Masjid Seksyen 19 Shah Alam kena roboh? Ini cerita sebenarnya

Posted by Kerah Lekung on Thursday 20 December 2018

Masjid Seksyen 19 Shah Alam kena roboh? Ini cerita sebenarnya. SEJAK dua hari lalu, kecoh di media sosial tentang cerita kononnya struktur binaan milik masjid Seksyen 19, Shah Alam dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Roboh masjid shah alam

Bila cerita itu sudah tersebar secara meluas biasalah dari kisah "cicak sudah bertukar jadi kisah buaya," benda kecil diperbesarkan untuk tambah rempah dan perisa, kononnya nak bagi cerita lebih "spicy" ada pula yang sebarkan cerita kononnya Masjid Seksyen 19 Shah Alam pula yang kena roboh.

Binaan haram dekat masjid kena roboh

Kisah yang sebenarnya ialah, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima aduan berhubung struktur binaan tanpa kelulusan yang telah dibina di atas rezab jalan / kawasan hijau di bawah penyelenggaraan MBSA.

Difahamkan, struktur haram yang dimaksudkan termasuk khemah, garaj kereta dan stor.

Hasil penyiasatan pihak MBSA, struktur haram tersebut digunakan sebagai gerai tempat jualan oleh warga asing.

Pihak MBSA telah mengeluarkan notis di bawah Seksyen 46 (1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133) kepada pemilik supaya struktur ini dirobohkan namun tidak dipatuhi.

Pihak MBSA juga telah menghubungi pihak pengurusan masjid sebelum operasi merobohkan struktur haram itu dijalankan, dan mereka mengesahkan tiada kaitan dengan struktur binaan tersebut.

Pihak MBSA menegaskan bahawa operasi yang dijalankan hanya untuk merobohkan struktur yang dibina tanpa kebenaran (khemah, garaj kereta, stor) di atas rizab jalan/ kawasan hijau di bawah seliaan MBSA.

Dalam erti kata lain sebenarnya, struktur binaan haram itu langsung tak ada kena-mengena dengan masjid, bukan hak masjid.
Sumber asal: Masjid Seksyen 19 Shah Alam kena roboh? Ini cerita sebenarnya

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment