PM sahkan lancar Manifesto BN Sabtu ini…kata ‘kita sudah boleh pasang pelita raya’

Posted by Kerah Lekung on Wednesday 4 April 2018

PM sahkan lancar Manifesto BN Sabtu ini…kata ‘kita sudah boleh pasang pelita raya’.
Semua ramalan menduga Parlimen akan dibubarkan minggu ini.Ini selari dengan berakhirnya serentak sidang Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Khamis 5 April.

Apa lagi pada pagi Isnin Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri telah bikin panas lagi debaran menjelang pilihanraya umum ke 14 yang disifatkan ‘ ibu segala pilihanraya’.

Sebelum ini Perdana Menteri telah beri petanda-petanda yang samar-samar.

Namun pada ucapan semasa pelancaran model baharu lot perumahan generasi kedua Felda yang dihadiri kira-kira 12,000 orang di Felda Kumai di Pekan beliau secara spesifik sebut ‘kita sudah boleh pasang pelita raya.’

Beliau juga mengesahkan Manifesto BN untuk PRU 14 akan dilancarkan pada Sabtu 7 Apil ini.

“7 April ini insya-Allah pelancaran Manifesto BN, bererti bahawa dah dekat dah tu hendak ‘raya’. Kita sudah boleh pasang pelita raya, di luar bandar biasanya pasang pelita pada malam tujuh likur,” katanya.

Sumber asal: PM sahkan lancar Manifesto BN Sabtu ini…kata ‘kita sudah boleh pasang pelita raya’

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment