Tabung Haji bayar dividen secara haram sejak 2014 kerana hutang sudah melebihi aset

Posted by Kerah Lekung on Monday, 10 December 2018

Tabung Haji bayar dividen secara haram sejak 2014 kerana hutang sudah melebihi aset. LEMBAGA Tabung Haji dilaporkan telah membayar dividen (hibah) secara haram kepada pendeposit sejak tahun 2014 kata Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama itu menjelaskan, dividen yang dibayar selama ini telah melanggar Akta Tabung Haji 1995 kerana hutang yang ditanggung oleh syarikat itu sudah melebihi aset pada tahun-tahun sebelumnya.

Beliau memetik laporan kewangan Tabung Haji tahun 2017, yang dibentangkan di parlimen pada hari Isnin menunjukkan bahawa lebih banyak hutang ditanggung (RM74.4 bilion) berbanding asetnya (RM70.3 bilion).

Tabung Haji

Ini bermakna jumlah defisit pada 31 Disember 2017 adalah sebanyak RM4.1 bilion.

Menurut Dr Mujahid, Akta Tabung Haji 1995 secara jelas menyatakan bahawa dua syarat mestilah dipenuhi sebelum Tabung Haji boleh memberikan dividen.

Pertama, aset mestilah tidak boleh kurang berbanding hutang, dan yang kedua mestilah ada keuntungan untuk diagihkan.

"TH yang telah memberikan hibah sejak tahun 2014, tidak mematuhi akta itu, kerana asetnya kurang berbanding hutang," kata beliau kepada wartawan dalam satu sidang media di parlimen pada hari Isnin (10 Disember 2018).

Laporan kewangan Tabung Haji tahun 2017 yang diaudit oleh PricewaterhouseCoopers (PwC) telah mencadangkan kerajaan untuk memulakan satu "pelan pusingan yang konprehensif," terhadap kekurangan RM4.1 bilion itu kata Mujahid.

Di bawah pelan berkenaan, PwC telah mencadangkan satu penyelarasan khas (SPV) untuk mengambil alih, memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset-aset yang kurang baik.

Tambahnya lagi SPV itu telah diluluskan oleh kabinet dan akan mula beroperasi sebelum penghujung tahun 2018.

Katanya Tabung Haji akan diletakkan di bawah pemantauan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Januari 2019, dan meluahkan keyakinan pelan pusingan berkenaan akan dilaksanakan oleh kerajaan secepat mungkin.

"Kabinet telah membincangkan pelan pusingan secara mendalam Dan telah memberi sokongan penuh dan kelulusan kepada pelan itu, supaya kedudukan kewangan Tabung Haji boleh dikawal dan keyakinan rakyat dapat dikembalikan,"

"Bagi memastikan kemampanan dan daya tahan TH bagi jangka masa panjang, Kerajaan telah memutuskan untuk meletakkannya di bawah pemantauan BNM bermula pada 1 Januari 2019,"

"Sekarang proses penstrukturan semula, sekiranya kita boleh memenuhi dua syarat dan jika ada keuntungan, tentu sekali kita akan dapat dividen,"

"Namun ia akan diumumkan sebelum hujung tahun, untuk tahun ini kita belum tutup akaun lagi," katanya.

Dr Mujahid turut membayangkan bahawa tindakan akan diambil terhadap pentadbiran Tabung Haji yang terdahulu.
Sumber asal: Tabung Haji bayar dividen secara haram sejak 2014 kerana hutang sudah melebihi aset

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment