SAYA mahu melihat UMNO jatuh” dan “Najib tidak sembah Tuhan, dia sembah cash” – Mungkin tidak siapapun akan terfikir bahawa seorang yang satu ketika dijulang sebagai Negarawan sanggup mengeluarkan perkataan sedemikian.
Tetapi itulah Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dalam usia 93 tahun dilihat semakin bercelaru fikirannya akibat dendam kesumat terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sayang sekali seorang pemimpin hebat seperti beliau boleh ‘huru-hara’ fikirannya semata-mata kerana politik sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan politik yang semakin merapu.
Dua kenyataan politik beliau tersebut membuktikan Dr. Mahathir sudah hilang pertimbangan dan ‘kewarasan’ dalam politik. Kalaupun mahu menang pilihan raya dan kemaruk sangat ingin menjadi Perdana Menteri boneka di bawah Pakatan Harapan yang DAP pasti menjadi parti paling berkuasa, ingatlah Tuhan sama.
Sepatutnya dalam usia 93 tahun, Dr. Mahathir lebih banyak ingat Tuhan dalam melakukan apa juga tindakan. Tidak mengapa kalau menggunakan umur panjang yang dianugerahkan oleh Allah SWT untuk terus berpolitik, walaupun satu ketika dulu beliau sendiri berkata bila tidak lagi menjadi Perdana Menteri, beliau akan menghabiskan masa membuat persiapan untuk akhirat, tetapi janganlah melampau dalam tindakan dan kenyataan.
Bertekad mahu melihat UMNO yang merupakan parti keramat orang Melayu jatuh dan menuduh Najib tidak menyembah Tuhan adalah satu kenyataan yang sudah melepasi batas-batas kewarasan seseorang berpolitik.
Kalaupun sudah berkawan dengan DAP dan PAN, sebagai seorang negarawan, Dr. Mahathir tidak sepatutnya terikut-ikut dengan rentak serta pendekatan politik murahan pemimpin-pemimpin parti itu.
Dr. Mahathir seharusnya mempunyai standard tersendiri walaupun sudah menjadi pemimpin pembangkang. Tetapi sekarang beliau tiada bezanya dengan beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang dianggap bertaraf ‘badut’ menghiburkan orang ramai di ceramah-ceramah.
Atas sebab itulah dalam usia semakin lanjut dan keadaan kesihatan yang sering terganggu, Dr. Mahathir ingatlah Tuhan sama ketika berpolitik. Janganlah ikut sedap mulut sahaja ketika berkata-kata sehingga tohmahan, fitnah dan maki hamun sudah menjadi ‘wirid’ harian.
Sesungguhnya penulis tidak menafikan jasa besar Dr. Mahathir dalam membangunkan negara ini tetapi janganlah sampai segala jasa dan bakti beliau akan tertutup atau dilupakan akibat dosa-dosa politik yang dikumpulkan sepanjang berada dalam gabungan Pakatan Harapan.
Oleh itu Tun, ingatlah Tuhan sama. Berpolitikpun agak-agaklah, apatah lagi dalam usia 93 tahun. Berhati-hati dalam berkata-kata kerana bimbang sampai pada satu tahap, Dr. Mahathir yang pernah dianggap antara ahli politik berfikiran tajam ‘terhumban’ ke dalam golongan yang digelar ‘nyanyuk’.
Sumber asal: MAHATHIR SUDAH HILANG PERTIMBANGAN , TUDUH NAJIB SEMBAH DUIT
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment