DAP terkejut dengan keputusan PAS menyokong perbentangan Rang Undang-undang Anti Berita Tidak Benar yang diluluskan semalam.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menjangkakan PAS akan bersama-sama Pakatan Harapan (PH) dalam menolak pelaksanaan RUU berkenaan, tetapi sebaliknya berlaku.
“Kita jangka PAS akan menolak dan tidak sangka parti itu akan sokong, itu yang DAP terkejut,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat, pada Selasa.
Semalam, seramai 11 Ahli Parlimen PAS menyokong perbentangan RUU Anti Berita Tidak Benar 2018 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Justeru, Guan Eng berkata, langkah PAS yang menyokong RUU berkenaan menimbulkan keraguan terhadap prinsip parti itu yang masih kekal sebagai pembangkang kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).
“Adakah PAS merupakan salah satu parti pembangkang ataupun parti pemerintah. Dia beri gambaran bahawa PAS adalah sebahagian daripada BN.
“Saya rasa PAS cakap macam BN, saya rasa terkejut sebab bila belum jadi pemerintah PAS sudah cakap macam parti pemerintah,” katanya.

Sumber asal: DAP TERKEJUT PAS SOKONG RUU BERITA PALSU
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment