan kerugian langsung kerajaan, ujar Ketua Pengarah Kastam Subromaniam Tholasy hari ini.

Subromaniam turut menjelaskan bahawa bukan hanya projek-projek mega sewaktu zaman kepimpinan Mahathir dikecualikan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), malah mereka turut diberikan pengecualian duti import.

Sistem SST merupakan sistem satu peringkat di mana sekiranya pengecualian diberikan, maka pihak kerajaan yang akan menanggung kerugian secara langsung.

Lebih jelas lagi, kerajaan akan mengalami kerugian dalam bentuk wang namun pengecualian cukai masih tetap diberikan pada pihak-pihak pemaju berkenaan.

"Bagaimanapun, sistem GST adalah berbeza kerana apabila pihak yang berkenaan diberikan pengecualian, maka mereka tidak boleh memohon bayaran balik atas cukai kredit import serta tiada pengembalian dana dilakukan.

"Dengan memberikan pengecualian CBP kepada ECRL, kerajaan sebenarnya telah membuat keputusan yang bijak dan ini akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat," tambah Subromaniam dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Kastam Putrajaya.

Antara projek-projek yang dikecualikan daripada SST sewaktu pentadbiran Mahathir adalah termasuk projek Terowong SMART, Stadium Nasional Bukit Jalil, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Sistem Transit Aliran ERL.

Sumber : KLX



Sumber asal: Kerajaan Era Mahathir Beri Lebih Banyak Pelepasan Cukai Projek Mega – Subromaniam
More about → Kerajaan Era Mahathir Beri Lebih Banyak Pelepasan Cukai Projek Mega – Subromaniam

Afif Fitnah Chief KJ - Dah Tanya Kenapa Diam?

Posted by Kerah Lekung

Afif Fitnah Chief KJ - Dah Tanya Kenapa Diam?.

Ini biasa bagi pembangkang. Takkan Orang BN nak kena buatkan untuk Orang PKR? Salahkan orang ini kita dah rasa di Kuala Langat. YB PKR nak jumpa pun dekat KL dan berdegar dalam Parlimen tapi tak bawak isu rakyat. Dan kepakaran dia cari salah sahaja tapi tak buat kerja. Kali ini kita pasti Pilih Biru!

#KitaTolakCalonLompat
#KitaPilihBiru


K7L : Lompat macam Katak Puru...

Sumber asal: Afif Fitnah Chief KJ - Dah Tanya Kenapa Diam?
More about → Afif Fitnah Chief KJ - Dah Tanya Kenapa Diam?