
SCROLL KE BAWA ARTIKEL UNTUK MENONTON VIDEO
Kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Bertam, Tanjung Malim Perak beberapa hari yang lalu.
Berdasarkan video berdurasi 5 minit 45 saat itu, difahamkan, penipuan disedari oleh seorang lelaki selepas dia bertindak bijak meletakkan sekampit beras 10kg di atas timbang yang digunakan oleh pembeli besi buruk berkenaan.
Jarum timbang itu hanya menunjukkan nombor 7kg untuk sekampit beras seberat 10kg. Atau dalam kata lain, sejumlah 3kg berat telah diabaikan atau ditipu oleh timbang berkenaan.

Pembeli besi buruk yang menaiki lori dengan nombor pendaftaran WDK6853 itu berulang kali memohon maaf dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut, selepas penipuannya terbongkar.

Lori yang digunakan dipercayai milik syarikat SUN SHEMA Enterprise yang beralamat di No 14, Jalan Chenderawasih 1, Desa Keling Kalumpang 44100, Kuala Kubu Bahru, Selangor

Pengajaran
Kejadian ini secara tidak langsung boleh memberi pengajaran kepada kita untuk berhati-hati setiap kali berurusan dengan pembeli besi buruk seperti ini.
Anda mungkin perlu memeriksa ketepatan timbang yang digunakan. Antara cara yang mudah ialah dengan meletakkan objek atau barang tertentu yang sudah diketahui beratnya terlebih dahulu.
Jika berat yang ditunjukkan oleh timbang berkenaan berbeza daripada yang sepatutnya, maka secara langsung anda tahu mungkin penipuan terancang sedang dilakukan kepada anda.
Di bawah ini rakaman video kejadian yang dimaksudkan, sila klik untuk menonton.
Sumber asal: Pembeli besi buruk kantoi tipu timbang (video)
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment