Ombak Tsunami tiba ketika konsert sedang rancak (Video). RAKAMAN video tersebar di media sosial memaparkan detik bagaimana ombak besar tsunami menghancurkan pentas utama konsert yang sedang rancak berlangsung di Indonesia malam tadi.
Dalam rakaman yang berdurasi tidak sampai seminit itu, difahamkan kumpulan "seventeen," sedang rancak membuat persembahan di atas pentas yang diiringi alunan muzik berentak laju.
Tidak berapa lama kemudian pentas utama yang dijadikan tempat persembahan itu runtuh akibat ombak tsunami yang tiba-tiba membadai dari arah belakang pentas berkenaan.
Media sebelum ini melaporkan seramai 20 orang maut susulan kejadian tsunami yang melanda kepulauan Jawa dan Sumatera di Indonesia pada malam hari Sabtu.
Kejadian tsunami yang berlaku di kawasan Selat Sunda itu dilaporkan akibat runtuhan dasar laut berpunca dari letusan gunung berapi kata Agensi Mitigasi Bencana kerajaan Indonesia.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh agensi itu, seramai 165 orang cedera, manakala jumlah mangsa yang hilang belum dapat dipastikan.
BACA JUGA - Tsunami melanda Kepulauan Indonesia
Sumber asal: Ombak Tsunami tiba ketika konsert sedang rancak (Video)
Home » ReJaM© » Ombak Tsunami tiba ketika konsert sedang rancak (Video)
Ombak Tsunami tiba ketika konsert sedang rancak (Video)
Posted by Kerah Lekung on Sunday, 23 December 2018
{ 0 comments... read them below or add one }
Post a Comment