Gara-gara Muhyiddin tidak ada bakat ‘orang demo’….

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 4 April 2018

Gara-gara Muhyiddin tidak ada bakat ‘orang demo’…..
Biasanya suatu demo yang disertai oleh pembesar politik bertaraf  seorang bekas Timbalan Perdana Menteri akan jadi bahan berita yang mencuri perhatian.

Namun lain ceritanya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin.Demo yang beliau ketuai untuk bantah GST di sekitar kompleks beli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman pada Ahad kelmarin berlalu sepi di angin lalu.

Al-kisahnya demo itu nyata aksi yang gagal dapat sambutan dan tidak ada sebarang impak.

Penganjuran demo bantah GST itu bukanlah sesuatu yang luar biasa.Apa lagi modal pembangkang kecuali terpaksa buat segala aksi bising sana sini menjelang pilihanraya umum ke 14 untuk tibai kerajaan.

Kawasan Sogo dan jalan yang menjadi tumpuan orang membeli belah khususnya pada hujung minggu sejak dulu menjadi lokasi sasaran pembangkang buat demo untuk menarik perhatian.

Semua orang tentu ingat Muhyiddin yang kini Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ini adalah orang yang kuat sokong GST yang mula dilaksana mulai 1 April  2015 semasa dalam kerajaan.

Dulu lain dan sekarang sudah pasti terpaksa cakap lain selari dengan irama pembangkang.Itu sudah lumrah politik.

Di celah ini semua ada sesuatu yang menarik dan menjadi bahan bualan orang politik pasal Muhyiddin turun demo jalanan.

Apa tidaknya beliau kelihatan agak kekok dalam aksi berdemo di khalayak ramai.

Mereka yang mengenali perwatakan Muhyiddin cukup tahu beliau memang tidak ada bakat  sebagai ‘orang demo’ jalanan seperti contohnya Tian Chua dari PKR dan lain-lain panglima perang pembangkang.

Beliau lebih dilihat sebagai ‘orang rasmi’ kerana stailnya sejak dulu yang dicop susah senyum.

Atas sebab itu bukanlah sesuatu yang  mengejutkan demo berkenaan gagal dan hanya disertai oleh sekitar 50 orang.

Setelah buat bising sekitar Sogo peserta demo berarak sejauh kira-kira satu kilometer dari situ meneruskan aksi mereka.

Orangramai yang membeli belah di kawasan itu cuma lihat saja gelagat mereka.

Demo yang bermula jam 4 petang itu tidak ada permit polis.

Ini satu hal lagi.Bayangkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri tidak patuh undang-undang yang beliau sama-sama luluskan dulu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Shaharuddin Abdullah berkata polis akan panggil penganjurnya untuk siasatan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sumber asal: Gara-gara Muhyiddin tidak ada bakat ‘orang demo’….

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment