Pemilik bengkel serang pelanggan guna pedang dan pemadam api

Posted by Kerah Lekung on Monday, 17 December 2018

Pemilik bengkel serang pelanggan guna pedang dan pemadam api. BEBERAPA video tersebar merakamkan detik bagaimana pemilik kedai bersaudara menyerang pelanggan dan rakan-rakannya menggunakan pedang dan pemadam api.

Pemilik bengkel serang pelanggan

Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak puas hati pelanggan berkenaan apabila pemilik bengkel mengenakan caj menyimpan kenderaan di atas parkir awam dan baik pulih kereta yang tidak munasabah.

Pelanggan berkenaan yang telah membuat laporan polis, datang ke bengkel tersebut cuba untuk mengeluarkan keretanya bersama dengan rakan-rakan yang lain.

Namun pemilik bengkel bertindak kasar menghalang kereta tersebut keluar daripada petak tempat letak kereta, dengan cara meletakkan kenderaan di kedua bahagian sisi, depan, dan belakang kereta itu.

Pergaduhan mula tercetus apabila pemilik bengkel dua bersaudara mengeluarkan pedang dan alat pemadam api bertindak mengejar serta menyerang pelanggannya serta rakan-rakan yang datang bersamanya.

Pemilik bengkel bersaudara itu bertindak menyerang dan memecahkan cermin kereta, selain menyembur alat pemadam api ke dalam kereta.

Di bawah ini video rakaman kejadian berkenaan. Sila klik untuk menonton video.



Maklumat lanjut dan video seterusnya akan menyusul sebentar lagi
Sumber asal: Pemilik bengkel serang pelanggan guna pedang dan pemadam api

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment