BN sudah 'menang' di Parlimen Lenggong...

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 4 April 2018

BN sudah 'menang' di Parlimen Lenggong....
Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Perak, Datuk Saarani Mohamed berucap mewakili Menteri Besar agak “tergamam” bila memulakan ucapan didepan Dato Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi.

Dari bahasa badannya, kehadiran  15,000 orang di Majlis Perasmian Program Bantu Rakyat dan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lenggong merupakan petanda positif buat BN Lenggong.

Saarani kemudian menyifatkan kehadiran besar rakyat Lenggong untuk bersama Ahmad Zahid dan  Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir sertai barisan pemimpin BN memperlihatkan `lampu hijau’ BN akan terus kekal mempertahankan kerusi Parlimen Lenggong, DUN Kenering dan Kota Tampan pada pilihan raya kali ini.

Sambil berseloroh beliau berkata, ``pengundi  bagi kawasan Parlimen Lenggong ini hanyalah berjumlah 29,835 orang, yang depan kita ni lebih daripada separuh, lebih daripada 15,000 orang sudahpun berada di bawah khemah.

``Kalau hari ini semua boleh mengundi Datuk Seri (Zahid), BN insyAllah telahpun  menang bagi kawasan Parlimen Lenggong ini….tak termasuk ada 5,235 orang yang berada di luar daripada Lenggong dan mereka telah menjanjikan insyAllah mereka akan datang pada hari mengundi dan juga sebelum mengundi untuk BN.

``Datuk Seri  (Zahid) …sebelum saya sampaikan ucapan, YAB MB telah berbisik kepada saya …supaya saya dapat juga menyampaikan ucapan bagi pihak kerajaan negeri kerana YAB kata untuk menjimatkan masa.

``Datuk Seri MB memberi kepercayaan kepada saya untuk juga menyampaikan ucapan bagi bagi pihak kerajaan negeri…tapi sebelum saya membaca teks tersebut YAB, saya nak sebut . . . “

“. . . tadi saya katakan  ada lebih daripada 15,000 orang yang  hadir yang akan terima nombor bertuah. . . dapat kereta sebuah ni seorang je jadi ada ramai lagi yang belum dapat…yang akan terima motosikal nipun tak sampai 10 orang.

``Yang akan terima motosikalpun lebih kurang 10 orang..maknanya yang akan membawa balik hadiah ini kereta, motosikal tak ramai …sudah tentu mereka berhasrat Datuk Seri  akan bagi juga hadiah kepada mereka…walaupun tak bagi seorang satu ..tapi projek-projek yang mereka harapkan Datuk Seri  untuk kepentingan orang ramai,’’ katanya.

``Kecil-kecil banyak jumlah besar jugak…saya selalu terpengaruh dengan ucapan Datuk Seri TPM. . . .dia kata jangan ambil kesempatan diatas  jawatan dia sebagai TPM tapi ambillah apa-apa yang sempat sementara dia boleh memberi.

``Hari ini…datuk seri saya kena memanjangkan permintaan rakyat dikawasan parlimen Lenggong ..datuk seri dipenghujung sempadan Parlimen Lenggong  ini bersempadan dengan Parlimen Gerik,  ada sebuah Maahad Tahfiz yang sekarang sangat berjaya.

“ . ..  dan diminati ramai namanya Maahad Tahfiz bertaraf pomdok Air Jernih….dia dapat  permintaan sangat tinggi …mereka tak cukup bilik darjah walaupun kawasannya mencukupi dan ada kawasan dia minta kalau boleh kita lulus pada kadar jumlah RM1 juta  sahaja.

``Tarmizi (ADUN Kenering) bagi surat kepada saya sebab kawasan itu kawasan dia ..datuk seri sebagai ketua UMNO bahagian,saya kena berlaku adil bukan juga Kota Tampan juga DUN Kenering.

``Datuk Seri selain itu sempadan diantara DUN Kota Tampan dengan DUN Kenering ada sebuah kampung  namanya Kg  Gua Badak..orang muda agak ramai mereka berhasrat kalau boleh dibina sebuah gelanggang futsal boleh orang muda beriadah dengan harga RM180,000.

`` Selain itu kerana Lenggong dikenali sebagai Tapak Warisan Dunia…ramai pengunjung  kemari tetapi tempat penginapan tak cukup…ramai pengunjung menginap di Ipoh dan Kuala Kangsar menjadikan mereka tidak berbelanja di Lenggong.

``Kalau kita  ada ruang yang mencukupi..insyAllah mereka akan datang menginap di Lenggong dan belanja ..maka lakulah orang jual goring pisang,’’ katanya.

``Jadi minta baiki rumah rehat Lengong dengan kos RM500,000 dan dataran Lenggong lain-lain RM400,000 naik taraf Tasik Raban RM500,000,’’ katanya.

Menurut Saarani, kerajaan Persekutuan telah berbudi kepada rakyat di kawasan Parlimen Lenggong dengan memberi kelulusan peruntukan besar untuk menyediakan rumah mampu milik kepada rakyat dikawasan Lenggong.

Katanya,  kerajaan negeri Perak sebenarnya bekerjasama rapat dengan kerajaan Pedrsekutuan untuk memastikan keselesaan hidup bagi rakyat negeri Perak.

``Dengan slogan Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir’ maka projek PPR ini merupakan manifestasi langkah berterusan kerajaan Perak dalam menjayakan apa juga usaha menyediakan keperluan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan juga menengah.

``Oleh itu kita  menyediakan peluang pemilikan rumah mampu milik di kalangan rakyat tanpa mengira latar belakang sosial ekonomi mereka dan segala strategi kita buat mengambil kira masalah dan rintihan  yang disampaikan oleh rakyat.

``Maka itu dasar kerajaan negeri  untuk pembangunan perumahan kita telah mengambil kira  kuota pemilikan  rumah  termasuk 5 peratus bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) dan  5 peratus lagi golongan ibu tunggal,’’ katanya.

Menurut Saarani, dengan adanya 500 unit rumah PPR yang pertama dibina ini dan jika BN diberi mandat, masih menjadi kerajaan Persekutuan banyak projek pembangunan akan terus dilaksanakan di parlimen ini,

``Dengan adanya 500 unit yang pertama kita buat..insyAllah jika diberi mandat BN masih menjadi kerajaan Persekutuan, Perdana Menteri terus menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan..YAB Timbalan Perdana Menteri menjadi Timbalan Perdana Menteri yang budiman.

``Menteri Besar terus menjadi Menteri Besar kita dan calon –calon BN dikawasan ini dikekalkan dan dimenangkan semula sudah pasti kita akan berusaha dari masa sesemasa bukan setakat 500 unit ini ..tetapi InsyAllah ada lagi projek-projek perumahan yang sedang dan akan terus kita perjuangkan untuk rakyat dalam kawasan parlimen ini,’’ ujar Saarani.

Sumber asal: BN sudah 'menang' di Parlimen Lenggong...

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment