Berapa sebenarnya jumlah peserta Himpunan ICERD semalam?. SUDAH menjadi kebiasaan, selepas sesebuah himpunan dijalankan, orang ramai akan cuba menganggarkan berapa ramaikah peserta yang menghadiri himpunan itu.
Semalam (8 Disember 2018) baru berlangsung sebuah himpunan besar di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur iaitu himpunan yang pada awalnya mahu membantah ratifikasi ICERD namun telah ditukar menjadi himpunan kesyukuran kerana kerajaan sudah membatalkan ratifikasi berkenaan.
Berapa ramaikah yang telah menghadiri himpunan semalam? Mari kita lihat sumber-sumber maklumat yang boleh kita perolehi di internet (maklumat akan ditambah dari masa ke semasa).
1. Peserta Himpunan seramai 1 juta orang
Portal video milik Malaysiakini iaitu kinitv.com menyiarkan kenyataan Tun Mahathir yang menyebutkan ucapan "terima kasih," kepada 1 juta peserta Himpunan Syukur ICERD.
"Kita tahu bahawa perhimpunan hari ini dihadiri oleh satu juta orang, jadi saya ucap terima kasihlah pada mereka kerana mereka berkumpul untuk kesyukuran, 1 juta orang, 1 juta orang keluar, terima kasih," kata Tun Mahathir dalam satu sidang media.
2. Peserta Himpunan 55,000 orang
Sumber berita Sinar online melaporkan seramai 55,000 peserta hadir menyertai Himpunan Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Sinar Harian difahamkan memetik ucapan itu dari pengumuman Ketua Polis, Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim.
3. Peserta Himpunan berjumlah ratusan ribu
Bekas Menteri Besar Perak, Zambry Kadir yang turut hadir himpunan ICERD dalam akaun Twitter miliknya mendakwa ratusan ribu manusia dilihatnya sendiri menyertai himpunan ICERD.
"Ada berita-berita pemerintah yang melaporkan hanya 7K, kemudian 15K kemudian tak lebih 30K. Saya menyaksikan sendiri — ratusan ribu manusia. Sesak tidak dapat bergerak," tulisnya.
Bagaimana cara dia anggarkan peserta himpunan kita pun tak tahu, sedangkan pada waktu itu dia berada dalam himpunan.
Selain itu kita juga tidak tahu dari mana dia dapat angka kononnya sumber berita kerajaan melaporkan hanya seramai 7K, 15K dan tak lebih 30K menyertai himpunan ICERD.
4. Sejumlah 80,000 peserta himpunan ICERD pada waktu puncak.
Portal Malaysiakini pula menganggarkan seramai kira-kira 80,000 orang membanjiri Dataran Merdeka pada waktu kemuncak perhimpunan terbabit.
Kalau kita lihat nampaknya menerusi sumber-sumber yang dipaparkan di atas memberikan angka-angka yang berbeza berhubung jumlah peserta himpunan ICERD. Bagaimana pula dengan penilaian anda?
Jika anda ada maklumat lain berhubung jumlah peserta himpunan ICERD, boleh tinggalkan komen di bawah.
Sumber asal: Berapa sebenarnya jumlah peserta Himpunan ICERD semalam?
Home » ReJaM© » Berapa sebenarnya jumlah peserta Himpunan ICERD semalam?
Berapa sebenarnya jumlah peserta Himpunan ICERD semalam?
Posted by Kerah Lekung on Sunday, 9 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment