Tsunami landa Kepulauan Indonesia 20 maut 165 cedera

Posted by Kerah Lekung on Sunday, 23 December 2018

Tsunami landa Kepulauan Indonesia 20 maut 165 cedera. SERAMAI 20 orang dilaporkan maut susulan kejadian tsunami yang melanda kepulauan Jawa dan Sumatera di Indonesia pada malam hari Sabtu.

Kejadian tsunami yang berlaku di kawasan Selat Sunda itu dilaporkan akibat runtuhan dasar laut berpunca dari letusan gunung berapi kata Agensi Mitigasi Bencana kerajaan Indonesia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi itu, seramai 165 orang cedera, manakala jumlah mangsa yang hilang belum dapat dipastikan.

"Ia disebabkan oleh kombinasi runtuhan dasar laut akibat aktiviti letusan gunung berapi Anak Krakatau dan gelombang besar," kata jurucakap agensi itu, Sutopo Purwo Nugroho.

Tsunamai Indonesia

Berdasarkan satu kenyataan dari Agensi Meteorology, Climatology, and Geophysic (BMKG)," kejadian tsunami melanda beberapa kawasan di Selat Sunda termasuk pantai-pantai di daerah Pandeglang, Serang dan Selatan Lampung."

Kejadian itu dilapor berlaku pada jam 9.30 malam waktu tempatan pada malam hari Sabtu.

Endan Permana, ketua Agensi Mitigasi Bencana Nasional di Pandeglang memaklumkan kepada Metro TV, bahawa pihak polis menyediakan bantuan segera kepada mangsa-mangsa di Tanjung Lesung dalam Wilayah Banten, sebuah pusat pelancongan popular tidak jauh dari Jakarta, kerana para petugas kecemasan belum tiba di kawasan berkenaan.

"Ramai orang yang hilang," kata Permana.
Sumber asal: Tsunami landa Kepulauan Indonesia 20 maut 165 cedera

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment