SCROLL KE BAWAH ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO
![TAG](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj4SHETXT69fH5HmmP74SaAdf_DEIO-uWfKuFO2h5qTKy5ztuRpt6Yf-naKztsgnTimMROZHC3gfcq9iTZozCHB6NWh0K3JKD6fn4SgYSsgD_0pxJjUQxyAENWepQCex7nJ7BuGJJbpysXe/s1600/penunggang-basikal-biadap-kena-rempuh.png)
Dalam rakaman video yang tersebar itu, salah seorang dari dua penunggang basikal dilihat menunjukkan aksi biadap menghalang perjalanan sebuah lori yang bergerak laju dari arah belakangnya sebelum tiba di sebuah persimpangan (traffic light).
![Penunggang basikal biadap](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhNbISfi6U_uCcQ50abmot0jZcXzDAKBE7S0mmB8gFMaSQbBFDwfp3VvsjWjTi8AtQn_LREXl5Zjsg_d_sZ7v5JSlTeggz8VleHQj3cOucNsaj4Ovdgl_ZFP2axi0Ds4nu3jgaj7QmkCgjt/s1600/penunggang-basikal-biadap.png)
Selepas kembali memulakan perjalanan (lampu isyarat bertukar hijau) entah apa yang tak kena, penunggang basikal tersebut masih terus menghalang lori berkenaan daripada memotong.
Penunggang basikal itu pula kemudiannya dilihat menoleh ke belakang, ke arah lori sebelum bertindak melempar objek dipercayai botol air ke arah cermin lori berkenaan.
Pemandu lori yang tentu sekali berang dengan perbuatan biadap itu, bertindak melajukan kenderaan dan merempuh penunggang basikal tersebut. Kejadian dipercayai berlaku di negara jiran Singapura.
Sila klik video di bawa untuk menonton.
Sumber asal: Penunggang basikal biadap kena rempuh lori (Video)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment