Sokongan 11 Ahli Parlimen PAS terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Akta Antiberita Tidak Benar yang diluluskan oleh Dewan Rakyat semalam membuktikan ia selari konsep ‘tabayyun’ dalam ajaran Islam.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menghamburkan pujian dan berterima kasih kepada PAS kerana menyokong usaha Kerajaan Barisan Nasional (BN) membanteras gejala berita palsu yang semakin tidak terkawal dewasa ini.
“Bagus begitu kerana akta ini adalah mengikut Islam, dalam agama kita tidak dibenarkan membawa berita palsu.
“Ianya berlandaskan hukum Islam berhubung berita palsu. Sudah pasti saya rasa rakan-rakan (di Parlimen) yang menyokong RUU ini adalah kepentingan rakyat dan bukan kepentingan kerajaan BN,” katanya.
Ahli Parlimen Arau itu berkata demikian selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dengan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Bilik Jawatankuasa 1, Bangunan Parlimen, pada Selasa.
RUU Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan Dewan Rakyat melalui undian belah bahagian, 123 Ahli Parlimen menyokong dan 64 menentang.
Jelas Shahidan, pelaksanaan akta berkenaan adalah jalan terbaik bagi kerajaan melindungi kepentingan rakyat.
“Rakyat kadang kala jadi mangsa kepada berita palsu, bukan sahaja menteri dan mereka tidak mendapat perlindungan.
“Dengan akta ini, rakyat akan dapat perlindungan, saya amat berterima kasih dengan semua pihak termasuk PAS yang sokong RUU berkenaan,” ujarnya.

Sumber asal: SHAHIDAN PUJI AHLI PARLIMEN PAS
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment