Sherry Ibrahim atau nama sebenarnya Syarizad binti Ibrahim mendakwa kini beliau hanya mempunyai sedikit watak yang boleh dipilih berikutan gaya pemakaian yang dipilihnya.
![Sherry Ibrahim](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGhXOpSuO8BhI0zWc8EWvpM8pasU5P_mOA7HY7isnpomufSQOxhupG79McQNOhQoiIuQiOvX0Ipv_D7FeOfhTsFhqjdMa3Kp2URQCFiLgzilsS9HT3xQIeRrmxtJbTRZfXAVuqKesPfnk8/s1600/sherry-ibrahim.png)
"Sejak saya mula memakai hijab, sukar untuk memilih watak (lakonan) yang sesuai. Pilihan watak-watak yang saya rasa selesa untuk dilakonkan lebih terhad," katanya.
Menurut Sherry yang mengambil keputusan memakai hijab sejak dua tahun lalu, dia tidak lagi menerima watak-watak yang memerlukan sentuhan fizikal dengan pelakon-pelakon lelaki.
"Saya beritahu pengarah bahawa saya tak mahu berlakon dalam babak-babak yang perlu untuk bersentuhan (dengan pelakon lelaki)," katanya sambil menambah, dia gembira untuk menerima tawaran lakonan sekiranya syarat-syarat itu dipenuhi.
*** Lakonan terjejas tidak bermakna rezeki pun turut terjejas, apa ada hal
Sumber asal: Pelakon kata karier terjejas sejak pakai tudung
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment