Honda gantung kakitangan kerana tulis komen biadap tentang kematian Muhammad Adib

Posted by Kerah Lekung on Tuesday, 18 December 2018

Honda gantung kakitangan kerana tulis komen biadap tentang kematian Muhammad Adib. SYARIKAT pengeluar kereta Honda hari ini dilapor mengambil tindakan menggantung seorang kakitangan wanitanya kerana mengeluarkan kenyataan biadap berhubung kematian Anggota Bomba Muhammad Adib.

Caryn Yean didakwa menulis komen menyalahkan tuhan berhubung kematian Adib menerusi akaun facebook miliknya.

"Bukan kerajaan gagal, tuhan u yang gagal sembuhkan Adib," tulisnya, yang mana komen itu menjadi viral disebarkan oleh orang ramai di media sosial Facebook dan Twitter.

Komen Biadap

"Kami dengan ikhlas memohon maaf terhadap ulasan tidak sensitif dibuat oleh kakitangan kami (Caryn Yean) berhubung kematian menyedihkan anggota Bomba Adib," kata Wong Chee Keong, pengarah Honda Sri Utama Auto Malaysia, menerusi halaman rasmi Facebook syarikat berkenaan.

"Kami tidak akan membenarkan atau bertoleransi dengan tindakan seperti ini sama ada di atas atau luar talian. Pada masa ini kami telah menggantung kakitangan tersebut (Caryn Yean) dan memulakan siasatan dalaman, dan kami akan mengambil tindakan tegas yang mungkin." tulisnya.

Muhammad Adib, disahkan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.41 malam tadi selepas 3 minggu bertarung nyawa dengan kecederaan parah akibat dibelasah oleh perusuh dalam rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariaman pada 27 November lalu.

Dua kenderaan yang membawa anggota keselamatan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dilaporkan telah diserang oleh perusuh yang mana Adib dikatakan ditarik keluar dari salah satu kenderaan sebelum diserang oleh sekumpulan perusuh.
Sumber asal: Honda gantung kakitangan kerana tulis komen biadap tentang kematian Muhammad Adib

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment